06 April 2012

Suspek pengebom Had Yai ditangkap



Polis pada hari malam Khamis berkata mereka telah menahan dua orang lelaki yang berkaitan dengan serangan bom kereta di sebuah hotel di Hat Yai.

Penyiasat polis di Wilayah Provinsi 9 berkata lelaki yang disyaki memandu Honda Civic yang dicuri penuh dengan bahan letupan yang digunakan dalam pengeboman maut.

Mereka berkata salah seorang suspek yang sepadan dengan keterangan salah satu daripada dua lelaki yang imej yang ditangkap pada kamera keselamatan di Hotel Lee Gardens Plaza.

Polis telah menahan lelaki tersebut kerana disyaki memandu ke tempat letak kenderaan dimana Honda Civic kenderan disyaki punca letupan bom pada 31 Mac.

Mereka masih ditahan sebagi suspek utama yang sedang disoal siasat di kawasan rahsia, menurut laporan media..

SELANGOR MILIK BN? PR KHAYAL KE PUTRA JAYA!!!!

Selangor bakal jadi 'Terengganu'
Amin Iskandar


ULASAN Mantan menteri besar Selangor, Dr Khir Toyo akui bahawa partinya, Umno tidak mempunyai calon yang layak menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Secara tidak langsung, Khir Toyo mengesahkan bahawa Khalid dan Pakatan Rakyat melakukan perkara baik di Selangor.

Nama seperti Datuk Seri Zin Mohamed dan Datuk Abdul Satim Diman langsung tidak mempunyai ketokohan di mata Khir Toyo.

Kata doktor gigi itu lagi, tidak mustahil Umno Selangor akan membawa pulang 'orang Pusat' ke negeri.

Ini bermakna, tidak mustahil Datuk Seri Noh Omar bakal diletakkan sebagai calon menteri besar bagi Umno.

Sebagai pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Najib Razak sudah pasti mahu merampas Selangor dengan apa cara sekalipun.

Kegagalan merampas Selangor akan menyebabkan kedudukan Najib sebagai presiden Umno dan perdana menteri tidak selamat.

Pakatan tukar calon MB?

Cakap-cakap mengenai Khalid akan digugurkan sebagai calon menteri besar bagi PKR mula kedengaran. Terdapat banyak versi cerita yang tersebar.

Antaranya Khalid dikatakan akan hanya diletakkan di Pusat sekiranya Pakatan mampu merampas Putrajaya.

Pengalaman Khalid sebagai mantan ketua pegawai eksekutif Guthrie dan sebagai menteri besar mungkin akan banyak memberikan manfaat kepada Pakatan di Putrajaya.

Khalid dikatakan layak untuk menjadi menteri kewangan berdasarkan kecekapan beliau menguruskan ekonomi Selangor.

Cerita kedua berhubung masalah antara Khalid dan PKR Selangor apabila Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tidak sebulu dengan menteri besar. Ini menyebabkan kerjasama antara kerajaan negeri dengan parti tidak begitu mantap.

Khalid dikatakan menguruskan negeri Selangor seperti sebuah syarikat yang hanya mengambil kira untung dan rugi. Sedangkan politik itu melangkaui sifir untung dan rugi.

Krisis ini lebih kepada permasalahan dalaman PKR. PAS dan DAP secara amnya tidak mempunyai masalah bekerja dengan Khalid.

Jika Pakatan mahu terus memerintah Selangor, krisis Khalid -PKR harus diselesaikan dengan segera. Ini kerana ADUN Ijok itu popular di kalangan rakyat Selangor.

Pertukaran calon menteri besar di saat genting sebegini hanya akan merugikan Pakatan. Khir Toyo sendiri melihat Khalid sebagai calon terbaik Pakatan untuk terus menjadi menteri besar Selangor.

Khalid juga harus menyusun 'sahabat-sahabat' politik beliau agar kedudukan dapat diperkukuhkan. Di dalam politik, tidak mungkin beliau mampu bergerak bersendirian seperti menguruskan syarikat.

Operasi Terengganu

Peningkatan peratusan pengundi baru di kawasan parlimen Subang membimbangkan. Perbezaan dengan kawasan parlimen jiran iaitu Petaling Jaya Utara amat ketara.

Nama menteri besar Selangor didakwa dipindahkan menjadi pengundi kawasan parlimen Lembah Pantai di Kuala Lumpur. Jika namanya turut menjadi mangsa, apa lagi rakyat biasa?

Pada tahun 2004, peratusan pengundian di Terengganu meningkat dengan luar biasa. Kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memansuhkan cukai pintu dikalahkan oleh BN.

Dari segi logiknya, mustahil bagi rakyat Terengganu mengundi untuk membayar kembali cukai pintu. Tetapi itulah yang berlaku.

Selepas berjuang bermati-matian untuk mengembalikan royalti minyak di negeri tersebut, PAS 'dihukum' oleh rakyat. Operasi penambahan pengundi baru yang besar didakwa dijalankan untuk mengalahkan PAS dinamakan Operasi Terengganu.

Dikatakan operator-operator kepada "Operasi Terengganu" telah lama beroperasi di Selangor.

Jangan terkejut jika kerajaan yang memansuhkan bayaran bil air akan kalah kepada parti yang mahu mengembalikan bayaran bil air.

Apakah yang akan dilakukan oleh Pakatan untuk berhadapan dengan "Operasi Terengganu"?

Duduk dan hanya menyaksikan? Khayal dengan mimpi-mimpi indah untuk mengambilalih Putrajaya?

Pilihan raya ke-13 akan menjadi ibu kepada segala pilihan raya. Pertarungan hebat antara BN dan Pakatan. BN akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan kekuasaan untuk mempertahankan berbilion ringgit.

Sementara Pakatan pula menjadi popular dan dilihat mampu menggantikan BN. Sokongan kuat dari pengundi Cina yang mendominasi kawasan bandar akan menyaksikan negeri Johor juga berada dalam bahaya.

Sejarah membuktikan tidak pernah berlaku perubahan rejim melalui pilihan raya di negara dunia ketiga. Jika berlaku di Malaysia, ia akan menjadi sejarah pertama dunia.

05 April 2012

KEBEBASAN MEDIA : MALAYSIA DI BELAKANG MYANMAR!

Kebebasan media: Takkan Malaysia bersedia berada di belakang Myanmar?

Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) kecewa dengan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang mengabaikan tuntutan rakyat mengenai akses media yang bebas dan adil, sekali gus menyifatkan PSC tidak mempunyai keazaman politik yang tinggi bagi membuat pembaharuan menyeluruh.

Laporan PSC yang diedarkan kepada ahli-ahli Parlimen pada 2 April lalu telah mencetuskan kontroversi dan perbalahan dalam sidang Dewan Rakyat, terutama apabila "laporan minoriti" tidak disertakan.

Pengerusi KAMI, Ahmad Lutfi Othman, turut kesal apabila gesaan tempoh kempen minimum selama 21 hari hanya dipersetujui setakat sepuluh hari, iaitu satu tempoh yang tidak mencukupi untuk calon-calon dan parti-parti yang bertanding menjelaskan manifesto masing-masing.

"Pilihan Raya Umum Ke-13 merupakan pilihan raya paling sengit. Justeru, setiap pemilih berhak untuk mendapat maklumat yang tepat dan komprehensif, serta mudah dicapai dengan cepat. Malangnya, isu akses media yang bebas dan saksama ini seperti tidak dipandang penting oleh PSC," tambah Ahmad Lutfi, dalam sidang media, di Hotel Vistana, dekat sini, 3 Mei lalu.

KAMI merupakan sebuah NGO yang prihatin dengan isu-isu hak asasi manusia khususnya kebebasan media, dan ditubuhkan lebih sepuluh tahun lalu, secara tepat, selepas Pilihan Raya Umum 1999, membabitkan lebih 25 penggerak asal. Inisiatif penubuhan KAMI lahir selepas pentadbiran Mahathir Mohamad - yang dikejutkan dengan keputusan PRU10 - yang mengharamkan dua penerbitan bahasa Melayu, majalah dua kali sebulan, Detik dan tabloid mingguan, Eksklusif, serta pengurangan kekerapan Harakah, daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan.

Dalam sidang media itu, Ahmad Lutfi (gambar kanan, kanan) turut menekankan kepentingan kebebasan media dalam sebuah negara demokratik, apatah lagi semasa kempen pilihan raya umum. Katanya, peruntukan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 19 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 tidak membawa makna apa-apa jika pelbagai akta dan peraturan yang mengongkong kebebasan bersuara masih berjalan di Malaysia.

"Isu akses media seperti dibayangi dengan persoalan lebih mendesak, misalnya berkaitan senarai daftar pemilih yang masih bercelaru. Justeru, KAMI, sebagai NGO media yang ditubuhkan lebih 10 tahun lalu, terpanggil untuk menangani agenda penting ini, bukan hanya terbatas semasa kempen pilihan raya, tetapi juga secara berterusan," tambah Ahmad Lutfi.

"Mungkin BERSIH (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) sendiri kurang memberi penekanan tentang akses media yang adil dan bebas ini. KAMI berasa tekanan lebih serius dan agresif perlu digerakkan bagi memastikan setiap pemilih berdaftar memperolehi maklumat secukupnya, dengan mudah dan cepat, daripada semua parti yang bertanding, sebelum mereka membuang undi," tegasnya.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Ahmad Lutfi berkata, sepatutnya laporan PSC membuat cadangan yang lebih menyeluruh dan menyentuh isu-isu kritikal kebebasan media, termasuk mencadangkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Hasutan serta Akta Rahsia Rasmi dimansuhkan segera.

"Amat memalukan apabila negara-negara jiran yang dikuasai pemerintahan autoritarian, seperti Myanmar dan Singapura, pun turut memberi ruang kepada parti-parti pembangkang untuk berkempen dalam media kerajaan, khususnya televisyen," ujarnya.

"Mungkin ada eloknya jika PSC bukan sahaja melawat negara-negara yang maju daripada segi amalan demokrasinya, tetapi juga meninjau perkembangan baru situasi kebebasan media negara Asean semasa kempen pilihan raya, termasuk Indonesia," tegas beliau.

"Pemimpin prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, yang mengetuai parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), musuh utama kerajaan, dibenarkan untuk berkempen dalam TV kerajaan selama 15 minit. Takkan Malaysia bersedia berada di belakang Myanmar dari segi kebebasan media?" soal Ahmad Lutfi.

Selain 13 mesyuarat dan empat sesi pendengaran awam, anggota PSC telah mengadakan lawatan kerja ke London, United Kingdom, juga Frankfurt dan Berlin, Jerman, serta Copenhagen, Denmark.

Sedangkan, tambah Ahmad Lutfi, selama lebih 50 tahun merdeka, media utama di negara ini memberikan layanan tidak adil kepada parti-parti saingan UMNO-BN - dahulunya Perikatan - malah lebih buruk, membuat laporan yang tidak betul dengan memutarbelitkan fakta.

Beliau menarik perhatian isu salahguna atau penyelewengan dana awam apabila media yang dibiayai wang pembayar cukai seperti RTM telah diperalatkan oleh parti pemerintah, dengan berselindung atas nama penjelasan dasar-dasar kerajaan.

"Lebih dikesali lagi apabila pihak berkuasa juga tidak membenarkan parti-parti pembangkang menyalurkan maklumat, termasuk pembelian iklan berbayar semasa kempen bagi membolehkan calon-calon pembangkang menjelaskan manifesto dan dasar masing-masing kepada rakyat," ujarnya.

Beliau turut membentangkan rumusan kajian oleh Transparency International Malaysia bahawa dalam PRU12, parti-parti pembangkang seperti PAS, DAP dan KeADILan, langsung tidak diberi akses untuk muncul dalam radio dan televisyen, termasuk dihalang membeli iklan berbayar.

"Dalam pilihan raya umum di Singapura tahun lalu, setiap parti yang bertanding diberi slot berkempen melalui televisyen dan masa yang dibenarkan berkadaran dengan jumlah calon yang bertanding. Malah, transkrip ucapan itu kemudiannya disiarkan pula dalam akhbar utama, yang dikuasai kerajaan," jelas Ahmad Lutfi lagi.

Beliau juga kesal dengan sikap pemilik media utama negara ini yang tidak memberi peluang menjawab kepada pihak yang terkilan dengan laporan tidak tepat. "Hak untuk menjawab, terutama bagi memperbetulkan kesilapan fakta mesti diberikan. Menjadi amalan biasa dalam media tertentu untuk berterusan melakukan serangan terhadap seteru politik BN, walaupun di atas fakta yang jelas salah," ujarnya.

Sehubungan itu, tegas beliau, KAMI telah memutuskan untuk mengambil tiga tindakan segera yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Tindakan pertama berupa usaha yang akan dilakukan bagi membentuk gabungan NGO yang berminat untuk memastikan kempen akses media yang adil dan bebas ini berjalan lebih sistematik dan berkesan.

Kedua, mengatur perbincangan dengan jawatankuasa BERSIH agar isu kebebasan media ditangani secara lebih serius. Tuntutan akses media merupakan salah satu daripada lapan tuntutan utama Bersih 2.0.

Manakala tindakan ketiga, tambah Ahmad Lutfi, adalah penganjuran Konvensyen Media Bebas dan PRU13, yang dijadual pada awal Mei depan, sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, yang dirayakan setiap tahun pada 3 Mei.

"Selain itu, KAMI juga akan turut menghantar memorandum kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) agar lesen radio dan televisyen dipermudahkan untuk mana-mana pihak yang berminat, termasuk kerajaan negeri Pakatan Rakyat," katanya.

"Jika RTM tidak bersedia berlaku adil kepada kerajaan negeri Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah, harap sekurang-kurangnya dapat diberi lesen radio kepada mereka," tegas Ahmad Lutfi.

Bersikap terbuka dengan membenarkan semua parti dapat akses kepada media utama, katanya, menyebabkan Malaysia akan lebih dihormati oleh dunia.

Manakala pemilik media swasta, terutama televisyen, seperti Media Prima dan Astro Awani, tambah Ahmad Lutfi, yang memberi slot kepada pembangkang, akan menaikkan lagi rating stesen TV berkenaan dan ini akan membawa kesan baik daripada segi perniagaan.

Antara yang hadir pada sidang media itu adalah Setiausaha Anak-Anak Terengganu di Perantauan (Perantau), Mohd Suhaimi Embong dan Setiausaha Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Hasni Abas.

Kedua-dua NGO itu telah menyatakan kesediaan untuk bersama KAMI bagi menggerakkan kempen akses media yang adil dan saksama dalam PRU13 nanti.-HD

PDRM RAMPAS DADAH BERNILAI RM SUKU BILION

PDRM Rampas Dadah Bernilai RM243.32 Juta

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM243.32 juta sepanjang tahun lepas persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Menteri Datuk Abu Seman Yusop berkata pada tahun lepas juga PDRM telah menangkap 167,001 orang kerana terlibat dengan pelbagai kesalahan jenayah narkotik.

“Hasil dari tangkapan tersebut, sebanyak 138,032 kertas siasatan telah dibuka dan sebanyak 59,673 daripada kertas siasatan tersebut telah dituduh di mahkamah.

“Bagi jumlah yang telah disabitkan kesalahan pula, berdasarkan rekod PDRM, sebanyak 349 kes telah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman sepanjang tahun 2011,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol). — BERNAMA

KEPALA HOTAK KAU LA ISA : KETUA PENERANGAN CABANG KEADILAN AMPANG NAK MAMPOS.

Azmin didesak keluar parti

KETUA Penerangan Parti Keadilan Rakyat Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi (duduk, dua dari kiri) bersama sebahagian ahli jawatankuasa bahagian itu pada sidang akhbar bagi mendesak Timbalan Presiden parti berkenaan, Azmin Ali menjawab segala tuduhan yang dilemparkan ke atasnya di Kuala Lumpur, semalam

pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 4 April – Ahli-ahli akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) buat pertama kali dan secara terbuka menuntut supaya Azmin Ali menjawab segala dakwaan yang dikaitkan ke atas beliau.

Mereka turut menggesa Timbalan Presiden PKR itu meninggalkan parti jika gagal berbuat demikian dalam masa terdekat demi menjaga nama baik PKR.

Desakan itu dinyatakan oleh Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi dalam satu sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri Naib Ketua PKR Ampang, H.M Tan dan 10 ahli jawatankuasa cabang tersebut.

sumber : Utusan Haramjadah


SI BANGSAT NI DAH LAMA DAH BUDAK AMK BISING.

SEMUA DAH BISING DEKAT KAK ZU CAKAP MALAON NI TROJAN HORSE

BUDAK AMK SEMUA TAK PUAS HATI KAK ZU LANTIK MALAON NI JADI KETUA PENERANGAN

SI MALAON HARAMJADAH ISA NI PUN BARU JADI AHLI PKR TAHUN 2009.
DULU SI BANGSAT NI AHLI UMNO ORANG MAEL KIJO.


BUDAK AMK SIAP KEMUKA BUKTI KATA SI BABI NI AHLI PERKASA ,TAPI KAK ZU TAK NAK DENGAR.

MALAON NI MEMANG GAYA DAN KARAKTER MACAM AHLI UMNO

ASAL BERCAKAP DALAM MEETING CAKAP PASAL PROJEK

KEPALA BAPAK KAU LA ISA !

SEMUA BISING-BISING NI DARI TAHUN LEPAS.

ALIH-ALIH SI BABI NI KELUAR TV3

HARI NI KELUAR UTUSAN HARAMJADAH.
KEPALA BAPAK KAU LA ISA !

AKU HARAP LAIN KALI PIMPINAN DEKAT ATAS.

DENGAR KRITIKAN ORANG BAWAH.TAK MUNGKIN PEMIMPIN SEMUA BETOL.

YANG PASTI KALI INI.

SEMUA YANG DIBISINGKAN OLEH ORANG CABANG PASAL ISA NI

TEPAT SEKALI !!!!


oleh :http://www.tawanmalaysia.com/

SYABAS GAGAL MEMBEKAL AIR TERAWAT KEPADA 79 PEMAJU

Syabas Di Beri Amaran Patuhi Terma Perjanjian

SHAH ALAM, 4 APR – Kerajaan Selangor telah menghantar notis kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebagai amaran supaya syarikat konsesi itu tidak melanggar terma Perjanjian Konsesi untuk membekalkan air terawat kepada pengguna di negeri ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sekiranya Syabas gagal melaksanakan tanggungjawab ini, kerajaan negeri berhak untuk menamatkan Perjanjian Konsesi dan mengambil alih fungsi Syabas untuk membekalkan air terawat ke seluruh Selangor.

Menurutnya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 28 Mac lalu dimaklumkan bahawa Syabas gagal melaksanakan perkhidmatan membekalkan air terawat kepada 79 pemaju di Selangor menyebabkan pelaksanaan projek mereka terjejas akibat ketiadaan bekalan air.

“Tindakan Syabas ini jelas sekali bertentangan dengan terma yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Konsesi yang ditandatangani kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan syarikat konsesi pada 15 Disember 2004. Lebih dari itu, perbuatan Syabas seolah-olah mahu menggagalkan kemajuan ekonomi di Selangor,” katanya.


Beliau berkata, notis ini dihantar oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengarah Kawal Selia Air Negeri Selangor, Datuk Noordin Sulaiman kepada Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan pada 29 Mac lalu.

Tegasnya, kerajaan negeri turut mengingatkan Syabas bahawa tanggungjawab membekalkan air terawat kepada pengguna merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh syarikat konsesi itu pada setiap masa.

Jelasnya, pematuhan tanggungjawab ini adalah penting supaya semua projek pembangunan yang sedang dilaksanakan di negeri ini tidak tergendala atau terjejas akibat kegagalan Syabas membekalkan air terawat.

“Kerajaan negeri memandang berat perkara ini dan jika terbukti terdapat kegagalan Syabas untuk membekalkan air terawat kepada mana-mana penguna sama ada pengguna domestik atau industri, ia dianggap satu perlanggaran terma Perjanjian Konsesi yang memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk menamatkan perjanjian,” ujarnya

04 April 2012

MAHFUZ OMAR BONGKAR NAMA " TASK FORCE" YANG BERTANGGUNGJAWAB BERI KERAKYATAN KEPADA WARGA ASING!

MahfuzOmar bongkar nama-nama 'task force' panaskan bontot SPR dan umporno

Datuk Mahfuz Omar mendedahkan wujudnya 'task force' yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti.
Menurut Mahfuz 'task force' tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Bukan itu sahaja, Mahfuz turut mendedahkan beberapa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikatakan terlibat sama antaranya, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah, Nik Norashikin Nik Mansur, Rashid Basiron, dan Shahrul Anwar Ahmad Zahidi,

Jelas Mahfuz, isu ini amat serius seolah-olah memperlihatkan kerajaan mahu menjual negara

kepada rakyat asing."Kerajaan BN tidak boleh berhadapan dengan politik terdesak dengan mengatasi, membawa warga asing untuk mengundi BN.

"Apabila lonjakan kebangkitan rakyat negara ini mahu menolak BN, tidak boleh diatasi dengan membawa warga asing untuk diberikan kerakyatan bagi memastikan mengundi Umno BN. Ini sangat berbahaya!" katanya.

Kebimbangan ini, katanya akan menafikan hak rakyat di mana hak itu diboloti oleh warga asing akhirnya masa depan negara akan di tentukan oleh mereka.

"Saya percaya keputusan rakyat selepas ini akan dimanipulasi oleh warga asing," katanya dalam sidang media hari ini di bangunan Parlimen.

Katanya, kerajaan boleh memanggil ketiga-tiga mereka serta pegawai JPN berkenaan bagi menjawab dakwaan itu melalui Suruhanjaya Diraja yang dibentuk.

"Sebab itu kita desak kerajaan bentuk Suruhanjaya Diraja bagi menjawab segala dakwaan yang timbul dan suruhanjaya itu boleh memanggil mereka yang terlibat.

"Kalau sekarang hendak panggil mereka, siapa yang berani? Perdana Menteri pun tidak," katanya.

Tambahnya, Suruhanjaya Diraja amat penting dibentuk dengan segera bagi mengenalpasti tentang semua dakwaan yang dibuat berhubung pemberian taraf kerakyatan bagi membolehkan warga asing mendaftar dalam daftar pemilih.

Mahfuz berkata, suruhanjaya ini harus di bentuk sebelum pilihan raya umum ke-13.

"Sebelum report dikemukakan kepada awam pilihan raya ke-13 tidak boleh diadakan sama sekali," katanya.

Sumber: Sharpshooter

BERSIH 3.0 : 28 APRIL 2012

Tarikh BERS✔H 3.0 : 28 April 2012 (Sabtu) Jam 2 PM Di Dataran Merdeka

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini mengumumkan bahawa akan mengadakan himpunan besar-besaran Bersih 3.0 pada 28 April ini. Demikian lapor malaysiakini dan harakahdaily

Ianya akan diadakan jam 2 petang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Perkara itu diumumkan jawatan kuasa pemandu NGO itu pada satu sidang media di sini, pagi ini.

Perhimpunan dengan slogan "Duduk Bantah" itu akan dijalankan bersama 84 NGO lain.

Semalam blog ini telah memetik laporan themalaysianinsider yang memetik sumber dari jawatankuasa Bersih bahawa Bersih 3.0 tidak dapat dielakkan akibat daripada kegagalan Jawatankuasa Khas Parlimen berkaitan pilihan raya (PSC) menyelesaikan isu pokok dan menunaikan tuntutan Bersih sebelum ini.

PSC adalah sekadar hiasan pentadbiran Najib untuk menunjukkan keikhlasannya melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya.

“Kami telah menemui bukti penipuan sistem pilihan raya yang lebih banyak dan menimbulkan tanda tanya sama ada keseluruhan PSC itu hanyalah sekadar satu penipuan,”

Selain itu, tiga ahli PR dalam PSC sejak minggu lalu sering mengkritik panel kerana dikatakan gagal menyelesaikan isu utama bagi membersihkan pilihan raya, terutamanya dakwaan kurangnya komitmen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan sistem pilihan raya.

SPR, yang mana ahli PR telah berulangkali mendedahkan terdapatnya kehadiran 42,000 pengundi hantu di dalam daftar sistem mereka, namun mereka tidak bertindak untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sementara itu harakahdaily melaporkan penolakan usul berkenaan laporan minoriti dan juga meluluskan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tanpa perbahasan merupakan pemangkin kepada perlaksanaan himpunan Bersih 3.0.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Pakatan Rakyat mempunyai hujah serta bukti apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta mereka mengemukakan bukti amalan laporan minoriti yang dilakukan di mana-mana negara Komanwel.

"Bila Speaker meminta kita kemukakan bukti amalan mana-mana negara komanwel yang melaksanakan laporan minoriti dalam Parlimen mereka.

"Kita mempunyai hujah serta fakta berasaskan apa yang berlaku dalam Parlimen di New Zealand, Australia mahupun negara-negara kecil seperti Jamaica yang ada keutamaan tentang laporan minoriti dimasukkan atau dibahaskan bersama dengan laporan yang dikemukakan," jelasnya.

Tambahnya lagi, adalah tidak munasabah Pakatan Rakyat dilayan sedemikian, yang mana hujah-hujah mereka langsung tidak mahu didengari di Parlimen.

"Saya merasakan dengan penolakkan ini rakyat diluar sana dapat melihat bagaimana proses penyuburan demokrasi." ujar Salahuddin.

BN KEDAH BUNGKUS LAGI!!! ADUN BN KUALA NERANG MUFLIS

ADUN BN Kuala Nerang umum dirinya muflis


Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim malam tadi mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.

Naib ketua Umno bahagian Padang Terap itu berkata hutang tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang diambil pada 1998 untuk membolehkan syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn Bhd, disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu.

Bagaimanapun, negara mengalami kegawatan ekonomi ketika itu dan syarikatnya gagal disenaraikan, menyebabkan beliau terpaksa menanggung hutang berkenaan, Syed Sobri pada majlis perjumpaan dengan kira-kira 300 anggota dan pemimpin akar umbi Umno bahagian itu di rumahnya malam tadi bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

Beliau berkata pada Disember lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkannya sebagai muflis.

Syed Sobri berkata pemimpin Umno telah dimaklumkan mengenai perkara itu, begitu juga dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang ditemuinya semalam.

Beliau berkata Azizan tetap menyuruhnya hadir pada persidangan Dewan Negeri Kedah yang akan bermula 17 April ini.

Bagaimanapun, Syed Sobri tidak akan berbuat demikian kerana berdasarkan undang-undang negeri, beliau telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat berikutan statusnya sebagai muflis.

Perkara 47(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Kedah menyatakan seorang anggota Dewan Negeri hilang kelayakan jika ia seorang muflis yang belum dilepaskan.

Dalam pilihan raya Umum 2008, Syed Sobri yang bertanding buat pertama kali telah menewaskan calon PAS Zawawi Ahmad dengan majoriti 805 undi.


- Bernama

PANDIKAR SPEAKER PENGECUT!!!



Penolakan usul berkenaan laporan minoriti dan juga meluluskan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tanpa perbahasan merupakan pemangkin kepada perlaksanaan himpunan Bersih 3.0.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Pakatan Rakyat mempunyai hujah serta bukti apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta mereka mengemukakan bukti amalan laporan minoriti yang dilakukan di mana-mana negara Komanwel.

"Bila Speaker meminta kita kemukakan bukti amalan mana-mana negara komanwel yang melaksanakan laporan minoriti dalam Parlimen mereka.

"Kita mempunyai hujah serta fakta berasaskan apa yang berlaku dalam Parlimen di New Zealand, Australia mahupun negara-negara kecil seperti Jamaica yang ada keutamaan tentang laporan minoriti dimasukkan atau dibahaskan bersama dengan laporan yang dikemukakan," jelasnya.

Tambahnya lagi, adalah tidak munasabah Pakatan Rakyat dilayan sedemikian, yang mana hujah-hujah mereka langsung tidak mahu didengari di Parlimen.

"Saya merasakan dengan penolakkan ini rakyat diluar sana dapat melihat bagaimana proses penyuburan demokrasi di dalam negara ini tidak dapat diletakkan di tempat yang adil.

"Walaupun kita menyertai PSC serta memberi kerjasama sepenuh demi penanbahbaikan proses pilihanraya namun apa yang berlaku hari ini telah menguburkan demokrasi negara," sambung beliau lagi.

Salahuddin ketika ditanya berkenaan pembaziran yang dilakukan sepanjang tempoh enam bulan dan akhirnya laporan tersebut diluluskan tanpa dibahas.

"Saya tidak melihat ia sebagai satu pembaziran kerana kita telah beri kerjasama selama ini, tetapi pada hari ini kita dapat melihat bagaimana wujudnya campurtangan pihak eksekutif mahupun Umno itu sendiri dalam keputusan yang dibuat.

"Kita melihat bagaimana laporan minoriti itu ditolak sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku sebab kita boleh buktikan dengan amalan yang dilakukan di parlimen-parlimen di luar negara terutamanya negara komanwel," sambung beliau lagi.

Sebelum itu, Pandikar Amin menolak usul yang difailkan semalam atas alasan tiada peruntukan bawah Perintah Tetap yang memberikannya kuasa untuk mengubah laporan itu.

Tiada perkara seumpamanya, kata Pandikar memetik amalan berparlimen di New Zealand.

Penolakan itu, menyebabkan ahli parlimen pembangkang bangun mendakwa terdapat duluan berhubung laporan minoriti dikepilkan bersama laporan-laporan lain, di Parlimen negara Komanwel lain.

Malah beliau juga turut mengarahkan Azmin Ali (Gombak), R.Sivarasa (Subang) dan juga Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) keluar dari Dewan Rakyat atas tindakan ketiga-tiga mereka mengemukakan bukti serta hujah terhadap amalan tersebut.

Pandikar Amin telah mengambil keputusan untuk memutuskan usul tersebut diluluskan tanpa ada perbahasan.

BERSIH 2.0 : PENIPUAN PILIHAN RAYA AKAN BERTERUSAN - PSC CUMA LAKUNAN

BERSIH 2.0: Penipuan pilihan raya akan berterusan
Gabungan pendesak reformasi pilihan raya BERSIH 2.0 kecewa kerana laporan jawatankuasa terpilih parlimen untuk menambahbaik proses pilihan raya (PSC) tidak membawa lima isu utama yang dipertikaikan.

Menurut BERSIH 2.0, lima isu berkenaan ialah:
Manipulasi dalam daftar pemilih
Skanda undi-untuk-kewarganegaraan di semenanjung Malaysia
Penguatkuasaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan mengukuhkan takrid kesalahan pilihan raya
Rancangan untuk menghentikan 'politik kotor'
Pemerhati undangan antarabangsa

Sehubungan itu, jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 menyatakan kebimbangannya bahawa penipuan pilihan raya dan perkara lain yang tidak kena "berkemungkinan tinggi" akan berterusan tanpa dibendung.

“Peluang keemasan untuk membetulkan kesilapan dan untuk berbakti kepada rakyat Malaysia buat masa kini dan masa depan, dengan dukacitanya telah berlalu," kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan hari ini.

BERSIH 2.0 merupakan jawatankuasa yang bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan untuk menuntut reformasi dalam proses pilihan raya pada 9 Julai tahun lalu.

Perhimpunan raksasa itu antara lainnya menyebabkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan PSC yang disasarkan untuk memberi cadangan bagi menambahbaik proses pilihan raya.

03 April 2012

Leave The Chair- Dewan Tolak Minority Report Pakatan Rakyat


PSC: Tindakan Speaker pemangkin Bersih 3.0

KUALA LUMPUR, 3 April: Penolakkan usul berkenaan laporan minoriti dan juga meluluskan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tanpa perbahasan merupakan pemangkin kepada perlaksanaan himpunan Bersih 3.0.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Pakatan Rakyat mempunyai hujah serta bukti apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta mereka mengemukakan bukti amalan laporan minoriti yang dilakukan di mana-mana negara Komanwel.

"Bila Speaker meminta kita kemukakan bukti amalan mana-mana negara komanwel yang melaksanakan laporan minoriti dalam Parlimen mereka.

"Kita mempunyai hujah serta fakta berasaskan apa yang berlaku dalam Parlimen di New Zealand, Australia mahupun negara-negara kecil seperti Jamaica yang ada keutamaan tentang laporan minoriti dimasukkan atau dibahaskan bersama dengan laporan yang dikemukakan," jelasnya.

Tambahnya lagi, adalah tidak munasabah Pakatan Rakyat dilayan sedemikian, yang mana hujah-hujah mereka langsung tidak mahu didengari di Parlimen.

"Saya merasakan dengan penolakkan ini rakyat diluar sana dapat melihat bagaimana proses penyuburan demokrasi di dalam negara ini tidak dapat diletakkan di tempat yang adil.

"Walaupun kita menyertai PSC serta memberi kerjasama sepenuh demi penanbahbaikan proses pilihanraya namun apa yang berlaku hari ini telah menguburkan demokrasi negara," sambung beliau lagi.

Salahuddin ketika ditanya berkenaan pembaziran yang dilakukan sepanjang tempoh enam bulan dan akhirnya laporan tersebut diluluskan tanpa dibahas.

"Saya tidak melihat ia sebagai satu pembaziran kerana kita telah beri kerjasama selama ini, tetapi pada hari ini kita dapat melihat bagaimana wujudnya campurtangan pihak eksekutif mahupun Umno itu sendiri dalam keputusan yang dibuat.

"Kita melihat bagaimana laporan minoriti itu ditolak sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku sebab kita boleh buktikan dengan amalan yang dilakukan di parlimen-parlimen di luar negara terutamanya negara komanwel," sambung beliau lagi.

Sebelum itu, Pandikar Amin menolak usul yang difailkan semalam atas alasan tiada peruntukan bawah Perintah Tetap yang memberikannya kuasa untuk mengubah laporan itu.

Tiada perkara seumpamanya, kata Pandikar memetik amalan berparlimen di New Zealand.

Penolakan itu, menyebabkan ahli parlimen pembangkang bangun mendakwa terdapat duluan berhubung laporan minoriti dikepilkan bersama laporan-laporan lain, di Parlimen negara Komanwel lain.

Malah beliau juga turut mengarahkan Azmin Ali (Gombak), R.Sivarasa (Subang) dan juga Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) keluar dari Dewan Rakyat atas tindakkan ketiga-tiga mereka mengemukakan bukti serta hujah terhadap amalan tersebut.

Pandikar Amin telah mengambil keputusan untuk memutuskan usul tersebut diluluskan tanpa ada perbahasan. -HD


Anwar bersama anggota Parlimen Pakatan dalam sidang media selepas Speaker luluskan laporan PSC tanpa bahas


Terdahulu, dewan rakyat kecoh apabila berlaku perang mulut antara ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan BN berhubung pertikaian penolakan laporan minoriti oleh Pandikar.

Kekecohan itu juga menyaksikan Azmin Ali (PKR Gombak), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS Kuala Selangor) dan Sivarasarasiah (PKR Subang) diarah keluar dewan oleh Pandikar.

Suasana tegang itu juga memaksa Pandikar membuat undian belah bahagi bagi meluluskan usul PSC tanpa bahas kerana berpendapat ahli parlimen Pakatan Rakyat 'tidak berminat' untuk berbahas yang kemudian diluluskan.

Mengulas perkara itu Anwar sekali lagi membidas sikap Speaker yang membuat kesimpulan mudah sebegitu
.

"Siapa yang boleh putus kita tak minat bahas. Kita bangun nak selesaikan ini dahulu kemudian nak bahas.

"Kita bawa dokumen (untuk bahas) tapi sengaja ambil alasan, takut hujah dikemukakan dan rakyat tahu," katanya.
 -HD

Insiden Kg Kerinchi: 3 mahasiswa dipukul- WAJIB TONTON!!!




Uploaded by  on Apr 2, 2012
KUALA LUMPUR: Proses pembersihan penduduk flat PKNS Kampung Kerinchi dicemari insiden pergaduhan apabila tiga aktivis mahasiswa terlibat bersama anggota yang didakwa dari NGO, PEKIDA.

KANDUNGAN PENUH LAPORAN MINORITI -JAWATANKUASA PENAMBAHBAIKAN PROSES PILIHAN RAYA (PSC)

Kandungan penuh laporan minoriti

Tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) telah mencadangkan satu Laporan Minoriti berhubung Daftar Pemilih, dilampirkan bersama laporan akhir Jawatankuasa semasa mesyuarat terakhir Jawatankuasa dijalankan pada 29 Mac 2012.

Bagaimanapun, cadangan itu telah ditolak. Hari ini, Dewan Rakyat juga turut menolak usul mereka berhubung perkara yang sama.

Berikut adalah kandungan Laporan Minoriti tersebut.

1.0 Pendahuluan

Ketiga-tiga wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya iaitu Ahli bagi kawasan Gombak YB Mohamed Azmin Ali, Ahli bagi kawasan Rasah YB Loke Siew Fook dan Ahli bagi kawasan Kuala Krai YB Dr Hatta Md Ramli telah mencadangkan supaya satu Penyata Minoriti dilampirkan bersama Laporan Akhir Jawatankuasa semasa mesyuarat terakhir Jawatankuasa dijalankan pada 29 Mac 2012.

Namun, cadangan tersebut telah ditolak dengan satu undian belah bahagi. Keputusan ialah 3 undi bersetuju dengan cadangan tersebut (Gombak, Rasah dan Kuala Krai) manakala 6 undi tidak bersetuju (Kota Marudu, Kangar, Alor Gajah, Kapit, Hulu Selangor dan Wangsa Maju).

Adalah mustahak untuk ditegaskan bahawa sepanjang perjalanan dan prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, ahli jawatankuasa dari Pakatan Rakyat telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menyempurnakan tugas mereka.

Penyata Minoriti adalah penting untuk memberikan ruang kepada suara minoriti dalam Jawatankuasa melaporkan pandangan dan cadangan mereka yang tidak dipersetujui oleh majoriti dalam Jawatankuasa.

Walaupun tidak mendapat undi majoriti, namun cadangan dan pandangan minoriti dalam sesuatu Jawatankuasa Pilihan Khas wajib direkod dan dilaporkan bersama Laporan Akhir Jawatankuasa.

Tujuan 3 wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa tersebut mencadangkan Penyata Minoriti ialah kerana kami berpendapat perkara yang paling asas dan penting dalam soal penambahbaikan sistem pilihanraya iaitu memastikan Daftar Pemilih yang bersih dan telus masih belum mendapat perhatian yang sepatutnya dan tindakan yang serius daripada pihak Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR).

SPR gagal memberikan komitmen yang penuh untuk memastikan segala kepincangan dalam Daftar Pemilih akan diatasi dan menjamin satu Daftar Pemilih yang bersih yang bakal digunakan pada Pilihan Raya Umum yang ke-13 nanti.

2.0 Isu-isu berkenaan Daftar Pemilih yang gagal ditangani oleh SPR

2.1 Membetulkan sempadan kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen

Di antara bulan Mac 2008 dan suku ketiga 2011, SPR telah memindahkan seramai 31,294 pemilih keluar dari kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen di mana mereka mengundi pada PRU ke-12 tanpa keizinan mereka.

Alasan yang diberikan oleh SPR ialah mereka menjalankan proses memperbetulkan sempadan kawasan pilihanraya ke kawasan yang sepatutnya.

SPR menggunakan peruntukan undang-undang di dalam seksyen 7 Akta Pilihan Raya iaitu memperbetulkan kawasan daerah mengundi dan lokaliti di dalam aktiviti belah bahagi untuk melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang iaitu memindahkan pengundi tanpa izin mereka dan memperbetulkan sempadan kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen tanpa melalui persetujuan Parlimen.

Prinsip Belah Bahagi di bawah tajuk Sempadan Pilihanraya jelas menyatakan:

"Urusan belah bahagi daerah-daerah mengundi adalah ditumpukan dan terhad dalam satu-satu Bahagian Pilihanraya Negeri sahaja. Oleh itu, urusan belah bahagi daerah-daerah mengundi adalah TIDAK BOLEH sama sekali melampaui sempadan Bahagian Pilihanraya Negeri apatah lagi Parlimen termasuklah urusan untuk mencantumkan 2 daerah mengundi yang kecil atau sebahagiannya yang terletak di sempadan 2 bahagian Pilihan Raya yang berlainan."

Aduan rasmi daripada YB Ahli Parlimen Subang kepada SPR berhubung isu tersebut yang melibatkan kawasan Parlimen Subang adalah dilampirkan dalam Apendiks 1.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengakui bahawa proses yang mereka telah lakukan adalah menyalahi peruntukan undang-undang dan mengambil tindakan serta-merta untuk mengembalikan pengundi-pengundi yang terjejas dalam proses tersebut kebahagian pilihanraya DUN dan Parlimen yang mereka mengundi pada PRU ke-12. Proses ini perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari selepas Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

2.2 Isu berkenaan 42,000 pengundi ragu yang masih belum dibersihkan oleh SPR

Pada penghujung tahun 2011, SPR telah mempamerkan 42,000 nama pengundi ragu yang dikatakan status kewarganegaraan mereka tidak dapat disahkan oleh JabatanPendaftaran Negara. Proses pameran tersebut telah tamat beberapa bulan yang lepas namun sehingga kini, SPR gagal membersihkan nama-nama tersebut daripada Daftar Pemilih Induk (DPI).

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan membersihkan senarai tersebut dan mengeluarkan nama-nama pengundi ragu tersebut dalam tempoh 15 hari daripada Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

2.3 Nama pengundi yang melebihi 100 tahun

Dalam Daftar Pemilih Induk SPR, terdapat 65,000 pengundi yang berumur 85 tahun keatas dan lebih 1,000 pengundi yang berumur lebih 100 tahun! Terdapat 19 nama pengundi yang lahir sebelum tahun 1900. Walaupun kebanyakan pengundi yang berumur 85 ke atas dipercayai masih hidup namun pengundi-pengundi yang melebihi 100 tahun adalah sangat diragui.

Contoh seorang pengundi yang lahir pada tahun 1853 (berumur 159 tahun sekarang) adalah dilampirkan dalam Apendiks 2.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan menyiasat dengan terperinci nama-nama warga emas yang berumur lebih 100 tahun ini dan seterusnya membersihkan nama-nama tersebut daripada Daftar Pemilih dalam tempoh 30 hari.

2.4 Senarai pengundi ragu yang menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina

Terdapat kajian yang mendapati bahawa lebih 15,000 nama pengundi yang didaftarkan dengan menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina. Maksudnya ialah terdapat nombor kad pengenalan yang berakhir dengan nombor genap (yang sepatutnya untuk wanita) didaftarkan sebagai pengundi lelaki.

Terdapat juga kes nombor kad pengenalan yang berakhir dengan nombor ganjil (yang sepatutnya untuk lelaki) didaftarkan sebagai pengundi perempuan.

Contoh-contoh kes tersebut adalah dilampirkan dalam Apendiks 3.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan menyemak nama-nama tersebut dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan seterusnya membersihkan senarai tersebut daripada Daftar Pemilih dalam tempoh 30 hari dari Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

2.5 Isteri anggota polis yang didaftarkan sebagai pengundi pos

Satu kajian bebas ke atas Daftar Pemilih mendapati bahawa terdapat lebih kurang 4,500 nama isteri kepada anggota polis yang telah didaftarkan sebagai pengundi pos. Isteri kepada anggota polis sepatutnya tidak layak menjadi pengundi pos. SPR telah memaklumkan kategori anggota keselamatan yang layak menjadi pengundi pos ialah anggota tentera dan pasangan mereka serta anggota polis sahaja.

Contoh senarai isteri anggota polis yang didaftarkan sebagai pengundi pos adalah dilampirkan di Apendiks 4.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengeluarkan semua nama isteri anggota polis yang telah didaftarkan sebagai pengundi pos dan dimasukkan semula dalam Daftar Pemilih sebagai pemilih biasa dalam tempoh 15 hari selepas Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

3.0 Rumusan

Makanya keputusan kami untuk tidak memperakui Laporan Akhir Jawatankuasa sebagai laporan yang konklusif serta menekankan keperluan dibentangkan bersama penyata minoriti adalah kerana kegagalan SPR sehingga kini untuk bertindak sesuai dengan mandat Perlembagaan demi memastikan perjalanan pilihanraya yang bersih dan adil.

Malah sepanjang perjalanan mesyuarat Jawatankuasa, berdasarkan penjelasan yang diberikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, tambah meyakinkan kami bahawa SPR kian hilang kewibawaan menyempurnakan mandat tersebut secara bebas dan adil.

YB Mohamed Azmin Bin Ali (Ahli Parlimen Gombak)

YB Loke Siew Fook (Ahli Parlimen Rasah)

YB Dr Mohd Hatta Md Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai)

Tarikh: 2 April 2012

TERKINI!!! PAK SAMAD KETUAI BERSIH 3.0

Sasterawan Negara, A Samad Said disebut-sebut bakal mengetuai perarakan besar menuntut reformasi dalam proses pilihanraya umum, setelah jawatankuasa BERSIH bermesyuarat semalam.

Jika tiada halangan, beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Samad akan mula menggerakkan usaha untuk berhimpun di Kuala Lumpur, dan lokasi yang paling sesuai dicadangkan adalah Dataran Merdeka di Jalan Raja.

Butiran mengenai himpunan yang dijangka paling besar dalam sejarah Malaysia sejak merdeka dari tangan penjajah British ini akan diumumkan dalam satu sidang media khas tidak lama lagi!

Bersih dijangka akan mengumumkan esok tarikh perhimpunan ketiganya untuk pilihan raya yang bersih dan adil, yang mana menurut sumber badan pemerhati pilihan raya itu akan berlaku hujung bulan ini.

Salah seorang jawatankuasa pemandu Bersih yang enggan mendedahkan identitinya berkata kepada The Malaysian Insider butiran berkenaan “Bersih 3.0” akan didedahkan sewaktu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur (KLSCAH) di sini.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran walaupun laporan di Internet menyebut 28 April ini sebagai tarikh untuk perhimpunan berikutnya, dan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan tersebut.

Sumber lain yang dihubungi juga tidak mengesahkan dan menidakkan khabar angin tersebut, namun mengakui semalam bahawa kumpulan tersebut telah bergerak untuk menuntut perubahan pilihan raya yang lebih besar.

Perkara itu jelas sumber tersebut, berlaku akibat daripada kegagalan Jawatankuasa Khas Parlimen berkaitan pilihan raya (PSC) menyelesaikan isu pokok dan menunaikan tuntutan Bersih sebelum ini di samping pilihan raya yang bakal berlaku.

Sumber itu menambah, lebih banyak bukti penipuan sistem pilihan raya akan didedahkan, yang akan membuktikan PSC adalah sekadar hiasan pentadbiran Najib untuk menunjukkan keikhlasannya melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya.

“Kami telah menemui bukti penipuan sistem pilihan raya yang lebih banyak dan menimbulkan tanda tanya sama ada keseluruhan PSC itu hanyalah sekadar satu penipuan,” kata sumber berkenaan.

“Melalui perhimpunan, kamu boleh sebut saya tidak mengesahkan, atau menafikan perkara itu.

“Tapi apa yang saya boleh katakan adalah bukti penipuan tersebut adalah sangat jelas.”

Sembilan ahli bipartisan PSC telah diumumkan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu setelah berbulan lamanya pentadbiran beliau menerima kritikan ketika menguruskan perhimpunan Bersih kedua pada 9 Julai.

Selepas enam bulan perbincangan, panel berkenaan telah menyiapkan 22 hasil laporan akhir dan akan diserahkan kepada wakil rakyat di Parlimen semalam.

Perbahasan berkenaan laporan itu dijadualkan berlangsung 11.30 pagi hari ini namun, Pakatan Rakyat (PR) telah menyatakan kekecewaan mereka terhadap hasil laporan tersebut.

Selain itu, tiga ahli PR dalam PSC sejak minggu lalu sering mengkritik panel kerana dikatakan gagal menyelesaikan isu utama bagi membersihkan pilihan raya, terutamanya dakwaan kurangnya komitmen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan sistem pilihan raya.

SPR, yang mana ahli PR telah berulangkali mendedahkan terdapatnya kehadiran 42,000 pengundi hantu di dalam daftar sistem mereka, namun mereka tidak bertindak untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Tambahan lagi, mereka menyatakan suruhanjaya berkenaan gagal mengemukakan kaedah yang sesuai untuk membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk turut mengundi, walaupun telah didesak untuk dikemukakan dalam laporan interim PSC Disember lalu.

Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga, pada 18 Mac telah memberi amaran kepada Putrajaya kemungkinan berlakunya Bersih3.0, ekoran penambahbaikan pilihan raya sengaja dilambat-lambatkan dan penambahan pengundi secara mendadak di sesetengah kawasan Parlimen.

“Melihatkan kepada keadaan sekarang, kami tiada pilihan lain. Selain Bersih 3.0,” kata Ambiga kepada The Malaysian Insider.

“Sekiranya kerajaan tidak serius berkenaan penambahbaikan pilihan raya, biar rakyat jadikan perkara itu didengari,” tambahnya.

Pemimpin PR turut menyatakan sokongan mereka terhadap perhimpunan berkenaan kerana kerajaan gagal memenuhi tuntutan untuk pilihan raya yang lebih adil.Ribuan rakyat Malaysia telah menyertai perhimpunan 9 Julai Bersih 2.0 yang kemudiannya menjadi ganas apabila polis melancarkan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan.


Situasi berkenaan menyaksikan 1,000 orang telah ditangkap termasuk sebelum perhimpunan berlangsung, dan Najib menerima kritikan daripada media antarabangsa.

Berdasarkan tekanan tersebut, kerajaan telah menjanjikan reformasi, yang mana turut melibatkan pembentukan PSC dan enakmen yang menerima kritikan hebat, Akta Perhimpunan Aman tahun lalu.

Ucap terima kasih, bukan selar pegawai dedah isu AG


KUALA LUMPUR- Kerajaan sepatutnya berterima kasih dan bukannya menyelar pegawai yang mendedahkan Peguam Negara (AG) tidak melakukan pendakwaan ke atas kes yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Menyelar (Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk) Mohd Shukri (Abdull) yang mendedahkan Peguam Negara tidak melakukan pendakwaan ke atas kes yang disiasat adalah tindakan anti ketelusan yang tidak bertanggungjawab.

"Mengapa (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri) Nazri (Abdul Aziz) marah sangat dengan ketelusan penjelasan Shukri itu sehingga menuduh beliau mempunyai watak yang lemah? Adakah banyak perkara yang disembunyikan sedang hendak terburai?" beliau mempersoalkan.

Menurut Mahfuz, dengan pendedahan Shukri, sudah tiga orang pegawai tinggi badan penguatkuasa

membuat pendedahan mengenai Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Sebelum pegawai tinggi SPRM itu, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim telah membuat pelbagai pendedahan mengenai kelakuan Abdul Gani.

"Itu pegawai yang berani membuat pendedahan dan pengaduan tentang Abdul Gani. Bagaimana yang takut hendak bersuara?" kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz berkata, kerajaan yang mempunyai sifat bertanggungjawab sudah lama menubuhkan tribunal menyiasat Peguam Negara.

"Tetapi masalahnya, Malaysia mempunyai kerajaan yang dilihat mempunyai kepentingan dengan tindak-tanduk Abdul Gani yang dianggap meragukan," katanya.


Kerajaan Umno yang berkuasa hari ini, kata Mahfuz, bukan sahaja enggan menyiasat pendedahan-pendedahan dan pengaduan-pengaduan mengenai kelakuan Abdul Gani, malah membunuh ketelusan apabila pegawai yang berani bersuara dicela dan diselar.

"Selepas ini, adalah dijangkakan rakyat boleh menyaksikan lebih banyak lagi gelagat dan perangai buruk kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) berikutan apa yang disuarakan oleh Shukri itu," katanya.

Di Dewan Rakyat semalam, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo mengkritik celaan Nazri terhadap Shukri itu.

"Inikah sikap Jabatan Perdana Menteri kita? Apabila dibuat pengaduan, anda mengugut mereka," katanya.

Malaysiakini melaporkan, Nazri menyelar Shukri yang merungut tentang kes-kes rasuah yang telah ditolak oleh pejabat Peguam Negara.

Nazri dipetik oleh akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily di Kuala Kangsar Sabtu lalu, sebagai menyifatkan Shukri mempunyai watak yang lemah dan tidak sepatutnya merungut secara terbuka.

Malah, katanya, Shukri tidak perlu membuat sebarang penjelasan kepada umum kerana ia merupakan tugas Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa seseorang individu.

Nazri juga mahu Shukri berhenti membuat kenyataan sedemikian pada masa depan.

Beliau mengkritik kenyataan Shukri di sebuah forum Khamis lalu yang menjelaskan bahawa SPRM menyiasat semua tuduhan rasuah yang diserahkan kepadanya, tetapi pejabat Peguam Negara yang enggan memfailkan kes-kes tersebut di mahkamah atas alasan bukti tidak mencukupi.

"Banyak kes yang disiasat tetapi tidak didakwa... Tak bermaksud tiada kes. Ada kes. Tapi bila (hendak) bawa ke mahkamah, mereka (pejabat peguam negara) kata tak cukup bukti," Shukri dipetik sebagai berkata oleh Malaysiakini.-

02 April 2012

SPRM: AG PENGHALANG PENDAKWAN KES

SPRM: Kami siasat banyak, tapi tak didakwa


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendakwa terdapat kes rasuah yang telah disiasat tetapi tidak didakwa di mahkamah oleh pejabat peguam negara.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Mohd Shukri Abdull berkata, ia berpunca kerana apabila sesuatu kes di bawa ke mahkamah, bukti yang dikemukakan tidak mencukupi.

"Tujuan SPRM ditubuhkan adalah untuk ambil tindakan terhadap orang yang lakukan rasuah. Kita tak boleh tangkap berdasarkan sentimen.

"Banyak kes yang disiasat tetapi tidak didakwa... Tak bermaksud tiada kes. Ada kes. Tapi bila (hendak) bawa ke mahkamah, mereka (pejabat peguam negara) kata tak cukup bukti. Masyarakat kena faham.

"Tak timbul isu kita tak ambil tindakan terhadap 'ikan besar' atau tidak. Kita buat kerja siang malam. Kes rasuah rumit. Bukan mudah untuk dapat kerjasama orang ramai kerana tiada siapa yang nak bercakap," katanya pada wacana anjuran Sinar Harian di Shah Alam hari ini.


Mohd Shukri juga berkata, kes rasuah berbeza dengan jenayah lain kerana ia melibatkan kawan rapat, rakan parti dan ahli keluarga yang tidak akan 'buka mulut'."Mereka tak kan bercakap. Siapa yang nak datang bercakap bila kita tanya? Kita tak ada kuasa untuk dakwa orang," katanya.

Rafizi rela kerja separuh masa dengan SPRM

Sementara itu itu, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli pula mencadangkan agar peguam negara ditukar bagi memudahkan siasatan dilakukan oleh SPRM.Menurut Rafizi, negara memerlukan seorang peguam negara yang jujur serta bekerjasama dengan SPRM agar setiap kes boleh dihadapkan ke mahkamah.

"Kalau saya jadi perdana menteri... Tapi saya tak jadi lagi... Tanpa ubah perlembagaan, kita boleh tolong pegawai SPRM dengan (cara) menukar peguam negara. Peguam negara yang ada sekarang mempunyai rekod buruk, terkenal dengan memerapkan 20, 30 fail.

"Kita perlu cari peguam negara yang jujur yang akan bekerjasama dengan SPRM supaya, tidak kisah Pakatan Rakyat ke, BN atau pensyarah, kalau dia rasuah, akan dihadapkan ke mahkamah," katanya.
Rafizi bagaimanapun tidak bersetuju dengan kenyataan Mohd Shukri mengenai saksi yang sukar 'buka mulut' kerana masyarakat kini sudah berubah dan berani untuk membongkar sesuatu kes.

Merujuk kepada isu Pusat Fedlot Nasional, Rafizi berkata, hampir kesemua maklumat dan dokumen diberi oleh orang ramai."Masyarakat dah berubah. Sekarang ni kami sampai tak cukup tangan nak siasat. Maklumat, dokumen orang bagi tiap-tiap hari. Masyarakat kita telah ke depan kerana mereka yang rasa bahana dan jahanamnya gejala rasuah ini.

"Saya jika diberi peluang, rela kerja separuh masa dengan SPRM kalau diberi jaminan untuk menyiasat menteri yang berprofil tinggi ini," katanya.

SPR DAN JPN TALIAN HAYAT UTAMA BN!!!


Pilihan Raya Ke-13 Yang Menjelang

Sudah lama saya tidak sempat mengemaskini blog saya ini. Ini adalah kerana terlalu sibuk dengan ceramah yang diadakan hampir setiap malam. Jemputan untuk berceramah semakin meningkat dan ini adalah disebabkan saya telah 'dipopularkan' oleh Hassan Ali. Malangnya, apabila sibuk berceramah, saya tidak berpeluang untuk menulis.

Hari ini, Alhamdulillah, ada sedikit ruang. Saya teringat peristiwa di Parlimen pada minggu lalu semasa Timbalan Menteri Luar Negara menimbulkan kembali isu kononnya sokongan DSAI terhadap Israel. Beliau membaca teks yang disediakan, termasuk dakwaan bahawa apabila DSAI mengutamakan keselamatan Israel, maka ini bererti menyokong dan redha dengan pembunuhan rakyat Palestine!

Sepertimana saya sebutkan dahulu, ini merupakan bukti betapa BN terdesak dalam usaha mencari isu untuk menyerang PR. Sehingga satu ayat, malahan sebahagian dari satu ayat yang datang dari kesulurahan rencana tersebut, dijaja dan ditonjolkan sebagai bukti bahawa DSAI pro-Israel. Bukan setakat pro-Israel, malahan sokong pembunuhan rakyat Palestine demi keselamatan Israel. Tuduhan tuduhan yang ekstrim seperti itu adalah apa yang dikatakan sebagai 'over-kill' atau keterlaluan dan ianya akan memukul BN kembali, insyaAllah. Ini adalah kerana rakyat akan mula sedar bahawa BN menipu dan memfitnah tanpa rasa bersalah.

Keadaan terdesak BN mencari isu untuk menyerang PR adalah hasil dari prestasi pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri di bawah pentadbiran PR yang begitu menyerlah dari segi ketelusan dan bebas rasuah. Benar, kita tidak menganggap pentadbiran dan pengurusan kerajaan di bawah PR semuanya betul tanpa adanya kelemahan atau kekurangan. Namun ianya bebas dari rasuah dan penyelewengan!

BN ingin menyebut bahawa Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan korup dan penuh penyelewengan tetapi setiap usaha untuk membongkar penyelewengan telah gagal untuk menghasilkan bukti adanya penyelewengan tersebut. Sebaliknya, pada masa yang sama, terbongkar satu persatu penyelewengan dan korupsi di pihak UMNO/BN seperti NFC dan pelupusan hutang Tajuddin Ramli. Dua kes ini sahaja telah mencecah hampir RM 900 juta wang rakyat yang terbuang hasil penyelewengan dan pilih kasih BN.

Saya boleh rumuskan dengan mudah bahawa sekiranya isu DSAI dan Israel adalah peluru terakhir BN dalam menghadapi PRU ke 13, maka PR akan berhadapan dengan laluan mudah dalam PRU ini dalam soal menjawab serangan BN. Oleh itu usaha penipuan di peringkat daftar pemilih sudah pasti akan menjadi usaha tumpuan BN. Dan ini jugalah apa yang ingin dibahaskan oleh Ahli Parlimen PR pada pagi 29 Mac 2012. Malangnya Menteri Dalam JPM, iaitu YB Nazri menjawab dengan mudah bahawa SPR menafikan segala dakwaan adanya penyelewengan dan menerima jawapan dari SPR sebagai muktamad. Apabila terus diasak, maka disebut bahawa beliau akan mengaturkan pertemuan di antara SPR dan Ahli Parlimen PR dengan kehadiran bersama dirinya.

Pada dasarnya saya melihat JPN dan SPR sebagai talian hayat utama BN dalam PRU ke-13 akan datang. Dari segi isu, BN kalah. Dari segi prestasi, BN jauh ketinggalan. Yang tinggal hanya JPN dan SPR, dua badan yang mampu mengubahkan kekalahan kepada kemenangan bagi pihak BN. Jawatankuasa Pilihan Parlimen (JPP) berhubung SPR dan PRU ke-13 akan membentangkan laporannya minggu ini. Desas-desus yang kedengaran kurang meyakinkan tetapi kita akan tunggu dan dengar apa yang akan dibentangkan nanti.

Adakah benar bahawa BN akan sanggup menerima penolakan rakyat terhadap kepimpinan mereka dan membenarkan rakyat menukar kerajaan BN dengan kerajaan PR di peringkat Pusat? Kita tunggu jawapannya apabila laporan JPP dibentangkan nanti.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

NLD DAKWA SUU KYI MENANG DALAM PILIHANRAYA KECIL

NLD dakwa Suu Kyi menang besar,Dahului 65 peratus undi 82 kawasan


YANGON- Penyokong ikon pembangkang Myanmar Aung San Suu Kyi bersorak kegembiraan semalam selepas partinya Liga Kebangsaan Ke arah Demokrasi (NLD) mendakwa beliau menang besar kerusi Parlimen dalam satu pilihan raya bersejarah, bagi membolehkan beliau memulakan tugas memimpin orang awam buat kali pertama.

Kejayaan itu, jika disahkan adalah satu pencapaian hebat di negara Asia Tenggara itu, di mana tentera memerintah secara eksklusif selama setengah abad.Ia juga dianggap hadiah terbesar dalam kerjaya politik Suu Kyi dan satu anugerah menakjubkan buat pemenang Anugerah Nobel berusia 66 tahun yang pernah dikenakan tahanan dalam selama hampir dua dekad.

Pengumuman kejayaan itu dipaparkan dalam satu papan tanda digital di ibu pejabat NLD di bandar utama Myanmar di sini, di mana lebih 1,000 penyokong mula menjerit tidak tentu arah sebaik mendengar berita itu.

“Kami menang! Kami menang!” teriak penyokongnya sambil bertepuk tangan, menari, mengibarkan bendera merah parti dan menunjukkan ibu jari dan V tanda kejayaan.

Terdahulu, NLD mendakwa Suu Kyi mendahului dengan 65 peratus undian di 82 daripada 129 tempat pengundian. Parti itu memiliki kakitangan dan sukarelawan di seluruh daerah sawah padi yang memaklumkan keputusan awal menerusi telefon ke ibu pejabat mereka di sini.

Keputusan itu bagaimanapun perlu disahkan oleh suruhanjaya pilihan raya rasmi, yang masih belum mengeluarkan mana-mana keputusan dan mungkin tidak membuat satu pengisytiharan rasmi selama beberapa hari.

Dakwaan kejayaan itu diumumkan ketika NLD mendakwa “penyelewengan berleluasa” berlaku pada hari pengundian. Jurucakap parti Nyan Win berkata menjelang tengah hari saja, parti itu memfailkan lebih 50 aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

Katanya kebanyakan dakwaan pelanggaran membabitkan kertas undian berlilin yang undi sukar dikira. Ada juga kad undi yang tiada cap rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya, yang akan menjadikannya tidak sah.

Pilihan raya kecil semalam diadakan untuk mengisi 45 daripada 664 kerusi parlimen kebangsaan Myanmar dan tidak akan mengubah keseimbangan kuasa dalam kerajaan.

Suu Kyi dan calon pembangkang lain hampir tiada suara walaupun jika mereka menang semua kerusi yang dipertandingkan.

Bagaimanapun, pencalonannya meningkatkan harapan di kalangan rakyat melarat Myanmar, yang sejak beberapa generasi hidup di bawah pemerintahan tegas tentera.

“Beliau mungkin tidak berupaya berbuat apa-apa pada peringkat ini. Namun satu hari nanti, saya percaya beliau berupaya membawa perubahan sebenar,” kata seorang pengundi, Go Khehtay, yang membuang undi untuk Suu Kyi di Wah Thin Kha, satu daripada perkampungan miskin di kawasan luar bandar selatan ibu kota ini.– AP

SABAH-SARAWAK, HARAPAN PAKATAN KE PUTRAJAYA

KETUA Pergerakan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy), Anthony Loke yakin dengan peluang Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya sekiranya ketiga-tiga parti anggotanya berjaya memenangi antara 10 hingga 20 kerusi tambahan di Sabah dan Sarawak.

Bercakap di satu majlis makan malam amal DAP di Kepong malam tadi, Loke berkata Pakatan memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi tambahan kepada 82 kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya sebelum ini, untuk membentuk kerajaan pusat.

Untuk itu, Pakatan perlu memenangi antara 10 hingga 20 kerusi kerusi lagi di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, katanya."Tapi apa yang lebih penting ialah Sabah dan Sarawak. Kita mesti mampu mendapatkan 10 hingga 20 kerusi di dua negeri ini," katanya ketika berucap kepada kira-kira 1,500 orang hadirin di majlis makan malam tersebut.

Pakatan perlu meraih sekurang-kurangnya 112 kerusi untuk memperoleh majoriti mudah daripada 222 kerusi parlimen.


Ahli parlimen Rasah itu juga menyeru warga Kepong, terutamanya golongan peniaga untuk menyebarkan mesej berkenaan kepada rakan masing-masing dalam usaha mereka untuk menumbangkan BN dalam pilihan raya akan datang.

01 April 2012

LETUPAN BOM HATYAI, RUGI BATH 1 BILION


Bom kereta yang menggegarkan Lee Gardens Plaza Hotel di Songkhla Hat Yai daerah pada hari Sabtu yang mungkin akan menyebabkan sekurang-kurangnya 1 bilion baht kerosakan kepada sektor pelancongan, Somchart Pimthanapoonporn, pemilik hotel terkemuka, berkata pada hari Ahad.

Lima orang terbunuh dan lebih 300 cedera dalam letupan itu.

Encik Somchart, pengerusi dan Presiden Majlis Perniagaan Pelancongan Songkhla Hat Yai-Persatuan Songkhla pengusaha hotel, berkata berikutan letupan itu kira-kira 60 peratus bilik-bilik hotel di bandar ini yang telah sepenuhnya ditempah telah dibatalkan.Beliau yakin ia akan kurang daripada tiga bulan untuk kembali iklim pelancongan normal.

Kerosakan kepada perniagaan berkaitan pelancongan adalah mungkin menjadi sekitar 1 bilion baht, katanya.Encik Somchart berkata walaupun kejadian itu, perayaan-perayaan Songkran di Hat Yai akan dianjurkan seperti biasa dan aktiviti untuk mempromosikan perayaan akan terus untuk memulihkan keyakinan pelancong.

Prapas Intanaprasat, pengarah Pihak Berkuasa Pelancongan cawangan (TAT) Thailand Hat Yai , berkata dua khemah telah ditubuhkan untuk memberi bantuan kepada pelancong yang terjejas oleh letupan semalam.Kebanyakan pelancong yang menginap di Lee Gardens Plaza Hotel kekal di Hat Yai, tetapi telah berpindah ke hotel lain.

Satu sidang akhbar akan diadakan pada 5 April untuk mengesahkan bahawa perayaan-perayaan Songkran akan diteruskan di Hat Yai seperti biasa, katanya.

BAPAK AYAM DILANTIK SENATOR?, TUJUAN HANYA FITNAH


Dr Dzulkefly: Mentaliti ‘Politik Longkang’ Dalam Umno-BN

SHAH ALAM 01 APRIL : Tuduhan dan serangan setiap hari terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai mentaliti ‘politik longkang’ yang diamalkan oleh Umno-BN.

MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata tuduhan dari bekas-bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan media Umno secara bertali arus itu hanya mahu mengalih perhatian dan tumpuan rakyat berhubung isu kelemahan pentadbiran Umno-BN.

“Rakyat semakin bosan dengan amalan Umno-BN yang menyalahgunakan kuasa, rasuah, ugutan dan sebagainya. Oleh kerana mereka takut hilang kuasa, mereka mengambil jalan untuk menyerang peribadi pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

“Mereka juga takut apabila kemampuan PR mendedahkan banyak kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran mereka,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, rancangan jahat itu ditimbulkan oleh pembodek-pembodek baru yang dilihat hanya untuk menjatuhkan pemimpin PR.

“Cukuplah dengan politik longkang itu, kalau berani bertarung dan bersaing secara bersih dan adil berdasarkan prestasi dan kepimpinan bukan hanya pandai memfitnah serta melaga-lagakan pihak lain,”katanya.

Dr Dzulkifli yang juga mengulas tuduhan Senator, Datuk S. Nallakaruppan baru-baru ini menyifatkan senator itu sebagai ‘Bapak Ayam’. “Ini kerana ketika beliau (Nalla) membuat tuduhan, mengatur dan menyusun perbuatan jahat secara tidak langsung beliau tidak sedar mengakui diri sendiri bapak ayam,”katanya.

Dr Dzulkifli juga mempersoalkan mengapa Nalla dipilih menjadi senator.

“Amat pelik dan aneh, mengapa beliau dilantik sebagai Senator? Mengapa bapak ayam itu dilantik sebagai Senator? Bukankah Senator dilantik berdasarkan integriti dan personaliti yang baik? Jadi dimana teladan yang baik bagi Nalla.

“Ianya dilihat hanya mahu mengaibkan seseorang, membuat pengakuan bagi tujuan menjatuhkan kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas informasi sahaja,”katanya.

Sebelum ini, Datuk S. Nallakaruppan yang juga Presiden Parti India Malaysia (MUIP) mendakwa pelbagai fitnah jahat bertujuan mengaibkan Ketua Umum PKR tersebut.Bagaimanapun, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Nalla dan Utusan Melayu (M) Bhd atas tuduhan itu.

Tokoh dunia jenayah didakwa dalangi kenaikan pangkat polis


EKSKLUSIF Mampukah seorang individu dalam dunia jenayah mempengaruhi kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai polis ketika pasukan itu berada bawah penguasaan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan?

Dakwaan terbaru yang timbul menyebut bahawa seorang tokoh misteri, BK Tan – yang disyaki mempunyai kaitan dengan individu dalam dunia jenayah Johor, Tengku Goh – telah menasihati Musa beberapa kali berhubung kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai kanan polis.

Musa, bersama peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia) sebelum ini didakwa telah menganiaya pengarah jabatan siasatan jenayah komersialnya, Datuk Ramli Yusuff serta enam orang pegawai Ramli.

Ramli dan juga enam orang pegawai berkenaan ditahan dan didakwa di mahkamah, lima tahun lalu.

Dalam perkembagan terbaru, sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Musa akan memanggil BK Tan untuk "nasihat" dan pada masa yang lain, Tan mengunjungi rumah Musa di Petaling Jaya untuk berbincang mengenai pelantikan dan pertukaran pegawai dalam pasukan itu.

Menurut sumber, Musa ketika ditanya telah menjelaskan bahawa penglibatan Tan itu telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri kerana kaitan dengan dunia jenayah itu didakwa dapat mengenalpasti antara polis yang "baik" dan "tidak baik."

Satu sumber mendakwa bahawa beliau telah melihat pembantu Musa membawa satu dokumen biru mengandungi senarai sulit pengawai yang akan ditukarkan atau dinaikkan pangkat.

Musa didakwa telah menyediakan satu salinan dokumen sulit itu kepada Tan.

Difahamkan, seorang pembantu Musa, ASP Noor Azizul Rahim Taharim, telah mengemukakan perkara itu untuk perhatian menteri di Jabatan Perdana Menteri pada waktu itu, Datuk Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan timbalan menteri dalam negeri, Datuk Johari Baharom.-MK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...