03 September 2012

HOT ! Tender Projek MRT Najib Utamakan Kroni, DPMM Kecewa


Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) hari ini menyuarakan kekecewaan terhadap projek MRT yang disifatkan meminggirkan usahawan bernaung bawahnya dan dianugerahkan kepada kontraktor yang tidak layak.

"MRT (yang bernilai) RM36 bilion kita (kontraktor DPMM) tak dapat langsung.

"Orang yang dapat pula luar biasa. Gagal buat kereta api, diberi lagi projek MRT," kata presidennya Syed Ali Alattas pada sidang media selepas Forum Meja Bulat GLC DPMM di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Beliau turut menggesa Perdana Menteri, Najib Altantuya agar tidak mengulangi perkara yang sama pada masa akan datang.

"Jadi semua perkara ini kita minta pada PM jangan banyak sangat buat perkara pelik-pelik.


"Nanti generasi akan datang akan marah kepada kerajaan," katanya.

Ini bertepatan dengan amaran Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang menyifatkan tindakan PDRM yang menolak mentah-mentah dari menyiasat dakwaan campur tangan Najib dalam penganugerahan kontrak berkenaan mengesahkan persepsi rakyat pimpinan PDRM meletakkan kepentingan Umno-Barisan Nasional (BN) melebihi segala-galanya.

Ini memandangkan tindakan PDRM yang segera menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kebocoran maklumat sulit negara setelah dokumen tender itu diketahui umum.

“Sebarang usaha untuk menakut-nakutkan saya dan rakan-rakan dari terus membongkar skandal ini adalah sia-sia,” kata Rafizi.



Kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Bakri Zinin semalam mengesahkan dua perkara itu.

Dokumen-dokumen Kementerian Kewangan termasuk minit yang ditandatangani Najib dan dokumen lain berkaitan tender tersebut adalah benar dan asli.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...