26 Februari 2009

21 February 2009
Bukit Selambau...Oh...Bukit Selambau. (siri 1)
Assalammualaikum.....
Tak berapa lama lagi kita di Kedah akan melalui dan menghadapi pilihanraya kecil N25 Bukit Selambau. Tarikh penamaan calun dijadualkan sehari selepas persidangan agung Ameno iaitu pada 29hb Mac dan pengundian akan dibuat pada 7hb April 2009 ini. Kalau kita perhati dan nilai kan apakah kewajaran diakhir-akhir tarikh yang wajib diadakan pilihanraya kecil jika ada kekosongan DUN dibuat yang mana tidak pernah berlaku sebelum ini. Ini adalah satu tugasan pihak SPR setelah mendapat arahan untuk memastikan kemenangan BN di DUN tersebut. Sebagaimana kita tau sehebat mana pun perancangan puak2 BN dengan pertolongan SPR kita berharap dan berdoa agar mereka mengalami kekalahan dan kali ini kekalahan yang teramat memalukan mereka.Sebelum kita turun untuk berkempen di Bt Selambau terlebih dahulu saya ingin meberi sedikit info mengenai Bt Selambau.

Asal usul Bt Selambau ini mendapat nama dari orang2 tua dahulu semasa kerja2 pembukaan kampung dengan memugar hutan dan rimba dan diatas bukit2 yang dipugar terdapat banyaknya rumput sambau.....jadi dari sinilah nama Bt Selambau diperolehi. Lagi satu cerita kononnya ada selambak bukit iaitu bukit2 yang banyak terdapat disana. Walau bagaimana pun terpulanglah kepada pembaca untuk mempercayainya atau tidak.Tujuan saya menerangkan asal usul nama Bt Selambau ini adalah untuk kita bersemangat untuk turun berkempen telah kita tau cerita asal usulnya bak kata orang tak kenal maka tak cinta. Tetapi DUN N25 Bt Selambau merangkumi Pekan Bukit Selambau hingga ke Taman Ria Jaya dengan komposisi kaum 50% melayu,30% India dan 20% Cina secara kasarnya.Terdapat juga pengundi Siam di sekitar perkampungan Bt Selambau yang mana kita ketahui pengundi Siam ini adalah pengundi tegar BN.Bagi Pakatan Rakyat umum telah tahu bahawa kerusi ini adalah kerusi yang akan ditandingi oleh PKR.Dan yang nyata pihak PKR akan meletakkan calun berbangsa India dan ini disahkan sendiri oleh Ketua Umum PKR DSAI baru2 ini. Bagi BN masih lagi menjadi Perebutan diantara Ameno dan MIC..Ameno kata MIC takkan menang kerana berpecah tiga dan MIC kata Ameno takkan menang kerana faktor kemenangan adalah ditangan pengundi India. Dan Pengundi India tidak menyukai Ameno dengan isu2 semasa yang dihadapi sekarang. Bagi saya baik Ameno atau MIC ke keduanya tak akan menang kerana rakyat tak kira apa bangsa pun cukup meluat dan jijik dengan BN sekarang.

Tambahan pula dengan isu apa yang sedang berlaku di Perak.Pihak BN tak kira apa Parti pun tak akan membantu rakyat cuma yang mereka bantu adalah untuk poket sendiri dan poket anak beranak. Kalau diimbas kembali kita lihat calun Ameno ditahun 90'an. Selama dua penggal Ameno dapat kerusi berkenaan apa yang rakyat setempat dapat?. Yang ada hanyalah kawasan perusahaan yang mencemarkan alam sekitar seperti kilang memproses kayu dan kilang2 yang mengeluarkan asap yang banyak yang dipindahkan dari Kawasan Perusahaan Sg. Petani. Yang untungnya hanyalah wakil rakyat dimasa itu dari Ameno iaitu Badri Yunus dan telah pun mendapat Dato' selepas tidak lagi menjadi Adun Bt Selambau tetapi menjadi Adun Tanjung Dawai. Dato' Badri ini kalau seingat orang Bt Selambau dulu cukup daif dan banyak berhutang denga koperasi kampung dan kediaman beliau dengan rumah kampung beratap nipah dengan keadaan yang cukup usang.Semasa nama beliau dicalunkan duit dipoket hanya ada cuma empat ringgit.Beliau menangis ditepi tangga macam mana nak bertanding pilihanraya dengan duit sebanyak itu. Tanya lah orang2 lama Bt Selambau terutama orang Ameno.Tapi dikala itu kalau diletakkan botol kicap sekali pun atas cap dacing mesti menang punya.Realitinya begitula diwaktu itu. Dan tak lama lepas menang kehidupannya terus berubah. Rumah usangnya diganti dengan Banglo hebat. Bayangkan dari mana beliau mendapat duit sekelip mata untuk membina banglo tersebut.Begitu juga dengan keluarga beliau anak beranak,berubah serta merta dengan cara hidup seperti pimpinan Ameno yang lain.Tetapi keadaan dah berubah.

Umno Merbok terutama cawangan Bt Selambau sendiiri pun berpecah dua. Ada geng Cikgu Arzemi Hamid mantan ketua bahagian Ameno dan ada puak Dato' Badri Yunus.Tetapi pengundi melayu terutama dipersekitaran Pekan Bt Selambau masih tegar Ameno.Jadi petugas2 Pakatan Rakyat perlu memberi penumpuan dikawasan melayu iaitu di Kampung tradisional melayu khasnya.Itu adalah cerita ringkas situasi di Bt Selambau. Tapi yang menariknya bagaimana kisahnya yang berlaku diwaktu ini iaitu pasca pilihanraya ke 12 yang lalu. Apabila berlaku sedikit pergolakan pada PKR Merbok apabila Peguam Syaiful di namakan akan bertanding di DUN Bt Selambau maka puak2 yang tidak sehaluan atau boleh dikata sipengacau parti yang diketuai oleh Zamil Ibrahim telah pun menaja seorang calun bebas untuk bertujuan memecahkan undi agar calun PKR yang bertanding akan kalah.Ini disahkan sendiri oleh Zamil dalam akhbar SINAR pada 18hb Feb yang lalu di muka N9. Dan apabila pencalonan peguan Syaiful ditolak kerana tidak mengistiharkan perbelanjaan pilihanraya lalu maka dari hari itulah sebenarnya telah bermula tawar menawar dengan BN agar calun bebas tajaan Zamil untuk menarik diri dan diberikan kemenangan percuma kepada calun BN. Tetapi oleh kerana tawaran yang mahu diberikan tidak lumayan dan memuaskan maka perkara jual beli tersebut tidak terjadi...Kebetulan waktu itu Zamil masih menjali ahli PKR lagi.Dan apabila pihak PKR berunding dengan Sdr. Arumugam agar mengistiharkan bahawa beliau adalah calun PKR sebagai gantian dan beliau telah pun menyetujui hasrat PKR dan dengan isu yang ada dan dimana bermula dari Merbuk sehingga lah ke Kulim boleh dikatakan sebagai koridor jajaran HINDRAF. Bila di istiharkan Sdr. Arumugam mewakili PKR dan menang pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu menyebabkan kemarahan Zamil bermula..Dan kerja2 pengkianatan terhadap PKR dan Pakatan Rakyat Kedah pun mula membuka tirainya............................Tunggu episod seterusnya............................JIN BRABUS
ADMIN - KedahLaNie TIME - 7:44 AM Labels: Bukit Selambau, Penulis Tamu - JIN BRABUS

24 Februari 2009

PR TETAP PILIHAN RAKYAT BUKIT SELAMBAU.
oleh ybars. 24feb,09 : http://pkrl.blogspot.com

Pengundi Bukit Selambau tetap memilih PR kerana memandangkan PR dapat memerintah Kedah dengan baik juga dapat menyelesaikan banyak masalah yang sebelum ini tidak diambil berat oleh kerajaan terdahulu. Pendapat dari penduduk kedah dan kakitangan kerajaan negeri mereka lebih selesa dengan pentadbiran sekarang kerana lebih telus juga kurang kerenah atau campurtangan ahli politik. Dan tentu bakal calun PR dari kaum india dapat mewakili seluruh permasalahan Kaum India di Kedah. Tentu sekali sekiranya calun PR akan menang ianya akan dilantik sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan.

Kita akan membantu untuk memberikan maklumat untuk pengundi Kawasan Bukit Selambau
melalui blog ini.




Saiful Izham sah tidak bertanding di Bkt Selambau
Abdul Rahim Sabri Feb 24, 09 7:34am - Malaysiakini.com

Ketua AMK Kedah, Saiful Izham Ramli hari ini mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau 7 April ini.Dihubungi Malaysiakini semalam, Saiful berkata, beliau tidak menawarkan diri untuk bertanding sebaliknya mengambil keputusan untuk memikul tanggungjawab sebagai pengarah pilihanraya kecil tersebut.Semalam, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim berkata pihaknya telah mengenal pasti empat calon untuk pertimbangan pucuk pimpinan bertanding di situ.

Mengulas perkara tersebut, Saiful berkata, terserah kepada PKR pusat untuk menentukan calon yang sesuai.Kerusi DUN tersebut kosong selepas penyandangnya, V Arumugam meletak awal bulan ini.Dalam pilihanraya 8 Mac tahun lalu, Arumugam yang bertanding atas tiket bebas menang dengan majoriti 2,362 undi. Beliau mendapat 13,225 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari MIC, S Krishnan yang mendapat 10,863 undi.

Tempoh penggantunganManakala kertas pencalonan Saiful Izham yang mewakili PKR ditolak SPR atas sebab-sebab teknikal.Arumugam kemudiannya menyertai PKR dan dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri.Terdapat 35,140 pengundi layak mengundi di DUN Bukit Selambau, dengan lebih 50 peratus merupakan pengundi Melayu.Menurut Saiful Izham, pilihanraya kecil di Bukit Selambau melibatkan 22 daerah mengundi dengan 64 peti undi.

Mengulas mengenai kesilapan teknikal tersebut, Saiful berkata, ia berlaku kerana SPR menganggap beliau masih dalam tempoh penggantungan.Menurutnya, ia kerana SPR mendakwa beliau melakukan kesalahan kerana tidak menghantar penyata perbelanjaan pilihanraya bagi tahun 2004.Ceramah bermulaBerikutan itu, jelas Saiful, kertas pencalonannya ditolak dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.Penggantungan tersebut berkuatkuasa untuk tempoh lima tahun mulai 2004, tambahnya.

Saiful berkata PKR dan PAS telah membuat persediaan termasuk membuka bilik gerakan dan memulakan siri ceramah sejak tiga minggu lalu.Ditanya mengenai 'mood' pengundi di Bukit Selambau, beliau mendakwa, mereka, termasuk pengundi atas pagar, kini dalam kemarahan ekoran rampasan kuasa BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Perak."Kita begitu yakin untuk menang walaupun BN meletakkan calon Umno atau MIC. Tidak ada perbezaaannya."PAS dan DAP memberikan komitmen sepenuhnya untuk memenangkan calon PKR," kata Saiful
Bkt Selambau: Peluang BN menang cerah, kata Zamil
Muda Mohd Noor Feb 24, 09 7:13am -dari malaysiakini.com



Bekas pengarah pilihanraya PKR Merbok, Zamil Ibrahim mendakwa peluang Barisan Nasional (BN) untuk merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau adalah cerah kerana wujud percakaran dalam Pakatan Rakyat.Menurut Zamil - yang merupakan bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah - beliau akan mendedahkannya dalam beberapa hari lagi."Pakatan Rakyat 'okay' di atas pentas dan di dalam mesyuarat sahaja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.Zamil merupakan pengarah pilihanraya bagi calon bebas Bukit Selambau, V Arumugam dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.Arumugam yang memenangi kerusi tersebut, kemudiannya menyertai PKR dan dilantik sebagai exco kerajaan Kedah.

Bagaimanapun, Arumugam meletakkan kedua-dua jawatan tersebut awal bulan ini.Suruhanjaya pilihanraya (SPR) menetapkan 29 Mac sebagai hari penamaan calon dan 9 April sebagai hari mengundi."BN akan menang jika boleh meletakkan calon yang sesuai di Bukit Selambau," katanya.Zamil juga mendakwa, ada pihak yang menghubunginya supaya mencari penaja untuk calon bebas bertanding.Bagaimanapun, katanya, beliau belum memberikan jawapan mengenai perkara tersebut."Tunggulah, saya hendak fikir dulu," kata Zamil yang telah meninggalkan PKR dan menyertai Umno September lalu.

komen - diani dari spesis Sesumpah

23 Februari 2009

Wednesday, February 18, 2009

UMNO Bahagian Merbok telah digadai kepada Singapura
Melihat banyak respon dan komen yang Mummy terima (350-500 pelayar satu hari) berhubung suasana politik di kawasan Merbok khasnya PRK Bukit Selambau dan situasi UMNO Bahagian Merbok, Mummy ingin mengulas lanjut untuk tambahan sebagai penyampai suara rakyat di kawasan tersebut.

Maklumat-maklumat ini diterima dari SB-SB Rakyat yang sedang berkeliaran di kawasan tersebut sekarang ini. Ada yang sedang minum kopi di kedai Abu Bukit Selambau, ada yang jadi waiter di Restoran Pelita, ada yang sedang berniaga apom lenggang di market Taman Ria Jaya dan ada yang gunting rambut di Sungai Lalang. Mereka ini bukan ahli politik tetapi mereka ini rakyat biasa yang sedang memerhati gelagat juak-juak UMNO Merbok khasnya Ketua UMNO Bahagian Merbok yang menang dengan rasuah politik.
Mummy diminta untuk membuktikan kenyataan di dalam blog Mummy yang lepas tentang “UMNO Merbok dikuasai oleh syarikat Singapura”. Bukti yang mudah Mummy terima laporan tahunan syarikat tersebut dari Singapore Stock Exchange sekembalinya Mummy dari Singapura minggu lepas.

Lapuran ini memberi maklumat terperinci tentang sebuah syarikat Asti Holding Ltd, syarikat yang disenarai di SSE. Syarikat ini telah melantik Tajul Urus Mat Zain sebagai salah seorang ahli lembaga pengarahnya. Tajul juga dilantik sebagai salah seorang “Audit Committee”. Pengerusi “Nominating Committee” dan “Remuneration Committee”. Dalam lapuran ini hanya Tajul seorang sahaja Melayu Malaysia yang dilantik di dalam syarikat tersebut dan ahli-ahli lembaga pengarah yang lain dan pengurusan lyang lain semuanya terdiri dari Cina Singapura.
Betapa hebatnya ketua UMNO Bahagian Merbok yang dahulu hanya jadi cikgu cabuk hari ini boleh duduk di dalam sebuah syarikat awam berpengkalan dan dikuasai oleh Singapura.
Persoalannya di sini, siapa Tajul? apa yang Tajul tahu tentang perniagaan? apa yang Tajul tahu tentang “precision engineering”?, apa yang Tajul tahu tentang peranan ahli lembaga pengarah syarikat awam?. Atau Tajul hanya proxy seseorang? KJ atau Mahazir Khalid?


Dalam kata yang paling mudah Tajul merupakan broker komission atau power broker atau talibarut atau upahan syarikat Singapura yang ingin menguasai tokoh-tokoh politik negara ini.
Banyak syarikat-syarikat Singapura telah menggunakan strategi kotor Yahudi seperti di Amerika Syarikat di mana majoriti syarikat strategik AS dikuasai oleh Yahudi dan setiap kali pilihanraya memilih Presiden AS, syarikat-syarikat ini akan menyalurkan dana yang berbillion ringgit untuk memenangi calun pro mereka. Dalam lain perkataan Presiden tersebut kelak akan tunduk dan mengikut telunjuk Yahudi di dalam segenap dasar luar dan dalam AS.
Contoh yang terjadi dihadapan mata kita ialah, apa jadi dengan PM Thailand, Taksin Shinawatra dimana beliau telah dibeli oleh Temasik Holding Ltd sebuah konglomerat Singapura sehingga beliau akhirnya jatuh diguling oleh rakyat dan rajanya sendiri dengan penuh penghinaan.Hari ini UMNO Merbok sedang bergembira dengan tokoh mereka yang konon kaya raya. Mereka tidak sedar mereka telah dibeli dengan wang-wang dana dari Singapura. Yang sebenarnya UMNO Bahagian Merbok telah menjadi bahan dagangan dan kempimpinan jawatankuasa yang ada telah tergadai kepada Singapura.

Posted by MUMMY ROKIAH
Calon PKR: 18 tawar diri di Bkt Selambau
Abdul Rahim Sabri Feb 23, 09 1:32pm-dari Malaysiakini

Seramai 18 calon telah menawarkan diri untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN), Bukit Selambau di Kedah pada 7 April depan.Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan kesemua mereka Sabtu lalu.Berikutan itu, katanya, empat nama telah disenarai pendek untuk pertimbangan pucuk pimpinan parti tersebut.Dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad berkata peluang PKR untuk mengekalkan kerusi tersebut adalah amat cerah ekoran wujudnya perebutan kerusi antara parti komponen BN.Sebelum ini, Umno bahagian Merbok dilaporkan meminta kerusi tersebut dipulang kepada parti itu kerana tidak yakin dengan kemampuan MIC untuk memenanginya.Ditanya mengenai empat nama tersebut, Ahmad bagaimanapun enggan menyatakan identiti dan keturunan calon-calon tersebut kerana ia "cukup sulit".Kerusi tersebut kosong selepas penyandangnya, V Arumugam meletak jawatan exco kerajaan negeri dan Adun Bukit Selambau awal bulan ini. Dalam pilihanraya 8 Mac tahun lalu, . Arumugam yang


bertanding atas tiket bebas menang dengan majoriti 2,362 undi. Beliau mendapat 13,225 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari MIC, S Krisnan yang mendapat 10,863 undi.Saiful tidak bertandingBeliau menewaskan calon BN dari MIC, S Krishnan, sebelum menyertai PKR dan dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri.Manakala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak kertas pencalonan calon PKR, Saiful Izham Ramli atas sebab-sebab teknikal.Kali ini, terdapat 35,140 pengundi layak mengundi di DUN Bukit Selambau, dengan lebih 50 peratus merupakan pengundi Melayu.Mereka terdiri daripada 35,125 pengundi biasa, manakala 15 lagi adalah pemilih pos.Ahmad juga ditanya mengenai ura-ura bahawa Saiful Izham yang juga ketua AMK Kedah, akan bertanding semula dalam pilihanraya kecil kali ini.Setahunya, kata beliau, Saiful Izham tidak boleh bertanding ekoran tidak menghantar penyataan kewangan sewaktu bertanding di DUN tersebut dalam pilihanraya umum ke-12, Mac tahun lalu.PKR pusat akan umum"Pilihanraya akan datang, bolehlah (bertanding)" kata Ahmad yang juga ahli Parlimen Kuala Kedah.

Ditanya mengenai ciri-ciri calon yang dititikberatkan, beliau berkata, pihaknya mengambil kira dari sudut keperibadian calon, latar belakang pendidikan serta penglibatan dalam perjuangan parti serta kalis ugutan dan sogokan."Kita mementingkan ketelusan (calon) dan kebolehpercayaan dalam parti serta jaminan bahawa dia tidak akan lompat parti," katanya.Menurut Ahmad lagi, pihaknya sudah bersedia bertemu dengan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bila-bila masa untuk menyerahkan nama calon-calon tersebut.Katanya, pengumuman nama calon bagi kerusi tersebut akan dibuat oleh PKR pusat bila tiba masanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...