21 Julai 2012

Panas!!! Kumpulan pro Mukhriz pertikai peranan UMNO Bahagian di Kedah

Perjuangan untuk UMNO ka atau untuk individu?
(Petikan blog Kedah Times, sebuah blog pro Datuk Mukhriz)



Kedah Times ajak pembaca sekelian cadangkan nama-nama bahagian yang bermasalah di Kedah. Kalau lah pihak atasan UMNO baca blog ini, sekurang-kurangnya mereka boleh shortlist dan masukkan ke dalam diari TS Muhyidin supaya datang lawat dan selesaikan masalah dibahagian tersebut.

Terus-terang Kedah Times katakan yang ada bahagian tertentu, UMNO seolah-olah sudah tida wujud lagi. Yang wujud hanyalah ketua bahagian. Dalam apa saja program atau majlis, nama UMNO sudah tertinggal di belakang, yang ke hadapan hanyalah Ketua-Ketua UMNO saja.

Soalan Kedah Times .... Perjuangan untuk UMNO ka atau untuk individu?

AWANG lega apabila mendapat tahu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun padang ke UMNO bahagian bagi menyelesaikan sebarang masalah dalaman.

Amaran kepada ketua bahagian
UMNO Bermasalah

Bagi Awang itu juga tandanya pilihan raya umum sudah terlalu dekat.Langkah yang diambil itu tepat pada masanya memandangkan masih wujud beberapa masalah, yang sedikit sebanyak boleh menjejaskan keputusan pilihan raya kelak.

Kata Muhyiddin semalam: ‘‘Kita tahu ada masalah. Misalnya di Kedah apabila kita kalah dalam pilihan raya umum lalu dan apabila disemak kenapa kalah, ia bukan disebabkan Pas kuat tetapi berlaku ‘cah keting’ dalam UMNO.

‘‘Dia sabotaj. Macam mana calon Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh menang tetapi wakil kita di Parlimen kalah. Ini jelas ada yang tak amanah dan tak sokong calon-calon yang kita letak. Perkara ini perlu kita uruskan,’’ katanya.

Awang tidak mahu ulas panjang. Hanya keikhlasan dalam perjuangan sahaja yang akan memenangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ini kelak.

Terkini!! Naib Pengerusi PKR Terbunuh Helikopter dinaiki mangsa terhempas


KUCHING: Selang dua jam selepas penemuan mangsa pertama, Siti Khuzaimah Anwar, pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat Peter Ato Mayau di perairan berhampiran Kampung Tebelu, Sebuyau.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Law Hong Soon yang mengesahkan penemuan kira-kira pada jam 2 petang tadi, berkata mangsa tersebut juga dijumpai dalam keadaan lengkap berpakaian tetapi tanpa jaket keselamatan di tubuh.

Katanya, mayat Peter yang merupakan jurutera Sebiro Holdings dan juga Naib Pengerusi PKR Sarawak itu dibawa ke Hospital Daerah Simunjan untuk bedah siasat.
Pada kira-kira jam 11 pagi tadi, nelayan tempatan menjumpai mayat Khuzaimah seorang daripada tiga yang hilang dalam insiden helikopter terhempas di muara Sungai Teriso, Sri Aman semalam.
Mayat Khuzaimah, 27, dari Semariang di sini, ditemui terapung di kawasan perairan dekat Maludam.

Law berkata mayat mangsa lengkap berpakaian tetapi tanpa jaket keselamatan.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Daerah Simunjan untuk bedah siasat dan akan diserahkan kepada keluarga mangsa.

Gerakan mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa insiden helikopter Eurocopter EC120 terhempas milik Sebiro Holdings masih diteruskan membabitkan polis, bomba, JPAM dan penduduk tempatan. Mereka yang masih hilang ialah Peter Ato Mayau dan Henry Loh.


Dr Wan Azizah Ismail ‏@drwanazizah-Twitter
Takziah buat keluarga mendiang Peter ato Mayau, K.cbg mambong & N.MPN Sarawak yg terlibat dlm kemalangan helikopter




Berita Berkaitan:

HELI TERHEMPAS, TIGA HILANG

MASIH BERHARAP..... Ahli keluarga Peter ketika menunggu berita tentang insiden tersebut di jeti penumpang Pekan Sebuyau, semalam.

KUCHING: Seorang juruterbang warga Jerman terselamat manakala tiga lagi penumpang, termasuk Naib Pengerusi PKR Sarawak Peter Ato Mayau, masih hilang apabila sebuah helikopter milik syarikat Sebiro Holdings terhempas di muara Sungai Triso, Sri Aman, pagi semalam.

Helikopter yang diterbangkan Riko Steger, 35, terhempas pada kira-kira jam 9.30 pagi setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 9 pagi dengan membawa tiga pekerja syarikat tersebut atas urusan kerja di Nanga Merit, Kapit.

Mangsa yang masih hilang ialah Peter yang juga jurutera, 53, juruukur bahan Siti Khuzaimah Anwar dan arkitek Henry Loh. Mereka dikatakan dalam perjalanan untuk melakukan pemeriksaan terhadap projek pembinaan sekolah di tempat dituju.

Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mat Jusoh Mohamad berkata, Rko yang menerbangkan helikopter Eurocopter EC 120 berenang dengan jaket keselamatan kira-kira empat jam untuk tiba di Kampung Tebelu yang terletak 20 kilometer dari Pekan Sebuyau.

“Maklumat awal yang kita terima, ketika kejadian heli-kopter terbang dalam cuaca buruk dan dikatakan mengalami masalah teknikal,” kata-nya kepada pemberita.

Mat Jusoh berkata, gerakan mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa yang hilang masih diteruskan polis dengan bantuan Pasukan Gerakan Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Gerakan mencari dan me-nyelamat dihentikan pada jam 7 malam tadi dan diteruskan pagi ini.

Pemilik Sebiro Holdings, Datuk Sng Chee Hua turut mengesahkan helikopter ter-sebut adalah milik syarikat-nya dan digunakan oleh para pekerjanya yang terbabit dalam insiden berkenaan.

Sementara itu, ahli keluarga Peter bergegas ke Pekan Sebuyau sejurus dimaklumkan tentang insiden terbabit dan mengharapkan berita gembira ketika menunggu di Balai Polis Sebuyau.

Isteri Peter, Agnes Batang, 45, memberitahu beliau sen-diri menghantar suaminya ke pejabat Sebiro pada kira-kira jam 8 pagi semalam.

“Saya ada cakap sama (pada) dia (Peter)… cuaca tidak bagus untuk terbang, tapi suami saya diam saja,” kata Agnes yang mempunyai tiga anak berusia antara 25 dan 18 tahun.

Menurut Agnes, pada kira-kira jam 8.30 pagi, beliau menghubungi suaminya untuk bertanya siapa yang akan menghantarnya ke lapangan terbang dan dijawab Peter: “Jangan risau, ada orang hantar.”

Pada kira-kira jam 2 petang, Agnes menerima panggilan memaklumkan kejadian yang menimpa suaminya.

Peter pernah bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Negeri 2011 dalam pertandi-ngan tiga penjuru menentang Roland Sagah daripada Barisan Nasional (BN) dan Ateng Jeros (SNAP) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tarat. Sagah menang.
(UB)

PANAS!!! BN YANG MENGELABAH, TINDAKAN BODOH MEREKA TERSERLAH!!!

Juga turut gelabah, gabungan BN yang terdesak - Umno, MCA dan MIC

Dua parti komponen terbesar Barisan Nasional (BN) - Umno dan MCA - menunjukkan tanda-tanda yang jelas bahawa mereka berada dalam keadaan terdesak kerana takut kehilangan mandat untuk memerintah.

MIC juga mula menunjukkan tanda-tanda masih bernyawa tetapi menganjurkan pergaduhan jalanan dan mencadangkan ujian pengesan bohong tidak akan menimbulkan perasaan cinta kepada BN bagi pengundi.

Selepas lebih 50 tahun mentadbir urus, ketiga-tiga mereka jelas sedang kalut - menggunakan pelbagai helah yang kotor, melakukan pembohongan, cakap tak serupa bikin, mengancam, melakukan keganasan serta mengamalkan politik yang tidak rasional seperti mempengaruhi pihak polis untuk mengugat keselamatan wakil-wakil yang telah dipilih dari parti Pembangkang oleh rakyat.

Belajar dari orang yang salah- Umno & Perkasa!

Walaupun UMNO menggunakan taktik perkauman melampau yang dijalankan oleh Perkasa, kegiatan menghasut yang dibiarkan, oleh kerajaan yang dikuasai BN-Umno, MCA kini cuba untuk belajar dari ‘abangnya’ itu.

Dan menimba ilmu taktik kotor, MCA cepat menangkap, mengambil iktibar daripada Umno dan adik angkat organisasi itu, Perkasa.Sesungguhnya, rakyat Malaysia yang cintakan negara, kakak dan abang, pada hari ini sudah bijak menilai perpaduan dan rasional apabila mereka membuang undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan datang yang perlu diumumkan tarikhnya menjelang April depan.

Cubaan terdesak presiden MCA Dr Chua Soi Lek, untuk mempertahankan naib-presidennya, Ng Yen Yen, dengan menggunakan penipuan untuk menyalahkan Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen, Anwar Ibrahim, serta anaknya yang jahil iaitu Tee Yong yang telah melontarkan tuduhan keatas Selangor kerana menjamin Talam sebanyak RM1 bilion hanya dilihat sebagai dua daripada tindakan terdesak mereka baru-baru ini yang mendapat sambutan kurang memberansangkan.

Bukan sahaja terdesak, malah bodoh

Dan saya tertanya-tanya, bagaimana MCA boleh nampak kaitan dengan meminta Betty Chew untuk

menjawab dalam Dewan Undangan Negeri Melaka, sama ada suaminya Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita atau tidak.

Menambah lagi kepada kebodohan itu, kroni BN meminta Lim dan Betty untuk mengambil ujian pengesan penipuan untuk membuktikan penafian mereka.

Mengapa tidak mereka meminta Perdana Menteri kita dan "First Lady" untuk mengambil ujian itu kerana mereka telah didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu dan untuk semua tuduhan merompak dan menyalahguna berbilion-bilion ringgit dana awam!

Sama sebulu- Yen-Yen & Soi-Lek

Orang kata " birds of the same feather flock together " (burung sama jenis, terbang bersama-sama) dan ini memang benar bagi Chua dan Ng. Ng, pada kemuncak krisis kepimpinan MCA pada tahun 2010, telah bersungguh-sungguh mempertahankan Chua dengan mengiktiraf tabiat seksual tidak bermoral Chua.

Sekarang adalah masa membalas budi dan Chua telah mengamuk dengan menyalahkan Anwar tentang status Pemastautin Tetap (PR) Australia Ng pada tahun 1990-an.Chua mendakwa dasar "menyekat" Anwar semasa dia menjadi Menteri Pelajaran telah menyebabkan ramai orang bukan Melayu memohon untuk mendapatkan PR dinegara lain.

Ia adalah satu pembohongan terang-terangan dan tuduhan terhadap Anwar yang ketika itu BUKAN Menteri Pelajaran pada ketika itu.Walaupun tuduhan itu adalah benar, bukankah MCA sebahagian daripada pentadbir kerajaan? Jadi, kenapa MCA tidak berbuat apa-apa tentang hal itu? Jadi, MCA menyokong dasar "menyekat" dan Chua tidak menentang dasar itu untuk kepentingan rakyat?

Kesetiaan berbelah bahagi?

Chua juga berkata: "Apa yang sudah berlalu biarkan sahaja. Dia (Ng) telah mengaku dengan jelas, ia adalah kerana pendidikan. " Adakah Chua mengatakan apabila jenayah telah dilakukan, apa yang telah berlaku biarkan berlalu? Bukankah ini satu hujah pembelaan yang tolol!

Dan, Ng pula tidak segan silu mengakui bahawa dia mempunyai PR Australia pada tahun 1990-an untuk membantu anaknya mendapatkan pendidikan di sana. Sejak bila anda mesti mendapatkan PR untuk menghantar anak-anak belajar di Australia?


Ng juga berkata dia memohon PR pada tahun 1990-an tetapi membatalkannya pada tahun 1995 selepas anaknya menamatkan ijazah undang-undangnya. Bukankah ini cara yang licik untuk menikmati faedah di Australia? Dia sesungguhnya perlu memohon maaf kepada Australia.

Jangan lupa bahawa memegang dua kerakyatan bermakna kesetiaan anda kepada negara telah berbelah
bahagi! Dan Ng menyimpan dua kerakyatan ini secara rahsia dan menerima pelantikan dirinya sebagai Senator pula. Saya tertanya-tanya bagaimana dia berkhidmat sebagai Senator disini apabila dia terpaksa menghabiskan kebanyakanmasanya di Australia untuk PRnya. Di sini, dia perlu meminta maaf kepada Malaysia juga!

Dengan begitu ramai pemimpin BN yang tidak ikhlas dan menipu, saya tertanya-tanya bila agaknya majoriti rakyat Malaysia akan bangun dan menendang mereka keluar.

Panas!!! Sabotaj Syabas & Kerajaan Pusat demi Politik?


Perangkap TS Khalid memberi Air percuma adalah serampang dua mata pertama merakyatkan ekonomi bagaimana wang negeri yang diuruskan dengan telus akan menguntungkan dan dinikmati oleh rakyat sendiri.

Kedua ini mendedahkan kelemahan BN kerana melantik syarikat swasta yang menguruskan bekalan air adalah syarikat yang tidak mampu yang akhirnya akan menaikan TARIF air yang harus ditanggung oleh pengguna dan rakyat. Dan akhirnya demi kerdesakan Politik Syabas terpaksa sabotaj untuk tidak meluluskan 60 Projek pembangunan dan terkini mengadakan Krisis dengan mengadakan Catuan bekalan air.

Tindakan ini mungkin akhirnya mungkin menjadi pukulan maut buat BN untuk tewas di Selangor dan Putrajaya dimana pengguna terletak di Kawasan Maju yang tidak mudah dibohongi oleh mainan politik sempit Umno/BN. Kalau TS Khalid gagalpun beliau dianggap berjaya kerana apa yang beliau lakukan adalah cara terbaik dan disini ternampaknya KETELUSAN beliau & kerajaan Selangor memerintah.


MP Tuntut SYABAS Dedah Maklumat Berkaitan Air



Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menuntut Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) agar mendedahkan maklumat-maklumat penting bagi mengesahkan dakwaan wujudnya krisis air di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Beliau menuntut SYABAS mendedahkan antara lain jumlah air mentah yang keluar dari empangan dan sungai ke dalam loji rawatan bagi tempoh 1 Januari 2012 sehingga 15 Julai 2012, bacaan meter air masuk ke 33 loji rawatan air di Selangor dan bacaan meter air masuk ke sistem pengedaran air pengguna bagi tempoh yang sama.

Selain itu, beliau turut menuntut SYABAS bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mendedahkan log buku rekod air yang dipam loji rawatan bersama bil elektrik, penggunaan bahan kimia, dan bil dari Puncak Niaga, Abass dan Splash kepada SYABAS.

"Saya cabar SYABAS, kalau betul ada krisis air dedahkan maklumat ini di ruang awam," katanya.

Beliau yang turut bertindak sebagai koordinator untuk Coalition Against Water Privatisation (CAWP) menegaskan bahawa maklumat itu akan digunakan NGO itu untuk mengesahkan dakwaan SYABAS tentang krisis air.

Menurutnya, semua mereka diberikan tempoh 12 hari untuk mendedahkan maklumat itu.

Maklumat itu kemudiannya akan digunakan International Water Association dan National Water Company of Nederlands yang akan membantu SYABAS dalam perkara itu.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan krisis air yang didakwa SYABAS diragui orang ramai kerana semua perangkaan yang diberikan untuk menyokong dakwaan itu datangnya dari SYABAS tanpa disahkan pihak lain.


"Adakah kita menghadapi krisis air atau krisis air ini diolah?" tanya Charles.

Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa gambar empangan penuh juga bukan petunjuk tepat secara teknikal tentang bekalan air di Selangor.

"Apabila seseorang tunjukkan empangan penuh, ia tidak membawa apa-apa makna kerana ia mungkin hujan (sehari) sebelumnya," kata Charles.

Mengulas cadangan pembinaan Langat 2, Charles berkata ia dicadangkan susulan laporan air oleh National Water Resources Studies (NWRS) 2000 dan 2011.

Laporan itu katanya, disediakan Ranhill Consulting dan SMHB Sdn Bhd yang juga terlibat dalam projek runding cara air.

Tambahnya lagi, laporan itu turut menggunakan unjuran penggunaan air per kapita yang jauh lebih tinggi daripada yang sebenar.

Justeru, ia tidak tepat dan pilihan yang lebih baik adalah menaiktaraf empangan Sungai Selangor untuk menangani bekalan air yang bakal meningkat setiap tahun, katanya.

Terkini!!! S'gor usaha pecat CEO, pengerusi SYABAS


Kerajaan Selangor akan mengemukakan cadangan kepada lembaga pengarah Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) supaya memecat pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutifnya.

Keputusan itu diambil ekoran kedua-dua pihak itu didakwa tidak hadir memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri.

"Dengan pemecatan ini, penjimatan kos operasi dari gaji pengerusi eksekutif SYABAS sahaja adalah berjumlah sekurang-kurangnya RM5.1 juta setahun," kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Berikut kenyataan penuh Khalid:

Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri Selangor lanjutan daripada kenyataan dan cadangan untuk membuat catuan air yang diumumkan oleh SYABAS.

Tujuan jawatankuasa ini untuk memantau secara harian keberkesanan, kecekapan perkhidmatan SYABAS dan kedudukan semasa pembekalan air kepada pengguna termasuk meninjau sendiri di tapak masalah kekurangan bekalan air yang dicanangkan oleh SYABAS.

Jawatankuasa ini akan mengkaji cadangan penambahbaikan dan pemulihan ke atas masalah bekalan air yang dihadapi. SYABAS telah diminta membentangkan dan melaporkan kepada Jawatan kuasa tersebut perkara-perkara berikut:

1. Pengeluaran air harian bagi setiap loji air dan paras empangan;
2. Permintaan air berdasarkan bil air (metered consumption) dari Januari 2012 hingga sekarang;
3. Unjuran permintaan air yang disediakan oleh SYABAS;
4. Maklumat mengenai paras kolam utama(balancing reservoir-terminal reservoir-service reservoir);
5. Kawasan yang mengalami masalah gangguan bekalan air ;
6. Maklumat terperinci mengenai rangkaian paip air utama termasuk kolam air hingga ke kawasan yang bermasalah termasuk NRW;
7. Punca-punca utama (micro) yang menyebabkan kawasan tersebut mengalami masalah air;
8. Cadangan penyelesaian yang dirancang oleh SYABAS ke atas masalah yang dibangkitkan; dan
9. Emergency response plan yang disediakan oleh pihak SYABAS.

Berdasarkan kepada hasil penelitian dan penyiasatan yang dibuat oleh jawatankuasa ini selama tiga hari, kerajaan negeri Selangor merumuskan bahawa:

1. Kerajaan Negeri Selangor akan mengemukakan cadangan kepada Lembaga Pengarah SYABAS supaya memecat pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutif SYABAS kerana tidak hadir memberikan penjelasan kepada jawatan kuasa tersebut. Dengan pemecatan ini, penjimatan kos operasi dari gaji pengerusi eksekutif SYABAS sahaja adalah berjumlah sekurang-kurangnya RM5.1 juta setahun.

2. Kerajaan negeri Selangor bersedia membelanjakan peruntukan bagi membina loji rawatan air baru untuk tujuan meningkat kapasiti pengeluaran air terawat dan dengan serta merta akan memanggil tender untuk Projek Mitigasi 2 yang berjumlah RM225 juta.

Langkah yang diambil kerajaan Negeri ini bagi melindungi kepentingan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terjejas kerana kegagalan SYABAS membekalkan air bersih seperti yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi.

Kerajaan Selangor yakin kerajaan persekutuan tidak akan cuba menyulitkan usaha yang dirancangkan ini demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Kantoi!!! Memang sah Khir Toyo " Gila Talak"

Khir Toyo: Latheefa Koya letak jawatan kerana Faekah

PETALING JAYA: Dr Mohd Khir Toyo mendakwa pemimpin muda PKR, Latheefa Koya meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana bergaduh dengan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.

Isu utama ialah Faekah…kerana kuasa Faekah sangat besar menyamai kuasa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Dia (Faekah) bukan sahaja menjadi Setiausaha Politik Khalid tetapi juga mengawal Perbadanan Menteri Besar (MBI).

“Bila wakil rakyat dan orang mengadu kepada Khalid, Khalid akan merujuk kepada Faekah terlebih dahulu.“Ini yang menyebabkan wakil rakyat marah kepada Khalid,” kata Dr Mohd Khir, bekas Menteri Besar Selangor selama lapan tahun mulai 2000.

‘Gila talak’

“Nampaknya Khir Toyo tak boleh angkat muka dalam isu Talam dan Air Selangor jadi dia nak bercakap pasal isu Ahli Majlis.

“Dia ibarat orang yang dah bercerai dan gila talak. Masa ada kuasa tak jaga dan salah guna, rakyat beri amanah dan mandat dia khianat, sekarang meraban (meracau)..
“Isu Ahli Majlis letak jawatan dia kecuh..” kata Faekah.
.

Dr Mohd Khir berkata demikian ketika diminta mengulas peletakan jawatan Latheefa sebagai ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) baru-baru ini.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, Khalid menyerahkan kepada PKR untuk menentukan kedudukan peguam muda PKR itu

20 Julai 2012

Panas!!! Isu Saham FGV, MB Azizan atau Mahdzir Khalid sapa yang Buhong nie....?

Bekas MB Kedah - Zaman saya dulu cek lebih RM1juta kena ada tandatangan oleh pengerusi
Saham FGV: MB Kedah cuba 'lepas diri', kata Mahdzir



Tindakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan pembabitan dalam isu pembelian saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) hanya untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab, kata Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Katanya, sebagai menteri besar, Azizan yang juga pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) pasti tahu mengenai pembelian 500,000 unit saham FGV itu.

"Saya pernah menjadi menteri besar dan pengerusi PKNK. Setiap cek melebihi RM1 juta yang dikeluarkan oleh PKNK mesti ditandatangani oleh salah seorangnya ialah pengerusi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata dalam kes FGV yang harga sahamnya RM4.55 seunit itu, PKNK perlu mengeluarkan cek bernilai RM2.275 juta.

"Cek untuk tujuan itu mesti ditandatangani oleh Azizan dan saya hairan kenapa dia berbohong kepada rakyat dengan mengatakan ‘terlepas’ dari pengetahuannya," katanya.

Mahdzir berkata sikap Azizan itu amat dikesali kerana sering mengambil pendekatan 'melepaskan diri' dan enggan bertanggungjawab terhadap mana-mana isu yang tidak berpihak kepadanya.

"Isu ini sebenarnya bukan ‘terlepas’ tetapi ‘melepaskan’," katanya.

Baru-baru ini, PKNK telah membeli 500,000 unit saham FGV pada harga RM4.55 seunit walaupun pakatan pembangkang menolak keras penyenaraiannya di bursa saham.

Azizan ketika ditanya mengenai pembelian saham itu, dilapor berkata ia 'terlepas' daripada pengetahuannya dan menyifatkannya sebagai amalan biasa kerana PKNK memang diberi hak untuk membeli mana-mana saham yang difikirkan mampu menjana keuntungan.

PKNK kemudian diarah menjual kembali saham terbabit.-- Bernama

Panas!!! Malaun Umno Halau Melayu Balik Pulau?

Dua Umno P.Pinang kaut untung RM5j hasil jual tanah Melayu Balik Pulau?
Musa Sheikh Fadzir

Klik di gambar untuk pembesaran imej dokumen bukti

DUA pemimpin Umno Pulau Pinang didakwa sebagai pengkhianat serta seakan menghalau Melayu dari pulau apabila berjaya memujuk 31 pemilik tanah di Kampung Terang, Balik Pulau untuk menjual tanah masing-masing.

Mereka, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar (Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional Pulau Pinang) melalui syaraikat hartanah Maison Heights Sdn. Bhd. (849163-W) didakwa berjaya membeli tanah tersebut dengan harga RM8.6 juta (RM8,563,983.12) pada 31 Januari lepas.



Pembantu Khas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Mohd. Yusri Yaacob mendakwa, Maison Heights yang dikuasai oleh kedua-dua pemimpin parti pendesak Melayu itu pada 16 Mei lepas telah menjual tanah tersebut kepada Kay Pride Sdn. Bhd. pula dengan harga RM13.5 juta (RM13,457,664.00).

"Dalam masa 5 bulan sahaja Maison Heights Sdn Bhd telah mendapat keuntungan hampir RM 5 juta.

"Dengan fakta ini terbukti bahawa selama ini Pimpinan UMNO Pulau Pinang yang 'menghalau' orang Melayu keluar dari Pulau Pinang,"
kata beliau melalui e-mel kepada wartawan.

Perkembangan terbaru ini didedah semasa pihak pembangkang Pulau Pinang khususnya Umno ghairah menuduh pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng cuba menindas serta cuba mengusir Melayu dari negeri berkenaan.

PANAS!!! ISU AIR SELANGOR: MAMPUKAH TS KHALID KANTOIKAN TS MAHYUDIN?

Kabinet tubuh JK khas isu air di S'gor, WP, Putrajaya

KUALA LUMPUR- Satu Jawatankuasa Khas Kabinet ditubuhkan bagi membincangkan krisis air yang sedang dihadapi Selangor, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin.

"Jawatankuasa khas ini akan diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut dianggotai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala; Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik dan saya sendiri," katanya.

Chin berkata, penubuhan jawatankuasa khas berkenaan dipersetujui ketika mesyuarat Kabinet

semalam.

"Jawatankuasa khas ini akan meneliti semua isu berkaitan air di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya," katanya kepada pemberita hari ini.Jawatankuasa khas itu, dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan mula bermesyuarat minggu depan, katanya.

"Kabinet rasa isu ini dah hangat dibincang terutamanya cadangan yang diutarakan pihak SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) untuk catuan air."Keduanya dari segi pengumuman bahawa kerajaan negeri Selangor nak ambil alih tugas SYABAS.

"Kita akan meneliti semua perkara melibatkan isu ini dan semua perkara yang berkaitan dengan air di Selangor, Wilayah Persekutan dan Putrajaya," katanya.

Ketika ditanya, Peter Chin berkata jawatankuasa itu akan membincangkan sama ada akan ia mengadakan pertemuan dengan kerajaan Selangor.Ditanya sekiranya Syarikat Bekalan Air Selangor boleh meneruskan rancangan untuk mengadakan catuan air, Peter Chin berkata perkara itu juga akan dibincangkan.

"Tunggulah sehingga jawatankuasa ini bertemu dan buat keputusan, kemudian kita akan beritahu orang ramai," katanya.Ditanya lanjut sekiranya kerajaan pusat akan berjaya menyelesaikan kemelut dengan kerajaan Selangor itu sebelum pilihan raya umum diadakan, beliau bagaimanapun enggan mengulas.

"Tiada komen," katanya.


Kerajaan negeri Selangor semalam mengumumkan untuk merombak barisan pegawai pengurusan kanan SYABAS melalui tindakan campur tangan ke atas pentadbiran syarikat tersebut.

Selangor juga bercadang untuk menyusun semula perkhidmatan air negeri itu, dengan mencantumkan kesemua syarikat yang terlibat dalam perkhidmatan air negeri itu dalam satu syarikat tujuan khas, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kerajaan negeri kemudiannya akan membuat tawaran konsesi baru kepada SYABAS dan tiga syarikat lain yang terbabit - Puncak Niaga, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (Splash) dan Konsortium Abbas Sdn Bhd.




KERAJAAN NEGERI SELANGOR MEMPERTIKAIKAN PENUBUHAN JAWATANKUASA KHAS KABINET BERKAITAN ISU AIR DI SELANGOR OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN


Kerajaan Negeri Selangor meragui motif pembentukan sebuah jawatankuasa khas oleh Kabinet (special cabinet committee) untuk meneliti isu air seperti yang diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau (KeTTHA), dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hari ini.

Dilaporkan bahawa Jawatankuasa Khas ini akan meneliti semua isu berkaitan air di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

Jawatankuasa khas itu, dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pengarah Pilihanraya BN), Dato Idris Jala, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan Datuk Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor).

Kerajaan Negeri mempersoalkan kewujudan (‘the creation’) jawatankuasa khas ini memandangkan sudah adanya Kementerian KeTTHA dimana Menterinya mempunyai bidang kuasa yang termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006).

Oleh kerana kuasa yang diberi kepada Menteri gagal digunakan untuk melaksanakan penstrukturan semula industry air di Selangor dan Menteri KeTTHA tidak dimasukkan dalam Jawatankuasa khas cabinet tersebut, Kerajaan Negeri menyeru Menteri KeTTHA untuk meletak jawatan dengan segera.

Kita juga mempertikaikan peranan Datuk Noh Omar dalam Jawatankuasa Khas Kabinet tersebut, kerana beliau adalah Menteri Kerajaan Persekutuan yang begitu lantang melobi untuk pembinaan Loji Langat 2.

Sekiranya Kerajaan Pusat masih bertegas untuk penubuhan jawatankuasa khas ini, adalah wajar 5.7juta pengguna air SELANGOR diwakili oleh Dato’ Menteri Besar Selangor untuk menjaga kepentingan mereka.


YB DR XAVIER JAYAKUMAR- AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Kenyataan Penasihat Ekonomi Selangor

Syabas akan naikkan tarif air hingga 70 %, Selangor perlu ambil alih


KUALA LUMPUR 20 Julai: Pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang diusahakan kerajaan Selangor bertujuan mengelakkan tarif air meningkat hingga 70 peratus.
“Ia berbeza dengan cadangan Datuk Seri Noh Omar yang tawarkan air percuma melalui subsidi kepada syarikat swasta,” kata Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN itu juga menyifatkan air sebagai khazanah bumi yang tidak wajar dijadikan barang dagangan hingga membebankan rakyat.“Kita tidak boleh terima syarat penswastaan Kerajaan Persekutuan dengan Syabas kerana kadarnya tinggi. Ia dibuat dengan tidak telus dan tanpa tender,” katanya.

Anwar merujuk usaha delegasi kerajaan Selangor diketuai Dr Xavier Jayakumar dan Teresa Kok mengutus surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui pada 18 Julai lalu

Panas!! PDRM buat promosi bukan lagi mencegah jenayah

PDRM buat promosi bukan lagi mencegah jenayah

Ketika kes jenayah yang berlaku di pusat membeli belah terus menjadi tajuk utama, sepasukan anggota polis membuat lawatan simbolik ke salah sebuah pusat membeli-belah paling popular di ibunegara untuk sesi bertemu dan beramah mesra dengan para pengunjung.

Mereka datang bukan dengan bersenjatakan belantan, gari dan peralatan mengawal jenayah, tetapi sebaliknya kumpulan lelaki beruniform biru itu tiba dengan berbekalkan senyuman sambil membawa beg cenderahati semasa mengunjungi Midvalley Megamall semalam.

Diketuai Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Mortadza Nazarene dan pegawai tinggi polis kontinjen Kuala Lumpur, rombongan tersebut dilihat beramah mesra dengan para pengunjung pusat membeli-belah tersebut.Mortadza juga mempamerkan bakat menyanyi dengan diiringi oleh pemuzik yang berpakaian seragam polis.

Sepanjang kunjungan tersebut, Mortadza diiringi, antaranya, oleh Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh, Timbalannya Amar Singh dan Ketua Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Mortadza berkata polis bersedia untuk melatih pengawal keselamatan dalam bidang pertahanan diri dan prosedur bantuan kecemasan, lapor Bernama.
Mortadza berkata, pengawal keselamatan perlu menjalani latihan tersebut kerana ia juga boleh mengajar mereka bagaimana untuk memastikan setiap ruang di dalam pusat membeli belah, terutamanya kawasan parkir, selamat.

Bagi jenayah yang melibatkan mangsa wanita, beliau mencadangkan pengendali pusat membeli belah menyediakan ruang khas untuk wanita supaya mudah bagi pengawal keselamatan memantau dan memberi tumpuan ke atas kawasan berkenaan.

Beliau juga yakin dengan keselamatan di kawasan tempat letak kereta di pusat membeli-belah kerana pihak polis telah meningkatkan rondaan mereka di kawasan itu, terutama di kawasan Bukit Bintang.Isnin lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata kejadian jenayah di pusat membeli belah dianggap rendah kerana hanya enam laporan yang diterima di Selangor dan dua di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Bernama melaporkan Mohmad menyarankan supaya pihak pengurusan pusat membeli-belah segera menaik taraf sistem rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis masing-masing bagi memudahkan polis membuat rujukan sekiranya sesuatu jenayah berlaku di kawasan tersebut.
Ketua polis Kuala Lumpur itu berkata kegagalan CCTV berfungsi sepenuhnya merupakan antara faktor siasatan kes jenayah di pusat membeli-belah tidak dapat diselesaikan segera.


“Untuk itu, saya minta pusat beli-belah menaik taraf CCTV mereka kerana daripada kes-kes jenayah sebelum ini ada CCTV tidak berfungsi dengan baik seperti tidak dapat merakam gambar menyebabkan ia tidak dapat diguna apabila diperlukan polis,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat dengan 89 ketua unit keselamatan 80 pusat beli-belah sekitar Kuala Lumpur semalam.
Beliau berkata peranan CCTV dalam menangani jenayah tidak harus diketepikan kerana fungsinya menjadi antara faktor penting yang mampu menyumbang kepada usaha mengurangkan masalah jenayah di pusat beli-belah dan kawasan sekitar yang menjadi tumpuan umum polis ketika ini.

Mohmad berkata dalam mesyuarat lebih dua jam dengan ketua-ketua unit keselamatan pusat membeli-belah itu, pihaknya telah bersetuju untuk mewujudkan seorang polis perantara bagi setiap pusat membeli-belah bagi memudahkan ketua keselamatan merujuk jika sesuatu kejadian jenayah berlaku.
Beliau turut berpendapat bahawa kereta peronda polis harus dibenarkan memasuki ke kawasan pakir bawah tanah pusat membeli-belah untuk mewujudkan situasi yang polis berada di mana-mana bagi mengurangkan kejadian jenayah.
“Selain itu, saya juga minta pemilik pusat membeli-belah turut mengambil tanggungjawab sendiri bagi mempertingkatkan aspek keselamatan di premis mereka kerana keadaan yang selamat pastinya memberi imej positif kepada pusat perniagaan itu sendiri,” katanya.

Mengenai kejadian jenayah yang berlaku di pusat membeli-belah sekitar Kuala Lumpur yang digembar-gemburkan sebagai makin teruk, Mohmad berkata keadaan sebenar adalah sebaliknya di mana untuk tempoh separuh pertama tahun ini, hanya sembilan kes jenayah yang berlaku iaitu empat kes di pakir bawah tanah dan selebihnya adalah kes di luar premis perniagaan.

“Dengan 80 pusat beli-belah beroperasi di ibu negara, statistik itu dengan sendirinya mencerminkan bahawa keadaan keselamatan masih terkawal, cuma ia menjadi isu kepada masyarakat apabila dilaporkan secara berlebihan oleh pihak tertentu,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid berkata, polis akan meramaikan kehadiran anggotanya di tempat awam terutama di kawasan kerap berlaku jenayah supaya dapat menangani kebimbangan dalam kalangan orang awam terhadap kes itu.

Bernama memetiknya berkata, pihaknya mahu mengatasi persepsi ketakutan orang ramai terhadap jenayah dengan menggunakan pendekatan kehadiran polis.

“Jumaat lepas, Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) telah memanggil semua pengarah dan ketua polis negeri untuk memantapkan lagi program bagaimana hendak mencegah jenayah khususnya bagi mengatasi ketakutan terhadap jenayah.

“Dalam mesyuarat itu diputuskan beberapa perkara termasuk penambahan anggota di kawasan kerap berlaku jenayah dan menggunakan eleman dalam KDNKA iaitu memaksimumkan semua anggota kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Kepolisian Berprofil Tinggi dengan penduduk Pulau Aman semalam..

Beliau berkata pihaknya akan menggunakan anggota daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan polis Marin untuk ditempatkan di 50 kawasan ‘panas’ di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang. – KL-Today

19 Julai 2012

19hb Julai - Debat Sinar: PRU13-Orang Muda Pilih Siapa?

19hb Julai - Debat Sinar: PRU13-Orang Muda Pilih Siapa?
Masa Siaran: 9 Malam (Siaran Tertunda)
Lokasi: Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf
Pendebat: Nasruddin Hassan Tantawi Vs Fathul Bari


Terkini! Hutang Malaysia berpotensi jadi bom jangka, kata pakar ekonomi

Hutang Malaysia berpotensi jadi bom jangka, kata pakar ekonomi

KUALA LUMPUR, 19 Julai — Hutang negara Malaysia yang meningkat kepada hampir seratus peratus sejak 2007 kepada RM421 billion menunjukkan risiko fiskal bahawa sekiranya ekonomi negara ini tidak diuruskan secara berhemah, ia boleh mencetuskan keadaan ekonomi yang teruk, kata pakar analisis ekonomi hari ini.

Mereka berkata sementara hutang kerajaan — yang kini berada di paras 54 peratus dari kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), yang kedua tertinggi di Asia — tidak akan memberi impak kepada ekonomi negara dan kadar kredit setakat ini, tetapi bakal memberi keadaan yang tidak menentu kepada pasaran global, sekaligus bakal menjadi risiko untuk pelbagai isu dalam masa sekarang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar atas) telah berkata tidak akan membenarkan hutang kerajaan mencecah 55 peratus KDNK, kerisauan ini meningkat apabila pinjaman yang disokong pihak kerajaan — mula dipinjam dan sudah meningkat kepada 65 peratus KDNK, iaitu melebihi dari paras selesa bagi sesetengah penganalisis.

Ketua penganalisis ekonomi RAM Ratings, Yeah Kim Leng berkata bahawa sementara hutang Malaysia dianggap sebagai sederhana, ia juga perlu berhati-hati dalam kemungkinan kadar hutang mula melintasi “angka tertinggi” disebabkan terlalu banyak kos pinjaman.

“Sentimen pasaran yang tidak menentu boleh jadi sangat menyukarkan,” kata Yeah.

“Jika sentimen pasaran tidak memihak kepada Malaysia, ia boleh menyebabkan kadar pinjaman menjadi terlalu tinggi dan pelabur akan menarik kembali modal keluar”

Beliau turut menambah sekiranya pengurusan dilakukan secara berhemah, maka hutang negara akan menyebabkan daya tahan ekonomi negara semakin lemah jika mempunyai kejutan ekonomi kuat seperti kegawatan ekonomi pada hari ini.

“Ini bukan hanya soal pertumbuhan ekonomi, tetapi kemampuan ekonomi untuk bertahan,” katanya lagi.

Menurut angka yang diberikan dalam Laporan Ekonomi dari kewangan Kerajaan Persekutuan — menunjukkan bahawa hutang Kerajaan Persekutan telah meningkat dua kali ganda dalam masa kurang dari lima tahun, dari RM247 billion pada tahun 2007 kepada anggaran RM421 billion kepada

tahun 2011, dengan pendapatan hanya meningkat kepada 31 peratus atau dari RM140 billion kepada RM183 billion dalam tempoh yang sama.

Sebagai perbandingan, dari 2001 hingga 2005, kadar hutang hanya meningkat dari RM121.4 billion kepada RM189 billion, peningkatan hanya 56 peratus.

Pinjaman yang disokong kerajaan meningkat secara mendadak dari tahun 1985 hingga 2010 — dari RM11 billion kepada RM96 billion, peningkatan 8.7 peratus setiap tahun.

Cheong Kee Cheok, zamalah penyelidik senior dari Universiti Malaya (UM) di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran berkata bahawa hutang Negara yang kini 55 peratus KDNK tidaklah begitu membahayakan jika dibandingkan dengan Greece, akan tetapi dia membayangkan bahawa hutang akan terus meningkat.

“Peningkatan kadar hutang sepanjang tahun-tahun ini sangat merisaukan dan setakat ini, saya tidak nampak sebarang kesungguhan untuk mengurangkan kadar perbelanjaan walaupun kadar sumber pendapatan tidak berkembang. Ini kerana kita mempunyai Petronas,” katanya lagi.

Wan Saiful Wan Jan (gambar bawah), ketua eksekutif dari Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) berkata senario politik memainkan peranan mengapa Malaysia terus bergelut dengan hutang yang meningkat.


Dia menegaskan bahawa perbelanjaan defisit adalah “perkara yang tidak sepatutnya”, melainkan kerajaan cuba memikirkan jalan terbaik untuk menangani hutangnya.

Hanya sedikit sahaja tindakan dari pihak kerajaan untuk menanganinya kerana ahli politik hanya sibuk menunggu pilihan raya akan datang.

“Ahli politik akan menggunakan wang untuk mereka memenangi pilihan raya,” tambahnya lagi.

Dia bukan sahaja mengkritik kepada pentadbiran Najib tetapi mendapati janji Pakatan Rakyat lebih teruk lagi.

“Pakatan Rakyat berkata mereka boleh membiayai perbelanjaan dengan menghapuskan rasuah, tetapi jika mereka mahu bertanggungjawab, mereka harus tahu bagaimana untuk membayar hutang bukannya menutup ruang untuk perbelanjaan,” katanya lagi.

Rekod fiskal kerajaan sudah mula menunjukkan impak kepada keyakinan pelabur disamping menunjukkan kelemahan atas mata wang negara serta peningkatan pengeluaran bon kerajaan.

Walaupun kerajaan Malaysia menawarkan pendapatan lebih dari Singapura atau Amerika Syarikat, pelabur terus menarik balik pelaburannya dan menyebabkan nilai ringgit jatuh dalam beberapa minggu ini.

Negara dengan kadar kredit yang kuat seperti Switzerland menawarkan pendapatan yang tinggi kerana kekuatan ekonominya, manakala Negara seperti Itali dan Sepanyol mempunyai masalah kerana mempunyai risiko yang tinggi.

Walaupun Malaysia tidak dalam kategori seperti Sepanyol dan Itali, keadaan menunjukkan pelaur lebih banyak menukarkan mata wang mereka kepada dolar Amerika dan Singapura dalam masa ketidaktentuan walaupun Sekuriti Kerataan Malaysia (MGS) menawarkan 3.4 peratus keuntungan berbanding 1.5 peratus bagi bon kerajaan Singapura dan Amerika Syarikat dalam masa 10 tahun.

Ini bermakna para pelabur masih ada keraguan terhadap kemampuan Malaysia untuk membayar balik hutang serta pengeluaran matawang asing seterusnya menjadikan matawang ringgit jatuh dalam masa 14 tahun berbanding dolar Singapura dan nilai matawang semakin merosot.

Dengan kedua-dua hutang dan perbelanjaan defisit antara yang tertinggi di Asia berbanding KDNK, ia akan menjadi lebih sukar bagi kerajaan mengurangkan perbelanjaan - sama ada meningkatkan cukai atau memotong perbelanjaan — semuanya tidak menjadi popular di kalangan rakyat.

Penyelamat ekonomi Malaysia ialah rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara disamping pendapatan dari minyak dan gas.

Pendapatan dari hidrokarbon bagaimanapun diancam dengan harga yang tidak menentu kerana kedudukan ekonomi yang tidak stabil.

Sekiranya berlakunya lagi krisis ekonomi global, tidak dapat dipastikan bagaimana ruang fiskal dalam pentadbiran Najib dapat melakukan tindakan merangsang ekonomi kerana terikat denganperbelanjaan defisit dan sentiasa dibelenggu dengan hutang.

Satu lagi isu ialah hutang RM96 billion akan terus meningkat dalam masa akan datang dan ada laporan menganggarkan peningkatan ini mungkin meningkat ke RM100 billion dalam beberapa tahun akan datang.

Malah, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga terpaksa mengurangkan perbelanjaan hutangnya, dengan menjual RM2.5 billion bon Islamnya untuk membiayai lebih banyak perbelanjaannya untuk peningkatan para pelajar ke universiti.

Skim PTPTN walaubagaimanapun berada dalam keadaan kontroversi dimana hanya 84 peratus pelajarnya membayar balik pinjaman setakat Februari tahun ini.

Untuk ketika ini, para pelabur masih lagi mahu membeli bon dari kerajaan Malaysia untuk digunakan untuk pembangunan negara.

Persoalan samada harga petroleum terus turun, atau kadar defisit yang masih lagi tinggi, dan kenaikan kadar liabiliti mungkin akan mengganggu keyakinan mereka.-TMI

GEMPAR!!! KM Sabah Musa Aman diusul Undi Tidak Percaya

USUL TIDAK PERCAYA TERHADAP MUSA AMAN DITOLAK

ADUN Sri Tanjong Jimmy Wong tidak puashati dengan keputusan speaker Dewan Undangan Negeri Sabah menolak usul tidak percaya terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Dalam dalam satu kenyataan akhbar semalam, Wong berkata tiada sebab diberikan oleh speaker untuk menolak usul tersebut.

"Ini telah merosakkan semangat demokrasi. Rakyat ada hak untuk mengetahuinya," kata Wong.

Usul Wong dibuat berdasarkan laporan yang mendakwa Musa dikaitkan dalam satu Skandal Pengubahan Wang Haram di Hong Kong.

Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong dilaporkan telah memulakan siasatan terhadap Musa berhubung dakwaan pengubahan wang haram AS$ 90 juta (RM276 juta) dalam sogokan balak melalui akaun di bank UBS Switzerland di wilayah itu dan juga di Switzerland.


Laman web Sarawak Report yang berpangkalan di London mendakwa memiliki dokumen yang menunjukkan bahawa pihak berkuasa Malaysia enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa Hong Kong.

Panas!!! Aiskrim punya Pasal Inspektor Mengamuk - Video didalam

CCTV berjaya rakam Polis mengamuk di Seremban
RENTETAN gambar menunjukkan seorang anggota polis berpangkat Inspektor mencederakan seorang pekerja dengan menggunakan belakang pistol di sebuah hotel di Seremban 2, awal pagi semalam.

SEREMBAN 18 Julai - Polis bertindak pantas menahan seorang pegawainya yang berpangkat inspektor bagi membantu siasatan setelah dia didakwa mencederakan seorang pekerja hotel bertaraf dua bintang di Seremban 2 di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi itu, pegawai polis berusia 32 tahun berkenaan datang ke hotel tersebut bersama tiga rakannya untuk menginap.

Difahamkan, berlaku pertengkaran antara pegawai polis itu dengan dua pekerja hotel di kaunter lobi dipercayai berpunca daripada salah faham berhubung pemulangan duit baki pembelian aiskrim.

Kejadian selama 10 minit itu turut dirakam kamera rakaman litar tertutup (CCTV) hotel.
Kongsi

SEBELUM ini kita digemparkan dengan kejadian amuk lelaki dan wanita bersenjatakan pedang samurai menyerang Bangunan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya rujuk sini .Malam isnin lalu sekali lagi kita digemparkan dengan kejadian amuk, namun kali ini seorang inspektor Polis pula yang mengamuk mencederakan dua orang pekerja sebuah hotel 2 bintang dan memecahkan beberapa buah kereta.

Seorang dilaporkan mengalami kecederaan teruk di bahagian tengkok dan telinga akibat dihentak bertalu-talu menggunakan pistol milik anggota Polis tersebut.

PNSB RUGI BAWAH BN -RM1.0J ASET RM111J, 2011 BAWAH PR UNTUNG RM28.4J ASET RM823J

Rugi Bawah BN, PNSB Jana Untung Bawah PR


SHAH ALAM, 18 JULAI: Rugi untuk empat tahun berturut-turut di bawah pentadbiran Umno-BN Selangor, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) mula mencatat keuntungan di bawah Pakatan Rakyat.

Menurut Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua, PNSB mengalami kerugian selepas cukai berjumlah RM 0.9 juta pada tahun 2005, RM 7.5 juta (2006), RM 1 juta (2007) dan RM 15.6 juta pada 2008.

“Selepas beralih kepada Pakatan, PNSB merekodkan keuntungan RM 8 juta pada 2009, RM 23.4 pada 2010 dan RM 28.4 pada 2011,” kata Pua semalam di petik daripada portal web Free Malaysia Today.

Berdasarkan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),menunjukkan PNSB mempunyai jumlah aset berjumlah RM761 bagi tahun 2010 dan RM823 juta bagi tahun 2011.

Pada tahun 2008 dan 2009 PNSB masing0masing memiliki aset bernilai RM111 juta dan RM115 juta.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata demikian bagi menjawab dakwaan Pengerusi Biro Profesional Muda MCA, Chua Tee Yong mengenai beban hutang yang terpaksa ditanggung PNSB ekoran pembelian tanah di Bukit Beruntung 2 dan Bestari Jaya dari Kerajaan Negeri.

Beritahunya lagi, berdasarkan laporan akaun PNSB tahun 2009, perbadanan itu dalam keadaan kewangan yang sihat, bebas hutang serta memiliki wang tunai dan simpanan tetap sebanyak RM76 juta.


Tony turut mengulangi cabaran kepada Chua untuk berdebat bagi membuktikan kebenaran tentang isu ini.

“Walaupun Chua menolak tawaran debat saya, saya berharap bahawa dia akan menimbang semula tawaran itu untuk membahaskan hutang Talam yang dia bangkitkan atau mungkin sekurang-kurang boleh mengajar saya tentang perakaunan yang sepatutnya,” ujarnya lagi.

18 Julai 2012

LIVE TV -18hb Julai - Ceramah MERDEKA RAKYAT -Kg. Jalan Kebun


CH01-TVS



CH02- TVMR

Free live streaming by Ustream

KANTOI!!! SYABAS, SYARIKAT KRONI BN YANG GAGAL SENGAJA MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA -video didalam

MB: Selangor hantar pasukan profesional pantau operasi harian SYABAS




SHAH ALAM, 18 Julai — Selangor akan menghantar kumpulan profesional untuk meneliti operasi harian Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) untuk mengenalpasti keadaan semasa air terawat di negeri tersebut, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tan Sri Khalid Ibrahim berucap di sidang akhbar di Pejabat Menteri Besar Selangor, 18 Julai, 2012. — Gambar oleh Amin Iskandar

Menurut Adun Ijok itu lagi, kumpulan profesional tersebut dianggotai oleh Suhaimi Kamaruzaman (Ketua Pegawai Eksekutif KDEB), Ir Abas Abdullah (Pengarah ABASS), Karim Endut (Pengurus Besar Pengurusan Air, Kumpulan Perangsang Selangor) dan Kelvin Lee (Ketua Perancangan Strategik dan Pelaburan, Perangsang Selangor) dalam sidang akhbar di Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini. “Kumpulan profesional ini dihantar kepada SYABAS kerana mereka gagal memberi penjelasan terperinci dan memuaskan dalam beberapa isu ketika syarikat tersebut memberi taklimat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, pagi tadi,” kata Khalid Ibrahim.

Kerajaan Selangor yakin SYABAS dapat bekerjasama dengan kumpulan profesional tersebut kerana mereka berpengalaman luas dalam operasi dan pengurusan air.“Kerajaan negeri juga sudah menyediakan surat untuk memaklumkan hasrat untuk ‘step in’ dalam pengurusan SYABAS kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

“Ahli Exco Dr Xavier Jayakumar dan Teresa Kok akan mengetuai delegasi untuk menghantar surat ini ke Putrajaya pada petang ini secara peribadi kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) kerana Kerajaan Negeri berpendirian bahawa isu ini penting diselesaikan dengan segera demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” kata Menteri Besar (MB) Selangor itu lagi.

Kerajaan Selangor juga berharap Kerajaan Pusat tidak menyalahgunakan isu air untuk menyusahkan rakyat terutamanya kepada umat Islam yang akan mula berpuasa hujung minggu ini.
“Kami konsisten dengan pendirian bahawa penstrukturan semula industri air merupakan penyelesaian holistik serta menguntungkan rakyat seperti yang dihasratkan dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006,” kata MB lagi.


'SYABAS ancam keselamatan negara'

Cadangan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) untuk melaksanakan catuan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah satu ancaman kepada keselamatan negara, kata ahli DAP Parlimen Tony Pua.

"SYABAS telah menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara kita dengan mengancam tujuh juta pengguna (di kawasan terbabit) dengan catuan air, sedangkan tidak berlaku kekurangan air," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, apabila syarikat air itu bertegas bahawa paras air adalah rendah, kunjungan ahli exco negeri Selangor Ronnie Liu dan Xavier Jeyakumar kepada tujuh empangan di seluruh negeri semalam, membuktikan bahawa empangan berkenaan penuh dan tidak berlaku kekurangan air mentah.

Kegagalan Syabas Jejaskan Pelaburan Ke Dalam Selangor

SHAH ALAM 17 JULAI : Perkhidmatan bekalan air yang tidak memuaskan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menyebabkan Selangor kehilangan 60 projek pelaburan.


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri mempunyai senarai pelabur yang mana projek pembangunan mereka terjejas akibat kelemahan Syabas.

“Kita ada senarai, sebanyak 60 pelabur. Perkara itu kita sudah sediakan untuk dijawab dalam Sidang Dewan Negeri,” katanya dalam sidang media selepas perasmian Seminar ‘Vibrant Selangor’ 2012 di SACC, di sini.

Katanya, ekoran kegagalan Syabas itu, Kerajaan Negeri terpaksa mengambil alih dan menyelesaikan masalah pengurusan industri air di bawah Syabas.

“Syabas hanya sebuah syarikat bukan pihak berkuasa. Mereka tidak boleh memberi sebarang keputusan atau kelulusan tetapi Kerajaan Negeri. Itu termaktub dalam perjanjian konsesi,” katanya.

Beliau berkata surat rasmi bagi pengambilalih itu telah dihantar kepada Syabas dan Kerajaan Pusat semalam.

“Kita juga memberi tempoh dua minggu kepada mereka. Ini dilakukan atas dua sebab, iaitu Syabas gagal menurunkan kadar air tidak terhasil (non-revenue water) dan Syabas juga mempunyai tanggungan jumlah tertunggak kepada operator rawatan air,” jelasnya.

Semalam, Abdul Khalid memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri mempunyai hak untuk mengambil alih pengurusan operasi Syabas.

Menurutnya, tindakan itu dibuat menggunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam perjanjian konsesi.

Kerajaan Negeri juga bersedia mengambil tindakan mahkamah terhadap Kerajaan Pusat sekiranya ia tidak membenarkan Kerajaan Negeri mengambil alih operasi Syabas.

Abdul Khalid turut mendedahkan laporan awal audit yang mendapati Syabas gagal melaksanakan kerja-kerja capex (capital expenditure) mereka dengan baik.

“Ini jelas ditunjukkan apabila Syabas setakat bulan April 2012, mempunyai tanggungan jumlah tertunggak kepada operator rawatan air dianggarkan sebanyak RM2.8 bilion. Syabas juga gagal menurunkan kadar air tidak terhasil (non-revenue water) kepada 20%,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau memutuskan untuk meminta Setiausaha Kerajaan Negeri bersama Pengawal Selia Air Negeri untuk memantau perkhidmatan air oleh Syabas


SYABAS Gagal Atasi Tekanan Air Rendah


SHAH ALAM 17 JULAI : Empat tahun lalu Hashim Maon sekeluarga menderita apabila kediamannya yang terletak di Gombak mengalami tekanan air yang sangat rendah serta menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Beliau yang hadir ke TV Selangor pagi tadi menyatakan rasa terpanggil untuk berkongsi pengalamannya yang pernah merasakan keperitan sepanjang berurusan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang gagal menjalankan tanggungjawab selaku syarikat yang diamanah mengurus air di negeri ini.

Hashim juga menyokong hasrat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mahu mengambil alih sepenuhnya pengurusan Syabas dalam tempoh terdekat.

“Bukan sahaja tekanan air rendah, air yang dibekalkan juga tidak bersih kerana paip saluran yang digunakan sudah lama, sudah berkarat dan harus diganti.

“Tetapi apabila perkara ini diajukan kepada Syabas, mereka membalas secara jelas dalam satu surat yang dihantar melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bahawa perkara itu tidak dapat dilakukan akibat kekangan kewangan Syabas,” ujar beliau sambil menceritakan satu ketika dulu menjadi rutin harian mereka sekeluarga mandi di tempat kerja.

Disebabkan pengakuan Syabas yang tidak mampu menukar paip air yang berkarat, beliau terpaksa mengambil inisiatif sendiri melakukan penyambungan baru di luar bagi memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan ke rumahnya.

“Malangnya tindakan saya itu mengundang tuduhan Syabas sehingga mereka mengeluarkan surat kononnya ada aktiviti mencuri air dalam rumah saya dan mereka juga bertindak mengunci meter air secara menceroboh.

“Air bukan hak Syabas, ia adalah hak asasi manusia. Jadi jika mereka tidak mampu saya sudah maklumkan kepada Syabas bahawa saya sanggup untuk mendahulukan duit saya membuat penyambungan itu untuk mendapatkan hak asasi saya.

“Sebaliknya saya pula dikatakan pencuri,” tegasnya yang kini dalam proses memfailkan saman malu dalam masa terdekat ini terhadap Syabas kerana menuduh beliau sekeluarga sebagai ‘pencuri air’ dan yang kedua kerana gagal menyediakan perkhidmatan yang baik kepada beliau sebagai pengguna.

Beliau turut menunjukkan dokumen berkaitan dan akan mendedahkan semuanya nanti di mahkamah.

KANTOI !!! Anwar paling tak popular di Indonesia?


Anwar paling popular di Indonesia

Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini berkata bahawa pengaruh Anwar tidak sehebat mana ketika lawatan enam harinya ke republik itu awal bulan ini.

Tetapi kehadiran Anwar selepas pemimpin UMNO melawat untuk merapatkan hubungan, telah menyebabkan pertengkaran lidah antara ahli politik tertinggi Indonesia, yang telah semakin berpengaruh sejak menjadi ahli Kumpulan 20 (G20) dalam ekonomi besar dunia. Indonesia adalah satu-satunya ahli dalam kumpulan itu dari Asean.



KUALA LUMPUR — Umno baru-baru ini mula mengorak langkah dan mula merapatkan diri dengan pimpinan politik tertinggi Indonesia.Walaupun begitu, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi popular di Jakarta, apabila dia duduk bersama Susilo Bambang Yudhoyono serta pemimpin-pemimpin Asia lain dalam forum serantau di Jakarta semalam.

Anwar bersama dengan Yudhoyono dan hampir kesemua menteri Kabinetnya yang datang untuk menghadiri Strategic Review Forum dan pelancaran jurnal Strategic Review. Jurnal itu ditulis oleh bekas Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirajuda dan dibantu oleh Menteri Perdagangan Indonesia Gita Wirjawan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini berkata bahawa pengaruh Anwar tidak sehebat mana ketika lawatan enam harinya ke republik itu awal bulan ini. Semasa lawatan itu, Timbalan Presiden Umno itu bersama dengan pegawainya bertemu dengan pemimpin dari tiga parti terbesar di Indonesia – pengerusi Golkar Aburizal Bakrie, pengerusi Parti Demokratik Annas Urbaningrum dan pengerusi Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P), Megawati Soekarnoputri.

Dia juga mengadakan pertemuan dengan timbalan presiden Indonesia Boedino, namun tidak melawat Yudhoyono, yang kini berada di penggal terakhirnya selaku presiden. “Mereka melayan Anwar dengan penuh hormat. Adalah mencurigakan untuk mengatakan perkara ini terjadi, bila Muhyiddin dan pemimpin Umno pada pandangan rakyat sebenarnya tidak bertemu dengan Ibu Megawati pada awal bulan ini.” kata penganalisis politik serantau kepada The Malaysian Insider.


Selain Anwar, turut sama dalam forum “Keamanan dan Kestabilan di Asia Tenggara” yang turut dihadiri oleh bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, dan bekas Presiden Timor Leste Jose Ramos-Horta. Menurut pengelola acara ini, ini adalah pertama kali Thaksin akan memberi ucapan di negara Asean sejak 2008.

Yudhoyono juga akan memberi ucapan pembukaan dalam forum dan kemudian melancarkan jurnal tersebut bersama Wirajuda dan Wirjawan.Jurnal itu dikatakan untuk mencipta “satu pandangan intelektual dan polisi yang fundemental Indonesia dan pandangan terhadap dunia secara umumnya. Jurnal ini juga mengetengahkan pandangan tokoh pemikir, pembuat polisi dan banyak lagi di Indonesia dan di luar negara, dan cerita unik, serta esei dan temubual tentang Asia dan hal ehwal dunia.

Tetapi kehadiran Anwar selepas pemimpin UMNO melawat untuk merapatkan hubungan, telah menyebabkan pertengkaran lidah antara ahli politik tertinggi Indonesia, yang telah semakin berpengaruh sejak menjadi ahli Kumpulan 20 (G20) dalam ekonomi besar dunia. Indonesia adalah satu-satunya ahli dalam kumpulan itu dari Asean.

“Dalam satu hal, ia menunjukkan kematangan dalam hubungan KL-Jakarta, dan satu lagi ia menempelak pentadbiran Najib Razak. Ahli politik Indonesia kini semakin menyedari bahawa kerapuhan Najib dalam tampuk kuasa dan akan memberi risiko kepada pegawai tertingginya.
“Indonesia ada hala tujunya sendiri, sensitiviti Najib dan pandangan Malaysia tidak penting.” kata penganalisis yang tidak mahu dinamakan itu.


Bekas timbalan perdana menteri yang dikatakan selalu mempunyai hubungan baik dengan pemimpin tertinggi Indonesia itu telah beberapa kali menggunakan perkataan dalam bahasa Indonesia, yang hampir dengan bahasa Malaysia, menjadi bahasa Malaysia semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan. Sebahagian dari penyokong Anwar juga berpindah ke Indonesia apabila beliau dipecat atas dakwaan rasuah dan liwat pada tahun 1998.

Hubungan antara dua negara ini selalu dingin dari isu sempadan, perniagaan dan juga tenaga buruh. Indonesia adalah pembekal tenaga buruh terbesar ke Malaysia tetapi angka itu semakin berkurangan kerana isu amah yang dilayan secara teruk dan melibatkan kematian.

Kontroversi terbaru ialah bila Malaysia mencadangkan untuk mengiktiraf tarian “Tor-tor” dan Gendang “Gordan Sambilan” dalam masyarakat Mandailing untuk dijadikan budaya kebangsaan. -Oleh Jahabar Sadiq – The Malaysian Insider

Panas!!! Kereta Global Proton Preve di Sabotaj oleh Vendor dan Dalaman?


Semenjak Proton diambil oleh DRB-Hicom model Proton preve yang baru dilancarkan, pembeli-pembeli sering menghadapi masalah seperti Enjin bocor juga masalah alat ganti yang sukar didapati dari Vendor.

Maklumat dalaman yang admin hubungi memang ada masalah dalaman antara Proton dengan Vendor bagi Penjual-penjual kereta Proton amat kecewa kerana kesukaran untuk mendapatkan stok bagi model Proton preve walaupun tempahan masih menggalakan.



Sebelum dijual kepada DRB-Hicom pemilik Proton adalah GLC Khazanah

Khazanah Nasional selaku pemegang saham terbesar Proton telah membuka tawaran pembelian saham kepada :

DRB Hicom (hampir pasti menang)
Kumpulan Naza (berminat)
Proton melalui Pengerusi Proton (berminat)
Sime Darby (Tidak berminat)

Kalau tanya kami, terus terang kami katakan kalau diberikan kepada kelompok di atas, masa depan Proton tidak akan cerah. Bila masa depan Proton makin sukar, yang jadi “mangsa” akhirnya siapa? Bakal pelanggan mereka kelak seperti anda, anda dan anda semua di sini. Itu pandangan & pemerhatian kami :

DRB Hicom? Adakah masih ingat lagi anda dengan tahap DRB Proton Tiara?

Nazmi? Tengok apa dah jadi kepada syarikat bas City Liner dan Transnasional sekarang ini.

Naza? Kami rasa tidak perlu kami terangkan lebih lanjut, anda lebih mengetahuinya apa yang Naza lakukan sekarang ini. Sehinggakan kilang NAZA sendiri tak terjaga, tinggal berapa vendor saja yang masih operasi di Gurun sana. Yang in ramai dah “bungkus”‘. Kemudian dengan setakat tukar emblem dah mengaku sebagai kereta Nasional. Nasihat kami teruskan sahaja bisnes AP kamu itu wahai NAZA tidak perlu ganggu Proton.



Dibawah aduan pengguna dari Web Aduanrakyat:

Masalah Proton Preve tiada kesudahan

July 18th, 2012 |

Saya membeli sebuah kereta Proton Preve CFE premium dan menerimanya pada 12 Jun 2012, namun ketika saya mengambil kereta tersebut, didapati kereta tersebut tidak dapat bergerak walaupun telah gear telah ditukar kepada mode “D”,”R”,”S” kerana masalah pada TCU dia. Setelah diganti TCU yang baru, saya mengambil dari SC semula pada 15 Jun 2012

Masalah baru pula telah dikenal pasti pada 21 Jun 2012. Kali ini kereta tersebut didapati terdapat kebocoran pada enjinnya. Sekali lagi Proton Preve kereta Global ini terpaksa dihantar ke SC. setelah seminggu lebih pihak proton mencari masalah dan menunggu alat ganti, kereta Global saya tadi akhirnya disahkan pulih dari masalah kebocoran dan diambil keluar dari pusat servis pada 5 Julai 2012.


Apa yang dikesalkan di sini adalah, pada 6 Julai 2012 sekali lagi Kereta Global ini mengalami masalah, enjin didapati bergegar dan terdapat lagi kebocoran pada kereta global ini..dan sehingga sekarang kereta global tersebut masih lagi terdampar di pusat servis proton, menunggu alat ganti…haish..

Apakah kesudahan bagi kereta “Global?” saya ini..?ansuran pertama telah dibayar namun kebanyakkan hari kereta tersebut hanya tersadai di pusat servis..tiada kepuasan bagi saya sebagai seorang pengguna seumpama pihak proton tidak wujud unit bagi mengawasi kualiti setiap kereta yang keluar dari kilang.???

Proton owh proton…diharap benar-benar komited untuk jadi lebih baik…

By: azmi

Panas!!! Blogger No.1 BN ditawar sebagai calon Parlimen DAP

So what next...? @NajibRazak @tunfaisal

Mungkin bagi ramai sahabat bloggers pencapaian menjadi BLOGGER NO SATU PRO BN adalah suatu pencapaian besar dalam karier seorang blogger politik dan pencapaian begini selalunya datang dengan pengiktirafan dari PEMIMPIN PEMIMPIN UMNO dan BARISAN NASIONAL.Mungkin benar mungkin juga tidak.Tahukah anda selain dari Tun Faisal belum pernah lagi ada seorang pun pemimpin Umno baik yang dulu ataupun yang ada hari ini yang memberi pengiktirafan secara peribadi kepada aku sejak dari waktu aku mula merangkak sebagai blogger sehinggalah aku berjaya berdiri diatas puncak sebagai NUMURO UNO.Sukar untuk dipercaya kan?Tapi itulah hakikatnya...


Percayakah anda jika aku katakan aku belum pernah berbual walau sepatah perkataan pun dengan Mantan Perdana Menteri Pak Lah..dengan DS Najib dan dengan Tan Sri Muhyiddin sejak dari dahulu bila aku terlibat menyediakan keperluan PRU11 2004 hingga ke saat ini?

Mustahil kan?Tapi itulah hakikatnya yang aku lalui sejak berurusan secara langsung atau tidak langsung dengan PEMIMPIN PEMIMPIN UMNO sejak dulu sehingga hari ini.Jika pengorbanan dan sumbangan aku kepada Umno yang bernilai BERATUS JUTA RM pun mereka boleh buat bodoh dan buat tak tahu...apa sajalah kejayaan aku menjadi BLOGGER NO.1?

Jadi aku dah biasa dengan layanan KELAS PERTAMA dari Umno ini sejak 10 tahun lalu lagi dan hari ini pencapaian sebagai blogger tersohor mungkin satu pencapaian besar bagi ramai bloggers tapi tidak pada aku.Kerana aku dah tahu apa respon Perdana Menteri,Timbalan nya dan Menteri Menteri Umno yang ada hari ini.Selagi Perdana Menteri DS Najib tak peluk aku dan berkata,"I LOVE YOU LAH APA FOR WHAT YOU HAVE DONE AND ACHIEVED"...selagi itu lah "menteri menteri pasola spesis pak turut" ini tidak akan berani mendekati aku...percayalah!Aku ini macam pesakit kusta pada diaorang...

Lantas menjadi blogger No.1 hanyalah kepuasan peribadi aku sendiri sahaja tidak lebih dari itu.Sekadar nak membuktikan kepada semua "that i can be the best in whatever i do"..itu saja.Jadi sikit pun aku tak berkecil hati bila TIADA PENGIKTIRAFAN dari 'pemimpin pemimpin agung Umno" yang ada hari ini...

SO WHAT NEXT ?

Inilah yang nak aku kisahkan dalam artikel ini dengan mukadimah panjang lebar diatas..he he he.

Tiga minggu sudah aku didatangi seorang individu menawarkan "LALUAN MUDAH UNTUK AKU MEMIJAKAN KAKI SEBAGAI AHLI PARLIMEN" tahun hadapan atas tiket DAP mengikuti jejak langkah Datuk Sak dan Aspan.Memikirkan mungkin kerana walaupun aku blogger pro BN tapi dengan tulisan yang sentiasa berlidahkan pembangkang,maka aku ditawarkan satu lagi platform untuk menyuarakan ketidakpuasan hati aku selama ini terhadap pemimpin Umno.


Aku ditawarkan "laluan mudah" dikawasan Parlimen "guarantee menang" untuk berada didalam Parlimen tahun hadapan atas tiket DAP.Mmmmm...bagus jugak fikirku,bolehlah aku berdialoq dengan PM,TPM dan Menteri Menteri Pasola yang selama ini TIDAK SUDI nak berbual dengan aku walau sepatah perkataan pun.

Anda mungkin bertanya kenapa DAP..kenapa bukan Pas atau PKR?

Jawapan aku mudah..

Pertama,Pas dan PKR mengamalkan budaya yang tak jauh bezanya dengan Umno.Bunuh membunuh sesama sendiri berebutkan tempat sudah kira wajib bagi ketiga tiga parti berasaskan Melayu ini.Kalau aku masuk Pas atau PKR pakai reputlah aku duduk dalam tu..

Kedua,DAP memerlukan lebih ramai calun Melayu untuk di ketengahkan sebagai menunjukan mereka parti multi racial walaupun pada hakikatnya semua dah tahu apa dan siapa DAP.Tapi persetan lah semua itu janji aku ada "lorong hijau" masuk Parlimen dan bergelar YB..kah kah kah.Silap haribulan kalau Pakatan Rakyat menang ada chance jadi Menteri Pasola..hik hik hik.

Apapun aku masih belum membuat apa apa keputusan lagi kerana menunggu beberapa perkembangan yang aku harap mampu mengubah halatuju aku dalam politik negara.Walau bagaimana OPTION aku agak terbuka dalam hal ini dan aku belum lagi bersedia bertemu PEMBESAR DAP bagi membincangkan langkah selanjutnya.

PERJUANGAN?...KESETIAAN?...PENGKHIANATAN?

Lantoi lah!!!! Apa aku tak cukup setia selama ini?Aku tak berjuang bersama Umno selama ini?

Tapi apa yang aku dapat,kecuali PENGKHIANATAN !Perjuangan lantoi apa?Bila semua PEMIMPIN BESAR UMNO langsung tidak sudi berbual walau sepatah perkataan pun dengan aku atau menepuk bahu aku tanda pengiktirafan secara senyap.Mereka lebih taksub mengangkat para bloggers yang "makan cekak" dan boleh mereka tunggangi dengan memberi "pengiktirafan palsu" seolah olah mereka ini hebat tapi hakikatnya...hampeh!Tiada tempat bagi orang saperti aku yang tak mudah terangguk angguk dan tergeleng geleng dengan kehendak mereka umpama binatang sarkas.

Jadi sebelum aku mengambil apa apa keputusan drastik aku juga ingin mendengar pendapat dan komen anda semua.Pastinya pendapat majoriti pembaca dan pengunjung setia blog ini akan aku ambilkira dalam menentukan keputusan akhir aku nanti.Selamat mengundi...he he he.

Panas! UMNO Guna Yahudi/Apco Fitnah Pakatan , pengakuan Cyber Trooper Umno

BONGKAR: Bukti Umno guna APCO fitnah Pakatan
Membongkar strategi APCO di Janda Baik... 'Kaitkan semua yang buruk dengan PAS'


Oleh: Bekas CT UMNO

'Kaitkan semua yang buruk dengan Pakatan Rakyat atau PAS.' Itu pesanan seorang pakar strategi yang didatangkan khas dari APCO (sebuah badan perunding imej milik Yahudi) sewaktu saya menghadiri Seminar Intensif cyber trooper UMNO di Janda Baik selama tiga hari tiga malam.

Pesanan itu lebih mendalam diingatan saya setiap kali terbaca cerita-cerita sensasi dari blog UMNO, yang semuanya dikaitkan untuk memburukkan PAS atau PR.


Laporan di atas adalah contoh bagaimana kisah sedih anak yatim dimanipulate untuk mengaitkan dengan PAS. Kononnya pusat anak yatim itu milik PAS atau orang PAS, walhal setelah saya melakukan siasatan di Kuala Nerang tidak ada asrama anak yatim yang dikendalikan oleh PAS atau individu PAS. Ternyata ia sengaja diada-adakan untuk memburukkan PAS.

Jika anda rajin meneliti blog-blog UMNO, strategi ini digunakan di hampir kesemua blog mereka saban hari walau pun kadang-kadang bahan atau program yang hendak dikaitkan dengan PAS itu ternyata dianjurkan oleh pihak kerajaan UMNO sendiri.

InsyaAllah, saya akan terus membongkar strategi yang digunakan oleh CT UMNO, lebih-lebih lagi yang diajar oleh Dr. Norvandri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...