Oleh: YB Pulau Paku
Menjelang PRU13 persaingan calon Parlimen dari UMNO Bahagian Langkawi agak sengit walaupun agak tenang setenang ayak mati dilaut. Banyak pihak atau kem melobi bagi mendapatkan orang atau kuda tunggangan masing-masing.
Salah satu desas desus Tun mahathir ingin melatakan calon pilihan beliau TS Khalil Mutalib bekas Pengurus besar LADA dan dimaklumkan beliau meletakan syarat apabila menang perlu diberi menteri penuh....
banyak maklumat lagi akan dibawa pada siri lain.......
Baca berita dibawah dimana program yang dirancang untuk menjatuhkan ahli parlimen sedia ada.....pentempuran baru bermula....?
Berita dipetik dari: FB Aziz Desa
yb datuk paduka abu bakar taib ahli parlimen langkawi merangkap pengerusi yayasan amanah saham anak langkawi (asal) mengesahkan TIDAK HADIR majlis diskusi asal di hotel seaview langkawi pada 23 Februari, jam 8.30 pagi. menerusi jawapan bertulis dan diposlaju kpd saya, abu bakar memberitahu beliau MEMPUNYAI URUSAN LEBIH PENTING dan melibatkan 3 program bersama-sama masyarakat yang perlu dihadiri pada sebelah pagi hari tersebut. Abu Bakar juga amat berdukacita dan kecewa dengan tindakan dan cara yang dilakukan oleh pihak saya.
Abu Bakar juga menyebut: 'satu posting di dalam facebook yang menuduh Asal menipu rakyat Langkawi'. Sebagai 'orang terpelajar' tuan tentunya faham mengenai undang-undang dan perjalanan sesebuah syarikat serta perlunya bukti-bukti yang kukuh sebelum membuat sebarang andaian mahupun pertuduhan' tulis Abu Bakar. Beliau mengajak saya atau sesiapa sahaja bersikap 'gentleman' dgn datang ke pejabat Asal yang sentiasa terbuka pintunya untuk mendapatkan penerangan sebelum mengambil sebarang tindakan.
Dipenghujung kalam Abu Bakar berpandangan bahawasanya terdapat 'hidden agenda' di sebalik penganjuran diskusi.
Walau bagaimanapun jelas Abu Bakar, YBhg Tan Sri Abdul Halil Mutalib {ahli lembaga pengarah - mantan gm LADA) telah memaklumkan dan difahamkan beliiau akan hadir dalam perjumpaan tersebut.
Saya baca 7 kali kali surat ini. Saya tega kalau Abu Bakar tidak dpt hadir tetapi ayat-ayat berikutnya membuatkan saya musykil dan bertanya 'inikah wakil rakyat yang aku pangkah atau undi dalam pru-12 lalu). Surat jemputan saya kepada Abu Bakar adalah atas nama Gabungan Anak Langkawi (GALA). Saya hanya pegawai seranta yang ditugaskan menguruskan/menandatangani surat jemputan VVIP kerana Pengerusi GALA Sdr A Ismail Yaakob (Manpen - bekas YB dan veteran Umno yang baru dapat duit sumbangan keprihatinan Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Razak baru-baru ini kebetulan sedang uzur).
Ini bukan jemputan peribadi saya atau bakal majlis satu akai saya. Ini akai anak-anak Langkawi. Mereka setahu saya bukan mahu tuding jari atau tuduh Abu Bakar atau ASAL menipu tetapi mereka mahu penjelasan - kerana perkara ini sudah lama berlarutan. Maka satu wadah terbaik adalah menganjurkan diskusi bagi memberi peluang kepada Abu Bakar dan sesiapa sahaja lebih 'gentleman' memberi penjelasan.
Beri satu kepastian. Rungkaikan segala yang tersimpul. Tidak ada dosa atau 'hidden agenda' apa-apa melainkan ia bertujuan memberi kebaikan untuk semua. Kalau Abdul Halil boleh dtg dari jauh, sedia bersemuka, kenapa Abu Bakar yang mempunyai 'pertalian budi' dengan anak Langkawi 'ragu-ragu dan malu-malu' untuk berdiskusi. bukan selalu, mungkin ini yang pertama sejak tahun 1994. Kepada Abu Bakar - saya tega diperlekehkan 'buat kali kedua oleh pihak YB yang sama ' tetapi tersirat kata dengan kefahaman diskusi ini dianggap kurang penting sebenarnya 'mengguris' banyak hati penduduk Langkawi yang mendamba kasih dan sayang kepada tuan yang kami utamakan.
22/2/13 Ada usaha menggagalkan majlis dialog amanah saham anak langkawi jam 8.30 pagi esok di hotel seaview kuah. ini dibuat menerusi penyebaran khidmat pesanan ringkas (sms) kepada ramai orang. janganlah buat macam itu. gentlemannlah. ini majlis untuk manfaat semua. tiada tok dalang apatah lagi pawang. apa yang hendak dibimbangkan kalau semua lurus, telus, terjamin fulus. datang ya. tengok ahli lembaga pengarah lada yang gentleman tan sri abdul halil muttalib pun dah ada di langkawi
INFO DAN BERITA-BERITA TENTANG ASAL:
Pengurus Besar, Yayasan Amanah Saham Anak L'kawi (ASAL), Tingkat 3, Kompleks LADA, Persiaran Putra, 07000 Kuah, Langkawi, Kedah Darul Aman.
|
04-9668387/ 04-9668389 04-9668425(F)
|
ASAL ANTARA PEMEGANG SAHAM LANGKAWI PORT RUJUK SINI
SEJARAH AMANAH SAHAM ANAK LANGKAWI
Kira-kira 16 tahun dulu, Pulau Langkawi digahkan dengan berita penubuhan Amanah Saham Anak Langkawi Berhad atau ringkasnya ASAL.
ASAL pada dasarnya bermatlamat membantu orang-orang Langkawi atau hadiah daripada Perdana Menteri ketika itu (YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad) dengan bekalan dana modal oleh kerajaan lebih daripada RM10 juta.
ASAL kebelakangan lebih terarah menjadi syarikat persendirian dan bukannya syarikat pelabur pemegang amanah kerajaan/rakyat. Adatanda-tanda berlakunya penyalahgunaan kuasa.
Ahli Lembaga Pengarah ASAL (ketika penubuhannya):
Pengerusi : YBhg Tan Sri Bashir bin Ismail -Ahli Korporat
Pengurus : Encik Yahya bin Hashim -Ahli Korporat
Ahli Lembaga Pengarah :
YB Datuk Paduka Abu Bakar bin Taib -Wakil Rakyat Langkawi
Tan Sri Haji Halil bin Mutalib -Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Langkawi(LADA)
Diawal penubuhan ASAL, orang-orang Langkawi begitu gembira dan menganggap ianya nikmat pembangunan bersempenaan pengisytiharan Langkawi Free Duty.
ASAL MAHU URUSKAN KOTA MAHSURI
6 September, 2010 - Amanah Saham Anak Langkawi (Asal), anak syarikat Perbadanan KemajuanNegeri Kedah , merancang untuk mengambil alih pengurusan Kota Mahsuri di sini untuk menjadi pemain yang lebih besar dalam sektor pelancongan.
Pengerusinya, Datuk Paduka Abu Bakar Taib, berkata Asal adalah dalam peringkat akhir perbincangan dengan syarikat itu kini menguruskan Kota Mahsuri, dahulunya dikenali sebagai Makam Mahsuri, makam puteri legenda Langkawi yang tidak adil dituduh berzina dan dibunuh.
Kota Mahsuri, yang terletak di Kampung Mawat, Ulu Melaka , adalah satu produk pelancongan yang menarik yang paling domestik dan pelancong asing yang datang ke pulau itu.
Source: Bernama