08 September 2012

Kantoi ! Adun ditumbuk kerana " ISU PASAR BURMA "




KANGAR - Gara-gara tidak puas hati dengan isu pasar, seorang lelaki yang ada rekod ditahan polis, menumbuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Perlis di Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, pengadu, Mat Hassan, 52, bersama isterinya ketika kejadian telah ke Kampung Seberang Tok Pi untuk menziarahi kematian.

Katanya, semasa beliau mahu pulang, datang seorang lelaki berusia 36 tahun, memaklumkan bahawa peniaga-peniaga pasar di Kuala Perlis ada mengadu kepadanya mengenai jumlah pelanggan terjejas semenjak Pasar Burma dibuka.

Menurutnya, Mat Hassan kemudiannya memberitahu lelaki berkenaan agar memaklumkan peniaga-peniaga pasar terbabit supaya datang berbincang mengenai masalah itu denganya.Walaupun pengadu meminta lelaki berkenaan memaklumkan masalah itu kepada para peniaga, lelaki terbabit masih bercakap mengenai masalah tersebut, tambah beliau.

“Semasa pengadu ingin bergerak pulang suspek masih bising-bising dan tiba-tiba meluru ke arah pengadu dan melepaskan satu tumbukan di muka sehingga menyebabkan pengadu mengalami luka dan sakit di bawah mata pipi kirinya.

“Semakan mendapati suspek, yang juga seorang nelayan, pernah lima kali ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya di negeri ini, lima kali tangkapan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas di Batu Gajah serta tangkapan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan 332 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan bagi menakutkan penjawat awam menjalankan tugas,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, katanya.Bagaimanapun katanya, suspek buat masa ini tidak ditahan reman tetapi diambil keterangan untuk siasatan.Difahamkan, kematian yang diziarahi pengadu dan isteri merupakan emak saudara kepada suspek yang turut tinggal di kampung yang sama.

Sementara itu, Mat Hassan ketika dihubungi berkata, beliau tidak mahu mempebesarkan kes tersebut dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...