02 September 2012

Hot ! Lebih 8,000 hadir Himpunan Hijau Raub, Adnan tak muncul.....






Ribuan orang sudah berkumpul di sepanjang Jalan Bukit Koman, Raub untuk menyatakan bantahan mereka terhadap penggunaan sianida di lombong emas berdekatan.

Peserta "Himpunan Hijau Raub" itu rata-rata memakai kemeja-T hijau, bersorak dan mengambil gambar sendiri sebelum perhimpunan itu bermula kira-kira pada jam 2.15 petang.

Penduduk Kampung Baru Bukit Koman, berdekatan lombong itu mendakwa penggunaan sianida menjejaskan kesihatan mereka tetapi perkara itu ditolak oleh kerajaan dan syarikat pengendali peng Raub Australia Gold Mining Sdn Bhd.

Penduduk, khususnya melalui Jawatankuasa Haramkan Sianida sejak 2007 menentang operasi itu melalui pelbagai cara, termasuk mahkamah.

Mereka berkumpul di padang kompleks sukan Raub yang dikenali penduduk setempat sebagai Padang milo. Polis melarang mereka berarak dan meminta Raub Australia Gold Mining menghantar wakil untuk menerima nota bantahan.


Dianggarkan kira-kira 8,000 orang peserta 'Himpunan Hijau Raub' Selamatkan Bukit Koman, Pahang telah berada di tapak padang Milo, Raub





Menariknya, dua buah kerusi khas telah disediakan khas buat Menteri Besar, Adnan Yaakob dan ahli parlimen Raub yang juga menteri pelancongan, Ng Yen Yen.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin Barisan Nasional (BN) berkenaan masih tidak muncul walaupun surat jemputan rasmi telah dihantar penganjur sejak dua minggu lalu.


Peserta "Himpunan Hijau Raub" itu rata-rata memakai kemeja-T hijau, bersorak dan mengambil gambar sendiri sebelum perhimpunan itu bermula.

Penduduk Kampung Baru Bukit Koman, berdekatan lombong itu mendakwa penggunaan sianida menjejaskan kesihatan mereka tetapi perkara itu ditolak oleh kerajaan dan syarikat pengendali lombong, Raub Australia Gold Mining Sdn. Bhd.

Penduduk, khususnya melalui Jawatankuasa Haramkan Sianida sejak 2007 menentang operasi itu melalui pelbagai cara, termasuk mengheret kerajaan negeri ke mahkamah.Mereka berkumpul di padang kompleks sukan Raub yang dikenali penduduk setempat sebagai Padang Milo.

Pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir di himpunan ini adalah Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, ahli parlimen Bakri, Er Teck Hua, dan pemimpin setempat.

Polis melarang mereka berarak dan meminta Raub Australia Gold Mining menghantar wakil untuk menerima nota bantahan.

Bandar Raub yang sebelum ini sunyi hari ini menerima kehadiran peserta yang datang sejauh Kuantan dan Kuala Lumpur manakala ada yang datang dari Pengerang, Johor yang bakal terjejas ekoran rancangan perdana menteri, Najib Altantuya mengambil tanah di kawasan mereka untuk dijadikan lapangan minyak dan gas (RAPID) yang sebenarnya pusat pengumpulan kedua-dua bahan itu untuk kegunaan Singapura dan tentera Amerika Syarikat.

Dijangka, kira-kira 3,000 lagi peserta tersekat dalam kesesakan jalan raya sepanjang 3 kilometer menghala ke bandar ini ekoran polis mengadakan satu sekatan jalan raya dari arah Bentong dipercayai cuba untuk menggagalkan himpunan hari ini.

Setakat jam 3 petang tadi, kelibat Adnan dan Ng Yen Yen masih tidak kelihatan walaupun Yen Yen menganjurkan jelajah basikal sempena sambutan kemerdekaan di bandar ini pagi tadi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...