Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melahirkan rasa keprihatinan terhadap dan asing yang diterima sesetengah badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.

Beliau berkata, apa sahaja yang melibatkan dana asing jelas akan mendatangkan akibat kepada kemerdekaan dan keselamatan negara.

Diminta mengulas laporan yang mendakwa sejumlah RM20 juta dana asing telah dibayar kepada beberapa NGO di negara ini sejak 2005, katanya beliau, hairan hanya sekarang perkara itu timbul, tetapi kementeriannya akan memantau perkara itu.
"Ia di tangan Peguam Negara dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyediakan maklumat. Tidak perlu kita timbulkannya ketika ini kerana ia kini di tangan pihak yang berkaitan.
"Dalam hal ini kepentingan dan tanggungjawab kita adalah keselamatan dan kita pantau (perkara ini) daripada dulu lagi, keluar masuknya wang-wang asing, keluar masuknya perjalanan pemimpin-pemimpin tertentu kerana ia berkisar kepada kedaulatan dan kedudukan negara, dan ini sentiasa merupakan perkara pokok dalam tugas dan amanah yang dipikul oleh kementerian," katanya.