21 Mac 2015

PANAS! AZMIN BAKAL JADI MB TERPENDEK DALAM SEJARAH SELANGOR SEKIRANYA PR TERBUBAR?


Selangor belum goyah selagi DAP belum buat keputusan, kata Azmin




Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata kedudukan Pakatan Rakyat belum goyah selagi DAP belum membuat keputusan tentang ketidaksetujuan mereka dengan PAS membentangkan rang undang-undang hudud.

Menteri Besar Selangor menolak dakwaan yang kerajaan negeri di bawah tadbiran Pakatan Rakyat (PR) itu kini berada dalam kedudukan goyah berikutan kemungkinan DAP meninggalkan PR kerana tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Mohamed Azmin Ali berkata, selagi DAP belum membuat keputusan rasmi mengenai pendiriannya berhubung perkara itu, PR akan tetap komited mempertahankan hubungan yang dibina antara 3 parti sejak selepas pilihan raya umum (PRU) 2008 itu.

"Ia (kerajaan Selangor goyah) tidak timbul, keputusan tidak dibuat lagi, DAP akan mesyuarat hari Isnin," katanya mengulas mengenai kemungkinan PR akan berpecah selepas DAP menyatakan pendiriannya Isnin ini berhubung pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Khamis.

Kata Azmin, meskipun parti dalam PR berbeza pendapat, terutamanya berhubung pelaksanaan hukum hudud itu, beliau berharap semua pihak berpegang kepada proses permuafakatan.

"Hasrat kita, PR mesti dipertahankan. Kita mesti memegang prinsip bersama yang dipersetujui. Kekuatan PR dibentuk sejak PRU ke-12 berasaskan dasar dan program bersama," kata timbalan presiden PKR itu.

"Di atas permuafakatan ini, pakatan dibina dan mencatat kejayaan. Kerana itu, saya berharap semua pihak – PKR, DAP dan PAS – harus berpegang kepada prinsip permuafakatan.

"Memang kita ada perbezaan pendapat dalam beberapa isu, tetapi kita tidak mahu ia menjadi penyebab perpecahan perpaduan PR," kata ahli Parlimen Gombak itu kepada media selepas program penyerahan notis 5A di Kompleks Muhibbah, Taman Industri Bolton, Batu Caves.

Sekiranya DAP bertindak keluar PR, gabungan itu hanya akan mempunyai 28 daripada 56 kerusi dalam DUN Selangor, kurang satu kerusi membentuk kerajaan negeri.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, parti itu akan mengadakan mesyuarat tergempar jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) pada Isnin ini berhubung pendiriannya mengenai hudud.

Lim berkata, isunya sekarang bukan sekadar undang-undang hudud, yang dari segi prinsip dan dasarnya memang dibantahi DAP, tetapi juga soal kepercayaan dan kejujuran beberapa pimpinan PAS di peringkat nasional dan bagaimana mereka berpegang kepada janji.

Ditanya mengenai kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mencabar DAP tidak mencampuri urusan Islam, Azmin menyarankan PR kembali kepada semangat perbincangan bersama dalam mesyuarat pimpinan tertinggi.

"Perkara ini tidak boleh ada cabar mencabar. Kalau ikut dasar semangat PR, kita sentiasa berbincang. Saya percaya, atas dasar ini, banyak isu sensitif berjaya diselesaikan," katanya ~TMI

PENGANTIN BINGUNG..TEMPAHAN MAKANAN KENA GST....HIDUP BN




Pengantin bingung tempahan makanan kena GST


Laila tertekan untuk menyediakan makanan semasa majlis perkahwinannya.

KANGAR - Seorang bakal pengantin yang akan melangsungkan majlis perkahwinannya pada bulan depan kecewa, apabila tempahan makanan yang dibuatnya oleh sebuah syarikat katering Januari lalu dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Bakal pengantin yang mahu dikenali sebagai Laila berkata, dua hari lalu dia dihubungi syarikat tersebut memaklumkan makanan yang ditempahnya akan dikenakan GST sebanyak enam peratus.

“Saya hairan kenapa saya dikenakan GST sedangkan semasa saya membuat tempahan awal tahun lalu, syarikat tersebut memberitahu pihaknya tidak mengenakan GST.

“Saya sudah buat pembayaran pendahuluan kira-kira RM600 pada Januari lalu dan bakinya kira-kira RM10,000 lagi akan dibayar seminggu sebelum majlis,” katanya.

Menurutnya, dia masih tidak faham dengan tindakan syarikat katering dari Jitra, Kedah itu untuk mengenakan GST terhadap tempahan makanannya sedangkan tempahan dibuat lebih awal.

Katanya, kenaikan harga makanan yang ditempah itu menyebabkan dia terpaksa menanggung perbelanjaan melebihi sepatutnya.

“Saya akan adakan kenduri pada bulan depan, sekiranya saya hendak membatalkan tempahan, saya risau tidak ada syarikat katering yang akan terima tempahan di saat akhir.

“Jika saya dimaklumkan lebih awal, ia memudahkan saya untuk membuat perkiraan,” katanya.

Sementara itu, wakil syarikat katering tersebut ketika dihubungi menjelaskan syarikat itu sudah berdaftar dengan pihak Kastam dan mereka diwajibkan mengenakan GST sebanyak enam peratus kepada pelanggan yang menerima tempahan makanan pada bulan April.

“Pihak kami baru saya menerima pengesahan bahawa syarikat perlu mengenakan GST, jadi sebaik menerima pengesahan tersebut kami terus menghubungi pelanggan.


“Pelanggan masih boleh membuat pilihan sama ada mahu meneruskan tempahan atau membatalkan tempahan. Sekiranya mereka mahu membatalkan tempahan, pihak syarikat akan pulangkan kembali wang pendahuluan yang sudah dibayar,” katanya.

MAS KELUAR SURAT PMBERHENTIAN KERJA KEPADA SEMUA KAKITANGANNYA MULAI 1 JUN 2015

Hasil carian imej untuk kakitangan Mas

Mueller mula tugas CEO MAS 1 Mei

Pada tarikh sama, MAS akan mengeluarkan surat pemberhentian kerja dengan notis tiga bulan kepada semua kakitangannya.



KUALA LUMPUR: Christoph Mueller akan mengambil alih jawatan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Airline System Bhd (MAS), berkuat kuasa 1 Mei ini.

Beliau akan menggantikan Ahmad Jauhari Yahya, yang akan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Urusan MAS serta CEO Kumpulan dan menjadi Pengarah Bukan Eksekutif dalam Lembaga Pengarah syarikat itu mulai 1 Mei hingga 31 Dis, 2015, kata MAS dalam satu kenyataan.

Keputusan itu dibuat Lembaga Pengarah yang bermesyuarat pada 18 Mac lepas dan menerima kelulusan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) yang juga pemegang saham tunggal terbesar MAS, hari ini, berhubung pelantikan Mueller dan perkara-perkara yang berkaitan.

Mueller ketika ini menyandang jawatan Pengarah Bukan Eksekutif dalam Lembaga Pengarah serta sebagai CEO entiti baharu dikenali Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo).

Menurut MAS, peralihan kepemimpinan yang dipercepatkan itu akan membolehkan Mueller mengetuai keseluruhan usaha penstrukturan semula MAS ketika ia memasuki antara fasa kritikalnya.

“Kami mengalu-alukan kehadiran Christoph (Mueller) dan mengharapkan kepemimpinannya sebagai Pengarah Urusan dan CEO baharu dalam usaha memacu proses pemulihan dan meletakkan semula ikon kebangsaan ini ke status yang sewajarnya.

“Kami juga menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Jauhari di atas dedikasi dan perkhidmatannya yang tidak berbelah bahagi terhadap MAS,” kata Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof, dalam kenyataan itu.

Menurut syarikat penerbangan kebangsaan itu, entiti baharu NewCo akan bersedia bagi migrasi operasi, aset dan liabiliti MAS pada 1 Julai, 2015.

Kakitangan baharu NewCo akan mula bekerja pada 1 Sep, 2015 bersama-sama Mueller, yang secara rasmi menyandang jawatan Pengarah Urusan dan CEO Kumpulan NewCo pada tarikh sama berkenaan.

“Bagi kemudahan usaha migrasi ini, NewCo akan mengeluarkan surat tawaran kerja kepada kakitangan terpilih MAS pada 1 Jun, 2015. Pada tarikh sama, MAS akan mengeluarkan surat pemberhentian kerja dengan notis tiga bulan kepada semua kakitangannya.

“Perubahan daripada jadual awal yang sepatutnya pada 1 April, 2015 telah diluluskan pihak Khazanah pada 20 Mac, 2015,” kata MAS.

Pada 27 Ogos tahun lepas, Putrajaya meluluskan pelan penstrukturan semula MAS dirangka Khazanah yang antara lainnya melibatkan pemberhentian 6,000 kakitangannya dalam usaha menyelamatkan syarikat penerbangan itu.

- BERNAMA

20 Mac 2015

TAHUKAH ANDA INTERNET DI MALAYSIA TAK LAYAK PUN DISEBUT ' BROADBAND ' ....



Senarai Ranking Kelajuan Internet di Asia 2015? Malaysia Internet Laju dan Murah?


Senarai Ranking Kelajuan Internet di Asia 2015? Malaysia Internet Laju dan Murah? : 

Ketika kita cuba bercakap dengan Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi dan menuju ke era negara maju daripada status membangun yang ada sekarang ini, Malaysia masih lagi terkial-kial mencari rentak untuk menawarkan kelajuan internet yang lebih baik kepada pengguna internet di malaysia pada harga yang lebih munasabah dan berpatutan

Harga mahal, internet laju. Masih boleh maaf lagi.
Harga mahal, kelajuan internet nyawa-nyawa ikan. Yang ini, satu penindasan kepada pengguna

 BACA SINI : Internet Percuma di Malaysia 30 Minit Sehari Bagi Rakyat Miskin Di Bandar & Luar Bandar & Penerima BR1M!

Berdasarkan semakan Berita Semasa jikalau mengikut standard Federal Communications Commission (FCC) di Amerika Syarikat, standard broadband adalah 25 Mbps dan ke atas. Malah ada yang mencadangkan supaya terma broadband hanya untuk speed 100 Mbps. 

Segala teknologi ADSL tidak lagi dianggap broadband sebab tidak dapat menyediakan kemudahan kelajuan internet 25 Mbps.

Hanya 6.3% penduduk di sana memiliki capaian Internet kurang daripada 4 Mbps. Dan 13.1% memiliki kemudahan Internet kurang daripada 25 Mbps. Tolonglah jangan mengatakan bumi Amerika tidak bergunung ganang.

Malah Amerika sendiri dianggap ketinggalan dalam perbandingan soal internet laju berbanding negara-negara di Eropah dan Asia yang lain.

Malangnya, ketika negara jiran kita di Asia yang lain berbicara tentang streaming 4K, rakyat di Malaysia masih lagi berbincang sama ada streaming video youtube 144p masih sangkut atau tidak. Ermmm….

Dalam pada masa yang sama semakan Berita Semasa melalui laporan yang dikelaurkan sendiri oleh portal Statista menunjukkan ranking dan kedudukan kelajuan Internet dikalangan negara-negara Asia yang terkini tahun 2015 :
Senarai Ranking Kelajuan Internet di Asia 2015?

Korea Selatan : 25.3 Mbps
Hong Kong (China) : 16.3Mpbs
Jepun : 15 Mpbs
Singapura : 12.2 Mbps
Taiwan (China)
Australia
Thailand
Malaysia
China
Indonesia
Vietnam
Filipina
India

Jikalau purata kelajuan internet di dunia adalah sekitar 4.5 Mpbs, malangnya purata sambungan kelajuan internet di Malaysia hanyalah 4.1 Mpbs sahaja.

Bagaimana pula kelajuan internet yang anda langgan sekarang ini? Sesuai dengan caj dan yuran langganan internet yang dikenakan ke atas anda?

LEPAS INSURAN NAIK HARGA, KINI KENA GST PULAK....HIDUP BN

GST: Insurans Kereta Naik 6 Peratus



PETALING JAYA – Insurans kereta akan naik sebanyak enam peratus ekoran pihak penyedia insurans tertakluk di bawah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“Insurans akan naik. Tapi jangan percaya kepada khabar angin bahawa cukai jalan juga akan turut naik. Ia tidak akan naik,” kata Pengarah GST, Datuk Subromaniam Tholasy pada Khamis.

Bagaimanapun bagi sesiapa yang memperbaharui cukai jalan di pejabat pos, mereka akan dikenakan GST sebanyak 12 sen.

Sementara itu Timbalan Pengarah Kastam, Tan Sim Kiat menggesa rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan ‘skim pemasaran’ yang mensensasikan GST.

“Jika premium insurans anda adalah RM500, maka 6 peratus adalah RM30. Kirakan kos itu dahulu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Subromaniam juga mengingatkan penduduk bahawa agensi keselamatan kejiranan akan dikenakan GST walaupun yuran penyelenggaraan kondominium dikecualikan daripada cukai itu.

Syarikat keselamatan yang menyediakan perkhidmatan kepada kawasan perumahan akan dikenakan GST maka bayaran perkhidmatan boleh meningkat sebanyak 6 peratus.

- mStar Online

UMNO Sokong Hudud Hanya Untuk Pecah-belahkan Pakatan Rakyat

UMNO Sokong Hudud Hanya Untuk Pecah-belahkan Pakatan Rakyat


Hudud mungkin tak sempat ke sidang Parlimen kali ini, kata Shahidan

Rang undang-undang persendirian berkaitan hudud yang ingin dibawa PAS ke Parlimen berkemungkinan tidak sempat dibacakan pada sidang Dewan Rakyat kali ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini, Shahidan berkata senarai jadual persidangan setakat ini tidak menyatakan rang undang-undang persendirian itu akan dibawa.

"Mungkin tidak sempat sebab program kita sudah penuh.

"Kita 9 April Parlimen sudah habis, macam mana pun kita tengok senarai, dalam senarai tiada," kata Shahidan.

Persidangan Dewan Rakyat mesyuarat pertama penggal ke-13 Parlimen kali ini bermula 9 Mac lalu dan akan berakhir 9 April hadapan.

Sidang Dewan Rakyat mesyuarat kedua penggal ke-13 untuk tahun ini pula dijangka akan berlangsung bermula 18 Mei hingga 18 Jun hadapan.

"Saya ingat ia terpulang kepada Speaker (Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia), ini rang undang-undang persendirian," katanya yang juga ahli Parlimen Arau.

Kerajaan negeri Kelantan berjaya melakukan pindaan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) hari ini selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri itu sebulat suara menyokong usul pindaan berkenaan.

Usul pindaan enakmen berkenaan yang dibacakan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob semalam mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan melalui undian suara yang tiada menyatakan bantahan terhadap enakmen berkenaan.

Ahmad semasa menggulung perbahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini berkata, pelaksanaan hukum syariah di Kelantan akan dilaksanakan secara berperingkat bagi memberi kefahaman rakyat mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan. – TMI



ULASAN GB

Meskipun kesemua ADUN UMNO menyokong pndaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) , namun ia masih belum dapat dikuatkuasakan kerana pindaan perlu dibuat di peringkat Parlimen untuk membolehkannya dilaksanakan.

Sekarang dah tersangkut. Belum apa-apa lagi dah ada MP-MP UMNO BN menolaknya. Menteri di JPM seperti dilaporkan di atas, menyatakan RUU itu tidak dapat dibacakan pada persidangan Parlimen kali ini, satu usaha untuk melengah seterusnya menggagalkan RUU itu di bawa ke parlimen kerana UMNO BN tahu jika dibawa ke Parlimen parti itu akan ditentang hebat oleh rakan-rakan komponennya, MCA, gerakan, MIC dan lain-lain.

MP Pulai pula telah berterus-terang sudah menolaknya.

Jadi apakah ertinya kesemua ini....

Perkara pokok ialah UMNO BN berjaya mengharu-biru dan memecah-belahkan Pakatan Rakyat. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, tiada ketegasan dan tidak istiqamahnya Presiden PAS sendiri terhadap hudud. Dahulu Presiden PAS sendiri yang menyatakan "Hudud Bukan Keutamaan". Sekarang, ini, terimalah dan akurlah jawapannya....Hukum kebenaran dan keadilan tidak pernah menipu!



Jangan persalahkan orang lain. PKR dan DAP berhak untuk tolak hudud. Itu kenyataan Presiden PAS juga. Yang PAS sekarang tiba-tiba percaya sangat UMNO menyokong hudud itu apa pasal....tunggu esok apa kenyataan ketua no 1 UMNO, DS Najib pula...
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengeluarkan kenyataan berkenaan pendirian Putrajaya berhubung Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) -petikan TMI

Mengapa PAS tak cerdik cerdik lagi berpolitik?? 

~GREENBOC

PEMANCING PANTAI SAPU HADIAH RM160,000 SETAHUN...HEBAT ABANG NI

Pemancing dituduh guna 'hantu laut'


DARI kiri, Juara pertandingan joran kategori pantai, Mohd Faezanie Mis, Juara Grand Slam GP Joran Kategori Pantai, Mohd Rosdi Abdullah, Juara Grand Slam GP Joran Kategori Laut Dalam, Ibrahim Kasan dan Juara Kategori Laut Dalam, Omar Atel @ Atil di Majlis Penyampaian Hadiah Grand Slam GP Joran 2014 Padang Astaka Majlis Perbandaran Dungun. - Foto Syahrim Abidin

KUALA LUMPUR: "Saya pernah diharamkan untuk menyertai beberapa pertandingan memancing, kategori pantai, pada Ogos 2010, dan dikatakan memakai 'hantu laut' ketika menjadi peserta.

"Larangan itu, dimaklumkan kepada saya, ketika mendaftar di kaunter pendaftaran satu pertandingan memancing pantai anjuran Joran Bagus," kata Juara Grand Slam (GS) GP Joran Berita Harian (BH) 2014, Kategori Pantai, Kapten (B) Mohd Rosdi Abdullah, 52.

Katanya, beliau amat terkejut dan marah dengan larangan itu dan apa yang lebih menyedihkan hatinya ada pihak yang menuduh beliau memakai hantu laut untuk menjuarai pertandingan yang disertai.

Pesara Angkatan Tentera Darat yang berasal Daerah Besut, Terengganu itu berkata, untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku beliau mengambil keputusan terus pulang.

"Apabila disiasat punca sebenar larangan itu, ekoran kejayaan saya menjuarai empat pertandingan memancing kategori pantai, berturut-turut sepanjang April, dengan hadiah terkumpul RM80,000.

"Saya membawa pulang RM20,000 selepas menjuarai Pertandingan Memancing di Pantai Kelulut, Terengganu pada minggu pertama iaitu 4 April 2010 dan pada 11 April saya mendapat RM20,000 apabila menjuarai GP Joran BH di Pantai Desaru, Johor.

"Saya juga menjuarai pertandingan memancing di Pantai Semanyir Endau Johor pada minggu berikutan dan menerima RM20,000 manakala dalam pertandingan di Telok Karang Pontian, Johor pada 25 April, saya juga juara dengan RM20,000," katanya yang kini menetap di Kuantan, Pahang.

KAPTEN (B) Mohd Rosdi Abdullah dengan pari juara yang berjaya ditewasnya. - Foto NSTP

Mohd Rosdi berkata, kejayaannya dalam empat minggu berturut-turut dengan mengumpul RM80,000 menyebabkan ada pemancing yang tidak senang hati dan menuduhnya menggunakan hantu laut.

Katanya, 2010 adalah tahun paling bertuah baginya dalam dunia memancing selepas lebih 15 tahun terbabit

kerana berjaya mendapat hadiah terkumpul RM160,000 dengan yang tertinggi RM25,000.

"Namun, ada juga kenangan pahitnya apabila saya dikatakan menggunakan hantu laut.

"Apa yang saya dapat ialah rezeki yang sudah ditentukan Allah. Jangan percaya benda-benda yang tahyul itu," katanya.

Mohd Rosdi berkata aktiviti memancing sebenarnya memerlukan ilmu yang tinggi termasuk menggunakan peralatan memancing iaitu joran, tali, mata kail dan batu ladong yang bermutu tinggi serta sesuai dengan kudrat pemancing.

Selain itu, katanya, pemancing pantai harus tahu pelbagai perkara, seperti lokasi memancing yang sesuai, jenis dan teknik memasang umpan serta cara melontar pancing yang betul agar jaraknya dari pantai jauh.

"Setiap pemancing perlu rehat yang cukup sebelum bertanding. Tidur mesti awal untuk mengelakkan badan tidak cepat penat sepanjang pertandingan diadakan.

"Makan pada malam sebelum hari pertandingan kita perlu makan banyak sedikit kerana pada keesokannya kita hanya akan memancing berbekal sebungkus teh tarik sehingga acara tamat," katanya.

PEMENANG GP Joran, Ibrahim Kasan ketagori laut dalam (kiri) dan Capt. (B) Mohd Rosdi Abdullah ketagori pantai bersama kereta Perodua Myvi di Majlis penyerah Pemenang GP Joran di Balai Berita. -

19 Mac 2015

Tahukah Anda Kini Hutang Negara Malaysia 2015 63.8% (RM847.9 bilion) Daripada GDP


Hutang Negara Malaysia 2015 63.8% (RM847.9 bilion) Daripada GDP. Amaran Tengku Razaleigh (KU LI) Kepada Kerajaan Malaysia!
BY STAFF BERITA SEMASA



Hutang Negara Malaysia 2015 63.8% (RM847.9 bilion) Daripada GDP. Amaran Tengku Razaleigh (KU LI) Kepada Kerajaan Malaysia! : Sesuatu perlu diperbetulkan dengan segera. Jikalau semak semula hutang isi rumah di Malaysia bukanlah tinggi biasa, sangat tinggi iaitu pada kadar 87.4% pada tahun 2015yang mana telah diangkat sebagai sebuah negara yang mempunyai hutang isi rumah yang paling tinggi di Asia.

Negara maju seperti Korea Selatan, Singapura, Jepun pun “kalah dengan Malaysia“. Indonesia yang mempunyai jumlah penduduk lebih 200 juta pun kalah dengan negara membangun seperti Malaysia yang mempunyai jumlah penduduk seramai 29.8 juta orang sahaja.

Jikalau sebelum Berita Semasa pernah mengeluarkan laporan Berita pada tahun 2014 seperti di bawah ini mengenai keadaan dan situasi hutang isi rumah di Malaysia, jumlahnya terus meningkat pada ketika ini.

BACA SINI : Hutang Isi Rumah di Malaysia 86.8% Kepada KDNK Negara (RM854.3 Billion). Tertinggi di Asia. Korea Selatan Pun Kalah!

Hutang Negara Malaysia Terkini 2015 Terus Naik!

Semakan Berita Semasa menunjukkan data dan statitik yang dikeluarkan sendiri oleh The Economist melalui Economist Intelligence Unit yang berpangkalan di North Michigan Avenue, Chicago, Amerika Syarikat menunjukkan hutang negara Malaysia 2015 terus menunjukkan trend kenaikan sehingga meninggalkan terus negara jiran kita seperti Thailand dan juga Indonesia daripada kadar jumlah hutang kerajaan Malaysia iaitu di paras RM847,978,546,769.32 bersamaan RM847.9 bilion.

Dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah bangkit di Dewan Rakyat baru-baru ini menyuarakan kembimbangan dan amaran kepada kerajaan Malaysia apabila melihatkan situasi hutang negara Malaysia yang berada paras yang menyebabkan krisis ekonomi dan politik pada masa yang akan datang.

Hutang negara Malaysia, hutang rakyat juga. Semakin tinggi hutang negara Malaysia, maknanya semakin terbebanlah rakyat Malaysia di masa akan datang untung menangggung.

P/S : Dikala ekonomi negara Malaysia tidak menentu, berjimat cermatlah ketika berbelanja dan menguruskan dana awam. Berbelanja berdasarkan kemampuan sendiri bagi negara membangun seperti Malaysia.

PP/S : Ketika rakyat marhaen disaran perlu berjimat dan mengikat perut bila perlu, kerajaan Malaysia pun sepatutnya menunjukkan tauladan dan contoh yang terbaik kepada yang di bawah.

AKHIRNYA MAS AKAN DITUTUP?


Khazanah, jangan guna taktik kotor buang pekerja MAS

PETALING JAYA: Jangan sesekali memandang rendah kuasa kesatuan sekerja. Satu insiden yang dapat membuktikannya adalah piket hebat pada tahun 2012 oleh tiga kesatuan, iaitu Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (Maseu), Kesatuan Pekerja Penerbangan Sarawak (Awus) dan Kesatuan Sekerja Pengangkutan Udara Sabah (Atwus), yang menyebabkan kegagalan cadangan perjanjian tukaran saham antara Malaysia Airline System Berhad (MAS) dan AirAsia.

Nampaknya sejarah seperti akan berulang, kali ini berhubung kemungkinan pelepasan 6,000 kakitangan MAS. Kita akan sekali lagi melihat sama ada kesatuan ini berjaya membuatkan Khazanah Nasional Bhd membatalkan perancangan mereka.

Menurut dokumen yang dilaporkan The Edge Financial Daily, Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) telah menghantar notis kepada kerajaan untuk mengadakan piket membantah rancangan Khazanah, yang merupakan sebahagian daripada pelan penstrukturan semula bernilai RM6 bilion bagi memulihkan syarikat penerbangan negara itu.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Khalid Atan berkata, mereka tidak gembira dengan cara MAS mengendalikan perkara itu.


“Mengapa menjadikan 6,000 orang ini sebagai mangsa? Mereka selama ini setia dengan MAS. Tidak adil MAS berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi Semut Harian.

“Pekerja-pekerja ini menjalankan tugas dan mematuhi arahan oleh pengurusan. Jika pengurusan yang menyalah urus sehingga menyebabkan kerugian kepada MAS, mengapa menghukum pekerja ini? Bukan begini cara mengendalikan isu ini. MAS patut mengekalkan mereka,” katanya.

Khazanah mengambil alih MAS pada tahun 2014. MAS sedia ada akan menghentikan operasinya pada 30 JUN ini dan akan menjadi penerbangan baru, Malaysia Airlines Berhad (MAB) bermula 1 Julai.

“Dalam pertukaran MAB daripada MAS pada 1 Julai ini, mengapa tidak semua kakitangan MAS dilayan sebagai transferee (penerima pindahan) atau assignee (pemegang serah hak)?

“Akta Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2014 itu sendiri sangat berat sebelah dan bersifat diskriminasi.

“Di bawah akta baru itu, syarikat baru MAB tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa bayaran. Secara perundangan, sesebuah akta tidak boleh bersifat sepihak. Seolah-olah MAB sahaja yang mempunyai hak dan kuasa di bawah akta ini,” kata Mohd Khalid lagi.

Akta MAS diluluskan di parlimen pada November lalu, dan akan memberikan perlindungan undang-undang kepada kebarangkalian pertikaian berhubung pekerjaan dan kontrak pembekal ketika transisi daripada MAS kepada MAB.

“Saya tidak fikir akta ini mengambil kira pihak berkaitan yang lain, terutama pekerja dan kesatuan sekerja.

“Akta seumpama ini tidak sepatutnya diluluskan. Apa-apa sahaja akta yang ingin diperkenalkan perlulah mengambil kira semua pihak yang terlibat. Bukan satu pihak sahaja,” katanya lagi.

MTUC Sarawak juga berpandangan sama, dan berkata undang-undang baru itu secara spesifik mensasarkan kakitangan MAS sebagai kambing hitam kepada siri salah urus yang menyebabkan syarikat penerbangan itu merudum.


Setiausahanya Andrew Lo dilaporkan berkata: “Ia tidak menyentuh isu kontrak berat sebelah dan salah urus secara langsung.

Lo menyebut isu “nasi lemak mahal” dan lukisan bernilai jutaan ringgit dalam pejabat pengerusi MAS, sebagai sebahagian daripada contoh jelas salah urus syarikat itu pada beberapa tahun terakhir.

“Memandangkan undang-undang sedia ada yang berkaitan industri dan kesatuan sekerja pun sudah cukup menekan, menyalahkan kesatuan dan pekerja di atas kemerosotan hanya menunjukkan betapa tidak cekapnya pengurusan dan lembaga pengarah MAS selama ini. Selagi isu salah urus tidak ditangani secara terus, apa-apa penstrukturan semula sukar untuk berjaya,” katanya.

Belia berkata, 6,000 pekerja MAS yang mungkin dilepaskan dalam proses penstrukturan semula itu kemungkinan tidak akan mendapat faedah pelepasan atau pampasan kerana aset MAS akan dipindahkan kepada MAB.

“Ini adalah hal yang paling tidak adil kerana akta baru membenarkan liabiliti oleh kreditor lain, termasuk kontrak berat sebelah untuk dipindahkan kepada MAB. Penafian hak asas pekerja pangkat rendah ini memang tidak boleh diterima.

“Lebih teruk, ia akan mengingkar perjanjian bersama sedia ada yang sudah pun dipersetujui oleh kesatuan dan MAS,” katanya lagi.


Menurut laporan yang memetik sumber, Nufam merancang untuk mengadakan piket ketika Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima) berlangsung, yang dijadualkan bermula 17 hingga 21 Mac ini di Langkawi.

Laporan The Edge Financial Daily itu juga menyatakan perancangan terakhir untuk menyediakan surat pelepasan kepada kakitangan MAS sedang berjalan.

Kita hanya boleh tunggu dan lihat sama ada kesatuan berjaya pada kali ini, seterusnya memaksa Khazanah membatalkan perancangan itu.

- See more at:SINI

RINGGIT MERUDUM KEPARAS TERENDAH, APA MENTERI KEWANGAN BUAT?

Ringgit rendah, 3.7060 bagi AS$1

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, menentang trend di kebanyakan negara serantau dengan mata wang masing-masing lebih kukuh berikutan data perumahan AS yang lemah.

Pada jam 5 petang mata wang tempatan ditutup pada 3.7060/6090 berbanding dolar daripada 3.6960/6990 pada Selasa.

Peniaga itu juga berkata pedagang lebih berhati-hati menjelang keputusan mesyuarat dasar Rizab Persekutuan lewat hari ini.

Unit tempatan kebanyakannya didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.6627/6657 daripada 2.6599/6635 pada Selasa dan lemah berbanding yen kepada 3.0555/0587 daripada 3.0447/0480 semalam.

Unit tempatan susut kepada 5.4678/4737 berbanding pound British daripada 5.4642/4693 pada Selasa dan rendah berbanding euro kepada 3.9313/9356 daripada 3.9130/9165 semalam. - BERNAMA


Adakah kita mempunyai menteri kewangan yang paling lemah, tiada tindakan positif yang diambil oleh menteri-menteri dan ahli majlis tertinggi umno?


Najib tidak akan berubah – Kadir Jasin Jika Perdana Menteri masih kekal dan perubahan yang diharapkan oleh rakyat jelata tidak berlaku mereka mungkin menyingkirkan Barisan Nasional. 

A-Kadir-Jasin_najib_400

PETALING JAYA: Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan berubah walaupun mendapat gesaan orang yang jauh lebih berpengalaman seperti Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. Menurut beliau, ucapan bekas Menteri Kewangan itu semasa membahaskan titah ucapan diraja di Dewan Rakyat berupa nasihat “umpama mencurah air ke atas daun keladi – tercurah, tertumpah tak meninggalkan kesan.” Katanya, Najib selaku Perdana Menteri tidak dapat diubah kerana “keputusan mutakhir bukan di tangan beliau.

 Beliau adalah watak terkawal (controlled) dan terhutang budi (beholden) kepada terlalu banyak pihak.” Kadir yang merupakan bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Strait Times berkata, Najib dikelilingi oleh golongan yang diistilahkan sebagai “penggilap epal dan ‘jemuan’,” yang tidak akan membenarkan Perdana Menteri itu berubah. “Ambil contoh gesaan Ku Li agar pelaksanaan GST ditangguhkan.

 Dengan serta-merta Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan menyangkalnya apabila beliau berkata bahawa cukai baru itu adalah untuk kebaikan rakyat jelata dan bukan untuk membayar balik hutang. “Jawapan selamba itu mungkin dipercayai Mohd Najib kerana beliau sendiri tidak begitu dalam ilmu ekonomi dan pentadbiran,” tulisnya dalam entri terbaru blog kadirjasin.blogspot.com.

 Beliau yakin Majlis Tertinggi UMNO boleh mengubah atau menyingkirkan terus Perdana Menteri tetapi ia tidak berlaku kerana dikelilingi oleh pengampu dan “penggilap epal”. 

“Hanya paksaan atau keterpaksaan berkaitan isu-isu seperti 1MDB, Pembangunan PFI Sdn Bhd, SRC International Sdn Bhd, dan kejayaan Sirul Azhar Umar memboloskan diri ke Australia” yang akan menyebabkan Najib meletakkan jawatan, kata Kadir. “Lagipun terlalu banyak hipokrasi dan penyelamatan diri (self preservation) di kalangan ahli MT.

 Masing-masing takut dilondehkan. Harapan rakyat jelata melakukan perubahan tidak akan tiba sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang tiga atau empat tahun dari sekarang. “Jika ketika itu Mohd Najib masih kekal dan perubahan yang diharapkan oleh rakyat jelata tidak berlaku mereka mungkin menyingkirkan Barisan Nasional kerana marah walaupun Pakatan Rakyat dalam keadaan porak-peranda,” tambah beliau.

18 Mac 2015

TERBARU : BIL LETRIK PUN KENA GST


Bayaran Bil Elektrik TNB Kena Cukai GST 6% Bagi Penggunaan Lebih 300KWH. Apa Kata Anda? 

BY STAFF BERITA SEMASA



Bayaran Bil TNB Kena Cukai GST 6% Bagi Penggunaan Lebih 300KWH. Apa Kata Anda? : Berdasarkan semakan Berita Semasa sebentar tadi melalui portal TNB, menunjukkan di sini yang mana rakyat Malaysia bakal dikenakan cukai GST ke atas bil elektrik TNB 6% mereka bermula 1 April 2015. ini. Sudah bersedia?



Jikalau sebelum ini, TNB berjaya mengaut keuntnungan berlipat kali ganda sejumlah RM6.4 bilion setakat tahun kewangan yang berakhir 31 Ogos 2015 hasil daripada penggunaan elektrik oleh rakyat Malaysia belum nampak lagi iltizam daripada pihak TNB Malaysia untuk mengurangkan sedikit sebanyak keuntungan mereka demi meringankan beban rakyat marhaen di Malaysia. Tidak ada.

BACA SINI : Kadar Tarif Elektrik Turun 2015 Oleh TNB? Harga Minyak Turun, Arang Batu Turun!

Wajarkan Bil Elektrik TNB Kena Cukai GST?

Keperluan asas turut dikenakan GST adalah bagi Berita Semasa sangat tidak wajar dikenakan kepada rakyat marhaen pada ketika ini pada masa begitu banyak produk perkhidmatan yang termasuk dalam senaraian GST 6% walaupun cukai GST hanya dikenakan kepada pengunaan domestik lebih 300kwh.

P/S : Nampaknya, memang pukul keliling GST 6% kali ini

17 Mac 2015

HARGA MINYAK MENTAH AS JATUH KEPARAS TERENDAH

Harga Minyak Mentah US ke paras Terendah
Ilustrasi pengeboran minyak.
Ilustrasi pengepaman minyak. (Sumber: AFP)

New York-Harga minyak AS jatuh ke tahap paling rendah selama enam tahun terakhir pada Isnin (16 // 3) setelah sebuah laporan dari organisasi-negara-negara pengeksport minyak (OPEC) menunjukkan bekalan minyak yang banyak.

Harga kontrak minyak AS Texas Barat untuk penghantaran April menjunam 96 sen menuju level US $ 43.88 setong di New York Mercantile Exchange setelah sebelumnya menyentuh paras US $ 43.00 setong.

Sementara itu, harga penanda aras Eropah untuk minyak mentah jenis Brent penghantaran April turun US $ 1.23 menjadi US $ 53.44 setong di London.

Dalam laporan pasaran minyak bulanan, Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mempersoalkan kesahihan perhimpunan harga minyak Februari di tengah kelebihan bekalan hampir satu juta tong sehari di pasaran.


Kenaikan itu berlaku walaupun fakta menunjukkan bahawa bekalan global terus melebihi permintaan, kata OPEC.

Laporan ini diikuti analisis yang sama minggu lalu oleh Badan Tenaga Antarabangsa, yang mengatakan persediaan minyak mentah AS sudah mendekati tahap kapasiti simpanan kerana letupan pengeluaran minyak dan penyelenggaraan berat di kilang.

Harga minyak telah jatuh kira-kira 60 peratus sejak Jun kerana banyaknya rezeki bekalan minyak AS, pertumbuhan ekonomi global yang lemah, dan keputusan OPEC untuk menjaga pengeluaran tetap tinggi walaupun berlaku penurunan harga.

Keadaan ini membuat pengeluar tenaga AS telah menyekat beberapa pelaburan mereka, sehingga jumlah menggerudi mingguan lebih rendah.

Walaupun menggerudi berkurang, Goldman Sachs meramalkan bahawa pengeluaran minyak AS masih akan tumbuh 230,000 tong sehari pada suku keempat 2015 berbanding dengan tahun lalu.

Penulis: Paulus Nitbani / PCN

Sumber: AFP via CNA

KOS BELI JET BAHARU HAMPIR SETENGAH BILION DAN SECARA HUTANG


Rafizi dedahkan pembelian jet baharu bernilai hampir setengah bilion



Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, berdasarkan perjanjian pembelian antara kerajaan Malaysia dan Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd, kos yang dinyatakan bagi pesawat jenis ACJ320 itu bernilai ‎ RM465.4 juta. 

PKR hari ini mendedahkan harga pembelian jet peribadi baharu oleh Putrajaya bernilai hampir separuh bilion ringgit sekali gus menolak jawapan Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyatakan tindakan pembelian bertujuan menjimatkan kos.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, berdasarkan perjanjian pembelian antara kerajaan Malaysia dan Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd, kos yang dinyatakan bagi pesawat jenis ACJ320 itu bernilai ‎ RM465.4 juta.

Rafizi yang juga setiausaha agung PKR berkata, melalui terma perjanjian tersebut, kerajaan Malaysia akan membayar pendahuluan sebanyak AS$20 juta dan bakinya akan dibayar secara ansuran selama 15 tahun.

"Bayaran deposit AS$20 juta yang dibayar adalah bersamaan RM65.22 juta mengikut kadar tukaran mata wang ditetapkan semasa perjanjian iaitu AS$1 bersamaan RM3.261, dan ba‎yaran pendahuluan ini sudah dilakukan," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini. – 17 Mac, 2015.


Jangan libatkan Agong dalam pembelian jet peribadi baharu Najib, kata Rafizi

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli turut menyelar tindakan Jabatan Perdana Menteri yang mengheret nama baik Yang di-Pertuan Agong untukSetiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menyelar jawapan kerajaan yang mengatakan pembelian jet peribadi baharu menjimatkan kos dan mendedahkan kos pembelian jet peribadi baharu Datuk Seri Najib Razak itu bernilai RM465.4 juta.

Ahli Parlimen Pandan itu turut menyelar tindakan Jabatan Perdana Menteri semalam yang mengheret nama baik Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk "menghalalkan" pembelian jet peribadi baharu itu.

"Tindakan ini tidak bertanggungjawab kerana rakyat dapat membezakan berapa kali Yang di-Pertuan Agong terlibat di dalam lawatan rasmi ke luar negara berbanding dengan perdana menteri," kata Rafizi yang juga naib presiden PKR pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

"Bagi tempoh 2008 hingga 2013 seperti jawapan Parlimen kepada soalan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming, kerajaan terpaksa membayar kos RM44 juta bagi semua lawatan ke luar negara melibatkan Datuk Seri Najib Razak," katanya.
Semalam, Rafizi mendedahkan ketika rakyat berdepan dengan kenaikan harga barangan, pentadbiran Najib membeli sebuah jet peribadi baharu dengan sewenang-wenangnya.

Rafizi mendakwa, jet berkenaan ialah tambahan kepada 5 jet sedia ada yang dimiliki Putrajaya setakat ini, termasuk Boeing Business Jet.

"Pembelian sebuah lagi jet peribadi baharu yang kini di bawah pendaftaran 9H-AWK siap dicat dengan logo 1Malaysia membuktikan pentadbiran Najib terus bergelumang dengan keborosan dan pembaziran pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya.

Sehubungan itu, Rafizi mencabar Najib memperincikan setiap perjalanan jet peribadi milik kerajaan dan siapa yang menggunakan pesawat tersebut sebagai menyokong jawapan membabitkan penggunaan Yang di-Pertuan Agong.

"Saya mencabar Najib memperincikan setiap perjalanan jet peribadi milik kerajaan dan siapakah menggunakan jet peribadi termasuklah Boeing Business Jet (BBJ) dan Airbus Commercial Jetliner (ACJ 319) sedia ada.

"Berapa kali sebulan jet ini digunakan hingga jumlah jet sedia ada tidak mencukupi dan perlu ditambah lagi," katanya.

Rafizi berkata, alasan menyatakan pembelian dibuat bagi menggantikan jet lama kerana terlalu berusia juga tidak diterima pakai kerana tempoh penggunaan sebuah jet komersial antara 20 hingga 25 tahun bila diselenggarakan mengikut jadual seperti amalan industri penerbangan.

"Jet BBJ yang dimiliki kerajaan Malaysia hanya berusia 16 tahun dan tidak digunakan sekerap jet komersial kerana digunakan sekali sekala bagi keperluan rasmi kerajaan.

"Saya menasihati perdana menteri berterus terang dan tidak menggunakan pegawai di Jabatan Perdana Menteri untuk mengelak daripada menjawab isu ini," katanya. – 17 Mac, 2015 ~tmi


TERKINI : BEKAS MENTERI BN AKAN KRITIK TITAH DIRAJA DI PARLIMEN PAGI INI

Ku Li akan serang Putrajaya dalam ucapan Parlimen hari ini


Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dijangka membahaskan titah diraja di Parlimen, hari ini. 

Ahli Parlimen paling lama berkhidmat di Malaysia, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah akan mengkritik Putrajaya apabila membahaskan titah diraja di Parlimen hari ini, satu langkah tidak dijangka kerana akan menyerang partinya, gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Gua Musang dan penyokong BN itu akan menimbulkan 10 isu dalam membentangkan rasa tidak puas hatinya dengan kandungan titah diraja dan cara Datuk Seri Najib Razak memimpin negara.

"Ku Li merasakan titah diraja tidak mencerminkan masalah sebenar yang dihadapi negara," kata satu sumber yang rapat dengan kerabat Diraja Kelantan itu, menggunakan nama timangan popularnya.

"Antara isu yang akan ditimbulkan termasuk skandal 1MDB dan konflik kepentingan apabila Najib memegang kedua-dua jawatan perdana menteri dan portfolio menteri kewangan," katanya merujuk kepada dana pelaburan milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad yang berhutang sebanyak RM42 bilion.

Sumber berkata, ucapan Ku Li sepanjang 30 minit itu akan menyentuh tentang bagaimana Umno - parti tunjang BN sudah "mengambil alih kedaulatan dan kuasa Parlimen".

Ucapan bekas naib presiden Umno itu merupakan pertama kali dalam sejarah Malaysia di mana seorang penyokong kerajaan akan berucap menentang titah diraja.

"Ini akan mencetuskan banyak kontroversi tetapi beliau juga akan menawarkan penyelesaian bagi masalah negara," kata sumber itu di Kuala Lumpur semalam.

Difahamkan teks ucapan Ku Li akan mula diedarkan pada jam 9.00 pagi hari ini.

Ucapan Ku Li juga akan menjadi cubaan terhebat pada ketika ini untuk mengkritik Najib di dalam Parlimen daripada seorang ahli Parlimen Umno.

Perdana menteri yang berkhidmat selama hampir 6 tahun kini menghadapi kritikan keras terhadap cara beliau mengendalikan isu ekonomi dan politik negara.

Bagaimanapun, berdasarkan bagaimana prosiding harian Parlimen berjalan, mana-mana cubaan untuk menggerakkan undi tidak percaya terhadap perdana menteri oleh ahli parti, ataupun daripada pembangkang, selalunya akan terhenti setakat di pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Sebelum ini, beberapa usul menentang kerajaan pemerintah oleh pembangkang ditolak Yang Dipertua Dewan rakyat.

Ku Li memenangi kerusi Parlimen Gua Musang yang dulunya dikenali sebagai Ulu Kelantan pada 1974.

Beliau berkhidmat sebagai menteri kewangan dan menteri perdagangan antarabangsa dan industri semasa era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dan sering dikatakan seorang yang layak bagi jawatan perdana menteri sekiranya pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya.

Beliau mencabar Dr Mahathir bagi jawatan presiden Umno pada 1987 tetapi gagal dan sebelum itu mencabar Tun Musa Hitam bagi jawatan timbalan presiden pada 1984, tetapi juga gagal.

Umno diumumkan haram selepas pemilihan parti pada 1987 dan Ku Li menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (Semangat 46) selepas gagal mendaftar Umno Malaysia sebagai Umno baharu.

Beliau menyertai Umno Baru Dr Mahathir pada 1996 tetapi disebabkan undang-undang baharu parti, Ku Li sukar untuk mencabar jawatan presiden.

Ahli Parlimen berusia 77 tahun itu juga merupakan pengasas, bekas pengerusi dan ketua pegawai eksekutif syarikat minyak negara Petronas.

- See more at: http: SINI

16 Mac 2015

PASUKAN AEROBATIK JUPITER YANG TERHEMPAS SEMALAM GUNAKAN PESAWAT BUATAN KOREA SELATAN

Pautan kekal imej terbenam



VIDEO: Mengenal Pesawat Milik Pasukan Aerobatik Jupiter TNI AU

Jakarta - Sebelum dua pesawatnya berlanggar, Minggu (15/3), pasukan aerobatik TNI AU Jupiters Aerobatic Team, menggunakan enam pesawat KT 1B Woong Bee buatan Korea Selatan dengan cat warna merah putih.

Pesawat ini termasuk kelas entry-level untuk latihan asas, dengan mesin propeler tunggal. Varian yang dimiliki pasukan Jupiters mempunyai tempat duduk seiring.

Menurut pembuatnya, pesawat ini mempunyai multi peranan di samping sebagai latihan pilot juga penggunaan sistem senjata.

Sumber:Beritasatu TV



LIMA 2015: Pasukan aerobatik Jupiter sah tarik diri



Pasukan aerobatik Indonesia, Jupiter One menarik diri daripada Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA 2015), selepas dua daripada pesawat ringannya terhempas semalam.

Keputusan penarikan diri pasukan aerobatik Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) itu disahkan oleh seorang pegawai tingginya, Marsyal Pertama Indra Yadi hari ini.

"Enam buah pesawat Jupiter akan terbang pulang hari ini, bagaimanapun penyertaan syarikat Indonesia dan lain-lain di dalam LIMA masih diteruskan," katanya kepada pemberita selepas melawat keempat-empat juruterbang Indonesia itu di Hospital Daerah Langkawi hari ini.

Ini merupakan penyertaan pertama pasukan aerobatik Jupiter One di Langkawi.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 2.04 petang semalam, dua buah pesawat Jupiter One terhempas selepas bergeser sesama sendiri ketika melakukan latihan sebelum bermulanya LIMA 2015.

Sebuah daripada pesawat terbabit terhempas di kawasan Permandangan Indah, Padang Mat Sirat manakala sebuah lagi di kawasan Kedawang, mengakibatkan sebuah rumah dan kereta terbakar.

Seorang penduduk kampung berusia 70 tahun turut mengalami trauma akibat kejadian itu dan kini sedang dirawat di Hospital Daerah Langkawi.

Keempat-empat juruterbang sempat menggunakan payung terjun sebelum pesawat itu terhempas.

Sementara itu, jurucakap Hospital Daerah Langkawi mengesahkan keempat-empat juruterbang Indonesia itu dibenarkan keluar daripada hospital pagi tadi.

PEKERJA MAS AKAN BERPIKET SEMASA BERLANGSUNGNYA LIMA?

Selepas ugut piket, kesatuan anak kapal MAS gesa campur tangan kerajaan


Nufam menggesa kerajaan untuk masuk campur supaya pekerja tidak menjadi mangsa kepada kepimpinan yang tidak bertanggungjawab oleh MAS dan Khazanah. – Gambar Reuters, 16 Mac, 2015.Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) hari ini menggesa kerajaan campur tangan dalam kemelut dihadapi mereka dengan Malaysia Airlines (MAS) dan Khazanah Nasional, atau mereka akan meneruskan rancangan untuk berpiket.

Setiausaha agungnya, Mohd Akram Bin Osman mendakwa mereka mendapat sokongan penuh persatuan krew yang lain, ia selepas rancangan mereka untuk berpiket seperti dilaporkan The Edge Financial Daily hari ini.

"Ia sangat menggalakkan apabila kesatuan lain juga tampil memberi sokongan terhadap rancangan piket Nufam di mana kami gesa kerajaan supaya membuat siasatan penuh ke atas kerugian MAS sebelum mereka memulakan penamatan khidmat pekerja MAS," kata Mohd Akram dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Akram berkata kerajaan perlu masuk campur bagi mengelak pekerja daripada menjadi mangsa kepada kepimpinan tidak bertanggungjawab MAS dan Khazanah.

"Kami meminta kerajaan masuk campur tangan bagi mengelakkan pekerja daripada menjadi mangsa di bawah kepimpinan korporat tidak bertanggungjawab MAS dan Khazanah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan hari ini memetik Nufam sudah menghantar notis untuk berpiket kepada kerajaan bagi membantah rancangan Khazanah untuk membuang 6,000 staf sebagai sebahagian salah satu langkah penstrukturan semula untuk menyelamatkan syarikat penerbangan negara yang rugi tersebut.

Dalam pada itu, Akram juga menyifatkan langkah untuk membuang pekerja MAS tersebut sebagai melanggar akta buruh antarabangsa.

"Penamatan khidmat serta-merta pekerja MAS dianggap sebagai melanggar piawaian buruh antarabangsa memandangkan tiada sebarang pengisytiharan terbuka MAS sepenuhnya muflis oleh Khazanah.

"MAS hanya dipindahkan aset kepada NewCo yang diwujudkan untuk menghapuskan sebarang bentuk liabiliti melibatkan pekerja yang tidak bersalah. Kesatuan menggesa kerajaan supaya menimbang semua pandangan disuarakan Nufam, MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) dan ITF UK (Kesatuan Pekerja Pengangkutan Antarabangsa) ke atas MAS dan Khazanah," katanya.

Mohd Akram juga menggesa supaya pekerja MAS tidak menandatangani sebarang surat penamatan kerja yang dijangka akan dihantar dalam tempoh terdekat ini.

Nufam belum memutuskan tarikh piket tersebut akan diadakan, tetapi difahamkan berkemungkinan bakal diadakan pada 17 Mac dan 21, semasa berlangsungnya pameran Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (Lima) di Langkawi. ~tmi

PANAS! DUA BERITA GEMPAR MENGENAI PAS...WAJIB BACA

BERITA 1 : Husam layak cabar Hadi sebagai presiden PAS




Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dapat 2 pencalonan, melayakkan dirinya mencabar jawatan presiden PAS, yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Selepas mendapat dua pencalonan, Datuk Husam Musa kini layak mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila PAS Kawasan Batu Sapi, Sabah turut mencalonkannya untuk bertanding jawatan presiden semalam.

Sabtu lepas, PAS kawasan Kota Tinggi, Johor mencalonkan naib presiden PAS itu untuk bertanding jawatan presiden dalam mesyuarat agung mereka.

"PAS Batu Sapi mencalonkan Datuk Husam Musa sebagai presiden," kata Yang Dipertua PAS Batu Sapi Hamzah Abdullah kepada The Malaysian Insider hari ini.

"Saya mencalonkan Datuk Husam kerana yakin beliau boleh membawa PAS jauh ke depan dan boleh mendapat kepercayaan dari semua kaum dan agama di negara ini," kata Hamzah yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Sabah itu.

Hamzah yang sebelum ini pesuruhjaya PAS Sabah pertama juga yakin jika Husam terpilih sebagai presiden, ia akan membolehkan PAS memimpin Pakatan Rakyat (PR) dan seterusnya layak untuk menjadi calon perdana menteri.

Dalam perlembagaan PAS, untuk bertanding jawatan presiden, seseorang hanya memerlukan pencalonan minimum 2 kawasan.

Selain Husam, Hadi dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man masing-masing mendapat satu pencalonan selepas 4 kawasan membuat pencalonan sehingga semalam.

Hadi mendapat pencalonan daripada kawasan Shah Alam semalam manakala Tuan Ibrahim mendapat pencalonan daripada kawasan Kota Baru minggu lalu.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim yang juga naib presiden PAS menolak pencalonan itu.

Selain Husam sebagai presiden, Batu Sapi mencalonkan Mohamad Sabu mengekalkan jawatannya sebagai timbalan presiden.

Untuk jawatan naib presiden pula, mereka mencalonkan Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Tuan Ibrahim.

Mesyuarat agung PAS Batu Sapi bersama Libaran, Beluran dan Kinabatangan dirasmikan Mohamad Sabtu lepas.

Sebelum ini, bekas Mursyidul Am PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah antara pemimpin PAS yang sering berkata, Husam antara pemimpin PAS yang layak menjadi calon perdana menteri.

Ia disahkan bekas setiausaha politik Nik Aziz yang pertama Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah.

"Husam adalah prime minister material," kata Wan Rahim
.

PAS akan mengadakan muktamar ke-61 awal Jun depan di Kuala Selangor di mana pemilihan untuk semua jawatan utamanya akan dilakukan. – 16 Mac, 2015 ~tmi





Berita 2:    JK PAS Batu letak jawatan, kecewa dengan Hadi





Barisan pemimpin PAS Batu mengumumkan peletakan jawatan mereka serta merta kerana kecewa dengan kepimpinan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Yang Dipertua PAS Batu, Ishak Surin berkata, mereka hanya akan kembali ke jawatan itu selepas hadi berjaya memulihkan hubungan PAS dengan parti anggota Pakatan Rakyat yang lain.

“Dengan pengistiharan ini, sekali gus gugurlah dengan serta–merta segala jawatan yang diamanahkan kepada kami dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan Batu kali ke-29 (2013) yang lalu.

“Kami berharap pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Batu kali ke-30 yang akan berlangsung pada 19 April 2014 depan, tiada sebarang cawangan dan dewan-dewan yang mencalonkan kami untuk sebarang jawatan di peringkat PAS kawasan Batu,” kata Ishak.

Dalam sidang media itu, Ishak berkata, 17 orang daripada 25 orang pemimpin PAS Batu menandatangani persetujuan untuk tindakan bermufarakah ini.

Ia melibatkan Ishak sendiri di jawatan yang dipertua selain timbalan, baib yang dipertua, setiausaha, ketua penerangan, pengarah pilihanraya, bendahari dan 9 orang ahli jawatankuasa.

Ishak Surin menjelaskan, tindakan “bermufarakah” bererti tidak lagi bersetuju atau mengikut presiden tetapi tidak keluar daripada parti atau pas.

Kerajaan Beli Satu Lagi Pesawat Peribadi Untuk Kegunaan PM Malaysia, Ketika Hutang Negara Bertambah-Tambah?

Pautan kekal imej terbenam


Kerajaan Beli Satu Lagi Pesawat Peribadi Untuk Kegunaan PM Malaysia.

Pembelian terkini sebuah jet peribadi baru bagi kegunaan Perdana Menteri menyerlahkan sikap boros kerajaan pusat tatkala rakyat diminta berjimat.
Dalam satu pendedahan Keadilandaily hari ini, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak pada 1 Disember lalu membeli sebuah lagi jet peribadi yang dianugerahkan secara terus kepada sebuah syarikat.




“Pentadbiran Najib Razak terus menerus bergelumang di dalam keborosan dan pembaziran, pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1MDB,” kata Rafizi dipetik Keadilan Daily.

Ahli Parlimen Pandan itu turut merujuk kenyataan Jabatan Perdana Menteri pada sidang Parlimen November 2013 yang mana memaklumkan kerajaan telah memilik lima jet peribadi termasuk Boeing Businees Jet.

Katanya, sikap boros itu bertentangan dengan situasi dihadapi rakyat kini apabila berdepan dengan kenaikan harga barangan ekoran pemotongan subsidi bahan api.

“Tindakan membeli sebuah lagi jet peribadi baru ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh dua minggu dari sekarang.

“Rakyat terpaksa menanggung cukai baru yang sebahagiannya akan digunakan untuk membayar jet peribadi baru Perdana Menteri ini,” katanya lagi. -SK.

SURAT & GAMBAR JET YANG DIPETIK DARI TWITTER Rafizi Ramli

Sebelum saya dituduh memfitnah, ini surat dari JPM membeli baru. Syukur kita kena bayar GST

PANAS! GAMBAR TUN MAHATIR TUNJUK PENUMBUK PADA MAJLIS LTDL YANG SEPENTAS DENGAN NAJIB MULA TERSEBAR?



Ketika majlis penyampaian hadiah kepada pelumba LTDL 2015 peringkat ke 8, Dato Abdul Malek Mydin CEO LTDL terjatuh cenderahati yang ingin disampaikan kepada PM Najib Razak di hadapan Tun Mahathir, Tun Mahathir secara jenaka menunjukkan tangan seperti mau menumbuk dan disambut gelak ketawa oleh PM Najib dan juga Khairy Jamaluddin. 

Tun M nak tumbuk sapa sebenaqnya......?


Airport Langkawi tutup penyebab Tun M lambat sampai LTDL

Posted by The Unspinners at 3/16/2015


Maka tersebarlah sudah gambar Tun M dan Pm tadi, ramai yang seronok dan ada juga yang terbakar. Aku tau batu api semua hati jadi panas sebab tersebarnya gambar tu. Rilek la, kita nak satukan semua dan tolong jangan jadi tikus perbaiki labu ok.

Oh ya gambar ini aku ambil dari blog seorang pelukis terkenal negara iaitu brader DON, sila KLIK SINIuntuk ke blog beliau.

Belum apa-apa lagi dah keluar RUMOURS murahan yang mengatakan kununnya Tun M tidak mahu bersama PM tadi dalam majlis penutupan LTDL. Sudah keluar beb, kata orang belum apa-apa lagi dah keluar cerita macam ni.

Memang betul Tun M lambat tadi tapi bukan sebab dia tak nak naik satu kereta dengan PM tetapi dia tiba lambat kerana Airport kat Langkawi ditutup kerana LIMA 15, so bila airport dah buka Tun M terus terbang dan datang ke Dataran Merdeka.



15 Mac 2015

TERKINI: 2 PESAWAT PERTUNJUKAN LIMA 2015 TERHEMPAS DI LANGKAWI - GAMBAR-GAMBAR





LIMA kali ini menyaksikan satu tragedi apabila dua pesawat jupiter Indonesia jatuh semasa menjalani latihan LIMA di Langkawi.

Satu pesawat jatuh atas rumah manakala pilot selamat. Sebuah lagi pesawat jatuh dalam sawah dan juruterbang juga selamat. Berita selanjutnya menyusul kemudian.















Gambar Rumah yang terlibat dan kereta  di Kg Gelam ,Kedawang musnah terbakar akibat kemalangan oleh dua pesawat Jupiter Aerobatic Team, Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ketika melakukan latihan aerobatik sempena LIMA '15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini, pada petang tadi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...