03 Ogos 2013

Lagi Kes Tembak Mati , Kes Kelima Dalam Seminggu !!!!


KAJANG: Seorang pengawal keselamatan maut selepas ditembak seorang lelaki di Lorong C 3/24 di Cheras Perdana, Kajang di sini, menjadikannya kejadian tembakan kelima yang berlaku minggu ini.

Dalam kejadian pada kira-kira 1.30 petang tadi, Balamurali Balakrishnan, 36, yang berada di ruang tamu rumahnya maut selepas suspek melepaskan empat das tembakan yang mengenai dada mangsa.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata mangsa mati di tempat kejadian manakala ibunya yang berada di bilik tidur rumah itu tidak diapa-apakan.

"Suspek yang datang ke rumah mangsa menggunakan kereta Iswara berwarna hitam dipercayai masuk melalui pintu yang tidak berkunci sebelum melepaskan empat das tembakan yang menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama.

Abdul Rashid berkata mangsa merupakan bekas banduan serta dibebaskan dari penjara pada Jun dan dipercayai bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah stesen LRT dekat sini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa pernah terbabit dengan lima kes dadah dan polis akan menyiasat sama ada kejadian itu berunsurkan dendam atau sebaliknya. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Sementara itu, isteri mangsa, S.Punavaneswari, 28, berkata ketika kejadian, beliau tiada di rumah kerana balik ke kampungnya di Seremban bersama anak lelaki mereka.

"Kali terakhir saya bercakap dengan dia ialah semalam, tetapi dia tidak menunjukkan reaksi yang pelik kerana selama ini pun dia memang jarang bercerita mengenai hal peribadinya kepada saya," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Kejadian itu merupakan yang kelima minggu ini. Semalam, seorang peniaga emas nyaris maut apabila tembakan orang yang cuba membunuhnya tersasar dan terkena bahu kanan mangsa, yang ketika itu memberhentikan kenderaan di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah di sini.

Pada 29 Julai, Pengasas Arab Malaysia Bank Hussain Ahmad Najadi, 75, maut manakala isterinya, 49, cedera parah apabila ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon di sini.

Laporan Akhbar Singapura Mengenai Jenayah Berniat Jahat Atau Realitinya Betul?



LAPORAN THE NEW PAPER MENGENAI JENAYAH DI MALAYSIA BERNIAT JAHAT - KPN

Kuala Lumpur, 3 Ogos - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan laporan muka depan sebuah akhbar Singapura, The New Paper, mengenai kejadian jenayah di Malaysia baru-baru ini, berniat jahat.

Sebaliknya Khalid menegur akhbar tersebut agar mengawasi hal ehwal jenayah di dalam negara sendiri daripada membuat satu spekulasi yang tidak benar mengenai jenayah di Malaysia.

"Ia adalah satu kenyataan jahat, eloklah dia jaga rumah sendiri daripada menjaga rumah orang," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Jalinan Ramadan Bersama Pasukan Beruniform di sini hari ini.

Akhbar The New Paper pada 31 Julai, telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk 'Selamat datang ke Malaysia di mana kematian adalah murah dan untuk kekal hidup sangat mahal' yang turut menyatakan bahawa untuk mengupah seorang pembunuh hanya memerlukan $2,000 (RM5,000).


Artikel tersebut menerima maklum balas negatif daripada pelbagai pihak yang menyatakan ia tidak beretika dan menggesa agar akhbar harian itu memohon maaf kepada Malaysia kerana menghina. - BERNAMA


Dalam kemelut peningkatan kadar jenayah pihak polis, menteri dan ahli politik menyalahkan penarikan balik  akta ISA dan Ordinan Darurat dan Akta Kediaman Terhad pada 2011. 

Khairy: Perlu tingkat kecekapan polis, bukannya undang-undang baru

Tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha meningkatkan kemampuan dan kecekapan anggota keselamatan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani kadar jenayah dan bukannya memperkenalkan satu undang-undang baru.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar semasa memberikan pandangan itu berkata, perkara itu termasuk memahirkan lagi PDRM dalam siasatan jenayah dan meningkatkan kemudahan teknikal pasukan itu.

"Saya secara peribadi tidak setuju dengan mana-mana undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan kerana ia melanggar hak asasi manusia dan 'natural justice' dan ia adalah perkara yang tidak boleh kita terima.

"Jadi bukanlah kita perlu memperkenalkan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan sebaliknya kita perlu meningkatkan lagi keupayaan pasukan keselamatan kita," katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa Pemuda Umno Negeri Sembilan bersama media, di Seremban malam tadi.

Beliau diminta mengulas mengenai polemik rang undang-undang baru bagi menangani jenayah berat yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat September ini yang dikatakan akan mempunyai eleman penahanan tanpa bicara.

Rang undang-undang baharu itu bertujuan membanteras jenayah selepas kerajaan memansuhkan Ordinan Darurat dan Akta Kediaman Terhad pada 2011.

Khairy yang juga menteri belia dan sukan berkata, pasukan polis sebenarnya telah mempunyai kuasa yang agak besar di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang membenarkan mereka membuat tahanan reman terhadap mana-mana suspek jenayah.

Katanya, sekiranya satu undang-undang baru perlu diperkenalkan sekali pun, ia tidak boleh mengandungi elemen penahanan tanpa perbicaraan kerana ia melanggar prinsip dalam perlembagaan.

Selain itu, Khairy berkata perkara penting yang perlu diambil kira adalah mengenai perlindungan kepentingan dan keselamatan saksi jenayah.

Katanya, walaupun saksi dilindungi oleh Akta Perlindungan Saksi 2009, namun mereka masih perlu tampil untuk memberi keterangan sekaligus menyebabkan identiti mereka terdedah.

"Kita kena cari jalan mungkin pinda beberapa undang-undang untuk memastikan keselamatan saksi terjaga dan itu mungkin kita boleh terima dari segi undang-undang baharu," katanya.

Panas : Punca Kerajaan BN Guna Honda Ganti Proton TERBONGKAR....

Alasan mudah kerajaan kerana kos penyelenggaran yang tinggi, jadi wajar diganti  dengan model menjimatkan tetapi sekelas dengan perdana atau lebih.....

Paling Best alasan rakyat kata memang kos penyelengaran tinggi kerana yb exco dan pegawai kanan kerajaan buat kerja kuat pergi rata-rata jumpa rakyat.......

Lihat video ini dan jangan lupa sebarkan......memang macai kantoi tapi ini hanya skrip sahaja......


Gambar Kereta Rasmi Kerajaan


Tahukah anda cerita sebenarnya tentang perkembangan syarikat Proton sekarang?

Mengapa kita masih  terpengaruh dengan semangat kenegaraan kereta nasional  sedangkan pemilik proton dan honda di Malaysia dikuasai syarikat yang sama  iaitu DRB Hicom?

Honda Malaysia dan proton milik DRB Hicom maknanya  Kiri kanan “masuk”. 

Bermakna penggunaan honda sebagai kereta rasmi adalah satu konsep timbal balik dan satu strategik perniagaan....

Cuma alasan kerajaan sebelum ini nampak dan memang bangang.......


Mungkin kerajaan sekarang memilih Honda Accord sebagai kereta rasmi sebelum proton berjaya melancarkan model penggantian perdana .



Ini mungkin model Proton Perdana  berdasarkan Honda Accord, Ini pemandangan depan separuh daripada model  sedan baru  yang akan menggantikan Honda Accord nanti ?

Kedahkini


HOT : BONUS ATAU DUIT RAYA YANG KERAJAAN BN BERI...???


Hari ni aku cuba untuk memberi penerangan mudah pada kengkawan / korang yg selalu cakap “untung la kakitangan kerajaan ada bonus”… Sebenarnya tiada istilah bonus pada kakitangan kerajaan ,yg ada hanyalah pemulangan “hak gaji kakitangan kerajaan”. Pasal apa?? Meh sini aku tunjuk simple calculation …pasei aku cikgu matematik,kena ler ajor mengkome matematik…

Setahun ada 365 hari , sebulan ada 30/31 hari ,Sebulan ada 4 minggu , Seminggu ada 7 hari…
Apa yang berlaku sekarang…Pemberian gaji kakitangan kerajaan adalah mengikut BULAN.
365 / 12 = 30.4 . lebih kurang 30 hari la…
Sistem ni tidak lagi digunapakai di Negara-negara luar,mereka mengamalkan gaji mengikut MINGGU.
7 X 4 = 28 hari.
365/28 = 13 . Bermaksud 13 bulan/kali gaji dibayar setahun....
Sebab itu ,Cuepacs cuba memperjuangkan gaji mengikut MINGGU ,tetapi Kerajaan tidak mengiktirafnya sebab ianya merugikan.

Mana datangnyer bonus??
Pernah dengar tak ,kaki tangan kerajaan dapat bonus 2 ke 3 bulan??? Tak pernah kan…. Yang ada BONUS SEBULAN DIBAYAR SECARA 2 KALI.
Bonus yang dapat sebulan tu sebenarnya , GAJI YANG BERHAK KAKITANGAN KERAJAAN DAPAT DALAM SETAHUN. Sebab tu Cuepacs mintak bonus 2 bulan , 2 bulan setengah…tapi yang kerajaan lulus sebulan aje…

Ok… Kita beralih plak pada Bantuan Hari Raya Pada Kakitangan Kerajaan yang dapat RM500 tu.. mana datangnya..??
Anggaran gaji kakitangan kerajaan yang bertaraf pemegang ijazah lebih kurang 3 atau 4 ribu…senang kira RM3000 la..jangan kira cikgu cabuk macam aku yg ada diploma ni dah tentu gajinya jauh lebih rendah.
RM3000 / 30 = RM100 sehari
Ingat tak pengiraan 365/12 = 30.4???
cuba anggarkan gaji sehari RM100. Jadi 0.4 x 100 = RM400. Itu ler dianya bantuan raya tu..kerajaan topup RM100 ajer… Bijak kan??? Untung dapat Bantuan raya ker untung dapat Br1M??? Kakitangan kerajaan tak layak dapat Br1M. hmmmm…..


Kena ingat , kakitangan kerajaan juga merupakan penyumbang kepada cukai pendapatan Negara, Bonus yang diperolehi TURUT DIKENAKAN CUKAI …. So what u give,u take back!!!

So , jangan sesuka hati ler nak cakap ,”syok ler kakitangan kerajaan dapat bonus!!!” …Itu sebenarnya hak kami… Yang paling best ..” Bersyukurlah dapat daripada takde!!”… Yang memang thumbs up bila ada orang cakap “dah bagi pun,tak bersyukur langsung !!!”..wow…memang best ayat2 berkenaan tambah pada mereka yang tak tau apa2 tapi nak berkata-kata

OLEH :  

Mohd Aliff IberahimDewan Sidang Parliment FB

02 Ogos 2013

EXCO DAN MB KEDAH KALAU KATA HANGPA TAK CERDIK,....HANGPA MARAH?

Exco Kedah dah mula cakap merapu....!!

"Kerajaan negeri akan memberi penekanan kepada pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran dan modal intelektual dalam usaha melahirkan insan berkualiti di kawasan luar bandar.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah berkata, ini termasuk ilmu sains, teknologi, keusahawanan, pembudayaan sikap progresif dan nilai etika serta moral tinggi.

Kata beliau, salah satu faktor yang menyebabkan kemiskinan luar bandar bukan hanya disebabkan kemiskinan fizikal semata-mata tetapi kerana kemiskinan minda.

"Kemiskinan minda dan sikap inilah yang menjurus kepada kemiskinan fizikal kerana insan tidak berupaya untuk berfikir mencari jalan keluar memajukan diri mereka," katanya.

Beliau berucap demikian dalam majlis penyampaian Anugerah Desa Cemerlang Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) peringkat negeri di Masjid Al-Falah, Jeneri di sini semalam
.
(Utusan)


Jika dihubung kait kenyataan ini dengan tindakan yang telah diambil ke atas Kolej Universiti Insaniah(KUIN) ianya ternyata bercanggah sama sekali dengan dasar dan tindakan Kerajaan Mukhriz.

KUIN di Kuala Ketil ditutup dan di bawa balik ke Alor Setar atas cadangan Exco Pendidikan dan dinasihat oleh Pentadbir Negeri (yang bukan tokoh akademik) kini telah menjadi kecil.

Semua nya atas alasan politik konon perbelanjaan besar untuk menghidupkan KUIN. Sepatutnya KUIN dinaik taraf ke universiti penuh dengan bantuan Kerajaan Persekutuan.

Tulis seorang aktivis media sosial: “Jika Kerajaan Najib boleh menyalurkan bantuan kepada sekolah-sekolah venerkular Cina mengapa tidak disalurkan kepada KUIN?”.

Tindakan menutup kampus Kuala Ketil adalah tindakan pak pandir. KUIN sepatutnya menjadi katalis pembangunan ekonomi penduduk-penduduk di Kuala Ketil (mana wakil rakyat Kuala Ketil?) selain menjadi kawasan ilmu seperti Universiti Al Azhar di Mesir.

Apa yang Kerajaan Mukhriz harus lakukan ialah ‘process turnaround’ bagi menjadikan KUIN menguntungkan bukannya 'process trimming'. Kalau mahu seribu daya kalau tak mahu seribu dalih.

Mengapa universiti-universiti swasta yang diuruskan oleh tauke-tauke Cina seperti Universiti Lim Kok Wing, Taylor’s Universiti, Sunway Universiti dll boleh menguntungkan?

Malah FELDA mengeluarkan biasisiwa dengan menghantar ribuan anak-anak FELDA belajar di Universiti Lim Kok Wing yang mengamalkan pendekatan bebas sosial tanpa had konon untuk buka otak anak-anak FELDA. FELDA support siapa? dan siapa untung?.

KUIN boleh menguntungkan kalau ada iltizam ikhlas dari semua pihak yang tidak main politik termasuk pentadbir Kerajaan Negeri.

Panas ! Blogger Sekolahkan Muhkriz Tentang Isu Kuin......

Ini jawapan tentang sejarah Kuin semasa kerajaan Pakatan memerintah , wajar diperhalusi oleh kerajaan baru agar berfikir panjang tentang perancang dan pembangunan .

Jadi kalau kita malas menyelidik dan hanya mendengar pendapat orang sebelah parti mungkin kita akan berfikiran emosi.

Tulisan blogger mummy rokiah dibawah ada betulnya kita harus menyelesaikan permasalahan KUIN bukan kerana Politik tetapi.......


Kedah Mahu Selesai Masalah Kuin Tanpa Unsur Politik - MB



ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan memberi perhatian kepada kebajikan pelajar dan kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dalam menangani pelbagai masalah yang berlaku di kolej universiti milik kerajaan negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata kerajaan negeri mahu menyelesaikan masalah Kuin satu persatu tanpa ada sebarang unsur politik.

Beliau agak terkilan kerana ada pihak tertentu yang cuba memperlihatkan dan menimbulkan sesuatu yang ditolak oleh warga Kuin.


"Kerajaan negeri nak jaga kepentingan seluruh rakyat negeri ini. Jika ada sebilangan pelajar yang tak puas hati nak kena pindah dari (kampus induk) Kuala Ketil (ke kampus lama di Mergong), itu bukan keutamaan kita.

"Sebelum ini mereka telah kemukakan memorandum (berkenaan pelbagai masalah) di Kuin Mergong. Mereka (pelajar dan warga Kuin) tak perlu bimbang kerana kita telah sediakan kemudahan kelas dan asrama yang mencukupi (di Mergong)," katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan mesra di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman di sini. -1hb Ogos 2013



INI LAH KELAS YANG DIJANJIKAN BILA PELAJAR KULIYYAH MUAMALAT BALIK KE MERGONG : 1) SEMPIT ,2) BILIK KECIL ,3) FASILITY TIDAK MENCUKUPI ,4) PANAS

MAHASISWA, ANDA BIJAK MENILAINYA.


Gambar: INI LAH KELAS YANG DIJANJIKAN BILA PELAJAR KULIYYAH MUAMALAT BALIK KE MERGONG : 
 
1) SEMPIT
2) BILIK KECIL
3) FASILITY TIDAK MENCUKUPI
4) PANAS

MAHASISWA, ANDA BIJAK MENILAINYA.

"MUMMY ROKIAH HARUS MEMBUAT PENYELIDIKAN MENDALAM SOAL KUIN"- Anom 

Komen : Anonymous July 31, 2013 at 1:12 AM

Salam Ramadhan Mummy!!! Saya setuju apa yang Mummy tulis dan arah tuju Mummy yang menyokong kuat Dr Jamil yang pernah Mummy tuliskan dulu.
Oklah Mummy itu hak Mummy berpandangan. Mummy harus membuat penyelidikan mendalam soal KUIN yang berpindah ke Kuala Ketil.

Jangan babitkan Pentadbiran Negeri dalam soal ini kerana Pentadbiran waktu perancangan KUIN di Kuala Ketil telah tidak bersetuju dengan rancangan pembinaan Kampus KUIN di Kuala Ketil tersebut kerana kekurangan kewangan kerajaan.

Tetapi diteruskan juga oleh Kerajaan Negeri waktu itu konon untuk menunjukkan Kerajaan berupaya. Bila ditanya di dalam Dewan Negeri senang sahaja jawaban yang diberi.Kalau mereka terus memerintah mereka tahu untuk membayar hutang yang dibuat itu tetapi jika tidak memerintah terpulang kepada kerajaan yang ada.

Mummy!Jangan dibandingkan dengan IPTS yang lain kerana yuran yang dikenakan antara KUIN dan IPTS lain macam langit dengan bumi bezanya.Cuba naikkan yuran KUIN kalau tidak bergegar penentangnya.Ini sebenarnya masalah KUIN.Perkhidmatan dan segalanya mesti first class tapi bab yuran tiada class.

Cuba Mummy bandingkan semasa KUIN bertumpu kepada pengajian yang berkisar tentang Ilmu Islam seperti awal penubuhannya.KUIN terpaksa menolak kemasukan pelajar baru kerana model yang diikut adalah Universiti Al Azhar. Bila terlalu banyak pusat pengajian baru ditubuhkan maka ianya umpama kain selimut pendek.Pandai mengurus ni Mummy bukan dilihat pada degree apa dia miliki tetapi tergantung banyak pada niat seseorang itu.

Banyak kepincangan berlaku diKUIN.Bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi kebenaran itu boleh dibuktikan dengan angka dan fakta.Ustaz Azizan betul dengan impiannya tetapi pelaksananya menjahanamkan kepercayaan dan impian Uztaz Azizan.Kesian Uztaz Azizan.Sememangnya telah dinasehati Kerajaan dahulu supaya ditangguhkan dahulu pembangunan KUIN di Kuala Ketil kerana masalah kewangan Kerajaan Negeri tetapi tidak diikuti. Jadinya Mummy jangan salahkan Pentadbir kerana seorang Pentadbir hanya boleh menasehati pembuat dasar.

Selamat hari raya Mummy...

RESPON MR :-

Puan Anom July 31, 1:12 AM,

Terima kasih di atas respon puan, ada beberapa perkara yang diketengahkan sama-sama dapat kita ambil iktibar. Jika terdapat kesalahan kerajaan dahulu seharusnya kerajaan yang baru ambil alih tidak mengambil jalan mudah dengan memajak apa juga asetnya.


Kalau nak dikira kegagalan berapa banyak dasar kerajaan persekutuan juga yang gagal malah di ’bailout’ lagi.

1.“Mummy yang menyokong kuat Dr Jamil” – Apa juga tanggapan saya terima. Tetapi biar kita rasional dalam hal ini. Dapatan kajian awal saya Dr Jamil terlibat secara tidak langsung dalam Kolej Insaniah ketika beliau masih menjawat jawatan Timbalan Rektor di UIA dan ketika itu beliau juga aktif dalam Persatuan Anak-Anak Kedah atau ADAM (Anak Darul Aman yang terdiri dari kumpulan anak-anak Kedah di perantauan eg Kuala Lumpur).

Persatuan ini mempunyai hubungan rapat dengan MB Kedah ketika itu Datuk Seri Syed Razak dan banyak memberi buah fikiran kepada Syed Razak.

Salah satu nya ialah untuk dinaikkan taraf Kolej Insaniah kepada University College maka Dr Jamil menyahut cabaran ini dan berusaha membantu sehingga diiktiraf sebagai Kolej Universiti Insaniah.

Apabila Kerajaan PAS mengambil alih, MB Ustaz Azizan telah menghubungi Presiden UIA ketika itu Tan Sri Sanusi Junid untuk mengambil Dr Jamil mentadbir KUIN setelah mengetahui penglibatan Dr Jamil melalui ADAM dan Tan Sri Sanusi telah memberi sokongan di atas pelantikan beliau dan melepaskan Dr Jamil dari UIA.

2.“KUIN yang berpindah ke Kuala Ketil”- Keputusan pemimpin ada ketika tesurat dan ada ketika tersirat. Banyak keputusan Tun M yang tersirat e.g apabila beliau membuat keputusan untuk menubuhkan UUM di Sintok ketika itu kawasan ‘jin bertendang’. Ramai yang bantah dan jauh sekali jika dinilai dari segi ‘financial viability’ kalau keuntungan yang dicari. Tetapi lihat hasilnya hari ini Sintok yang satu ketika merupakan 'Ghost Town' telah tercatat nama bandar nya di Harvard.


3.“yuran yang dikenakan anatara KUIN dan IPTS lain macam langit dengan bumi bezanya.”- Keuntungan sesebuah universiti adalah dari yuran program-program post graduate; Master dan Doctorate. Untuk menganjur program ini tenaga pengajarnya harus lah berkelayakan seperti jumlah Professor dsbnya.

Difahamkan KUIN telah mendapat tenaga dari beberapa orang Professor Emeritus yang sanggup berkhidmat untuk anak Kedah kerana mereka juga anak Kedah e.g Professor Emeritus Dr Amir Awang- yang terkenal dari USM malah terkenal di luar negara juga, khasnya kalangan Universiti ternama.

Universiti swasta sanggup menawarkan bayaran lumayan kepada mereka ini tetapi di atas kecintaan sbg anak jati Kedah, Melayu dan Islam mereka sanggup berkhidmat di KUIN. (Lim Kok Wing sanggup beli untuk dapatkan Prof Emeritus padahal beliau bukan pun dari kalangan academician) sebab itu adalah nilai sesebuah universiti bukan bangunannya tetapi 'softwarenya' otak-otak kesarjanaan tenaga pengajarnya.

4. Sebab itu saya berpendapat KUIN mesti dinaikkan taraf kepada universiti penuh supaya mendapat peruntukan yang lebih dari Kerajaan Persekutuan dan dapat menghasilkan kajian-kajian tersohor yang akan menjadi rujukan dunia Islam di rantau ini dan graduannya kelak adalah produk yang bertaraf dunia.

5. Dari sudut pandangan politik:- Dulu semua pihak menentang cadangan penubuhan Universiti Merdeka yang ingin ditubuhkan oleh kerjasama kaum Cina MCA dan DAP kini hasil dari liberalisasi pendidikan, mereka telah berjaya jauh kehadapan lebih dari itu malah telah berapa banyak peruntukan telah disalur oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kolej Tunku Abdul Rahman dan Universiti Tunku Abd Rahman yang semuanya pelajar Cina . Sebaliknya kita masih lagi bergelut sesama sendiri di atas satu isu yang cetek.

6.Penjelasan saya yang ringkas ini adalah demi orang Islam dan Melayu Kedah.


WASSALAM. "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI"

Satu lagi Kes Tembak : Peniaga Emas Parah Ditembak Di Persimpangan Lampu Isyarat

Post Pic

Peniaga Emas Cedera Ditembak Di Persimpangan Lampu Isyarat Di Pandan Indah

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaan beliau berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha berwarna biru menghampiri kereta Toyota Camry yang dipandu peniaga itu pada pukul 8.45 pagi.

"Seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tiga das tembakan ke arah peniaga emas itu menyebabkan Wong Foo Yui, 34, cedera di bahu," katanya.




Beliau berkata dalam keadaan cedera, Wong memandu keretanya ke Balai Polis Pandan Indah, yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, untuk mendapatkan bantuan.

Amiruddin berkata Wong, yang berasal dari Jalan Klang Lama, kini dirawat di Hospital Ampang dan keadaannya dilapor stabil.

Kes tembak pada Jumaat adalah yang keempat dalam tempoh lima hari minggu ini.

Isnin lepas, Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi, 75, maut manakala isterinya, Chong Mei Kuen, 49, cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di sini.

Pada 29 Julai juga seorang lelaki cedera parah di paha kanan selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam di sini.

Rabu lepas pula, pemandu van kilang N. Jeevandran, 26, ditemui mati dengan dua kesan tembakan di atas kiri perut dan bahagian kanan bawah pinggang di persimpangan Jalan Permai Utama, Parit Buntar, Perak. - BERNAMA

Lajim bakal Ketua Perhubungan PKR Sabah?

Anwar meminta pimpinan PKR Sabah memberi peranan penting kepada pemimpin kanan terutama sekali Lajim Ukin supaya program parti di Sabah bertambah kukuh dan mantap


KOTA KINABALU: PKR Sabah dijangka mendapat ketua perhubungan yang baru bulan depan.

Demikian digambarkan ketua umum PKR, Anwar Ibrahim, dalam sidang medianya selepas majlis berbuka puasa bersama pemimpin PKR di Palace Hotel di sini sejurus tiba pada petang semalam.

“Mesyuarat (PKR Sabah) menentukan Ahmad Thamrin Jaini akan terus memegang jawatan ketua sehingga mesyuarat pimpinan parti di pusat (Kuala Lumpur) memutuskan ketua yang baru bagi Sabah bulan depan,” katanya.

Ketua pembangkang itu juga memberitahu yang beliau ada meminta pimpinan PKR Sabah supaya memberi peranan penting kepada pemimpin kanan terutama sekali Lajim Ukin, ADUN Klias, supaya program parti di Sabah bertambah kukuh dan mantap.

Lajim sebenarnya dilihat sebagai bakal pengganti Thamrin dan banyak pihak termasuk media menjangkakan Anwar akan membuat pengumuman itu hari ini namun tidak berbuat demikian pada saat akhir.

Lajim yang juga presiden Persatuan Kebudayaan Bisaya Bersatu Sabah merupakan satu-satunya calon pembangkang yang telah menumpaskan calon tunggal UMNO (Isnin Aliasneh) yang kalah di Sabah pada pilihanraya lalu.

Lajim yang juga digelar “Janang Gayuh” atau pemimpin agung oleh masyarakat Bisaya di selatan Sabah dikatakan mendapat sokongan 19 daripada 25 ketua cabang PKR di Sabah.

Menurut sumber parti, baru-baru ini 19 ketua cabang itu telah menghantar cadangan mereka kepada presiden parti, Dr Wan Azizah
Ismail, agar Lajim dilantik menggantikan Thamrin supaya parti akan lebih mantap. Lajim juga sekarang merupakan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Mengapit Anwar dalam sidang akhbarnya hari ini ialah Lajim dan Thamrin. Turut hadir ialah wakil-wakil rakyat PKR termasuklah Wilfred
Bumburing, Christina Liew, Jelani Hamdan, Jeremy Uku Malajad, Dr Roland Chia dan Terence Siambun.

Bukanlah membenci

Sumber-sumber parti pula memberitahu FMT yang ketua-ketua cabang bukanlah membenci Thamrin tetapi percaya Lajim akan membawa PKR lebih maju ke depan terutama dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang.

Mereka juga berkata, masa mungkin tidak sesuai untuk membuat pengumuman menukar Thamrin memandangkan beliau masih kurang sihat ekoran dikatakan serangan sakit jantung baru-baru ini.

Sementara itu Anwar pada sidang yang sama turut memberitahu beliau sedia memberi kesaksian di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah.

“Saya sedia memberi keterangan dan berkongsi maklumat yang saya ada ketika saya berada dalam Umno,” kata Anwar yang dulunya timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden Umno.

Menurutnya, esok di Kuala Lumpur pihaknya akan bertemu dengan pegawai kerajaan bagi RCI mengatur tarikh beliau hadir pada siasatan RCI yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu sejak beberapa minggu lalu.

Dr Rani letak jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor? Atau Kerana gangguan Cai-cai?

Dr Rani letak jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor?


Dua minggu lalu, Dr Rani Osman (gambar) menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta tempatnya sebagai pesuruhjaya PAS Selangor digantikan orang lain.

Namun, pada 31 Julai, beliau menghantar satu lagi SMS memaklumkan beliau bersedia mengekalkan jawatan itu jika diamanahkan oleh pucuk pimpinan PAS.

Ketika SMS pertama dihantar, PAS sedang hangat membincangkan isu Kota Damansara yang menghantui parti itu kerana disalahkan akibatkan kekalahan calon dipersetujui Pakatan Rakyat (PR).

Calon PAS bertanding di situ dan menyebabkan berlaku pertandingan tiga penjuru antara calon PAS, PKR dan Barisan Nasional (BN).

Hasilnya, BN menang dan PR kehilangan kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya 2008 lalu.

Sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani rasa bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Lebih pun mesyuarat demi mesyuarat, pertemuan demi pertemuan, lobi demi lobi dan sebagainya menjelang pilihan raya ke-13 lalu, amat memenatkannya.

Dr Rani tidak mengejar jawatan. Beliau menerimanya berdasarkan amanah jamaah dan tanggungjawab.

Selepas pilihan raya umum lalu - dalam satu mesyuarat dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor – nama Dr. Rani disenarai sebagai exco kerajaan negeri bersama tiga lagi pemimpin PAS.

Nama mereka dikemaskini sebelum dihantar kepada Sultan Selangor untuk pengesahan sebelum dilantik sebagai exco.

"Ketika itu, Dr Yunus Khairi gembira bukan main kerana namanya terkeluar dari senarai. Isteri beliau mengucapkan terima kasih kepada saya kerana 'memberikan' semula suaminya," kata Dr Rani ketika ditemui The Malaysian Insider di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, pada Rabu.

Keesokannya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menelefon memaklumkan senarai terkini exco Selangor yang diterima Istana. Nama Dr Rani terkeluar dari senarai itu dan nama Dr Yunus terpilih.

"Betul ke Tok Guru? Confirm ke? Presiden kata ye confirm, baru lepas bercakap dengan Tan Sri Khalid. Kau tahu apa aku buat, aku takbir," kata Dr Rani dengan penuh semangat.

Inilah cerita yang beliau kongsikan ketika ditanya - adakah beliau mahu melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor selepas tidak terpilih sebagai exco.

Bagi Dr Rani, memegang jawatan exco adalah bebanan dan bakal berhadapan pengiraan yang teruk di akhirat.

Atas sebab itulah, beliau berasa tidak mampu lagi memegang jawatan pesuruhjaya PAS negeri itu selepas Muktamar Tahunan November ini.

Pihak yang paling marah dengan tindakan Dr Rani itu ialah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim selalu disebut beliau sebagai Presiden Kelab 52 iaitu kelab orang-orang yang rendah ketinggiannya, bawah lima kaki dua inci, sebagaimana beliau.

"Ingat anta (awak) sorang je ke yang nak letak jawatan kalau boleh. Ana pun nak, tetapi ini amanah," kata Tuan Ibrahim kepadanya.

Selepas dua minggu Dr Rani juga terfikir. Adakah Presiden PAS akan tersalah faham dengan SMS pertamanya dahulu. Beliau bimbang kalau-kalau dituduh mahu lari dari tanggungjawab.

Atas dasar itulah, beliau menghantar satu lagi SMS memaklumkan beliau sedia menerima jawatan itu jika diberikan amanah lagi.

Dr Rani dilantik menjadi Pesuruhjaya kira-kira dua tahun lalu apabila Datuk Dr Hassan Ali dipecat dari PAS awal Januari 2012.

KKetika ura-ura bertiup kencang beliau dipilih memegang jawatan itu bagi menggantikan Dr Hassan, Dr Rani berkata kepada rakannya:

"Jika aku tidak terpilih, aku akan belanja awak dua ekor kambing," katanya sebagai tanda gembira.

"Nasib kurang baik, saya terpilih. Saya pun lepaslah kambing itu," kata Dr Rani.

Dr Rani mencipta rekod tersendiri sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. Di bawah kepimpinannya, PAS Selangor dilihat paling kuat, paling baik dan paling berjaya.

PAS Selangor mencipta sejarah tersendiri apabila menang 15 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen di negeri itu dalam pilihan raya ke 13 lalu.

Dalam Pilihan Raya 2008, PAS menang lapan kerusi DUN sahaja. Dengan memenangi 15 kerusi Dun, pilihan raya 2013 adalah pencapaian PAS yang terbaik di Selangor sehingga Dr Rani disebut-sebut sebagai bakal MB Selangor selepas pilihan raya umum lalu.
Dr Rani menyertai PAS pada 1999 bersama-sama dengan puluhan ribu rakyat Malaysia yang lain menyertai PAS ketika era reformasi. Dr Hassan Ali menyertai PAS sedikit lebih awal, namun dalam era yang sama.

Beberapa tahun kemudian, Dr Rani, graduan perubatan dari Mesir, dilantik sebagai Yang Dipertua PAS Kapar. Pada 2004, beliau buat pertama kali bertanding di DUN Meru tetapi kalah dengan undi lebih 5,000.

Dalam percubaan keduanya, PRU 2008, Dr Rani menang bergaya mengalahkan calon BN dengan majoriti 5,513 undi. Dalam PRU 13, beliau menang dengan majoriti lebih besar iaitu 9,079 undi.

Kini, semua ahli dan pimpinan PAS tertumpu kepada muktamar November ini. Dr Rani bakal menjadi tuan rumah kali ini kerana ia akan dilangsungkan di Shah Alam, Selangor.

Muktamar ini amat penting untuk PAS kerana, ia berjalan dalam suasana PAS berada di persimpangan.

Kira-kira 31 tahun selepas ditubuhkan pada 1951, kepimpinan Datuk Asri Haji Muda bertukar tangan pada 1982 (1951-1982) . Pada tahun itu konsep kepimpinan ulama diperkenal selepas usul mengenainya diluluskan oleh Muktamar Dewan Pemuda PAS di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Kini, pada 2013, kepimpinan ulama dalam PAS juga berusia 31 tahun (1982-2013). Apakah akan berlaku dalam muktamar yang tuan rumahnya adalah Dr Rani kali ini. Semua sedang memerhatikannya.

01 Ogos 2013

Rasmi : Honda Accord 2.4L dan 2.0L akan menggantikan Proton Perdana Executive dan Proton Inspira




Nampaknya memang sah pihak kerajaan Malaysia akan menggunakan kereta rasmi baharu bagi menggantikan model Proton Perdana Executive dan Proton Inspira. Model baharu yang akan digunakan itu tidak lain ialah Honda Accord 2.4L dan juga Accord 2.0L, seperti mana digembar-gemburkan sebelum ini bahawa Proton akan melakukan tugasan ‘rebadging’ model Accord untuk ditukar kepada model Perdana baharu.

Surat pekeliling arahan mengenai perkara tersebut telah dikeluarkan oleh Jabatan Perbendaharan Negara, anda boleh membacanya melalui imej yang sempat saya rakamkan di pejabat sebentar tadi. Bagaimanapun, di dalam surat pekeliling tersebut tidak pula dinyatakan jika Honda Accord yang bakal digunakan itu merupakan model Perdana baharu setelah ditukar lencananya oleh Proton.


Atau mungkin pihak kerajaan tidak lagi keberatan untuk menggunakan sebuah kereta rasmi berlambangkan logo Honda setelah lama menggunakan Perdana Executive yang dikatakan menelan kos penyelenggaraan tinggi itu. Lagi pun pada pendapat saya, tidak ada salahnya pihak kerajaan menggunakan model sebenar Honda Accord untuk urusan rasmi tanpa berlambangkan logo Proton.


~Keretamoto.com

Gambar Kereta Rasmi Kerajaan

Hot : Mahkamah Kembali Ke Zaman Mahathir, Persepsi Rakyat Jangan Dipersalah?

Kuala Brang catat kos petisyen paling tingggi, RM150,000 


KUALA TERENGGANU: Petisyen pilihan raya Dewan Undangan Negeri Kuala Brang mencatat rekod kos petisyen paling tinggi apabila pempetisyen dikenakan kos RM150,000.

Hakim Mahkamah Pilihanraya Kuala Terengganu, Datuk Mariana Yahya menolak petisyen yang dibuat oleh seorang pengundi di kawasan itu, Ahmad Zamani Yusof.

Mahkamah menganugerahkan kos sebanyak RM50,000 dibayar kepada setiap respondan petisyen ini iaitu Adun Kuala Brang, Tengku Putera Tengku Awang, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Pegawai Pengurus pilihan raya DUN ini.

Sebelum ini, hakim yang sama menganugerahkan hanya RM30,000 kepada wakil rakyat PAS dari Dun Teluk Pasu Ridhuan Hashim dan Rantau Abang, Alias Harun.

Dalam petisyen itu, petisyen BN terhadap mereka ditolak oleh mahkamah yang sama.

Dalam pilihan raya umum lalu, calon PAS Muhyidin Abdul Rashid kalah kepada Tengku Putera dengan majoriti 449 undi di Dun Kuala Brang.

Sebelum ini, rekod kos petisyen dicatat oleh calon PKR untuk parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, apabila dikenakan kos RM120,000.

Ekoran itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa bimbang dengan penolakan petisyen pilihan raya yang dibuat dengan alasan teknikal sedangkan mahkamah meletak jumlah kos yang tinggi setiap petisyen.

Semalam Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu membangkit isu ini dalam sidang medianya.

"Kes-kes pengendalian pilihan raya semacam ada pengarahan. Ia diselesaikan tanpa perbicaraan dan kos yang dituntut mahkamah amat luar biasa yang dikenakan ke atas petisyen dari PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat," kata Mohamad Sabu dalam sidang media itu.

Ekoran itu, beliau mewakili PAS melahirkan rasa pelik dengan kepincangan yang berlaku sedangkan sebelum ini pihak SPR dan kerajaan berkata, mana-mana yang tidak berpuashati dengan perjalanan pilihan raya ini boleh membawanya ke mahkamah.

"Jangan salahkan rakyat jika ada persepsi di kalangan mereka mahkamah sekarang telah kembali ke zaman Dr Mahathir dulu yang boleh ditentukan keputusannya dan berlaku beli belah hakim yang menyebabkan rakyat tidak mendapat keadilan sebenarnya," tambah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media yang sama.


Beliau bimbang, selepas protes kepada SPR, rakyat akan buat protes pula di depan Istana Keadilan kerana tidak berpuashati dengan pengadilan kes petisyen pilihan raya ini.


Written by Harakahdaily

Hot! 90% Wanita Masih Sokong Kak Jat, Dia Pakai Ilmu Apa ha?



Azalina Othman Sedia Mencabar Untuk Jawatan Ketua Wanita:

Saya menawarkan diri bertanding Ketua Wanita kerana sudah tiba masanya ada Generasi Kepimpinan Wanita UMNO yang Bijak, Berani Dan Benar.


Exco dakwa 90% Wanita Umno sokong Shahrizat

Barisan penyokong Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berpendapat, ketua Wanita Umno tersebut masih merupakan tokoh terbaik untuk memimpin sayap parti berkenaan walau timbul gesaan demi gesaan agar bekas menteri tersebut berundur.

Antaranya ialah ketua Wanita Umno Pahang Datuk Rosni Zahari yang berpendapat bahawa individu yang menimbulkan perkara tersebut tidak layak menyuarakan gesaan seperti itu.

Beliau berkata demikian bagi membidas kenyataan bekas setiausaha pergerakan tersebut, Datuk Faridah Abu Hassan yang turut membangkitkan mengenai prestasi Wanita Umno bawah pimpinan Shahrizat.

Faridah dalam kenyataannya kepada Malaysiakini pada Ahad lalu juga dengan keras mempersoalkan kewibawaan Shahrizat untuk memimpin Wanita Umno dengan membangkitkan mengenai skandal pinjaman RM250 juta bagi National Feedlot Corporation (NFC) yang diusahakan keluarga Shahrizat.

Rosni ketika ditanya mengenai skandal NFC menegaskan bahawa isu berkenaan hanyalah "pandangan peribadi" Faridah.

Rosni seterusnya memuji ketokohan Shahrizat dan usaha yang dilakukan oleh bekas MP tersebut dalam memimpin Wanita Umno.

"Gerak kerja, programnya beliau (Shahrizat) yang tersusun, kerja dengan penuh kasih sayang. Beliau mengambil tahu hal berkaitan dengan semua ketua wanita (negeri, bahagian dan cawangan). Hampir semua ketua Wanita bersependapat dengan saya," katanya.

'Eranya sudah berakhir'

Beliau seterusnya mempersoalkan prestasi yang ditunjukkan Faridah semasa berkhidmat bawah kepimpinan ketua Wanita Umno pada masa itu, Tan Seri Rafidah Aziz.

"Era dia untuk memberi komen mengenai gerak kerja (Wanita) telah berlalu. Kenapa beliau semasa menjadi setiausaha, beliau tidak mengatur program yang lebih hebat daripada Shahrizat.

"(Kalau hebat) mengapa Rafidah (Aziz) kalah (pada pemilihan ketua Wanita) dulu," kata Rosni lagi ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Faridah dalam kenyataannya menggesa agar Shahrizat berundur daripada jawatan ketua Wanita dan tidak menggunakan alasan "perlawanan ibu dan anak" untuk mengelak daripada dicabar oleh bekas ketua Puteri Umno Datuk Azalina Othman Said.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan itu, seorang rakan sejawatan Rosni, Datuk Maznah Abdul Hamid menjelaskan semula kenyataan Shahrizat berhubung "perpecahan antara ibu dan anak" dalam pertandingan itu kelak.

Jelasnya, Shahrizat hanya ingin mengelakkan perpecahan berlaku di dalam parti dan bukannya menghalang daripada dicabar.

"Tidak timbul (menghalang untuk bertanding). Sebab Shahrizat kata 'silakan'. Cuma dia bimbang orang (provokasi) hingga berlaku pepecahan (dalam Wanita) di bahagian, itu maksud beliau," kata Maznah.

90% sokongan

Beliau juga yakin bahawa 191 bahagian Wanita Umno akan memberi 90 peratus sokongan kepada Shahrizat sekiranya berlaku pertandingan.

Dakwanya, tinjauannya menunjukkan bahawa akar umbi Wanita Umno lebih menyukai calon yang mempunyai "pengalaman sebagai wanita, ibu, isteri dan serta mempunyai sifat keibuan dan pengalaman cabaran dalam menguruskan rumah tangga".

"(Mereka) beranggapan bukan sahaja politik tetapi juga mempunyai kefahaman daripada pelbagai aspek seperti kekeluargaan, spiritual dan emosional. Bukan fizikal dan (faham) politik semata-mata.

"Kalau tidak ada kriteria itu, agak sukar untuk menyaingi dan memenangi (jawatan tersebut), sebab Wanita Umno memilih kriteria itu," katanya.

Maznah berkata sokongan 90 peratus di kalangan 191 bahagian Wanita akan membuka peluang kepada Shahrizat bagi memenangi dalam pemilihan sayap parti itu September ini berbanding 10 peratus yang didakwanya tidak memihak kepada Shahrizat.

Sementara itu, seorang lagi exco sayap tersebut, Datuk Norhayati Omar pula berkata Shahrizat seharusnya diberi peluang sekurang-kurangnya untuk satu penggal lagi untuk memantapkan parti.

"Saya fikir beliau pun tidak akan memegang lama, kalau dia nak tinggal, mesti tinggal Wanita dalam keadaan kuat.

"Menang sepenggal lagi untuk memantapkan Wanita dan beliau akan meninggalkan satu legasi untuk diteruskan (selepas itu)," katanya.


Apa Pulak Kak Pidah Nak Kata :

Pertandingan jawatan tertinggi Umno cara terbaik ukur populariti, kata Rafidah



Pertandingan bagi merebut jawatan tertinggi parti adalah cara terbaik untuk barisan kepimpinan Umno mengukur kekuatan masing-masing di kalangan ahli, kata bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz (gambar) kepada The Malaysian Insider.

Pemimpin veteran itu berkata, langkah untuk membuka pertandingan kepada semua jawatan adalah cara terbaik mengukuhkan perpaduan dan kekuatan parti.

“Hanya selepas itu anda dapat menyaksikan siapa yang mempunyai kemahiran kepimpinan lebih baik untuk memegang parti bersama dan membuat keputusan bagi kebaikan keseluruhan jentera, dan bukan untuk kroni mereka sahaja,” katanya dalam satu temubual khas.

Beliau berkata, bekas Timbalan Presiden parti, Tun Musa Hitam pernah mencadangkan supaya semua jawatan tertinggi Umno dipertandingkan untuk mengekalkan prinsip asas demokrasi.

Pemilihan Umno akan berlangsung pada Oktober iaitu lebih awal daripada tarikh mesyuarat agungnya yang dijangka bermula pada Disember depan.

“Alasan menyatakan jika kamu bertanding, ia akan memecahbelahkan parti itu adalah mengarut,” Musa pernah dipetik berkata demikian kepada Singapore Straits Times dan menambah:”Ia semata-mata alasan berunsur politik oleh penyandang atau mereka yang bimbang dengan jawatan masing-masing.”

Pernah dilabelkan sebagai `wanita besi’ dalam arena politik negara, Rafidah berkata, jika cadangan Musa dilaksanakan, Umno tidak akan kerugian apa-apa.

“Seperti yang saya kata tadi, jika ini dilakukan demi kebaikan parti, mengapa perlu takut?

“Lebih pun, pertandingan itu memang diwujudkan, jadi teruskan saja (bertanding),” katanya yang memimpin Wanita Umno selama 22 tahun.

31 Julai 2013

Isu Syiah Dimainkan Untuk Alih Perhatian Kes Jenayah


KUALA LUMPUR: Menggembar-gemburkan isu Syiah untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu-isu yang menekan mereka seperti kenaikan kadar jenayah dan kenaikan harga barang tidak akan berjaya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Tindakan menggembar-gemburkan isu Syiah semakin kelihatan seperti tindakan terancang untuk mengalihkan perhatian orang-orang Melayu dari isu-isu yang lebih menekan mereka seperti kenaikan kadar jenayah yang semakin menakutkan dan kenaikan harga barangan.

"Tetapi tindakan itu pasti tidak akan berjaya kerana rakyat sudah semakin tahu dengan taktik mengalihkan perhatian itu," katanya.

Salahuddin juga melihat apa yang dilakukan itu sebagai lanjutan untuk "mengepung penyokong dan sokongan".

"Boleh dikatakan orang-orang Melayu adalah satu-satu pasaran yang masih terbuka untuk kepentingan politik Umno.

"Umno tahu ia tidak akan dapat menipu semua orang. Tetapi apa yang terus dilakukan oleh parti itu adalah semata-mata untuk mengepung penyokong dan sokongan sedia ada dari terlepas kepada pihak lain.

"Penyokong dan sokongan yang sedia ada perlu dilalaikan dengan perkara-perkara yang sensasi supaya mereka tidak sensitif langsung dengan isu-isu lain yang lebih menekan kehidupan rakyat," katanya.

Malah, katanya lagi, sering kali berlaku apa yang disensasikan untuk mengepung penyokong dan sokongan itu bukannya berasaskan kebenaran tetapi sengaja untuk menimbulkan keraguan.

"Sudah terlalu kerap kita melihat isu-isu yang disensasikan itu hanyalah semta-mata bertujuan untuk menimbulkan keraguan dan akhirnya terbuktikan tidak benar sama sekali," kata beliau.

Salahuddin berkata, isu Syiah tidak perlu diapi-apikan kerana enakmen dan undang-undang yang sedia ada boleh digunakan untuk menanganinya.


"Kalau kerajaan pernah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pengikut-pengikut Syiah, mengapa tidak digunakan enakmen dan undang-undang yang sudah lama ada.

"Mengapa sengaja membuat bising seolah-olah tidak ada enakmen dan undang-undang yang boleh menangani perkara itu?" beliau mempersoalkan.

HoT : Noh Omar Sudah Gila Kata Soi Lek

Soi Lek: Noh Omar sudah gila

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyelar Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kerana menggesa pihak berkuasa menyiasat pendedah maklumat dalam kontroversi "kantin bilik persalinan" bawah Akta Hasutan.




"Beliau sudah gila... Inilah apa yang kita panggil penyalahgunaan Akta Hasutan," katanya kepada Malaysiakini.

Chua (kanan) sebaliknya berkata, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah yang sepatutnya didakwa menghasut kerana memberitahu pelajar untuk balik ke kampung halaman nenek moyang mereka.

Berhubung insiden di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Chua berkata, ibu bapa cuma bimbangkan anak mereka tidak dilayan dengan baik.

Justeru, katanya, ibu bapa patut dilibatkan bersama dalam perbincangan bagi mencari penyelesaian yang baik.

"Pengetua Sri Pristana dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) patut mendekati ibu bapa. Amat dikesalkan apabila pemimpin kanan Umno seperti Noh boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu," katanya.

Kedah Aman Makmur : Industri Ayak Ketum, Pengedar tumbuh macam Cendawan?



Ayak Ketum Campuk ubat batuk, memang dah top di Kedah, pergi di daerah mana depa dah juai macam ayak tebu bro.....

Pengedar ketum nangis teresak , TERKENAL DENGAN PANGGILAN KELADU!!!

BALING- Terfikir perayaan Aidil Fitri yang bakal menjelang, seorang pemuda menangis teresak setelah ditahan kerana memproses dan menjual air ketum di sebuah rumah di Kampung Tok Kaya, Pulai kira-kira jam 12.45 pagi, semalam.

Pemuda yang baru berusia 19 tahun itu dikatakan penjual utama air ketum kepada penduduk sekitar kawasan Pulai.

Ketua Polis Daerah Baling, Superetendan Mat Daud Mat Hassan berkata, polis pernah membuat beberapa kali serbuan di rumah terbabit sebelum ini, tetapi suspek berjaya melarikan diri.

Menurutnya, seramai enam anggota yang diketuai oleh Inspektor Mohamad Helmi Abdul Hamid melakukan serbuan ketika suspek ingin keluar dari rumah terbabit.

"Hasil serbuan, polis berjaya menemui 88 bungkus air ketum bersama daun yang belum diproses dalam rumah terbabit. Manakala, 23 botol ubat batuk ditemui dalam beg pemuda terbabit," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pemuda terbabit menangis ketika disoal siasat oleh anggota polis di Ibu Pejabat Polis setelah terkenang mengenai perayaan aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

"Kita percaya, masih ada lagi rakan mangsa yang menjadi 'runner' dalam penjualan ketum ini. Polis akan memastikan ke semua yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.

Menurutnya, polis akan terus mengambil tindakan kepada mereka yang masih berdegil melakukan kegiatan penjualan air ketum ini.

Katanya, penahanan pemuda terbabit dapat melumpuhkan kegiatan menjual air ketum di kawasa sekitar Pulai dan berhampiran kawasan itu.

Pemuda terbabit bakal menyambut Aidil Fitri di dalam penjara sekiranya mahkamah memutuskan hukuman penjara mandotori kepada pemuda terbabit.

Kes akan disiasat mengikut seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terkini : Insiden Kematian Tembakan Di Parit Buntar



Lelaki ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di Parit Buntar

PARIT BUNTAR: Seorang lelaki ditemui maut dengan tiga kesan tembakan pada tubuhnya di kawasan persimpangan Jalan Permai 2, Parit Buntar di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 9.40 pagi itu, lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan sedang menunggang motosikal sebelum orang ramai mendengar bunyi tiga das tembakan.

Polis menemui dua kesan tembakan di rusuk kanan dan kesan tembakan di perut serta menemui tiga kelongsong peluru di tempat kejadian yang berdekatan Pejabat Pendidikan Daerah.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan mengesahkan kejadian dan polis masih menjalan siasatan lanjut.

Menurut Pelajar-pelajar dari sekolah berdekatan juga mengesahkan mereka terdengar 3 das tembakan di lokasi yg juga tidak jauh dari pejabat pendidikan daerah itu

Mangsa dipecayai berbangsa india berdasarkan saksi mata yg dilihat sekarang masih ramai kaum india yg berkumpul di tempat kejadian.


Berita dari Twitter : Berita penuh menyusul lagi.....

DrRajaIskandar Raja Ahmad Iskandar   23 minit
Satu lagi insiden kematian tembakan. Berlaku di Parit Buntar sebentar tadi.. Kita dlm keadaan
tak selamat

HOT : BON HUTANG KERAJAAN MATANG BERNILAI RM10 BILION...HARAP KERAJAAN DAPAT JELASKAN?


Mengikut laporan agensi berita Bloomberg hari ini pula, sebanyak 33 peratus hutang Malaysia kepada pihak asing, dikatakan bernilai US$2.9 bilion mencapai tempoh matang esok hingga menjadi antara punca keadaan pasaran tidak menentu.




Aktiviti jualan berterusan menyebabkan aliran keluar mata wang menjadi lemah. Gambar The Malaysian Insider, Afif Abd Halim

Ringgit Malaysia jatuh 15 tahun lebih rendah apabila nilainya susut RM2.586 berbanding dolar Singapura

Setiap tahun, ringgit jatuh sebanyak 5.5 peratus, sekaligus berita gembira buat rakyat Malaysia yang bekerja di republik itu.

Aktiviti jualan berterusan yang dilakukan kerajaan Malaysia menyebabkan aliran keluar mata wang menjadi lemah," kata Pengarah Urusan, Aberdeen Asset Management’s Sdn Bhd, Gerald Ambrose kepada The Malaysian Insider.

Mengikut laporan agensi berita Bloomberg hari ini pula, sebanyak 33 peratus hutang Malaysia kepada pihak asing, dikatakan bernilai US$2.9 bilion mencapai tempoh matang esok hingga menjadi antara punca keadaan pasaran tidak menentu.

Apapun, rakyat Malaysia yang bekerja di seberang Tambah Johor sepatutnya gembira dengan perkembangan itu berikutan sebahagian pendapatan kembali kepada mereka.

Bagaimanapun, kejatuhan ringgit itu yang menjadikan eksport Malaysia lebih murah, dijangka tidak memberi kesan besar berikutan permintaan sudah menurun pada separa awal tahun.

Pengukuhan dolar Singapura bakal menyaksikan lebih banyak pelaburan oleh rakyat republik itu dalam pasaran hartanah Malaysia yang sedia kala banyak didominasi mereka.

Rakyat Singapura antara warga asing yang aktif melibatkan diri dalam pasaran hartanah di Malaysia dan dipersalahkan kerana ia menyebabkan kenaikan mendadak harga hartanah di bandar utama di Malaysia.

Mengikut undang-undang Malaysia, warga asing hanya dibenar untuk membeli hartanah bernilai lebih RM500,000.

Ketua Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua pula memberitahu The Malaysian Insider, usaha untuk mengkaji secara teliti punca kejatuhan ringgit dijangka memerlukan mengambil masa yang panjang.

30 Julai 2013

Terkini: Pinjaman Kereta 2013 Hanya Maksimum 7 Tahun Sahaja?



Pinjaman Kereta 2013 Terus Diperketatkan? Maksimum 7 Tahun Sahaja. Apa Kata Anda? Pengeluar Kereta?





Sebenarnya ramai yang terasa bahangnya sejak Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan “perang” mengurangkan kadar hutang isi rumah melibatkan hutang rumah, hutang pinjaman peribadi. Dan terbaru….

Dan terbaru, berdasarkan maklumat yang Berita Semasa terima daripada pegawai tinggi bank _______________ dan kami pasti kalangan kakitangan bank terpilih sudah sedia maklum yang mana Bank Negara akan beralih tumpuannya untuk mengetatkan pula hutang pinjaman kereta.


 Ini kerana pinjaman kereta termasuk dalam 3 hutang di bawah ini bagi kategori hutang yang paling tinggi melibatkan hutang isi rumah rakyat Malaysia :

pinjaman perumahan (sudah diperketatkan)
pinjaman kereta (nantikan. tidak lama lagi)
penggunaan peribadi ((sudah diperketatkan)



Bank Negara tidak pilihan lagi, iaitu bertindak tegas daripada sekarang sebelum menjadi “nanah” yang boleh merosakkan dan melumpuhkan ekonomi negara apabila hutang rakyat Malaysia semakin tidak terkawal.

Berita Semasa dimaklumkan pelaksanaan mengetatkan hutang pinjaman kereta akan dihadkan maksimum 7 tahun sahaja berbanding 9 tahun yang digunapakai sekarang ini.


 Dijangka hutang pinjaman kereta akan mula diperketatkan bermula seawal minggu hadapan iaitu bulan Ogos hadapan.

Yang menjadi kerisauan Berita Semasa jika mekanisme seperti ini dilaksanakan, pemberi pinjaman berlesan akan menjadi tumpuan utama selepas ini yang boleh mengakibatkan masalah akar umbi tidak dapat diselesaikan secara tuntas. Kalangan anak muda yang “terdesak untuk membeli kereta” akan mencari jalan alternatif lain, tanpa memikirkan akibat yang bakal ditanggung mereka kelak.

Apa kata anda dengan pelaksanaan terbaru Bank Negara tidak lama lagi ini, dan apa agaknya respon pengeluar kereta yang pernah panas punggung (SEPERTI DI SINI) kelak apabila pinjaman kereta semakin diperketatkan? ~ BS

KEDAH AMAN MAKMUR, MAKNANYA ORANG BERNIAGA SENANG CARI MAKAN..? NIE YANG HANGPA MERUNGUT PASAI APA....

SELEPAS KEDAH DIAMBIL ALIH OLEH UMNO/BN BERMENTERI BESARKAN ANAK MAHATHIR...PENIAGA NAK DAPAT RM1 SEHARI JUALAN PUN PERIT DAN SAKIT!!!!!!


Hasil jualan RM1 sehari

PENDANG – 'Hasil jualan saya dapat hanya RM1 sehari, ada hari kadang-kadang tak dapat langsung,’ itulah situasi yang terpaksa dihadapi seorang peniaga kedai kasut yang terpaksa menanggung kerugian selepas diarah berpindah oleh Majlis Daerah Pendang (MDP) ke premis perniagaan lain tiga bulan lalu.

Tee Hong Lan, 48, berkata, dia bimbang melihat perniagaannya yang semakin merosot selepas berpindah dari Wisma Seri Pendang ke bangunan Seroja.

Menurutnya, sudah 10 tahun dia menjalankan perniagaan di Wisma Seri Pendang dengan memperoleh hasil jualan sebanyak RM300 sehari. Pendapatan bulanan pula boleh mencecah RM10,000.

“Saya diarah berpindah ke sini selepas bangunan perniagaan lama dijadikan pejabat pentadbiran MDP yang diubah suai menjadi Wisma MDP.

“Sejak berpindah tiga bulan di sini saya hampir menangis, kerana tiada pelanggan langsung yang datang,” katanya kepada Sinar Harian.

Hong Lan berkata, perniagaannya merosot teruk berpunca daripada laluan masuk ke kawasan itu dijadikan laluan sehala menyukarkan pelanggan berkunjung ke kawasan itu.

“Selain laluan sehala, masalah parkir juga terhad turut memberi kesan kepada rata-rata perniagaan di situ.

“Dulu bila Ramadan, saya akan buka kedai sampai lewat malam tetapi sekarang jam 5 petang kawasan ini sudah sunyi sehingga saya terpaksa tutup kedai,” katanya.

Dia berkata, selain kasut dia juga menambah beberapa barang-barang perniagaan lain seperti pakaian, makanan ringan dan pelbagai jenis permainan kanak-kanak untuk menarik pelanggan namun usaha itu dilihat tidak berhasil.

Keadaan itu menyebabkan dia bingung memikirkan bayaran sewa premis yang terpaksa dijelaskan setiap bulan sebanyak RM300.

“Sejak berpindah di sini saya masih lagi tidak dapat menjelaskan bayaran sewa kerana bagi saya bayaran sewa yang dikenakan adalah tinggi sedangkan ruang premis diberikan sempit.

“Saya tidak berpuas hati apabila bayaran sewa yang dikenakan terhadap saya RM300 sedangkan premis lain di kawasan itu dikenakan sebanyak RM100 sahaja,” katanya.

Ruang kedai yang sempit turut menyebabkan Hong Lan tidak dapat membuka semua barang-barang perniagaannya daripada kotak dan masalah itu turut dibincangkan oleh pihak berkenaan.

Katanya, ketika mula berpindah ke bangunan perniagaan baru dia terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri memasang besi syiling ,lampu dan cat dengan jumlah keseluruhannya sebanyak RM3,000.

“Saya berharap agar pihak berkenaan dapat mencari jalan penyelesaian berhubung masalah ini. Saya juga difahamkan bukan perniagaan saya sahaja merosot tetapi banyak lagi perniagaan sekitar kawasan ini yang mengalami nasib yang sama,” katanya kepada Sinar Harian.

100 peniaga Pekan Rabu bantah tindakan kerajaan UMNO Kedah

UMNO ternyata gagal dalam mengurus rakyat berniaga!



ALOR SETAR - Kira-kira 100 peniaga Pekan Rabu, dekat sini, mengadakan demonstrasi aman kira-kira sejam di pekarangan kompleks perniagaan berkenaan kerana mendakwa kewujudan tapak niaga di kawasan parkir menyulitkan mereka.

Peniaga, Abdul Hamid Muhammad, 59, berkata, sejak kompleks perniagaan itu beroperasi kira-kira 35 tahun lepas, perniagaan mereka tidak pernah terjejas.

“Bagaimanapun, sejak awal Ramadan ini apabila kawasan parkir dijadikan tapak niaga, sambutan diterima kami agak hambar dan kurang memberangsangkan.

“Ia turut mengakibatkan masalah meletakkan kenderaan berlaku apabila hampir 60 tapak parkir dijadikan lot tapak niaga, yang mana ia turut menyukarkan kami untuk membawa masuk stok ke dalam kedai,” katanya.

Abdul Hamid berkata, mereka dikenakan saman apabila meletakkan kenderaan untuk memasukkan stok, walaupun beberapa kali mengemukakan aduan namun, pihaknya menerima maklum balas mengecewakan apabila pihak majlis bertegas untuk membenarkan perniagaan dijalankan.

Menurutnya, dia mengalami kerugian agak banyak kerana hanya memperoleh sekitar RM50 sehari berbanding lebih kurang RM300 hingga RM 400 sebelum ini.

“Selepas ini, mereka berharap Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tidak meneruskannya pada masa akan datang,” katanya.
Manakala, peniaga, Mohd Abdullah Kadir, berkata, kebanyakan peniaga mengalami kerugian walaupun berada di kawasan agak strategik, jadi mereka merasakan tindakan menukar kawasan parkir menjadi tapak niaga ini tidak adil.

Katanya, kadangkala dia tidak memperoleh pendapatan langsung kerana orang ramai sukar meletakkan kenderaan masing-masing hingga menyebabkan mereka enggan memasuki kompleks perniagaan itu.

Sementara itu, Datuk Bandar MBAS, Datuk Mat Noh Ahmad, berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan dakwaan dikemukakan kebanyakan peniaga Pekan Rabu bahawa perniagaan mereka hambar berikutan kawasan parkir dijadikan tapak niaga.

Bagaimanapun, beliau mengakui berlakunya masalah kekurangan kawasan parkir berikutan satu kawasan meletakkan kenderaan di Pekan Rabu ditutup untuk memberi laluan kepada operasi perniagaan sepanjang Ramadan.


“Peniaga tapak karnival jualan Ramadan memaklumkan jualan mereka juga tidak menggalakkan dan tidak ramai yang keluar membeli lagi buat masa ini. Jadi, saya berpendapat bahawa sambutan hambar disebabkan penduduk masih belum mendapat gaji.

“Masih ramai penduduk tempatan yang belum pulang untuk berhari raya, jadi selepas ini jualan mereka tak kira sama ada peniaga Pekan Rabu mahupun peniaga tapak karnival jualan Ramadan pastinya akan meningkat,” katanya.

Hot : Mai Tengok Angka-Angka HUTANG RAKYAT MALAYSIA ....MENGAPA BN ADAKAN PERATURAN BARU - WAJIB BACA


PADA 5 JULAI 2013, Bank Negara menguatkuasakan peraturan baru menghadkan: 

(i) pinjaman peribadi setakat 10 tahun maksimum (dahulu 25 tahun);
(ii)pinjaman hartanah dan rumah 35 tahun (dahulu 45 tahun), 
dan (iii) tidak membenarkan lagi pinjaman pra kelayakan.

Alasan yang diberikan Bank Negara adalah untuk menangani kenaikan hutang isirumah yang meningkat dari RM465.2 bilion pada tahun 2008 kepada RM754.6 bilion pada pertengahan tahun 2013. 

Dengan harga rumah mahal, harga kereta mahal dan kos hidup yang mahal, rakyat Malaysia adalah ‘juara’ dalam membuat hutang, iaitu hutang isirumah kita adalah 140% berbanding dengan pendapatan, Singapura 105%, Amerika 123%, Korea 101%, Thailand 53% dan Indonesia 38%.

Akibat hutang yang banyak ini, kadar individu yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2012 ialah 19,575 ataupun 53 orang sehari dalam setahun, di mana 50% adalah dari golongan berumur 25-44 tahun. Jumlah individu yang bankrap dari tahun 2007 sehingga 2013 adalah 245,000 orang yang mana faktor utamanya adalah disebabkan oleh kegagalan untuk membayar pinjaman (hutang).

Persoalannya, kenapa hutang rakyat kita tinggi? Menurut data Bank Negara, 64% pinjaman yang dibuat oleh isirumah adalah dari pinjaman perumahan dan kereta sahaja. Pinjaman peribadi jatuh ke tempat ketiga paling banyak.

Pertanyaannya, mengapa harga rumah mahal sehingga boleh membuatkan kita terhutang sampai ke tua? Bila rakyat bertanya hal ini, jawapan pemaju mudah sahaja, iaitu kerana barang kos pembinaan seperti simen, pasir, batu-bata dan seribu satu macam perkara lain lagi naik harga. Bagi ahli ekonomi, mereka menjawab kerana permintaan melebihi penawaran.

Saya pun hairan kenapa kerajaan tidak boleh mengawal harga rumah ini? Apakah payahnya sangat untuk kerajaan menetapkan harga rumah mampu milik kepada rakyat, iaitu rumah yang boleh dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana yang harganya dalam lingkungan RM100-RM200 ribu sahaja.

Ini kerana saya lihat harga rumah yang ditetapkan oleh pemaju sekarang sudah di luar dari istilah rumah mampu bilik. Bayangkan bagaimana seorang yang baru bekerja boleh memiliki rumah jika harga rumah dua tingkat di Bandar Baru Bangi dengan keluasan 20”X70” pun sudah mencecah RM500 ribu. Bayangkan harga rumah kondominium di Bangsar yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit dan harga sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta. Siapakah yang mampu membelinya?

Bayangkan pula kalau ada hutang kereta, anak kecil 3 orang, kena beli lampin anak, bayar orang gaji, kad kredit, pakaian, persekolahan, minyak kereta dll, maka apa lagi yang tinggal? Bagaimana mungkin mampu untuk membeli rumah semahal ini jika pendapatan suami isteri hanya RM5 ribu sebulan sahaja dengan bayaran yang ditetapkan dalam masa 35 tahun. Jika suami isteri berpandapatan RM5 ribu pun tidak mampu, bagaimana bagi mereka yang berpendapatan lebih rendah dari itu?

Saya cukup risau dengan harga rumah yang tidak terkawal dan over priced ini. Sekarang ini pun dengan gaji RM6 ribu sebulan, belum tentu dapat membeli rumah yang berharga RM400 ribu. Andaikan si pembeli meminjam RM400 ribu sahaja daripada bank dengan purata kadar faedah enam peratus setahun, peminjam perlu membayar ansuran bulanan sebanyak kira-kira RM2,400 selama 30 tahun. Ini bermakna peminjam yang membeli rumah teres pada usia 30 tahun hanya akan habis membayar hutang pada usia 60 tahun. Persoalannya, berapa ramaikah rakyat kita memiliki pendapatan RM6 ribu sebulan sekarang?

Apabila melihat kepada masalah harga rumah yang semakin ‘tidak masuk akal’ sekarang ini, saya terpanggil untuk membincangkan masalah ini. Saya sedih melihat nasib rakyat yang terhimpit dengan masalah ini kerana biarpun sudah berumur 45 tahun dan berkelulusan universiti, sehingga sekarang pun masih ‘menyewa’ lagi. Itu belum lagi mengambil kira mereka yang bekerja di bawah dari tahap gaji pegawai yang berkelulusan universiti.

Atas masalah harga rumah yang tinggi ini, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya mengambil tindakan berikut:

i. Turunkan kadar faedah daripada 4% kepada 2% sahaja untuk pinjaman kerajaan dan dari 6% kepada 3% sahaja untuk pinjaman bank bagi rumah pertama. Ambil perhatian kerajaan Kelantan tidak mengenakan faedah kepada kakitangan awamnya dan Public Bank hanya mengenakan kadar faedah sebanyak 1% sahaja kepada kakitangannya.

ii. Naikkan elaun perumahan untuk kumpulan sokongan dari RM180 sebulan kepada jumlah yang lebih wajar. Di Kuala Lumpur, sewa sebilik pun sudah RM250-500 sebulan. Bagi pekerja swasta pula, kerajaan perlu mewajibkan syarikat membayar elaun perumahan kepada pekerjanya campur dengan gaji minimum yang baru diwajibkan.

iii. Kerajaan sendiri membina lebih banyak rumah sesuai dengan permintaan dengan tidak lagi menyerahkannya kepada pemaju swasta. Sekiranya syarikat swasta mahu juga membinanya, kerajaan perlu meminda akta supaya segala pembangunan perumahan yang dilakukan oleh syarikat swasta hendaklah mengikut syarat-syarat ketat harga yang ditetapkan kerajaan supaya harga menjadi terkawal dan tidak lagi melampau.

iv. Menteri Perumahan yang baru sepatutnya merangka mekanisme untuk menurunkan harga rumah sama ada dengan mengurangkan kos pembinaan dan lain-lain tindakan yang wajar.

v. Jika harga rumah mahal disebabkan oleh harga tanah, maka kerajaan hendaklah menetapkan harga siling bagi setiap kaki persegi tanah kerana tanah adalah milik kerajaan yang boleh dikawal.

vi. Jika harga tanah di bandar mahal untuk membangunkan perumahan, maka binalah apartment ‘layak duduk’ yang sesuai untuk golongan berpendapatan rendah. Mereka tetap perlu disediakan rumah kerana itu adalah keperluan asas manusia yang perlu disediakan oleh kerajaan untuk rakyatnya. Jangan pula cari alasan ‘kalau ayam mahal jangan makan ayam’, atau ‘kalau rumah di bandar, mahal sewa atau belilah rumah di kampung’.

Saya yakin jika kerajaan boleh membuat pelbagai program seperti Hari Sukan, Hari Wanita dan Hari Belia dengan kos yang berjuta, tentunya tidak sukar bagi kerajaan untuk mengambil langkah lebih adil bagi menyediakan perumahan kepada rakyat ini.

Mengingatkan tentang hutang rakyat kita yang terlalu tinggi dan ramai lagi dari kalangan mereka yang masih belum mempunyai rumah sendiri, hati saya mengeluh. Semoganya tidak lagi selepas ini...


- Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
Penganalisis Politik, Pensyarah UKM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...