31 Januari 2015

RON95 – RM1.70, RON97 – RM2.00 HARGA TURUN MULAI TENGAH MALAM INI


Minyak Turun Harga Lagi: RON95 – RM1.70, RON97 – RM2.00

MULAI tengah malam ini, harga RON95 turun 21 sen menjadi RM1.70 seliter, RON97 turun 11 sen menjadi RM2.00 manakala diesel turun 23 sen jadi RM1.70 seliter.

KUALA LUMPUR — Harga runcit bagi petrol RON95 diturunkan 21 sen seliter kepada RM1.70 seliter manakala harga RON97 diturunkan sebanyak 11 sen seliter kepada RM2 seliter berkuat kuasa 1 Feb 2015.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit bagi diesel pula diturunkan sebanyak 23 sen seliter kepada RM1.70 seliter.

Beliau berkata kerajaan pada 21 Nov 2014 memutuskan bahawa penetapan harga runcit RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Dis 2014.

“Harga baharu bagi petrol dan diesel dibuat berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang bulan Januari 2015 dan kadar pertukaran matawang,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

“Semua syarikat minyak serta pengusaha stesen minyak diingatkan agar mematuhi penetapan harga baharu ini dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang melanggar peraturan harga baharu yang ditetapkan kerajaan ini,” katanya.– BERNAMA

ADA SUARA MENGATAKAN KINI RAFIZI LEBIH LAYAK DARI AZMIN?

Azmin menjadi Khalid kedua?

DARI AKHBAR CINA


Seorang kolumnis Kwongwah Yitpoh yang menggunakan nama pena Huyidao meluahkan rasa terkejutnya apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba-tiba mengingatkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali supaya tidak menjadi Khalid kedua (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dalam satu majlis pada 10 Januari.

Menurut kolumnis itu, dalam majlis anjuran DAP Serdang itu, Azmin yang disenaraikan sebagai tetamu tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu.

Katanya, Guan Eng dalam ucapannya tiba-tiba mengingatkan supaya sikap Azmin jangan-jangan sekali bertukar seperti Khalid kedua kerana DAP tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan kritikan.

"Dalam kata lain, sekiranya Azmin menjadi Khalid kedua, maka DAP tidak akan teragak-agak untuk 'membuka serangan' ke atasnya," tulisnya.

Menurut kolumnis itu, DAP merupakan parti yang mula-mula mengucapkan tahniah apabila Azmin dilantik sebagai Menteri Besar Selangor tetapi isu pengagihan jawatan dikatakan menyebabkan DAP kini memberi peringatan kepada Azmin.

"Semasa 2013, Abdul Khalid dikhabarkan telah mengubah formula Exco yang dipersetujui kepada DAP (3+1 Speaker) dan Pas (4). DAP amat tidak puas hati pada masa itu.

"Apabila PKR dilanda krisis Menteri Besar, DAP membuka serangan penuh, adakah ini disebabkan kesan pengagihan jawatan sebelum ini?" tanya kolumnis itu.

Ketika era Azmin pula, DAP dikhabarkan pernah meminta supaya parti itu mendapat empat jawatan Exco tetapi malangnya hasrat itu tidak direstui Azmin.

"DAP seterusnya meminta jawatan Timbalan Speaker, tetapi jawatan yang dijanjikan Azmin itu akhirnya diberi kepada Pas."

Kata kolumnis itu lagi, DAP yang gagal mendapat jawatan Exco dan Timbalan Speaker akhirnya memperjuangkan pertambahan jawatan dalam kerajaan tempatan, tetapi sekali lagi tidak kesampaian.

"Ada khabar angin bahawa akar umbi PKR menentang usul DAP, menyebabkan akhirnya Azmin tidak menyerah kuota partinya kepada DAP."

Menurut Huyidao, Azmin sebelum ini merupakan calon Perdana Menteri yang sesuai untuk Pakatan Rakyat kerana beliau menjadi satu-satunya calon yang boleh mendapat sokongan DAP dan pada masa yang sama tidak dibantah Pas.

"Keadaan semasa Azmin bagaimanapun tidak baik. Jika gagal mengagihkan kuasa dengan baik, DAP mungkin akan membuka serangan terhadapnya.

"Jika Pakatan Rakyat berdepan kemelut dalaman, maka Barisan Nasional (BN) akan senyum dalam senyap. Sudah ada orang yang memuji Rafizi Ramli sebagai calon Perdana Menteri yang lebih baik berbanding Azmin." ~Sumber

KEBERGANTUNGAN KEPADA SIMPANAN KWSP HANYA " KESELAMATAN PALSU" KEPADA PERSARA?

Kebanyakan rakyat Malaysia tidak bersedia tempuhi usia persaraan


Ramai rakyat Malaysia takut menghadapi suku terakhir hidup mereka dalam kemiskinan.

Selain hidup dengan gaji yang hanya cukup makan, mereka sering terpaksa menggunakan baki pendapatan mereka untuk membayar hutang peribadi.

Jadi tidak mengejutkan yang seramai 81 peratus rakyat Malaysia takut menjadi miskin selepas bersara. Walau bagaimanapun, tidak banyak yang telah dilakukan untuk mengurangkan kebimbangan itu dengan menyimpan lebih banyak wang.

Ada yang keliru dengan jumlah yang mereka perlu simpan, atau mereka tidak dapat memiliki apa-apa simpanan, kerana perlu membayar komitmen kewangan semasa seperti pinjaman bank.

Menurut laporan HSBC mengenai rancangan rakyat Malaysia selepas bersara, mereka mendapati yang 49 peratus daripada 1,000 responden yang ditinjau tidak boleh menyimpan kerana mereka terpaksa membayar hutang, dan 27 peratus belum pun mula merancang untuk menyimpan bagi usia persaraan mereka.

Ini adalah peningkatan yang mengejutkan dari laporan sebelum ini yang dikeluarkan pada tahun 2013, yang menyaksikan hanya 43 peratus daripada 1,000 responden yang dikaji tidak bersedia secukupnya untuk bersara, dan 28 peratus daripada responden tidak pernah menabung untuk menghadapi usia persaraan.

Bank yang berpangkalan di London itu berkata keselamatan kewangan selepas persaraan akan menjadi isu, kerana PBB meramalkan bahawa akan ada seorang rakyat Malaysia yang berumur lebih 65 tahun bagi setiap empat orang yang berusia 15 hingga 64 tahun, pada tahun 2050.

Pengurus Besar HSBC Bank Malaysia, ES Lim dilaporkan berkata bahawa 28 peratus lagi tidak mengetahui jumlah yang sepatutnya mereka simpan bagi usia persaraan, dan ramai rakyat Malaysia mengandaikan bahawa usia persaraan mereka akan terjaga, jika mereka menyumbang kepada dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka.

Beliau dilaporkan berkata yang kebergantungan kepada dana KWSP ini perlu diubah kerana ia adalah "keselamatan palsu”

Lim juga mengaitkannya dengan tahap gaji yang rendah di Malaysia, kerana isi rumah purata di negara ini akan memerlukan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan, untuk memiliki kehidupan selepas persaraan yang selesa.

"Hakikatnya adalah 31 peratus daripada pesara sebenar hidup dengan kurang daripada RM3,000 sebulan," katanya yang dipetik oleh The Malay Mail Online. 

Beliau menasihatkan golongan dewasa muda di bawah usia 30 tahun yang bekerja, untuk mula menyimpan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 peratus daripada pendapatan bulanan mereka, walaupun kadar optimumnya adalah 30 hingga 40 peratus.

- See more at: SINI

30 Januari 2015

PISTOL TIM. MENTERI DARI MIC JADI PERHATIAN ! Ha..Ha...Macam parti....?



Gambar tunjuk Saravanan bawa pistol


Satu gambar menunjukkan seorang timbalan menteri Datuk M Saravanan dengan satu senjata api tersentil di pinggang seluarnya menjadi perhatian meluas di Facebook hari ini.

Gambar berkenaan dirakam di luar ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur pada hari Rabu lalu, yang menjadi tempat sidang media Saravanan.

Sidang media itu berlangsung dalam suasana yang dilaporkan tegang.

Sebelum sidang media itu, seramai kira-kira 20 orang individu yang didakwa diupah oleh pihak lawan Saravanan cuba menyekat beliau daripada memasuki bangunan berkenaan, yang menimbulkan kekecohan.

Gambar itu juga menunjukkan bahagian pemegang pistol yang diperbesarkan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Saravanan berkata beliau memiliki lesen untuk pistol jenis Glock itu dan tidak pernah mengacukannya kepada sesiapa.

"Saya membawa senjata api berlesen sejak 15 tahun lalu atas sebab keselamatan. Tiada apa masalah. Saya perbaharui lesen setiap tahun.

"Senjata itu biasanya disimpan di dalam kereta saya.

"Tetapi pada hari itu, ia berada dalam sarung dan saya percaya dalam kekecohan itu kot saya bergerak sedikit yang mendedahkan hulu pistol tersebut.

“Saya tidak mengacukannya kepada sesiapa,” katanya.

Malaysiakini difahamkan bahawa polis akan berbincang dengan timbalan menteri itu berhubung cara beliau membawa senjata api tersebut.

Menurut polis, senjata api tersebut perlu dibawa dengan amat berhati-hati untuk mengelakkan keadaan berbahaya seperti diragut dalam pergelutan atau sebagainya. ~SUMBER

TERKINI : HARGA RON95 TANPA SUBSIDI DIJANGKA TURUN RM1.62 SELITER PADA 1 FEB 2015?


Najib Razak terus kutip cukai ke atas pembelian petrol dan diesel. Setakat ini telah dikutip RM1.149 bilion. Rakyat perlu bijak menilai. Sebarkan!

HARGA RON95 TANPA SUBSIDI RM1.62 SELITER, RM516 JUTA CUKAI DIKUTIP BAGI JANUARI 2015



Harga pasaran bagi petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 1 Januari 2015 hingga 28 Januari 2015 disertakan di dalam Lampiran A (harga pasaran RON95) dan Lampiran B (harga pasaran diesel) yang disertakan bersama.

Data harga telah diperolehi secara sah dari pasaran seperti berikut:
RON95 – ditentukan oleh MOPS bagi Singapore Mogas 95 Unleaded
Diesel – ditentukan oleh MOPS bagi Singapore Gasoil
Kadar tukaran matawang – ditentukan oleh kadar rasmi Bank Negara

https://drive.google.com/…/0B2GRLI8QVQQgdThCYUZJNGVwM…/view…

Dari Lampiran A dan Lampiran B, jelas bahawa harga pasaran bagi RON95 (tidak termasuk jaminan keuntungan dan kos yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat minyak) telah menjunam ke harga hanya RM1.31 seliter pada 28 Januari 2015.

Keadaan yang sama juga berlaku dengan harga diesel yang menjunam dari paras ke harga hanya RM1.39 seliter pada 28 Januari 2015 (tanpa jamin keuntungan).

Malah, dengan jaminan keuntungan dan kos yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat minyak sebanyak 32 sen seliter (RON95) dan 23 sen seliter (diesel) seperti yang terpaksa dibayar rakyat sekarang, harganya sepanjang Januari 2015 adalah jauh lebih rendah dari yang terpaksa dibayar rakyat. Pengguna di Malaysia telah membayar harga yang jauh lebih tinggi dari harga pasaran disebabkan dasar penetapan harga oleh Barisan Nasional ini.

Mengambil kira jaminan keuntungan dan kos kepada syarikat minyak itu, harga RON95 ialah RM1.75 seliter (pada 1 Januari 2015) dan terus menurun kepada RM1.63 seliter (pada 28 Januari 2015); berbanding harga yang dibayar oleh rakyat RM1.91 seliter.

Harga diesel pula (termasuk jaminan keuntungan dan kos kepada syarikat minyak) ialah RM1.75 seliter (pada 1 Januari 2015) dan terus menurun kepada RM1.62 seliter (pada 28 Januari 2015); berbanding harga yang dibayar oleh rakyat RM1.93 seliter.


Oleh kerana rakyat terus membayar pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran (walaupun tanpa subsidi), Barisan Nasional mendapat durian runtuh dengan mengutip cukai petrol tanpa diumumkan kepada rakyat.

Perkiraan cukai petrol dan diesel tersembunyi yang telah ditanggung oleh rakyat ditunjukkan di dalam Lampiran C. Anggaran ini dibuat berdasarkan jumlah penggunaan petrol sebanyak 14 bilion liter setahun dan penggunaan diesel sebanyak 9.64 bilion liter setahun seperti jawapan Perdana Menteri di Parlimen.

Dalam bulan Januari 2015, rakyat membayar sebanyak RM307 juta cukai petrol bagi RON95 dan RM209 juta bagi diesel.

Maka, jumlah cukai petrol dan diesel yang dikutip secara senyap oleh kerajaan bagi Januari 2015 ialah RM516 juta tanpa diketahui oleh rakyat. Jumlah cukai petrol dan diesel yang dikutip sejak penetapan harga terapung dikawal (managed float) dilaksanakan iaitu dari 1 Disember 2014 hingga kini adalah RM1.149 bilion.

Berdasarkan harga purata RON95 dan diesel bagi Januari 2015, maka harga bagi Februari 2015 yang sepatutnya diumumkan oleh Barisan Nasional pada 31 Januari 2015 tidak boleh lari dari harga berikut:

RON95 ditetapkan pada harga RM1.62 seliter (tanpa subsidi 30 sen). Jika subsidi dikembalikan seperti dituntut KEADILAN, harga RON95 hanyalah RM1.32 seliter.

Diesel ditetapkan pada harga RM1.65 seliter (tanpa subsidi 30 sen). Jika subsidi dikembalikan seperti dituntut KEADILAN, harga diesel hanyalah RM1.35 seliter.

Sekiranya harga yang diumumkan Barisan Nasional berbeza dari harga ini, menteri yang terbabit perlu menjelaskan bagaimana harga RON95 dan diesel ditentukan kerana pengiraan yang dibuat KEADILAN setakat ini menggunakan formula Barisan Nasional sendiri dan harga pasaran MOPS yang diterbitkan.

Saya juga menyeru Dato’ Seri Najib Tun Razak menjawab isu-isu berkaitan harga minyak yang dibawa selama ini iaitu:

1. Menghentikan cukai tersembunyi yang dikutip di atas pembelian petrol dan diesel yang sehingga kini telah mencecah RM1.149 bilion

2. Menubuhkan Tabung Penstabilan Harga Minyak dengan menggunakan cukai tersembunyi RM1.149 bilion yang telah dikutip untuk digunakan pada masa harga petrol dan diesel kembali naik

3. Menyemak harga pasaran terkini petrol dan diesel pada setiap minggu untuk mengelakkan rakyat terus membayar jauh lebih tinggi dari harga pasaran dan menghentikan cukai tersembunyi akibat perbezaan harga itu

4. Mengarahkan syarikat-syarikat minyak supaya stok petrol dan diesel dijual secara stok konsainan (consignment stock) kepada stesen minyak untuk mengelakkan kerugian yang berterusan setiap kali ada pertukaran harga

5. Menghentikan cukai jualan ke atas pembelian petrol dan diesel oleh sektor pengilang dan industri seperti yang dilaksanakan bermula 1 Januari 2015 kerana itu meningkatkan kos industri dan seterusnya menghalang harga barang diturunkan

Sehingga kini tidak ada seorang pemimpin BN pun yang menafikan perkara-perkara ini lantas mengesahkan ia adalah benar. Tindakan mencukai rakyat melalui pembelian petrol dan diesel pada ketika ekonomi negara semakin teruk melambangkan keterdesakan kewangan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak.

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agung KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

30 Januari 2015


SUMBER


HUTANG RM2B 1MDB, TAIKUN ANANDA JADI PENYELAMAT

Pautan kekal imej terbenam

Jumlah RM2 bilion itu, Maybank dikatakan memberi pinjaman sebanyak 58.99 peratus, RHB Bank 32.41 peratus, Alliance Investment Bank Berhad 4.06 peratus, Malaysia Building Society Berhad 3.24 peratus serta Hwang DBS Investment Berhad 1.29 peratus

Ananda Krishnan pinjamkan RM2b untuk lunaskan hutang 1MDB - sumber

KUALA LUMPUR: Billionaire Tan Sri T Ananda Krishnan dikatakan akan meminjamkan sejumlah RM2 bilion kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk melunaskan hutang syarikat itu kepada beberapa bank tempatan, kata sumber.

Langkah itu juga dikatakan akan membuka jalan kepada 1MDB untuk membuat tawaran awam permulaan (IPO) bagi meraih lebih RM10 bilion dengan mengapungkan bahagian penjanaan tenaga milik syarikat pembangunan strategik kerajaan itu.

Sumber berkenaan berkata, Krishnan yang juga individu kedua terkaya di Malaysia, kini sedang merundingkan butiran pinjaman itu.

Sebelum ini, Reuters sudah melaporkan bahawa Krishnan berunding dengan 1MDB untuk menjadi pelabur utama dalam IPO itu yang dijangka dilaksanakan dalam separuh pertama tahun ini.

"Setakat ini ia sekadar pinjaman biasa. Kita belum pasti bagaimana ia akan diterjemahkan dalam ekuiti dalam bahagian penjanaan 1MDB pada masa depan," kata satu daripada sumber berkenaan.

Pegawai 1MDB enggan mengulas manakala pegawai di Usaha Tegas Sdn Bhd, syarikat yang menjadi jentera pelaburan Krishnan juga tidak dapat mengulas.

1MDB dikatakan sudah dua kali terlepas tarikh akhir melunaskan hutang RM2 bilion daripada Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Capital Bhd.

Syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan itu terpalit kontroversi dengan dakwaan kurang ketelusan dalam urus niaganya sehingga kini menanggung hutang lebih RM43 bilion.

1MDB awal bulan ini mengumumkan pelantikan warga Malaysia yang juga pakar perbankan pelaburan dan berpangkalan di Abu Dhabi, Arul Kanda sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif menggantikan Mohd Hazem Abdul Rahman. - Reuters


Tangguh bayar pinjaman: 1MDB telah maklumkan kepada Kementerian Kewangan


1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilaporkan telah memaklumkan kepada Kementerian Kewangan berhubung permohonan penangguhan bayaran hutang kepada Malayan Banking Berhad (Maybank) dan empat bank yang lain.

Permohonan penangguhan itu juga sudah pun dikemukakan kepada semua bank terlibat.

Sumber memberitahu, 1MDB memaklumkan perkara itu kepada Kementerian Kewangan selepas Arul Kanda Kandasamy menyertai entiti itu.

"Kementerian Kewangan hanya dimaklumkan tetapi terpulang kepada bank-bank berkenaan untuk menerima permohonan penangguhan tersebut," katanya kepada MalaysiaGazette.

Kelmarin, Bloomberg melaporkan 1MDB memohon penangguhan sebulan lagi bagi pembayaran semula hutang sebanyak RM2 bilion kerana entiti itu masih dalam perbincangan dengan T. Ananda Krishnan berhubung penjualan kepentingan aset tenaganya.

Daripada jumlah RM2 bilion itu, Maybank dikatakan memberi pinjaman sebanyak 58.99 peratus, RHB Bank 32.41 peratus, Alliance Investment Bank Berhad 4.06 peratus, Malaysia Building Society Berhad 3.24 peratus serta Hwang DBS Investment Berhad 1.29 peratus.

Jika penangguhan itu dibenarkan, ia merupakan kali ketiga selepas 1MDB gagal kali untuk membayar hutang pada tempoh yang ditetapkan selepas 30 November 2014 dan 30 Disember 2014.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz ketika diminta mengulas kemungkinan penangguhan ini berlaku pada Selasa lepas berkata: "Kami tidak mengulas entiti individu dan tidak pernah berbuat demikian (mengulas entiti individu).

Bagaimanapun, kata Zeti, BNM tidak membenarkan mana-mana entiti individu memberi implikasi berangkai yang boleh menjejaskan sistem kewangan dan ekonomi negara.

Tambah Zeti lagi, sebarang penangguhan pembayaran pembiayaan tidak ditentukan oleh bank pusat itu sebaliknya oleh pemberi pinjaman dan bukannya Bank Pusat itu.

Sumber itu berkata, setakat ini kesemua bank-bank berkenaan masih belum memaklumkan jawapan bagi penangguhan yang dikemukakan oleh 1MDB.

1MDB dalam satu kenyataan bertarikh 13 Januari memberitahu, entiti itu telah menebus pelaburannya sebanyak RM8.35 bilion di Pulau Cayman. - MalaysiaGazette

Imigresen gantung modul baharu biometrik, visa pekerja asing Bestinet



Proses baharu pemeriksaan kesihatan dan permohonan visa pekerja asing menyebabkan agensi buruh mengancam berhenti menghantar pekerja ke Malaysia. 

Jabatan Imigresen menggantung sistem pemprosesan visa dan pemeriksaan kesihatan biometrik pekerja asing, yang mencetuskan kontroversi kerana pengarah syarikat yang diberi kontrak tersebut rapat dengan Putrajaya.

Penggantungan itu dua minggu selepas Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) dan pemeriksaan kesihatan biometrik itu berkuat kuasa, tetapi dikritik oleh agensi pekerja asing yang mengancam berhenti menghantar pekerja ke Malaysia.

Para operator mengadu mengenai kenaikan yuran secara mendadak di bawah FWCMS, daripada RM15 kepada RM250, yang diberi Putrajaya kepada Bestinet Sdn Bhd.

Dalam satu pekeliling bertarikh 26 Januari yang dilihat The Malaysian Insider, Jabatan Imigresen berkata penggantungan berkuat kuasa serta-merta dan visa permohonan pekerja asing akan dilakukan di kaunter seperti amalan sebelumnya.

"BioMedical dan eVDR (FWCMS) yang berkuat kuasa pada 15 Januari 2015 akan digantung berkuat kuasa serta merta," menurut kenyataan itu, merujuk dua modul utama di bawah FWCMS - bio-perubatan dan permohonan secara elektronik bagi Visa Dengan Rujukan (eVDR).

"Sehubungan itu, permohonan visa dengan rujukan di kaunter imigresen kini berjalan seperti biasa."

Pekeliling itu ditandatangani Pengarah Jabatan Pekerja Asing Farah Adura Hamidi, yang mengesahkan arahan tersebut.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider, arahan menggantung penggunaan kedua-dua sistem itu datang daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetapi enggan mengulas lanjut.

"Jabatan Imigresen merupakan pelaksana, manakala yang membuat polisi ini ialah kerajaan. Jadi, kami menerima arahan ini daripada mereka (KDN) dan kami hanya bertindak ke atasnya," kata beliau.

FWCMS adalah laman web dikendalikan Bestinet yang juga akan mengendalikan antara lain, permohonan kuota pekerja asing, Pas Lawatan Kerja Sementara Elektronik (ePLKS) dan insurans mereka.

Semua pusat pemeriksaan kesihatan di negara asal pekerja juga terpaksa menggunakan sistem Bestinet itu.

Kontrak FWCMS dan pemeriksaan biometrik diberi kepada Bestinet, firma IT yang pengarahnya termasuk bekas menteri dalam negeri, Tan Sri Azmi Khalid dan bekas pengarah Jabatan Buruh, Datuk Tengku Omar Tengku Bot.

Pengkritik, termasuk kerajaan asing, mempersoalkan sistem biometrik itu, membangkitkan masalah kos tambahan dan isu keselamatan terhadap maklumat pekerja.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ketua Penerangan Pemuda PKR Lee Chean Chung menimbulkan kebimbangan terhadap monopoli sistem itu, dan berkata maklumat yang disimpan berkaitan kawalan sempadan dan imigresen adalah sensitif dan boleh mengancam keselamatan serta kedaulatan negara.

Mereka juga memberi kata putus kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jawapan bagaimana kontrak itu diserahkan kepada Bestinet.

"Bestinet bukan sahaja akan mendapat keuntungan besar melalui monopoli eVDR dan sistem biometrik, syarikat itu juga akan menyebabkan peningkatan kos untuk mengambil pekerja asing.

"Apabila kenaikan kos tidak dipantau, ia akan mendedahkan pekerja asing kepada risiko eksploitasi dan pemerdagangan manusia," kata Johari dan Lee.

Nepal dan Indonesia, yang menghantar beratus-ratus pekerja asing ke Malaysia setiap hari melahirkan kebimbangan para pekerja perlu membayar kos tambahan dan masih belum memberi keputusan muktamad mereka terhadap sistem itu.

Syarikat pengambilan pekerja di Nepal mengisytiharkan akan menghentikan penghantaran pekerja baharu ke Malaysia sehingga kerajaan Nepal membuat keputusan muktamad.

Agensi pekerjaan Indonesia dilaporkan sebagai berkata yuran terlalu tinggi adalah beban besar kepada rakyat mereka mencari pekerjaan atau belajar di Malaysia, dan juga mengancam berhenti menghantar pekerja ke Malaysia.

Mereka berkata Malaysia sepatutnya membincangkan perkara itu dengan kerajaan Indonesia sebelum pelaksanaan sistem baharu, sambil menambah ia satu bentuk eksploitasi terhadap rakyat mereka.

Rakyat Indonesia dan Nepal merupakan sebahagian besar daripada pekerja asing yang bekerja dalam pelbagai sektor seperti pembantu rumah, pembuatan, pembinaan, perladangan dan lain-lain.

Sistem biometrik diperkenalkan bagi mengelakkan laporan perubatan palsu dan menurut Jabatan Imigresen, ia akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan pekerja dari Nepal dan Bangladesh.

Pada Rabu, Bestinet menafikan syarikat itu bertanggungjawab bagi kenaikan terlalu tinggi kadar bayaran pemprosesan visa pekerja Indonesia.

Bernama melaporkan semalam, Parlimen Nepal meminta kerajaannya tidak melaksanakan pemeriksaan kesihatan biometrik Malaysia itu susulan keputusan sebulat suara jawatankuasa Parlimen mengenai hubungan antarabangsa dan tenaga kerjanya yang menentang sistem itu.

Jawatankuasa tersebut menggesa kerajaan Nepal tidak menguatkuasakan sistem itu terhadap pekerja negara itu yang ingin bekerja di Malaysia tanpa terlebih dahulu mengkaji kesannya.

"Sistem itu kelihatan tidak patut dan wajar dilaksanakan ketika ini berikutan tiadanya kemudahan seperti itu di Nepal. Ini akan menyebabkan meningkatnya beban kewangan ke atas pekerja kita," kata ahli Parlimen Nepal, Prabhu Saha yang mengetuai jawatankuasa itu.

Zahid juga dilaporkan Bernama berkata, beliau akan meminta Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim mengeluarkan kenyataan penuh berkenaan FWCMS kerana ia melibatkan soal pengoperasian.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/imigresen-gantung-modul-baharu-biometrik-visa-pekerja-asing-bestinet#sthash.wMMZY6Hs.dpuf

29 Januari 2015

AKHIRNYA MH370 DIISYTIHAR KEMALANGAN, TIADA YANG HIDUP!!!



MH370 diisytihar kemalangan, 239 penumpang dan kru dianggap terkorban



KETUA Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengumumkan mengenai status terkini MH370 yang disiarkan oleh RTM1. 
-- fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, hari ini secara rasmi diisytiharkan sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa, dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap telah terkorban.

Ketika membuat pengumuman itu, kerajaan Malaysia menegaskan bahawa misi mencari pesawat Boeing 777 itu tetap menjadi keutamaan.

Kerajaan komited meneruskan usaha untuk merungkai tragedi malang itu dengan kerjasama dan bantuan berterusan daripada kerajaan China dan Australia, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Ketika membuat pengumuman itu menerusi rakaman televisyen yang disiarkan menerusi saluran RTM1, beliau berkata: "Dengan hati yang amat berat dan kesedihan yang mendalam, bagi pihak Kerajaan Malaysia, kami secara rasmi mengisytiharkan Penerbangan MH370 Malaysia Airlines sebagai satu kemalangan ... dan bahawa semua 239 penumpang dan anak kapal dalam pesawat MH370 dianggap telah terkorban."



"Kami telah berusaha dan menjalankan pencarian daripada setiap sudut dan meneliti semua data yang sedia ada. Walaupun semua usaha ini dijalankan sejak 327 hari lepas (sehingga semalam), namun usaha pencarian itu malangnya masih belum menemukan lokasi pesawat yang hilang itu," katanya. - BERNAMA


Sidang Media MH370 Gempar Dengan Kehadiran Isteri Mangsa Nahas

Pautan kekal imej terbenam

DCA Batal Sidang Media MH370

Kemaskini : 




Sidang media maklumat terbaharu mengenai kehilangan pesawat MAS MH370 dibatalkan pada saat akhir.

PUTRAJAYA: Sidang media Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengenai maklumat terbaharu berkaitan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MH370) yang dijadualkan diadakan petang Khamis, dibatalkan.

Pengumuman itu dibuat setelah lebih sejam pengamal media menunggu di Dewan Serbaguna DCA di sini.

"Sidang media mengenai MH370 terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pengumuman baharu mengenai tarikh lain bagi sidang media akan dimaklumkan kemudian," kata seorang jurucakap kepada pengamal media.

Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal, berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi, 8 Mac 2014, hilang daripada radar sejam selepas itu ketika dalam penerbangan ke Beijing.


Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang mengetuai operasi mengesan pesawat berkenaan, bertegas menyatakan pesawat Boeing 777 itu dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi.

Ketua Koordinator, Judith Zielke berkata, tugasan paling kritikal adalah untuk menentukan kawasan carian dan usaha berkenaan dijalankan oleh kumpulan pakar daripada beberapa negara.

Sehingga kini pencarian di bawah permukaan air telah merangkumi kawasan seluas 6,900 kaki persegi, yang menjangkaui keluasan Negeri Sembilan.

BERNAMA ‏@bernamadotcom   kemaskini....

Persidangan akhbar yang dijadualkan oleh Jabatan Penerbangan Awam bagi mengumumkan perkembangan kehilangan pesawat MAS #MH370 telah dibatal




 Sidang Media MH370 Gempar Dengan Kehadiran Isteri Mangsa Nahas



Kehadiran warga China yang mendakwa isteri mangsa nahas MH370 menggemparkan pihak media yang menunggu untuk sidang media di pejabat DCA, Khamis.

PUTRAJAYA: Sidang media Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA) untuk memaklumkan maklumat terbaharu kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 gempar dengan kehadiran salah seorang waris mangsa nahas itu.

Kehadiran wanita warga China itu menarik perhatian wakil media yang hadir dan kebetulan ketika itu sidang media di pejabat DCA itu belum bermula.

Wanita berusia 29 itu mendakwa dia adalah isteri kepada salah seorang mangsa yang menaiki pesawat MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.


Dia yang memegang sekeping gambar yang memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempat berkata: "Tolong kembalikan suami saya...."

Wanita itu mengeluarkan kenyataan media mewakili Voice370, iaitu kumpulan yang mewakili keluarga dan waris mangsa tragedi itu.

Menurut kenyataan itu, keluarga mangsa MH370 tidak akan menerima sebarang pengumuman atau pengisytiharan berhubung kehilangan pesawat itu sekiranya tiada sebarang bukti kukuh.

Selain wanita berkenaan, turut kelihatan isteri kepada pramugara MH370, Mohad Hazrin Mohamed Hasnan, iaitu Intan Maizura Othman yang hadir bersama anak bongsunya, Muhammad yang berusia lapan bulan.~Mstar




Pautan kekal imej terbenam


RINGGIT JATUH LAGI DAN PALING TERUK DI ASIA

Ringgit Jatuh Lagi - Kali Ini Nilai Ringgit Di Anggap Paling Lemah Di Asia.


Laporan oleh Bloomberg disiarkan kembali menerusi The Malay Mail dan ini adalah point penting untuk mudahkan pembacaan. 

Point penting.


1. Nilai ringgit mengalami penyusutan berulang menjadikan ianya prestasi nilai ringgit terburuk dalam sejarah negara berbanding tahun 2009. Kejatuhan nilai ringgit juga adalah terburuk berbanding negara Asia lain.

2. Kejatuhan nilai ringgit ini dikaitkan dengan kejatuhan harga minyak jenis BRENT pada 2.3 peratus semalaman.

3. Kejatuhan harga minyak mentah pula dipengaruhi dengan laporan inventori (record inventori) yang memaklumkan stok simpanan minyak di AS menunjukkan trend peningkatan bagi pengiraan mingguan.

4. Ini menjadikan prestasi ringgit semakin lemah.

5. 'Kelemahan nilai ringgit' ini berpunca dari kebimbangan harga minyak mentah mungkin jatuh lagi.

6. Ringgit susut 0.4 peratus kepada 3.6340 dolar pada 10:08 di Kuala Lumpur, menambahkan lagi kerugian semalam di mana nilai ringgit susut pada 0.6 peratus, menurut data yang dikumpulkan oleh Bloomberg. Sebelum ini ringgit jatuh pada paras 3.6375, iaitu nilai paling rendah (lemah) sejak April 2009 (krisis). 


7. Prestasi ringgit berbanding matawang lain adalah paling buruk di Asia pada ketika ini.

Maka. Nak banding dengan Myammar ka, Indonesia ka, Laos ka apa ka dah tak layak sebab paling buruk dan teruk sekitar Asia. Mampos!


Laporan penuh ;

Malaysia’s ringgit extended losses as this month’s worst-performing Asian currency on concern a protracted drop in crude will weigh on the oil-exporting nation.

The currency declined for a second day and reached a new 2009 low after Brent slid 2.3 per cent overnight on a report showing US oil stockpiles climbed to the highest level in weekly data going back to 1982. Malaysia kept borrowing costs at 3.25 per cent yesterday even as central banks around the world eased monetary policy amid slowing global growth and falling consumer prices. The nation’s 10-year government bond yields headed for the biggest monthly decline since 2008.

“The ringgit is weakening on concern crude oil will fall further after the US record inventory report,” said Nizam Idris, Singapore-based head of foreign-exchange and fixed-income strategy at Macquarie Bank Ltd. “There is also growing pressure on central banks to ease monetary policy and Malaysia is probably doing so via weakening the currency.”
The ringgit fell 0.4 per cent to 3.6340 a dollar as of 10:08 a.m. in Kuala Lumpur, adding to yesterday’s 0.6 per cent loss, according to data compiled by Bloomberg. The currency earlier touched 3.6375, the weakest level since April 2009.

ING Groep NV cut its year-end forecast for the ringgit to 3.78 a dollar from 3.68, after Singapore’s central bank unexpectedly eased policy yesterday via its currency band.

Bank Negara Malaysia’s decision to hold the benchmark rate was predicted by all 19 economists surveyed by Bloomberg. The policy stance is accommodative and appropriate given the developments in monetary and financial conditions, the central bank said in a statement yesterday.

Prime Minister Najib Razak last week reduced the country’s 2015 growth forecast to 4.5 per cent to 5.5 per cent from as much as 6 per cent earlier due to the drop in oil.

The yield on the nation’s 10-year sovereign bonds was little changed at 3.86 per cent after yesterday dropping six basis points, or 0.06 per centage point, data compiled by Bloomberg show. The yield has fallen 29 basis points this month, the most for a benchmark of that maturity since December 2008. — Bloomberg/AW

KERAJAAN BRUNEI SUMBANG HELIKOPTER TERPAKAI BLACKHAWK KEPADA MALAYSIA

Brunei sumbang Blackhawk kepada Malaysia

Sikorsky S-70A Blackhawk

Usaha mempertahankan Pantai Timur Sabah daripada ancaman pencerobohan pengganas Sulu selatan Filipina mendapat sokongan berharga daripada Brunei yang bersetuju menyumbang helikopter untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kementerian Pertahanan Brunei menerusi satu kenyataan hari ini mengesahkan ia bersetuju menyumbang helikopter jenis Sikorsky S-70A Blackhawk kepada Malaysia.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan jumlah helikopter yang bakal disumbang kepada ATM.

"Kerjasama (di antara Brunei dan Malaysia) akan dipertingkatkan dengan rancangan penyerahan helikopter S-70A Blackhawk milik Tentera Udara Diraja Brunei kepada Angkatan Tentera Malaysia," menurut Kementerian Pertahanan Brunei.

Helikopter Blackhawk masih lagi digunakan di Brunei, sebelum diserahkan kepada ATM seawal September ini apabila negara yang kaya minyak itu menerima versi helikopter yang lebih moden S-70i untuk kegunaannya.

Kedua-dua pihak menurut kementerian terbabit, akan berbincang lebih lanjut tentang rancangan penyerahan helikopter terbabit.

Kementerian Pertahanan Brunei berharap sumbangan helikopter tentera buatan Amerika Syarikat akan meningkatan keupayaan ATM dan kerjasama kedua-dua negara dalam memeliharan keamanan dan keselamatan serantau.

Kedua-dua negara mempunyai hubungan ketenteraan yang rapat dengan ATM dan Angkatan Tentera Diraja Brunei menyumbang anggota tentera dalam misi di Lubnan dan selatan Filipina. - MalaysiaGazette





Sejarah Helikopter Black Hawk


Dua mesingan 7.62 mm, M60, M240 M134 atau mesingan, enam senapang udara

Gunung berapi boleh dilengkapi dengan sistem lombong-penjelasan

AGM-119 Penguin anti-kapal peluru berpandu

Peluru berpandu AGM-114 Hellfire

19 70 mm roket pelancar yang dipasang sarang

Bahasa Inggeris Black Hawk helikopter Blackhawk helikopter mempunyai enam model, mereka

Untuk kegunaan am UH-60A dan UH-60L,

Bantuan untuk tujuan perubatan UH-60Q,

Untuk tujuan peperangan elektronik EH-60A,

Untuk tugas-tugas khas MH-60L dan MH-60K. Pada masa ini seluruh dunia juga membeli model ini.

"Black Hawk" asas UH-60A 19.76 meter panjang, 2.36 meter badan lebar, 5.13 meter, separuh monocoque struktur fiuslaj. Maksimum pesawat berlepas berat kira-kira 10 tan, kelajuan maksimum 292 kilometer, pelbagai 603 km. "Black Hawk" peralatan avionik adalah sangat lengkap, sebagai tambahan kepada pelbagai peralatan peperangan elektronik canggih asing, bahagian atas badan juga mempunyai perjanjian khas dengan kekonduksian haba SAM AN/ALQ-144 jammer inframerah.

China Blackhawks

Tentera Pembebasan Rakyat Udara Kor telah ditubuhkan pada pertengahan 1980-an, apabila Rakyat helikopter Tentera Pembebasan di dalam terhad, kekurangan keupayaan langsung -5 domestik, yang dibangunkan lurus -6, -7 berturut dismount lurus, selepas penubuhan Tentera Udara Kor, Kejadian pesat dalam semua helikopter bersama-sama, helikopter ini pada tahun 1984, import dari Amerika Syarikat S-70 Black Hawk terutamanya menarik, pada bulan Julai tahun 1984, kerajaan China yang ditandatangani dengan Amerika Syarikat Sikorsky S-70 membeli 24 helikopter Black Hawk untuk awam Harga kontrak sebanyak $ 7 juta setiap pesawat (baru UH-60L kini disebut harga pada $ 8600000, MH-60G, berbanding dengan $ 10.200.000). November 1984 yang pertama empat Black Hawk tiba di Tianjin, China, yang terakhir pada bulan Disember 1985 penghantaran. Semua pesawat yang dikeluarkan oleh syarikat Amerika Sikorsky, adalah Tentera Pembebasan Rakyat dalam urutan adalah salah satu peralatan Amerika beberapa dikenali kepada orang ramai, dan setakat ini ia adalah prestasi ketinggian daripada PLA memiliki yang terbaik umum guna helikopter.

Keluarga diklasifikasikan

Model Blackhawk agak rumit, angkatan tentera Amerika Syarikat mempunyai model perkhidmatan, yang juga mempunyai pelbagai klasifikasi, mengikut model asas pembangunan, yang boleh dibahagikan kepada dua model Blackhawk, iaitu S-70A dan S-70B atas dasar pembangunan, kebanyakan yang dimiliki oleh Tentera Darat dan Tentera Udara Jenis Model S-70A, dan kebanyakan model Tentera Laut milik S-70B. Dikategorikan seperti berikut:

BANYAK LAGI SINI

BENARKAH DAKWAAN MUSTAFA ALI BAZIRKAN HASIL HARAKAH


Mustafa Ali bazirkan hasil Harakah

Gaji kakitangan Harakah tidak dicarum ke dalam KWSP, adakah itu gambaran sebuah parti yang membawa perjuangan Islam?




KUALA LUMPUR: Salah seorang pengasas lidah rasmi PAS, Harakah, Ishak Surin mendedahkan selama dua dekad Datuk Mustafa Ali memegang jawatan Pengerusi Harakah, sudah terlalu banyak pembaziran yang dilakukan Setiausaha Agong PAS itu.

“Sehinggakan perjuangan dan imej Islam yang dibawa oleh PAS sedikit sebanyak tercemar,” tambah beliau.

Secara terus terang, Ishak memberitahu, malah Mustafa juga menggunakan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk kepentingan dirinya dan keselesaan dirinya sendiri.

“Terlalu banyak pembaziran yang dilakukan oleh Mustafa, sehingga melakukan apa yang tidak perlu dilakukan. Mustafa membazirkan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk mengubahsuai biliknya menjadi bilik yang sangat mewah,” katanya dalam satu forum pendedahan bertajuk Harakah Dalam Bahaya, di Gombak.

Ishak yang merupakan Yang Dipertua PAS kawasan Batu turut mempersoalkan apakah kepentingan bilik yang sebegitu mewah di Ibu Pejabat Harakah kepada pengarah urusan kerana menurutnya, permulaan wang jualan akhbar Harakah adalah daripada titik peluh rakyat khususnya.

Bukan itu sahaja, Ishak turut melahirkan kekesalannya apabila melihat pihak pengurusan Harakah gagal untuk mengurus wang tersebut dengan baik.

Menurut beliau lagi, jika wang tersebut dikendalikan dengan cara betul, sudah banyak projek-projek yang boleh dilaksanakan untuk parti PAS, malangnya perkara tersebut tidak berlaku.

“Sekiranya wang daripada hasil jualan akhbar Harakah itu digunakan dan diurus secara baik, pastinya Harakah sudah setaraf dengan media rasmi kerajaan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), malah PAS sendiri juga pasti mampu untuk memiliki akademi wartawannya sendiri. Tetapi kini apa yang ada?” ujar beliau.

Selain itu, veteren PAS itu juga turut kesal apabila mendapat tahu kebajikan kakitangan akhbar Harakah tidak dijaga sebaiknya.

“Gaji kakitangan Harakah tidak dicarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bagaimana perkara ini boleh berlaku, kerana kita sering bercakap soal Islam, tetapi adakah ini gambaran sebuah parti yang membawa perjuangan Islam?

“Atas perkara itu, saya kini dalam usaha untuk menubuhkan satu kesatuan sekerja dalam kalangan kakitangan pekerja akhbar Harakah,” ujarnya lagi.

Ishak secara lantang menyuarakan dan mendesak agar Mustafa meletakkan jawatan sebagai orang nombor satu di dalam akhbar Harakah serta mengembalikan semula pentadbiran Harakah kepada pentadbiran asal.

“Saya mendesak supaya Mustafa Ali berundur dan saya juga yakin beliau akan berundur. Malah saya turut mengharapkan pentadbiran secara korporat dihentikan dan dikembalikan semula cara pentadbiran yang lama iaitu secara berjemaah.

“Sudah terlalu lama Mustafa berada di dalam Harakah, dan dia ingat akhbar Harakah adalah bapa dia yang punya,” ujar beliau lagi.

Tidak terhenti di situ, Ishak turut menggesa agar kewangan akhbar Harakah diaudit kerana menurutnya, ia akan membolehkan akar umbi mengetahui pengaliran wang hasil jualan akhbar tersebut.

“Tetapi sehingga kini, kita tidak mengetahuinya. Macam mana nak tahu, kewangan Harakah tidak pernah diaudit walaupun perkara ini sering dibangkitkan dalam muktamar PAS,” tambah beliau.

Menurutnya, walaupun persoalan itu dibangkitkan setiap kali muktamar berlangsung, ia hanya sampai di peringkat pertanyaan sahaja kerana tidak pernah terjawab.

Jelas Ishak lagi, beliau akan menegur mana-mana pemimpin PAS yang disifatkannya sudah lari daripada perjuangan asal PAS iaitu untuk memartabatkan Islam dan membentuk sebuah negara berkebajikan.

“Kalau Mustafa sanggup menjadi pemimpin, maka dia mesti sanggup kena tegur. Ini kerana, sebagai ahli PAS, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur pemimpin, “ tegasnya.

Beliau seterusnya mengingatkan ahli PAS mengenai dua perkara yang akan disoal dan dihitung iaitu sewaktu di dunia dan di akhirat kelak.

“Sewaktu di akhirat kelak, akan ditanya jika ahli-ahli PAS menegur pemimpinnya dan jika tidak ditegur, mengapakah tidak ditegur. Adakah takut jawatan akan diturunkan,” tegasnya.

Ishak yang pernah menjadi pengurus Harakah kira-kira dua tahun ketika akhbar itu mula diterbitkan pada tahun 1986 turut menyifatkan kemelut dalam pengurusan akhbar Harakah amat mencemaskan dan ia berpunca oleh perlakuan individu seperti Mustafa.

“Selagi Harakah tidak dibetulkan, kita akan terus menegur kerana kita sayang akhbar Harakah ini,” ujarnya.

Sebelum ini, pihak pengurusan Harakah telah meminta ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman meletakkan jawatan serta menamatkan kontrak dua pengarang kanannya iaitu Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid. ~FMT

28 Januari 2015

TERKINI : LAGI PESAWAT AWAM BAWA 215 PENUMPANG DITEMBAK




Beberapa syarikat penerbangan dari Emiriah Arab Bersatu membatalkan penerbangan ke Iraq selepas pesawat FlyDubai ditembak di Lapangan Terbang Baghdad.

Penggantungan itu akan menghadkan pilihan penumpang, ahli perniagaan asing dan diplomat yang bergantung kepada pusat transit antarabangsa di negara Teluk.

Pesawat FlyDubai ditembak pada bahagian tengah pesawat sehingga menyebabkan kebakaran kecil. Namun semua penumpang pesawat 215 itu selamat.

Kejadian itu menyebabkan penumpang yang berlepas ke Dubai terpaksa menggunakan pesawat lain, menurut FlyDubai.

Berikutan kejadian itu, Emirates berkata, syarikat itu turut membatalkan penerbangan dari dan ke ibu negara Iraq berikutan kebimbangan keselamatan sehingga dimaklumkan kelak,

"Kami begitu komited kepada para pelanggan kami di Iraq dan berharap perkhidmatan di Baghdad akan dimulakan semula apabila keadaan mengizinkan," kata Emirates dalam kenyataan.

Bagaimanapun, Emirates masih terus beroperasi di utara Iraq, Irbil dan Basra. - MalaysiaGazette

Pinjaman Hutang 1MDB Bernilai RM2 Bilion Dengan Maybank, RHB Tangguh Buat kali Ketiga?

Pinjaman Hutang 1MDB Bernilai RM2 Bilion Dengan Maybank, RHB Tangguh Buat kali Ketiga? Ananda Krishnan Bakal Menyelamat!




 Berita Semasa sudah pun semak belum ada perkembangan berita berkenaan pinjaman hutang 1MDB Malaysia ini di mana-mana akhbar arus perdana seperti The New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro “lebih seronok cerita dalam kelambu” apatah lagi Utusan Malaysia jauh sekali, kerana tarikh 30 januari 2015 semakin hampir. Sudah jelaskan belum hutang?

Semakan Berita Semasa terhadap laporan berita terkini Bloomberg Business berkaitan perkembangan 1MDB mengatakan :

Laporan Berita Terkini Bloomberg Business : Status Pinjaman Hutang 1MDB RM2 Bilion?

Sepatutnya, 1MDb mesti bayar selewat-lewatnya hujung bulan januari ini. Tetapi sebaliknya telah berlaku di mana sekarang ini 1MDB sedang berusaha untuk mendapatkan satu lagi lanjutan pembayaran pinjaman iaitu sebulan lagi ke atas pinjaman hutang 1MDB bernilai RM2 bilion supaya 1MDB mempunyai cukup masa dan tempoh untuk menjual pegangan dalam unit tenaga yang dimiliki mereka pada ketika ini.



Jikalau diluluskan, ini bermakna 1MDB diberikan peluang dan lanjutan yang ketiga bagi pinjaman yang dibuat 1MDB melalui Malayan Banking Bhd dan RHB serta 3 peminjam yang lain.

Punca Pinjaman Hutang 1MDB RM2 Bilion Tidak Dijelaskan?

1MDB mencanang kepada seantero Malaysia bahawa anda, anda semua jangan risau, 1MDB tiada masalah untuk bayar pinjaman. Kata meraka aset yang dimiliki oleh 1MDB lebih daripada liabiliti mereka. Ok baik, anda berkemampuan, bayarlah. Tunggu apa lagi 1MDB? Mengapa masih terkial-kial bayar pinjaman hutang Maybank, RHB dan lain-lain?

Rakyat Malaysia tidak lupa apa yang terjadi kepada Renong / UEM / Timedotcom / Tri Resources semua “backed by assets” masa di puncak gawat 1998? Di mana mereka hari ini?

Tanyalah sesiapa kalangan yang berniaga waima apek di penjual ikan di Pasar Besar Selayang sekalipun, faktor paling penting untuk terus bertahan dalam perniagaan dan bisnes adalah…..


“Pengurusan modal kerja”

Nah….sekarang 1MDB sedang terpaksa mengemis tadah tangan minta tolong kepada taikun telekomunikasi negara, Tan Sri Ananda Krishnan. Apa sudah jadi 1MDB? Akhirnya yang untung siapa Ananda juga…..Selayaknyalah

BACA SINI : Jutawan Kaya, Taikun & VVIP di Malaysia Menikmati 51% Kekayaan Negara. Rakyat Miskin 20% Perlu Rebut Baki 5% Kekayaan Malaysia!


P/S : Minggu depan ini adalah minggu penting bagi ringgit Malaysia, sebab tempoh 1MDB bayar hutang pada 30 Januari 2015, jikalau tidak bayar juga, kemungkinan besar ringgit pun kena tempias.


PP/S : Ringgit Malaysia semakin sekarang sudah mula perlahan-lahan mendaki untuk menuju ke paras RM3.62 untuk setiap Dolar Amerika.


BY SUMBER


Kerajaan perlu sedia hadapi masa sukar - MIER



Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER),, Dr. Zakariah Abdul Rashid. - Foto Azhar Ramli

KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menggesa kerajaan menyiapkan pelbagai langkah bagi menangani keadaan pada masa sukar.

Pengarah Eksekutif Dr Zakariah Abdul Rashid berkata langkah yang diambil perlu meliputi pelaksanaan berkesan pembaharuan struktur dalam bekalan dan menghapuskan halangan perdagangan dan pelaburan.

"Langkah ini perlu bagi meningkatkan faktor produktiviti, potensi keluaran ekonomi, meningkatkan daya tahan ekonomi untuk bertahan dalam menghadapi kesan ke atas komoditi dari segi kejutan dagangan dan kadar faedah asing ke atas ekonomi," katanya pada sidang media mengenai Unjuran Ekonomi Suku Keempat MIER di sini hari ini.

Zakariah juga berkata Bank Negara Malaysia perlu meneliti kaitan antara pergerakan harga minyak mentah, kadar tukaran asing, rizab asing, selain tindakan dasar monetarinya.
Kedudukan ini memerlukan penyusunan dan unjuran semula ekonomi bagi meneliti penurunan ketara kadar tukaran ringgit dan penyusutan berterusan rizab asing.

Beliau berkata walaupun proses pelarasan kadar faedah secara berperingkat-peringkat baik ketika waktu biasa, tindakan tegas perlu apabila mengambil kira kejutan luar jangka dalam ekonomi.

"Dasar makro ekonomi perlu diselaraskan bagi memastikan trajektori pertumbuhan menaik dan matlamat Wawasan 2020 dicapai.

"Berikutan dasar monetari masih aktif dalam mengurus kitaran perniagaan jangka pendek, dasar fiskal perlu memberi tumpuan ke atas matlamat jangka masa sederhana dan panjang," kata Zakariah.

Usaha itu akan membantu meningkatkan keyakinan pelabur dan mengukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap pengurusan baik makro ekonomi, tambahnya.

"Walaupun akan berlaku kesusahan jangka pendek, manfaat secara menyeluruh mengatasi kos dalam jangka sederhana dan panjang.

"Yang pasti akan ada lebih banyak peluang berbanding risiko yang dikaitkan dengan harga minyak yang rendah. Namun masalahnya ialah kita dilihat sebagai ekonomi yang bergantung kepada minyak, dan kadar ringgit teruk terjejas," katanya. - BERNAMA

VIDEO HANGAT : Isteri mengamuk belasah 'kekasih Indon' suaminya jadi viral



Isteri mengamuk belasah 'kekasih Indon' suaminya jadi viral [TONTON VIDEO]



KUALA LUMPUR: Video seorang wanita pertengahan usia membelasah seorang wanita warga Indonesia yang dikatakan menjadi punca keretakan rumahtangganya, menjadi viral di laman sosial Facebook.

Wanita tempatan itu berkata rumahtangganya sudah musnah dan menjerit-jerit ke arah perempuan Indonesia itu.

Pendatang asing itu menafikan dakwaan tersebut.

Video berdurasi 1 minit 34 saat itu turut memaparkan suami wanita terbabit, yang tidak berupaya membuat apa-apa, ketika isterinya mengamuk.

Si isteri beberapa kali dilihat memukul wanita itu dan mengugut membawa orang ketiga itu ke balai polis.

Dakwanya, dia mempunyai banyak bukti menunjukkan wanita terbabit bermain cinta dengan suaminya.

Dia juga mendakwa wanita itu bersekedudukan dengan suaminyaOrang ramai yang menyaksikan kejadian itu turut terpaku dan hanya membiarkan si isteri membelasah wanita itu.

Wanita Indonesia itu juga dikatakan menyuruh si suami menceraikan isterinya.

KRISIS HUTANG 1MDB : MENGAPA BANK NEGARA PERLU BERTINDAK TEGAS.....

Pautan kekal imej terbenam

KRISIS HUTANG 1MDB: BANK NEGARA MALAYSIA PERLU BERTINDAK TEGAS

Laporan terbaru Bloomberg bahawa 1MDB sekali lagi memohon menanggungkan pembayaran hutang RM2 bilion kepada bank-bank Malaysia mengesahkan bahawa syarikat itu sedang berhadapan dengan masalah aliran tunai. Ini adalah kali ketiga 1MDB memohon penangguhan pembayaran.

Perkembangan ini juga menimbulkan tanda tanya ke manakah wang yang kononnya telah dibawa balik dari Pulau Cayman seperti yang dinyatakan oleh CEO baru 1MDB iaitu Arulkanda Kandasamy. Jika benar semua dana yang berjumlah sekitar RM7 bilion itu telah dibawa pulang, seharusnya 1MDB tiada masalah untuk membayar tunggakan hutang RM2 bilion kepada Maybank dan RHB itu.

Saya kira rakyat Malaysia keseluruhannya menerima hakikat bahawa 1MDB adalah satu syarikat yang mempunyai masalah kewangan dan membawa risiko tinggi kepada sistem kewangan negara dan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan.

Yang lebih penting, hakikat ini perlu juga diterima oleh badan-badan kerajaan yang bertanggungjawab menyelia sistem kewangan negara dan sistem perbankan iaitu Bank Negara Malaysia. Saya faham bahawa Gabenor Bank Negara Malaysia iaitu Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mungkin berada dalam keadaan serba salah kerana 1MDB dinaungi dan didokong hebat oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, tetapi sudah sampai masanya beliau bertindak bebas demi menjaga kepentingan rakyat.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya Bank Negara Malaysia tidak membenarkan penangguhan pembayaran tunggakan RM2 bilion sekali lagi kerana ia memberi isyarat yang berbahaya kepada pasaran di saat matawang Malaysia terus jatuh. Penangguhan pembayaran RM2 bilion oleh 1MDB ini akan memberi isyarat bahawa risiko keberhutangan 1MDB kepada kestabilan sistem kewangan dan perbankan negara adalah tinggi dan menyebabkan pelabur asing terus menarik balik pelaburan mereka dari sistem kewangan dan perbankan kita. Ini akan menjatuhkan lagi nilai matawang ringgit.

Tanggungjawab Bank Negara Malaysia yang paling utama adalah untuk mempastikan nilai terbaik bagai matawang ringgit dan menjaga kestabilan sistem kewangan dan perbankan negara; bukannya melindungi sebuah syarikat bermasalah seperti 1MDB. Selama ini saya cuba sedaya upaya untuk tidak melibatkan Bank Negara Malaysia kerana saya sedia maklum kesulitan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang menghadapi tekanan akibat masalah 1MDB; tetapi masanya sudah tiba untuk beliau membuat keputusan yang tegas.




Dengan kuasa yang ada pada Bank Negara Malaysia di bawah Akta Anti Penggubahan Wang Haram (Anti Money Laundering Act), saya juga menyeru supaya Tan Sri Zeti Akhtar Aziz secara terbuka mengesahkan perkara-perkara berikut:

1. Bahawa dana yang dianggarkan berjumlah RM7 bilion yang dilaporkan sudah dibawa balik dari Pulau Cayman oleh 1MDB benar-benar telah kembali dan telah memasuki sistem perbankan Malaysia;

2. Nyatakan di institusi kewangan mana wang berjumlah RM7 bilion itu dipegang untuk membuktikan bahawa dana RM7 bilion itu benar-benar telah dibawa pulang;

3. Bahawa 1MDB mempunyai dana yang cukup untuk melangsaikan tunggakan hutang sebanyak RM2 bilion kepada Maybank dan RHB yang telah dua kali tertangguh.

Jika Bank Negara Malaysia tidak mampu mengesahkan soalan-soalan mudah ini, ia menguatkan spekulasi bahawa dana RM7 bilion dari Pulau Cayman itu mungkin tidak pernah dibawa pulang ke Malaysia.

Jika penarafan negara (sovereign rating) jatuh akibat 1MDB, Bank Negara Malaysia perlu mengambil tanggungjawab juga kerana tidak tegas dan telus dalam menyelesaikan risiko yang dibawa 1MDB kepada sistem perbankan dan kewangan negara.

Memandangkan keadaan ini menjadi lebih rumit dengan permohonan penangguhan yang terbaru ini, saya memohon agar Tan Sri Zeti Akhtar meluangkan masa dalam tempoh dua minggu akan datang untuk bertemu dengan delegasi Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat bagi mendengar sendiri pandangan kami mengenai 1MDB.


RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agung KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

28 Januari 2015

BERITA YANG MEMALUKAN UMNO KEDAH SELEPAS PASCA BANJIR DI KELANTAN




Projek Bangi Care untuk mangsa banjir di Kuala Nal, KualaKrai ni adalah sumbangan YB ADUN Bangi Mohd Shafie Ngah merangkap Timbalan Speaker DUN Selangor..... tapi ntah dimana sawan dan sewelnya Puteri UMNO Baling tiba tiba bak histeria mengaku projek itu adalah sumbangan UMNO BN.. hehe

sumber



POST TERSEBUT TELAH DIBUANG SELEPAS HEBOH DIPERKATAKAN......

Hilang p mana dh post ni dlm FB Puteri Umno Bahagian Baling. Bru tw kata bohong. Silap banyak dh. Kalau nak menipu bagi la high class sikit. Ulama hampa ajaq macam ni ka. ~ Sumber



27 Januari 2015

Mengapa Zamani Berterima Kasih Kepada Datuk Jamal



Reaksi Zamani bagi menggambarkan rasa terima kasih kepada tawaran Jamal Abdillah yang mahu membantu memulihkan ketagihan dadahnya ketika ditemui di Ampang.


Penyanyi Slam, Zamani menyambut baik tawaran Datuk Jamal Abdillah yang bersedia membantunya memulihkan ketagihan dadah.

"Saya hargai bantuan Datuk dan tidak sangka dia mahu tolong..nantilah selepas selesai kes saya," ujar penyanyi Gerimis Mengundang ketika ditemui di sini hari ini.


Zamani ditemui dalam keadaan ceria dan sihat bersama peguamnya di Ibupejabat Polis Daerah Ampang Jaya selepas mengesahkan sambungan jaminan polis terhadapnya bagi memberi masa pendakwaraya mempertimbangkan kesnya di sini hari ini.

Zamani juga terharu dengan sokongan Jamal sebagai artis terkenal yang pernah terperangkap dengan najis dadah serta sedia membantunya. Sebelum itu, Jamal dilaporkan sedia membantu Zamani dalam usaha memulihkan ketagihan dadah.

“Zamani boleh hubungi atau berjumpa saya pada bila-bila masa, saya akan kenalkan dia dengan tempat tertentu yang agak tertutup daripada pengetahuan ramai untuk pemulihan (ketagihan dadah),” kata Jamal yang dipetik daripada sebuah akhbar hari ini.

Menurut Jamal, figura Zamani yang dikenali ramai akan membuatkan dia tidak selesa jika berita mengenai lokasi rawatan di pusat pemulihan tertentu sentiasa mendapat perhatian.

“Saya sanggup bantu Zamani. Saya ada kenal beberapa pihak yang menawarkan rawatan ketagihan dadah dan ia semuanya dibuat di lokasi agak tertutup,” tambah Jamal.

Mengenai komposer Saari Amri yang bercadang memilihnya menyanyi lagu baharunya,Lahirmu Untuk Dia tetapi menariknya semula selepas Zamani terlibat dalam kes dadah, Zamani menerimanya dengan hati terbuka.

"Itu hak dia (Saari). Kalau dia buat lagu untuk saya kemudian beri kepada Aris Ariwatan, ia tak jadi masalah. "Mungkin tidak ada rezeki saya," katanya sambil berharap Saari sudi membuat lagu lain selepas dia membuat comeback dalam nyanyian satu hari nanti.



Saari sebelum ini berkata, dia sebenarnya ada menulis sebuah lagu berjudul Lahirmu Untuk Dia dan lagu tersebut berkaitan dengan kisah hidup Zamani dan sepatutnya, lagu itu sudah hampir dirakamkan tetapi ekoran penangkapan penyanyi itu, Saari terpaksa memberikan lagu itu kepada penyanyi lain.

"Saya pernah bagi dia dengar lagu itu dan sepatutnya hampir dirakamkan. Lagu itu memang tentang kisah hidup dia tetapi apabila sudah jadi begini, saya berikan lagu itu kepada Aris Ariwatan untuk menyanyikannya dan lagu itu akan dimuatkan dalam album terbaru untuk projek khas yang sedang saya usahakan sekarang," kata Saari yang dipetik daripada sebuah portal.

Album berjudul Ibarat Lilin Saari Amri itu memuatkan sebanyak tujuh lagu baru dan 21 koleksi lagu hits ciptaannya. Antara penyanyi yang terlibat seperti Aris Ariwatan, Keena (Mentor 3) dan turut serta tiga anggota polis diundang menyanyikan antara lagu baru dalam album tersebut.--MalaysiaGazette

BACA LAGI KISAHNYA......

NAJIB & KHAIRY DIDAKWA BELA HANTU RAYA?



Khairy diminta jinakkan dulu hantu raya

Kritikan oleh bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu tidak bermaksud memburukkan atau menjatuhkan kredibiliti pentadbiran Perdana Menteri.



Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin meminta Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menjinakkan hantu raya yang secara menggila menyerang pengkritik Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di kalangan ahli dan penyokong UMNO.

Bagaimanapun beliau mempersoalkan kemampuan Menteri Belia dan Sukan itu meyakinkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin bahawa semua isu yang dibangkitkan tidak menjadi masalah.

Menurut bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times itu, kritikan oleh bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu tidak bermaksud memburukkan atau menjatuhkan kredibiliti pentadbiran Perdana Menteri.

“Tetapi adakah mampu beliau meyakinkan Dr Mahathir dan Daim bahawa segala-galanya dalam keadaan “A-okay” mengenai isu-isu seperti 1MDB, kewangan negara dan rundingan perjanjian perkongsian trans-Pasifik (TPPA) dengan Amerika?” tanya Kadir.

Beliau menambah: “Dr Mahathir dan Daim menegur dan mengkritik Mohd Najib bukan kerana mereka benci kepada beliau jauh sekali mengidamkan kedudukan beliau sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.”

Sebelum ini Khairy dilaporkan berkata, perang saraf antara kumpulan Perdana Menteri dan Dr Mahathir hanya melemahkan UMNO dan menggesa agar ia dihentikan segera.

Kadir juga mengingatkan: “Teguran dan kritikan mereka bertujuan memperkukuhkan UMNO dan kerajaan agar tidak kalah dalam pilihan raya umum akan datang.”  

10 MAUT JET F-16 TERHEMPAS SEMASA LATIHAN



FOTO diambil daripada rakaman video menunjukkan kepulan asap tebal naik ke udara selepas sebuah pesawat pejuang F-16 Greek terhempas sejurus selepas berlepas ketika menyertai latihan di lapangan udara Los Llanos, Albacete, Sepanyol awal pagi tadi. 10 mangsa terbunuh dan 13 yang lain cedera dalam kejadian itu. - Foto Reuters

MADRID – Lapan anggota tentera Perancis dan dua anggota tentera Greece terbunuh apabila sebuah jet pejuang F-16 Greece terhempas ketika berlepas di pangkalan tentera di Sepanyol yang menempatkan pusat latihan juruterbang elit NATO.

Pesawat dua tempat duduk itu “hilang kuasa” ketika ia berlepas dari pangkalan berhampiran bandar Albacete dan terhempas di kawasan di mana pesawat lain diletakkan, sekaligus merosakkan lima pesawat lain.

Siaran televisyen menunjukkan api marak dan asap hitam berkepul ke udara dari kawasan pesawat itu terhempas dengan siren bergema di seluruh kawasan.

“Terdapat kematian membabitkan dua warga Greece dan lapan Perancis,” kata Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy dalam satu kenyataan kepada rangkaian televisyen swasta, Telecinco.

Kedua-dua juruterbang berpangkat kapten pesawat yang terhempas itu adalah antara mereka yang terbunuh. Mangsa warga Perancis termasuk tiga kapten dan seorang leftenan.

Seramai 21 yang lain tercedera dalam nahas itu, iaitu 11 warga Itali dan 10 warga Perancis.

Lima daripada yang tercedera itu melecur teruk dan dikejarkan ke unit pakar di sebuah hospital di Madrid.

Kementerian Pertahanan Sepanyol menyatakan siasatan sudah dimulakan bagi mengenal pasti punca nahas.

Jet F-16 itu melanggar dua pesawat AMX Itali dan tiga pesawat Perancis – Mirage 2000 dan dua Alfa Jets – apabila ia terhempas.

Pesawat Greek berkenaan mengambil bahagian dalam latihan NATO yang dikenali sebagai Program Kepemimpinan Taktikal bagi memantapkan kerja sama pelbagai negara dalam operasi udara. – AFP

25 Januari 2015

BERITA YANG MENGEMPARKAN : RIZAB ANTARABANGSA MALAYSIA TELAH JATUH SEBANYAK RM17.3 BILION DALAM MASA 2 MINGGU



Rizab Antarabangsa Malaysia “Hilang” RM73.08 Bilion Daripada US$131.5 Bilion (2015) Kepada Hanya US$111.2 Bilion (2014) Sahaja :


 Sekarang ini negara Malaysia sudah pun melepasi tempoh 2 minggu pertama bulan januari 2015 yang mana merupakan tempoh yang sangat panjang sepanjang tempoh tersebut.

 Macam-macam berlaku kepada Malaysia. Berdasarkan semakan berita Semasa… rizab antrabangsa Malaysia telah jatuh sejumlah US$4.8 bilion bersamaan dengan RM17.3 bilion dalam tempoh 2 minggu sahaja.

Semuanya dek kerana tekanan yang begitu hebat dikenakankan terhadap akaun semasa dan nilai ringgit Malaysia selepas harga minyak berada pada paras yang kurang menyenangkan kepada kerajaan Malaysia pada ketika ini.


Rekod Rizab Antarabangsa Malaysia September 2014 Hingga Januari 2015?

Berikut adalah rekod rizab antarabangsa Malaysia :

Bulan September 2014 : Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) : US$131.5 bilion :

Pada akhir tahun 2014 : US$116 bilion

Sehingga 15 Januari 2015 : Hanya tinggal US$111.2 bilion sepertimana yang diumumkan sendiri oleh Bank Negara baru-baru ini.

Dalam tempoh 3 bulan sahaja, rizab antarabangsa Malaysia telah “hilang” sebanyak RM73.08 bilion.

BACA SINI : Buat Loan Kereta 2013 (7 Tahun Max). Personal Loan 10 Tahun BNM Nafi, Julai 2013 Tetap Dilaksanakan!

P/S : jikalau sebelum ini, rizab yang Malaysia ada mampu membiayai 9.4 bulan import tertangguh, tetapi hari ini rizab yang sedia ada hanya mampu membiayai lebih lapan bulan import tertangguh sahaja.


SUMBER BERITA

SELEPAS JET 9M-NAA , HARGA CHINCHILLA COAT ROSMA PULAK DIPERTIKAIKAN...MAI TERJAH.....


13 henget je.....


Jet 9M-NAA kat mana....?

1~ Dis 2014 - Jan 2015 | Hawaii, LA, NY, London, Dubai, Bangkok

2~ Jan 2015 | Zurich, Riyadh, London

Bila lah nak insaf mereka ni..

Kredit to : Malek Hussin..SUMBER


Chinchilla Coat Rosmah Pula Jadi Perhatian Di Laman Sosial - USD 44,990 Harganya?



Gambar Rosmah memakai coat bulu yang viral di laman sosial. Kot bulu itu dikenali sebagai Chinchilla coat.

Kalau la yang pakai kot itu adalah manusia-manusia yang tah sapa-sapa tah, takde sapa pun nak heran.

Tapi disebabkan yang pakai kot bulu Chinchilla itu adalah Rosmah Mansur, wanita yang paling kontroversi, popular dan hot di Malaysia sebab asyik dikaitkan dengan itu ini jek maka ianya menarik perhatian orang ramai.

Sebenarnya. Bagi orang biasa macam aku. Bila tengok Rosmah Mansur pakai coat bulu di atas aku tak rasa apa-apa. Nak tahu kenapa? Jawapan dia simple jek. Aku tak kenal coat tue, aku tatau dia punya harga, aku punya level kehidupan sebenarnya tak memungkinkan untuk aku peduli dengan benda2 yang macam Rosmah pakai sebenarnya.

Ini pun aku tahu sebab orang yang bagitau di media sosial. Kalau tidak sampai ke mampos aku tatau apa ke benda coat yang Rosmah pakai tue beb.

KAH KAH KAH

Jika kau google ;



So ia memang item popular dan dikaitkan dengan lambang kemewahan. Chinchilla coat neh ialah coat bulu. So bila ia coat bulu maka sudah la tentula ia datang dari 'benda' yang menghasilkan bulu tersebut. Itulah yang aku faham.

Then aku taip Chinchilla di google ;


Nampak gayanya apa yang aku fikirkan pada awalnya memang betul la. Ini link rujukan untuk bacaan penuh : Apa Itu Chinchilla Coat.

Dan bulu untuk Chinchilla coat itu datangnya dari binatang yang comel ini ;


Dan ini pula yang tersebar di laman sosial ;


Betul ka harga coat tue mahal seperti itu? Aku taktau. Cuma yang aku tahu selepas melakukan sedikit pembacaan maka aku dapati ;

1. Kualiti

2. Jenama

3. Jenis rekaan

4. Bilangan unik (maksudnya keluaran ada satu atau dua je ke di dunia ini)

5. Tempahan khas

6. Pernah dipakai oleh ikon terkenal

Mempengaruhi harga satu-satu pakaian tersebut. Yes. Memang aku google serba sedikit, Chinchilla coat juga dikaitkan dengan lambang kemewahan.

Dan gambar2 di atas (Rosmah dan harga) disebarkan oleh Chegubard disini.

Kalau betul la macam neh punya mahal harga coat yang Rosmah pakai.. pehhh.. kau bagi aku duit tue lebih bagus arhhh Rosmah. Kurang2 boleh gak aku beli rumah. Apa guna aku jadi anak angkat kau kalau satusen pun tak dapat? Kata kau tue ibu kepada kami semua.

KAH KAH KAH ~ AMENO WORLD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...