26 November 2011

NAJIB DILIHAT SEBAGAI PLAYBOY LEMAH & RM MENYEPI SEKETIKA


Rosmah “low profile” sebelum Perhimpunan Agong Umno


Wanita-wanita ternama seperti Ratu Elizabeth Margaret Thatcher, Aung San Suu Kyi dan Hillary Clinton sering mendapat tempat di dada-dada akhbar. Kisah wanita-wanita yang bereputasi tidak baik seperti Marie Antoinette, Marilyn Monroe, Lizzie Borden, Elena Ceausescu, Imelda Marcos dan Winnie Mandela juga sering dipaparkan.

Selalunya, yang tidak begitu baik itulah yang mendapat liputan media dan mempunyai impak lebih dalam media antarabangsa juga di negara-negara mereka sendiri seraya mencipta sejarah.

Malaysia mempunyai versi yang sama untuk wanita yang penuh skandal yang diciptanya sendiri kerana ingin menjadi lebih penting daripada apa yang beliau layak. Bukan itu sahaja, beliau ingin pengaruh yang lebih besar dan sering menunjuk-nunjuk.

Ada yang mengatakan bahawa wanita ini ada persamaan dengan Imelda Marcos yang mempunyai 3000 pasang kasut.

Setelah dalam pagar Putrajaya!



Ramai rakyat Malaysia yang telah menonton video beliau di Youtube yang memburukkan beliau dan menuduh beliau melakukan pelbagai perkara jahat dengan niat. Sehingga kini, beliau belum lagi menangkis tuduhan-tuduhan tersebut atau menyaman mereka yang menuduh beliau.

Kemudian, tibalah masa beliau dapat tinggal di kediaman rasmi Perdana Menteri yang beliau dambakan itu yang terletak di Putrajaya.

Itu belum cukup memuaskan beliau kerana selepas menduduki kediaman itu, beliau terus membelanjakan RM65 juta untuk mencantikkan kediaman itu seperti yang dilaporkan sebuah media online.

Kemudian, beliau memberi tumpuan kepada pejabat rasmi suaminya dengan mengadakan pejabat sendiri yang beliau panggil FLOM (First lady of Malaysia/Wanita pertama Malaysia). Tidak pastilah sama asa untuk melihat gerak geri suaminya itu atau menghalang pertemuan dengan mana-mana jurubahasa Mongolia, atau pun untuk beliau sama-sama membelanjakan akaun perbelanjaan suaminya yang tidak akan habis.

Suaminya sangat takut atau sangat menghormati beliau sehingga sanggup menghantarnya untuk mewakili negara di beberapa negara Timur Tengah termasuk Arab Saudi.

Disebabkan beliau tiada jawatan rasmi, beliau telah dituduh campur tangan dalam pentadbiran Suaminya, Perdana Menteri Malaysia. Mereka yang ada di Putrajaya turut bercakap mengenai beliau yang pernah memarahi suaminya yang besar tetapi lemah itu.

Sumbangan beliau setakat ini
Mari kita lihat sumbangan beliau setakat ini.

Wanita Pertama, Rosmah Mansor telah berjaya menghimpunkan wanita-wanita pertama daripada negara Komonwel. Untuk ini, beliau telah dituduh melakukan perbelanjaan besar untuk suatu perhimpunan yang tidak membawa apa-apa hasil kepada negara walaupun negara terpaksa berhadapan dengan kesempitan bajet.

Malangnya, Rosmah juga telah dibabitkan dengan pembunuhan kejam seorang wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu seorang jurubahasa. Beliau telah menangkis tuduhan tersebut dan polis juga telah mengenakan tuduhan fitnah ke atas penuduh beliau. Orang kata, beliau sentiasa dapat apa yang beliau mahu- katakan sahaja.

Rosmah juga pernah digambarkan membawa sebuah beg Birkin yang direka dan dikeluarkan oleh Hermes of Paris. Harga beg tersebut dikatakan benilai USD9000 hingga USD150000 mengikut jenis bahan yang digunakan untuk membuatnya.

Beliau juga pernah dilihat memakai gelang Zebra safari hitam putih 65.77 karat yang dibuat

daripada berlian hitam putih dan emas putih 18-karat. Gelang ini datang daripada Jacob & Co, yang telah menghantar kepada beliau cincin bernilai USD 24 juta untuk di “inspek”.

Gaya hidup mewah

Kegilaan Rosmah terhadap kehidupan mewah di New York dan Bandar-bandar besar serata dunia telah di dokumenkan dengan begitu lengkap. Ini ada kaitan dengan keakraban beliau dengan seorang hartawan muda Low Taek Jho aka Jho Low, yang sering membelanjakan wang yang banyak bersama wanita-wanita terkenal samada pelakon dan selebriti.

Pada 16 April 2010, New York Post telah melaporkan bahawa beliau dan suami beliau telah diberikan penghormatan dalam sebuah parti mewah kerana beliau mendapat anugerah yang ramai percaya hanya direka pihak perhubungan awam beliau sendiri.

Parti tersebut telah di emcee oleh pelakon dan pelawak Jaime Fox dan dihadiri ramai pelakon termasuk Charlize Theron dan Robert De Niro. Penyanyi yang memenangi anugerah Grammy Leona Lewis juga membuat persembahan dan juga Harlem Boys Choir.

“Low Profile” sehingga tamat persidangan Umno

Walaupun dengan pelbagai pencapaian beliau dan sikap berani mati beliau, ada juga awan hitam yang membayangi Rosmah. Beliau dikatakan sebagai antara punca kejatuhan Umno.

Dengan Perhimpunan Umno yang dijadualkan bulan depan, tidak hairanlah beliau terpaksa beralih ke bawah tanah dan jadi “low profile” sehinggalah ianya selamat untuk beliau keluar bersuka ria kembali.

Beliau mungkin mengkritik pembangkang tetapi beliau semestinya tahu bahawa musuh sebenar beliau adalah orang Umno yang beliau pelawa dengan senyuman untuk masuk ke kediaman indah beliau di Putrajaya. Mereka inilah yang akan mendapat faedah daripada kejatuhan suami beliau, presiden Umno yang semakin goyah setiap hari.

Sudah ada buku anti-Najib yang dikeluarkan oleh bekas ketua Umno bahagian yang menyeru Ahli

Umno untuk menyingkirkan Najib yang dilihat sebagai Playboy lemah dan bukanlah pemimpin yang dinamik yang diperlukan Umno.

Tidak lama lagi aka nada buku beracun yang sememangnya tren orang Umno yang akan menjadi buku yang laris yang akan menjatuhkan Rosmah seraya menyedarkan beliau kepada realiti.

Malaysia Chronicle

BIL PERHIMPUNAN AMAN : KABINET DAPUR SETUJU BUAT 8 PINDAAN

Perhimpunan Aman: Kabinet setuju buat 8 pindaan


KUALA KANGSAR -Kabinet yang bermesyuarat semalam bersetuju melakukan lapan pindaan terhadap Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata pindaan itu akan dilakukan di peringkat jawatankuasa sidang Dewan Rakyat, Selasa ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media dalam lawatan ke Kati, dekat sini, sebentar tadi.

Antara yang dipinda ialah peruntukan yang menghendaki penganjur perhimpunan memberitahu notis 30 hari kepada pihak polis kepada 10 hari yang akan membabitkan semakan semula Seksyen 9, Rang Undang-Undang berkenaan.

-BeritaHarian

SAIFUDDIN: KEAHLIAN PKR CAPAI 547,326 ANGGOTA

Saifuddin : Keahlian PKR melonjak aktif


JOHOR BAHRU, 26 NOV: Peningkatan keahlian secara aktif dalam parti akan menjadi pemangkin paling besar yang bakal menjana kemenangan besar PKR dalam pilihanraya akan datang.
Setiausaha Parti Keadilan Rakyat, (PKR) Saifuddin Nasution Ismail berkata keahlian PKR setakat ini adalah 547,326 ahli diseluruh negara.

Katanya berdasarkan komposisi kaum pula 50% Melayu, 23% India, 17 % Cina dan lain-lain suku kaum di Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau setakat ini terdapat 218 cabang diseluruh negara dan empat cabang penaja.Manakala cabang Kota Raja di Selangor merupakan cabang keahlian paling ramai.

Sepuluh cabang yang paling aktif dalam penambahan keahlian baru pada 2010 pula terdiri dari Tenom (812), Kuala Kubu Baru (790), Kuala Langat (731), Serian (673), Kapar (446), Kota Marudu (425), Gombak (405),Permatang Pauh (395), Kalabakan (310) dan Hulu Selangor (304).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata kongres kali ini merupakan yang terakhir sebelum pilihanraya umum akan datang.

Katanya, Johor yang merupakan kubu kuat umno merupakan antara negeri yang diberikan tumpuan untuk ditawan dalam usaha menumbangkan regim Barisan Nasional.

"Telah puas kami mencari lokasi untuk diadakan kongres ini tetapi kesemuanya tidak sanggup memberi ruang dan hanya Pulai Spring Resort ini sahaja yang sanggup membenarkan kita mengadakan kongres ini.

"Walaupun Johor kubu paling kuat Umno, tetapi keterbukaan demokrasi disini gagal diterjemahkan oleh mereka. Sudah pastinya Johor negeri tumpuan untuk kita tawan," katanya ketika menyampaikan ucapan aluan oleh Setiausaha Agung di Kongres Nasional Keadilan ke-8 disini.

Turut serta dalam majlis perasmian kongres tersebut ialah Ketua Umum Parti, Datuk Seri Anwar

Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dif kehormat dari Kesatuan Eropah, Jepun, Filipina, Palastin dan pemimpin-pemimpin parti politik dari Indonesia.

Majlis perasmian Kongres Nasional Keadilan ke-8 ini dihadiri 2,534 perwakilan selain 1055 pemerhati.

AZIZ BARI MULA MENYERANG BN

Aziz Bari muncul di Johor, dakwa BN gagal selesai banyak isu asas

JOHOR BARU, 26 Nov - Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari muncul kali kedua dalam sebulan

ini di pentas PKR di Johor dengan menegaskan, kerajaan pusat Barisan Nasional (BN) telah gagal menyelesaikan banyak isu penting yang sepatutnya sudah lama diatasi.
Berucap pada ceramah di pejabat baru Angkatan Muda Keadilan cabang Gelang Patah dekat sini malam tadi, Aziz yang berhadapan dengan siri kontroversi sejak lebih sebulan lalu memberitahu, berdasarkan usia negara lebih lima dekad, masih banyak perkara yang tidak dapat dijalankan kerana kerajaan mewujudkan peraturan tidak selaras dengan keperluan rakyat.

"Sepatutnya perbincangan berkenaan perkara-perkara seperti Bahasa Kebangsaan, hak Melayu dan Bumiputera serta pengagihan yang adil kepada negeri-negeri sudah lama dapat diselesaikan, kira-kira 20 hingga 30 tahun lepas tetapi kerajaan masih gagal dalam perkara ini," kata beliau lagi.

Awal bulan ini, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan Aziz, yang juga pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) meletakkan jawatan sebagai ahli akademik jika benar-benar mahu bercakap di atas pentas politik.

Justeru katanya, Aziz (gambar) yang sedang disiasat oleh tiga pihak termasuk UIA sendiri berhubung satu kenyataan menyentuh titah Sultan Selangor berkaitan dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas gereja di Damansara Utama, tidak perlu menunggu tindakan universiti tersebut.

Ketika itu Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, beliau sedar Aziz memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana dekat Johor Baru tetapi yakin penduduk tidak akan termakan dengan perkara yang disampaikan.

Terbaru kelmarin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita baginda berhubung dakwaan Aziz kononnya laporan kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor bebas daripada diaudit.

Aziz sebelum ini berkata beliau bersedia untuk memberi keterangan kepada ahli-ahli Umno jika parti itu sanggup mempelawanya.

Dalam ceramah malam tadi, Aziz menambah, Parlimen yang sepatutnya menjadi medan perbincangan wakil rakyat untuk membincangkan perihal kekayaan negara juga gagal bertindak kerana mereka tidak dibenarkan untuk berbuat demikian.

"Kerajaan juga dilihat masih lagi tidak dapat menyelesaikan pembahagiaan kekayaan kerajaan secara adil kepada negeri-negeri, perkara ini sudah selesai sepatutnya," katanya lagi.

Oleh itu, Aziz menggesa perubahan dapat dilaksanakan di peringkat pusat bagi membentuk kerajaan baru dan membolehkan perkara-perkara itu dapat diselesaikan dengan lebih cepat .

"Kita memerlukan kerajaan yang komited untuk menyelesaikan perkara ini, adalah sukar untuk kita menggubal undang-undang sekiranya kita tidak menguasai Parlimen dan tiada perubahan kepimpinan di Putrajaya," katanya.

Aziz turut memuji sikap dan pendirian yang diambil Pakatan Rakyat kerana melalui perjuangan parti itu, rakyat dapat membincangkan perkara ini dengan lebih terbuka dan bebas.

"Saya melihat satu keberanian setelah 54 tahun merdeka, kita kini mampu untuk membincangkan perkara ini dengan lebih terbuka. Ini jelas dilihat melalui perjuangan Pakatan rakyat, kita lebih bebas untuk membincangkan perkara sedemikian," ujarnya.-tmi

RRU PERHIMPUNAN AMAN: KITA LEBIH TERUK DARI BURMA

RUU Perhimpunan Aman: Myanmar ‘lebih bebas’ banding Malaysia


PETALING JAYA, 25 Nov — Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan kebebasan rakyat di Malaysia lebih terhad ekoran undang-undang baru perhimpunan aman berbanding di Myanmar, negara Asean yang pernah mempamerkan rekod hak asasi manusia paling buruk.

Ambiga (gambar) berkata, Myanmar telah meluluskan undang-undang baru baru-baru ini yang membenarkan protes jalanan dan syarat-syarat yang jauh lebih kecil berbanding Rang Undang-undang Perhimpunan Aman dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bawah transformasi politik beliau.

“Sesuatu yang memalukan apabila Burma (Myanmar) boleh mengesyorkan undang-undang yang lebih demokratik berbanding kita,” kata beliau hari ini.

Bekas presiden Majlis Peguam ini berkata, perkembangan itu satu penghinaan ke atas rakyat Malaysia kerana sebelum ini mereka dijanjikan dengan amalan demokrasi yang lebih luas.

“Tetapi sekarang adalah keadaan sebaliknya,” kata Ambiga dengan merujuk kepada janji Najib sempena sambutan Hari Malaysia September lalu.

Parlimen Myanmar, negara didominasi tentera itu telah meluluskan undang-undang minggu ini yang membenarkan rakyatnya mengadakan protes secara aman tetapi hanya memerlukan penunjuk perasaan memaklumkan pihak berkuasa lima hari lebih awal.

Bagaimanapun undang-undang di Malaysia memerlukan penganjur memaklumkan polis 30 hari lebih awal. Protes jalanan dilarang.

Undang-undang Myanmar menggariskan bahawa penunjuk perasaan harus mengelak berhimpun di kawasan bangunan kerajaan, sekolah, hospital dan kedutaan.

Undang-undang Malaysia juga menyediakan peruntukan itu tetapi mengenaikan zon ‘buffer’ 50 meter.

Kawasan larangan itu termasuklah rumah-rumah ibadat.

Ambiga yang mengetuai Perhimpunan Bersih 2.0 pada awal Julai lalu awal minggu ini telah menggesa kerajaan dengan segera menarik balik undang-undang itu jika Najib jujur dalam reformasi politik dan mahu menjadikan Malaysia sebuah negara demokrasi terbaik.-TMI

Cubaan Gagalkan Ceramah PKR Di Johor Tanda BN Johor Semakin Goyang


SKUDAI 25 NOV : Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali mendakwa terdapat cubaan untuk menggagalkan semua program ceramah penerangan isu semasa di Johor sepanjang Kongres PKR ke-8 berlangsung.
Azmin berkata sumber parti mendapat tahu yang Menteri Besar Tan Sri Abdul Ghani Othman mengarahkan semua pegawai kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan polis di Johor untuk mengambil tindakan tegas termasuk merampas peralatan ceramah dan menafikan semua permohonan permit.

Menurut Azmin, PKR merancang mengadakan 20 ceramah sepanjang tiga hari Kongres PKR yang bermula hari ini.

"Saya mendapat maklum-balas bahawa semua ceramah PKR yang diatur di 14 cabang seluruh negeri Johor telahpun diganggu oleh pihak berkuasa.

"Saya mendapat maklum-balas bahawa Menteri Besar sendiri telah memanggil semua pegawai dari pihak berkuasa tempatan untuk tidak membenarkan sebarang ruang kepada PKR untuk menganjurkan ceramah pada malam ini," kata Azmin di satu sidang akhbar seusai ucapan perasmian Kongres.

Sebelum ini, TV Selangor melaporkan satu tinjauan yang menunjukkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat berleluasa di kalangan pengundi muda dan golongan berpendapatan sederhana.

Dua kategori ini membentuk undi penentu di semua bandar-bandar utama seluruh negara, khususnya di bandaraya majmuk seperti Johor Bahru.

Azmin menegaskan kegelisahan Tan Sri Abdul Ghani Othman ini membuktikan Johor bakal menyaksikan pertembungan sengit antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang.

"Ini membuktikan bahawa mereka dalam keadaan ketakutan. Mereka tidak mahu rakyat mendapat maklumat daripada PKR melalui ceramah-ceramah ini. Bagi saya ini satu perkembangan yang baik," kata Azmin.

"Kita perlu mempelbagaikan pendekatan kita, tidak semestinya melalui ceramah, tetapi bergerak dari rumah ke rumah, kita edar risalah di tempat awam dan bertemu rakyat dengan pelbagai cara," tambahnya.

Mengulas lanjut, Azmin berkata gangguan dan halangan yang diletakkan menyerupai simtom-simton akhir rejim Barisan Nasional Selangor sebelum ia tumbang dalam Pilihanraya Umum 2008.

"Negeri Selangor pernah menjadi kubu-kuat Umno suatu ketika dahulu. Tetapi apabila kefahaman diberikan, Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan ini juga boleh berlaku di negeri Johor dalam pilihanraya akan datang," kata beliau.

Ditanya mengenai pembahagian kerusi di Johor, Azmin melahirkan keyakinan perkara itu akan dapat disepakati sebelum hujung tahun ini.

"Perbincangan ketiga (berkenaan pembahagian kerusi) akan berlangsung pada minggu depan pada hari Rabu (30 November). Setakat ini kemajuan perbincangan cukup positif. Kerusi-kerusi yang bertindih cukup kecil di kalangan Pakatan Rakyat,-TVS

25 November 2011

TERKINI: KABINET DAPUR ARAH SEMAK BIL PERHIMPUNAN AMAN

Kabinet arah semak semula Bil Perhimpunan Aman

Kabinet hari ini mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz supaya mengkaji semula dan meminda Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011.

Lewat petang ini, beberapa akhbar Cina memetik sumber-sumber yang berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada kaitan dengan arahan semakan tersebut.

Najib dikatakan berada di luar negara ketika rang undang-undang itu dibawa ke Kabinet dan tidak dapat memberikan sebarang input mengenai perkara itu.

Dalam mesyuarat Kabinet hari ini, sumber itu berkata, Najib memberi beberapa cadangan dan mengarahkan Nazri mengambil langkah perlu mengenainya.

Sumber itu berkata walaupun rang undang-Undang itu jadual dibahas di Dewan Rakyat Selasa ini, tetapi pindaan masih boleh dibuat di peringkat jawatankuasa.

Sumber itu berkata, antara lain, peruntukan yang menghendaki penganjur perhimpunan memberitahu notis 30 hari kepada pihak polis, akan disemak semula.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa ia dicadangkan bahawa notis 30 hari itu dikurangkan kepada 10 hari.

Bagaimanapun, sumber itu menegaskan Kabinet masih tetap dengan pendiriannya tentang pengharaman demonstrasi jalanan.

Sementara itu, ekoran bantahan terhadap Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 oleh pembangkang dan badan masyarakat sivil, Pemuda MCA hari ini menggesa kerajaan supaya memendekkan tempoh notis 30 hari untuk mengadakan perhimpunan, seperti terkandung dalam rang-rang undang-undang tersebut.

Bagaimanapun, ia menyokong peruntukan yang akan menggantikan syarat sekarang yang memerlukan permit polis dengan pemberitahuan awal.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong menggesa kerajaan menjelaskan keperluan tersebut, sama ada notis itu perlu dikemukakan kepada pihak polis 30 hari sebelum perhimpunan atau dalam tempoh 30 hari.

Walaupun rang undang-undang itu memberikan ruang yang lebih banyak berbanding dengan Seksyen 27 Akta Polis, Wee memberitahu satu sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa pusat sayap Pemuda MCA hari ini, bahawa kerajaan perlu menjelaskan butir-butir mengenai rang undang-undang tersebut.

Tempoh yang munasabah untuk memberi notis kepada pihak polis sebelum mengadakan perhimpunan, hendaklah dalam masa lima hingga tujuh hari kerana tempoh notis selama 30 hari adalah terlalu lama untuk sebarang perhimpunan yang mahu diadakan berdasarkan isu-isu semasa.-MK

PAS AMBIL TINDAKAN MAHKAMAH SEKAT BAHAS RRU PERHIMPUNAN AMAN

PAS mahu sekat Parlimen bahas RUU Perhimpunan Aman

KUALA LUMPUR, 25 Nov — PAS akan mengambil tindakan mahkamah untuk menyekat Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, semalam.

Peguam parti itu Mohamed Hanipa Maidin berkata, beliau akan mewakili PAS minggu depan untuk memohon perintah mahkamah berhubung perkara tersebut.

Rang undang-undang itu telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua semalam dan Dewan Rakyat akan membahaskannya minggu depan.

“Kita tidak akan tunggu rang undang-undang ini diluluskan menjadi undang-undang baru kita cabar. Kita akan mengambil tindakan mahkamah untuk proses rang undang-undang ini menjadi undang-undang,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Dipetik Harakahdaily, Hanipa yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, tindakan mahkamah itu adalah berasas kerana kerajaan tidak mempunayi kuasa untuk menggubal RUU mengikut pandangan mereka sahaja.

“Kuasa kerajaan di bawah Perlembagaan Negara. Jadi kalau mereka melangkaui perlembagaan, kita berhak mengambil tindakan mahkamah,” katanya.

Menurut beliau, ada perkara dalam rang undang-undang itu yang akan dibahaskan minggu hadapan itu melanggar Perkara 10 (1) (b) iaitu hak untuk berhimpun.

“Ada beberapa peruntukan dalam rang undang-undang ini tidak boleh dilaksanakan langsung. Sebagai contoh kerajaan kata 30 hari untuk beri notis berhimpun. Maksudnya kalau kena beri notis begitu, rakyat telah dihalang (untuk berhimpun).

“Begitu juga kanak-kanak bawah 15 tahun tidak boleh menyertai himpunan, sedangkan kanak-kanak juga ialah rakyat. Contoh kalau ada sekolah dirobohkan dan kanak-kanak ini berhimpun, dalam rang undang-undang ini kata tak boleh tapi dalam perlembagaan boleh. Jadi rang undang-undang ini bercanggah dengan perlembagaan,” jelas beliau.

Turut hadir sidang media itu ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan dua orang ahli jawatankuasa PAS Pusat iaitu Dr. Dzulkefly Ahmad dan Dr. Hatta Ramli.

Sementara itu, Dzulkefly berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berada dalam keadaan tertekan dan berusaha menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau sedang melakukan reformasi dalam demokrasi.

Namun katanya, segala tindakan Najib selepas pengumuman beliau pada 15 September lalu untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ternyata bercanggah.

“Kita melihat pemerintahan Najib yang berada dalam tekanan dan dan beliau mewujudkan tanggapan oleh rakyat bahawa beliau komited untuk memulihkan demokrasi.

“Tapi sebaliknya beliau menunjukkan tindakan yang kontra dengan apa yang dikatakan,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.-TMI

A.SAMAD SAID: KONGRES DI JOHOR SIMBOLIK MENCABUT AKAR UMNO

A.Samad Said :Kongres Di Johor Simbolik Perubahan Pilihanraya


JOHOR BAHRU, 27 NOV : Penganjuran Kongres Nasional Wanita dan Angkatan Pemuda Keadilan kali ke-lapan di kubu kuat Umno ini disifatkan sebagai simbolik jelas bahawa negeri itu bakal ditakluki Pakatan Rakyat menerusi Pilihanraya Umum ke-13 akan datang, jelas Sasterawan Negara, A.Samad Said.
"Saya merasa aneh juga kenapa kongres ini dilakukan di Johor, setelah itu saya mula memahami ia adalah langkah simbolik.

"Sedia maklum Johor adalah akar kepada Umno, kehadiran Pakatan Rakyat khususnya Keadilan (PKR) adalah untuk mencabut akar itu,"katanya.

A.Samad Said ketika ditemui TVSelangor sejurus selepas mendeklamasikan sajak pada majlis perasmian kongres Nasional Wanita dan Angkatan Pemuda Keadilan di Pulai Springs Resort, disini hari ini.

Mengulas lanjut, A.Samad Said yang mesra dengan panggilan Pak Samad menzahirkan rasa senang hati diatas kesudian PKR menjemput dirinya.

A.Samad Said juga menyifatkan jolokan Sasterawan Rakyat yang diberikan oleh rata-rata pemimpin Pakatan Rakyat keapdanya adalah satu penghargaan buat dirinya.

"Saya merasa senang, setidak-tidaknya saya dapat mengikuti apa yang sedang berkembangan pada hari ini, ini juga jelas adalah satu kesungguhan untuk terus bergerak dan melakukan pertukaran pemerintahan,"katanya.

PENGANALISIS: PKR ANGGOTA PAKATAN PALING LEMAH?

Penganalisis: PKR anggota Pakatan paling lemah


PKR akan mengadakan kongres kebangsaan kelapannya di Johor hujung minggu ini.

Walaupun lebih 2,000 anggota perwakilan dan pemerhati dijangka menghadiri kongres itu, namun ramai berpendapat parti berkenaan merupakan anggota paling lemah dalam pakatan PKR-DAP-PAS berikutan pelbagai masalah yang dihadapinya.

Ini termasuk tindakan melompat parti dan peletakan jawatan oleh beberapa wakil rakyatnya serta kecelaruan yang berlaku dalam pemilihan parti itu tahun lepas.

Beberapa penganalisis politik berpendapat PKR perlu berusaha lebih serius untuk memulihkan imejnya yang tercalar teruk selama ini akibat pelbagai masalah yang menimpanya.

"Halangan paling besar ialah wujudnya isu kepimpinan dan persepsi bahawa mereka terlalu memberi tumpuan terhadap isu melibatkan orang Melayu, walaupun parti itu dikatakan bersifat pelbagai etnik," kata penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian.

Beliau berkata PKR masih dibelenggu pelbagai isu termasuk masalah kepimpinan di Selangor, perebutan kuasa antara timbalan presidennya Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, masalah kepimpinan yang belum selesai di Sabah dan peranan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Penggerak utamanya pada pilihan raya umum 2008 kelihatan sudah lemah semangat. Setelah 43 bulan berlalunya pilihan raya umum lepas, tanggapan terhadap PKR telah berubah, daripada sebuah parti yang baik, kepada sebuah parti yang teruk. Persepsi terhadap parti itu berbeza sama sekali antara dulu dan sekarang," katanya.

Oleh yang demikian, beliau percaya kepimpinan tertinggi PKR akan menggunakan kongres kali ini untuk menunjukkan kepada umum bahawa parti itu dan para pemimpinnya bersatu hati dalam mengatur persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Tetapi, kata ahli akademik itu, biar apa pun langkah yang diambil, PKR tidak akan dapat mengelak daripada dilihat sebagai sebuah parti yang kurang disenangi dalam pakatan pembangkang apabila ia mahu diberi lebih banyak kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang dalam rundingannya dengan mereka.

"Isu lebih penting ialah apakah yang akan berlaku kepada PKR selepas ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Sekiranya Anwar disabitkan kesalahan dalam tuduhan (di mahkamah) yang sedang dihadapinya, siapakah yang akan mengambil alih kepimpinan parti itu? Jika parti ini tidak mempunyai pelan kepimpinannya, maka ia akan terus dilihat sebagai sebuah parti yang lemah," kata beliau.

Sebenarnya, tanggapan bahawa PKR adalah anggota paling lemah dalam pakatan pembangkang bukanlah sesuatu yang baru kerana pemimpin parti itu sendiri mengakuinya.

Pada kongres PKR di Pusat Sivik Petaling Jaya tahun lepas, timbalan presidennya ketika itu Senator Dr Syed Husin Ali mengingatkan anggotanya bahawa parti itu merupakan anggota paling lemah dalam pakatan itu kerana ia adalah parti paling muda berbanding DAP and PAS.

Katanya lagi, parti itu dibelenggu tiga hakikat– PKR merupakan parti yang dianggotai bekas anggota parti lain, yang membawa bersama ideologi mereka ke dalam parti itu dan sekaligus mencetuskan pergeseran dalam kalangan anggotanya; PKR, yang mengaku sebagai parti pelbagai kaum, mempunyai masalah dengan anggotanya yang bersikap perkauman; dan anggotanya yang lebih kaya, memperoleh lebih banyak kuasa, walaupun jumlah mereka lebih kecil daripada kumpulan kelas menengah dan golongan berpendapatan rendah.

Malah, Syed Husin juga membelasah anggota parlimen dan Dewan Undangan Negeri PKR yang tidak mempamerkan prestasi cemerlang dalam menunaikan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat.

Penganalisis politik dari UCSI University Ong Kian Ming pula berkata PKR tidak mampu menangkis persepsi bahawa ia adalah parti paling lemah dalam pakatan pembangkang itu walaupun tiada lagi anggotanya yang melompat parti.

"Imej bahawa parti itu terlalu bergantung pada Anwar masih wujud. Walaupun selepas pemilihan parti, beberapa pemimpinnya, termasuk Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR), bergerak sendiri dan memberi fokus terhadap beberapa isu nasional, namun ia masih tidak memadai.

"Parti itu juga masih kekurangan calon yang berwibawa untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Kemunculan parti KITA memberi cabaran secara langsung terhadap PKR. Sekiranya KITA bertanding pada pilihan raya umum akan datang dan mengalami kekalahan teruk sekalipun, persepsi bahawa PKR adalah parti paling lemah dalam pakatan itu, tetap tidak berubah," katanya.

Penganalisis politik dari Sunway Monash University James Chin juga berpendapat PKR merupakan parti paling lemah dalam pakatan pembangkang berdasarkan hakikat bahawa organisasinya di peringkat akar umbi tidak sekuat DAP dan PAS.

"PKR hanya kuat di beberapa kawasan bandar. Mereka masih menghadapi masalah untuk memperkukuhkan diri. Orang hanya mengundi mereka kerana mereka menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang," katanya.

Beliau berkata perkara yang terus menjadi masalah paling besar bagi PKR ialah ketidaktentuan yang wujud dalam parti itu sekiranya pemimpin umumnya, Anwar, dijatuhi hukuman penjara.

"Bagaimana mereka hendak memilih pemimpin baru? Siapakah yang mampu menyatupadukan PR?

"Di samping itu, masalah akan terus wujud pada pilihan raya umum akan datang apabila mereka berunding tentang pembahagian kerusi dengan PAS dan DAP kerana besar kemungkinan, PKR akan bertanding di kerusi yang mempunyai pengundi bercampur, yang sesetengahnya akan turut ditandingi DAP dan PAS" katanya.

Di sebalik semua itu, para pemimpin PKR terus cuba memberi jaminan kepada penyokongnya dan pengundi bahawa mereka mempunyai pelan peralihan pucuk kepimpinan, walaupun ramai yang tidak mempercayainya.-malaysiakini

KOMEN: Faktor luaran yang lompatan adun & mp ke bebas, faktor pemilihan 2010 yang agak tidak nampak telus,Kemasukan ahli atas kehebatan Nama tidak kerana prinsip , juga budaya KRONI menular dalam parti menjadi punca utama PKR agak lemah dan lembab. Tetapi perlu ada langkah berani dalam organisasi untuk menarik orang diluar dan dalam yang mampu membuat KERJA.

'Keluar mulut harimau masuk mulut buaya'


KUALA LUMPUR- Pakatan Rakyat mendakwa Kerajaan BN tidak menghormati pandangan umum khususnya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) apabila meneruskan bacaan kedua Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, RUU yang dibentang pada Isnin lalu untuk bacaan kali pertama itu jelas tidak mengambil kira pandangan Suhakam dan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang diwujudkan untuk menangani isu-isu berkenaan hak asasi dan demokrasi.

"Rang undnag-undang ini bukan untuk mengizinkan perhimpunan tapi undang-undang untuk memperuntukkan sekatan bagi menghalang perhimpunan aman diadakan.

"Ia menunjukkan kerajaan mengenepikan saranan dan cadangan yang dibuat oleh Suhakam dan IPCMC yang mencadangkan supaya rakyat diberi ruang kebebasan yang lebih baik kepada ruang demokrasi di negara ini," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu, beliau bersama empat lagi Ahli Parlimen Pakatan mewakili Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ke Suhakam menyerahkan memorandum berhubung RUU yang didakwa lebih mencengkam rakyat itu.

Mereka ialah Dr. Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Sivarasa Rasiah (PKR-Subang), Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang), dan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).

Sivarasa berkata, memorandum tersebut diserahkan kepada Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Muhammad Sha'ani Abdullah meminta pihaknya menyuarakan pandangan berhubung RUU yang mendapat tentangan banyak pihak itu.

Sebagai respons kepada memorandum tersebut, Sha'ani bersedia memanjangkannya ke pihak atasan dan bersetuju bahawa RUU itu mengenepikan pandangan Suhakam sebelum ini.

"Kita sebutkan pada Suhakam bahawa Pakatan kesal Rang Undang-undang ini dibentangkan secara tergesa-gesa untuk diluluskan dan ada yang bertentangan dengan Perlembagaan yang memperuntukkan hak berhimpun," katanya yang juga Naib Presiden PKR.

Sementara itu, sambil menyifatkan RUU itu seperti "keluar mulut harimau masuk mulut buaya", Mahfuz berkata ia bukan untuk mengizinkan perhimpunan tapi undang-undang untuk memperuntukkan sekatan bagi menghalang perhimpunan aman diadakan.

Katanya, RUU itu lebih teruk daripada Sekyen 27 Akta Polis yang menyebut mana-mana premis persendirian tidak perlu kepada permit untuk perhimpunan.

"Sekyen 27 Akta Polis seperti ditafsirkan di mahkamah iaitu tempat persendirian dibolehkan untuk berhimpuntanpa perlu diberitah tapi dalam ran undnag-undang ini, tempat persendirian pun tidak dibolehkan," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Tambahnya, Umno BN harus sedar RUU itu bakal menjerat mereka kerana merekalah yang selalu mengadakan program di premis awam sperti sekolah, yang disenarikan sebagai salah satu tempat yng dilarang berhimpun.

"Harap kerajaan sedar ada beberapa perkara yang menjerat mereka.

"Kalau Umno sedar saya percaya kerajaan akan tarik balik. Kalau Umno BN buat program di sekolah, kita bantah, Umno nak buat program di mana?" katanya.

Sementara itu, membidas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa kerajaan tidak akan melayan tuntutan supaya RUU ini ditarik balik, beliau berkata, ianya membuktikan kerajaan enggan menerima pandangan orang lain.

"Inilah dia sikap keras kepala kerajaan yang tidak boleh menerima pandangan orang lain. Suhakam selaku penasihat yang menasihati soal demokrasi telah menasihati kerajaan.

"Kerajaan habis duit RM10 juta untuk tubuh suruhanjaya pembaikan polis tapi nasihat mereka kita tak guna.

"Kita bayar gaji, elaun kepada Suhakam tapi kita tak dengar pendapat mereka," katanya.-HD

24 November 2011

KDNK INDONESIA AS$706 BILION 2010 JAUH MENINGGALKAN KITA

Indonesia mungkin tidak mendapat perhatian seperti yang banyak diterima
dari dunia seperti China dan India, tetapi tiap-tiap pakar perniagaan dan ekonomi menyedari potensi ekonomi Indonesia akan menjadi ekonomi terbesar di Dunia!

Sokongan terbaru datang daripada ahli ekonomi yang terkenal dari Universiti New York, profesor Nouriel Roubini.

Dengan memiliki sumber yang kaya, dengan jumlah penduduk kira-kira 246 juta, Roubini percaya Indonesia boleh meningkat kepada ekonomi ke-10 terbesar di dunia menjelang akhir dekad ini dan ke-6 terbesar menjelang 2030. Penggunaan domestik negara yang besar, paras hutang yang rendah dan demografi muda adalah antara beberapa faktor utama yang memihak.

Beliau berkata jika pelaburan terus disalurkan ke kawasan-kawasan yang sesuai seperti modal infrastruktur, manusia dan langkah-langkah pembaharuan, Indonesia boleh berkembang pada kadar antara 6.5% dan 8% potensi. Manakala Malaysia masih terkapai-kapai mencapai 4-5%.

Menurut Bank Dunia, KDNK atau jumlah nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam ekonomi Indonesia bernilai AS $706.6bil pada tahun 2010. Ini menjadikan ekonomi ke-5 terbesar di Asia, dan ke-18 di dunia.

Reformasi tulen merupakan kunci

Penemuan penyelidikan HSBC Global dalam laporan Julai bertajuk, "Sesuatu yang besar akan datang di Indonesia", berkata negara ini mempunyai potensi melepasi kadar pertumbuhan 8% pada tahun 2020. Ini jelas akan membuat Indonesia salah satu ekonomi paling pesat berkembang di dunia.

Tabung Kewangan Antarabangsa menjangkakan KDNK Indonesia akan berkembang 6.4% tahun ini dan 6.3% pada tahun 2012. Walaupun ketidaktentuan ekonomi global yang berterusan, mereka percaya ekonomi Indonesia akan terus didorong oleh perbelanjaan pengguna dan pelaburan yang kukuh.

Ahli ekonomi menyifatkan reformasi yang berjaya di Indonesia dihasil melalui benih reformasi tulen (tetapi menyakitkan) negara ini yang telah disemai dalam dekad yang lalu.

Walaupun Indonesia masih dibelenggu dengan masalah lama seperti rasuah, birokrasi dan pita merah, tetapi ahli ekonomi percaya bahawa langkah-langkah pembaharuan yang berterusan akan menyimpan negara pada landasan yang betul untuk menjadi kuasa besar ekonomi yang seterusnya.

Satu kaji selidik baru-baru ini BBC lebih daripada 24,000 rakyat di seluruh 24 buah negara meletakkan Indonesia sebagai tempat terbaik bagi usahawan untuk memulakan perniagaan. Ini diikuti oleh Amerika Syarikat, Kanada, India dan Australia.

Walaupun negara kita Malaysia mempunyai sumber asli yang banyak… tetapi dengan penyalahguanaan dan penyelewengan ekonomi, Malaysia akan jauh ketinggalan dari Indonesia memandangkan jumlah penduduk di negara ini hanya sekitar 28 juta jika dibandingkan dengan penggunaan domestik negara yang besar sebanyak 10 kali ganda dimiliki oleh Indonesia.

Dengan masalah ekonomi yang teruk sedang berlaku di Eropah dan krisis hutang di Amerika, bolehkah Malaysia bertahan bergantung harap pada ekonomi domestik.

Adakah atas sebab itu kerajaan mengenakan pelbagai cukai dan menaikkan harga barang semata-mata meningkatkan pendapatan domestik negara?

Tidak adakah cara lain yang lebih baik?

BIL PERHIMPUNAN AMAN BAKAL DICABAR DI MAHKAMAH


Bil Perhimpunan Aman bakal dicabar di mahkamah

Meskipun Rang Undang-undang Perhimpunan Aman belum melalui bacaan kedua di Parlimen, namun beberapa pihak telah berikrar akan memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar kesahihannya jika ia diluluskan.

ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan (kiri) yang juga seorang peguam, berkata akta yang akan mengharamkan protes jalanan itu satu langkah terbelakang dalam sistem demokrasi dan beliau sanggup menjadi rakyat pertama untuk mencabarnya jika ia diluluskan tanpa pindaan.

Seorang lagi peguam, Edmund Bon yang bergiat aktif dalam Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights, pula menulis di twitter mengenai siapa yang akan menjadi rakyat Malaysia yang akan mencabar rang undang-undang itu jika ia diluluskan tanpa pindaan.

Menurut Bon (bawah, kanan), seksyen 4 rang undang itu berhubung “Hak untuk menganjurkan suatu perhimpunan atau menyertai suatu perhimpunan secara aman” adalah bercanggah dengan perlembagaan.

“@edmundbon #PA2011 Basically the Act kills caused based dissent by way of assemblies & carves it out of Article 10 - section 4, this is unconstitutional.”

Seksyen 4 menyatakan hak untuk menganjurkan suatu perhimpunan atau menyertai suatu perhimpunan secara aman dan tanpa senjata di bawah Akta ini tidak meluas kepada yang berikut:

(a) seseorang bukan warganegara;

(b) perhimpunan yang diadakan di mana-mana tempat larangan
dan dalam jarak lima puluh meter dari had tempat larangan;

(c) suatu protes jalanan;

(d) berhubung dengan penganjuran suatu perhimpunan, seseorang yang di bawah umur dua puluh satu tahun; dan

(e) berhubung dengan penyertaan dalam suatu perhimpunan
selain perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua,
seseorang kanak-kanak

MAHYUDDIN MINTA RAKYAT KEDAH UNDI PENYAMUN(BN)

Muhyiddin Minta Rakyat Kedah Tidak Ulangi Kesilapan


SUNGAI PETANI- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Kedah tidak mengulangi kesilapan sekali lagi dengan memilih calon bukan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang sekiranya mahu melihat lebih banyak pembangunan berlaku di negeri ini.

Ketika menyampaikan ucapan ringkas selepas bersarapan pagi bersama orang ramai di Pekan Sungai Lalang Lama di sini, beliau berharap rakyat dapat membuat pertimbangan sebaik-baiknya untuk memilih parti yang akan memerintah Kedah kelak.

"...yang penting kerajaan pusat akan terus bantu rakyat Kedah hidup lebih selesa namun rakyat mempunyai pilihan untuk memilih meminta bantuan daripada Perdana Menteri atau Menteri Besar," kata Timbalan Perdana Menteri.

Terdahulu, ketibaan Muhyiddin di pekan itu dengan menaiki bas ekspres dari Butterworth kira-kira pukul 8.50 pagi disambut pemimpin dan anggota parti komponen BN daripada MCA, MIC, PPP dan Gerakan.

Sejurus turun, Timbalan Perdana Menteri memasuki restoran Yi Ding Xian untuk beramah mesra dengan pengunjung dan kemudian memasuki setiap buah kedai yang membuka perniagaan termasuk meninjau dan bertemu orang ramai yang membeli di Pasar Pekan Sungai Lalang Lama.

Beliau yang dalam rangka lawatan sehari ke Kedah diiringi seramai 25 orang anggota Jawatankuasa Perhubungan Umno negeri diketuai pengerusinya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dam Ketua Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mohd Zain.

Muhyiddin dijadual mengadakan perjumpaan dengan orang ramai dan pesara guru serta menyampaikan bantuan kepada sekolah-sekolah agama serta wang bantuan RM100 kepada pelajar sekolah di Universiti Teknoloji MARA (UiTM) Merbok -MC



komen: Dulu BN perintah negeri hampir bankrap, projek, balak hangpa sapu bagi kroni rakyat dapat apa...sombong bodoh pulak...

MTUC: ADAKAN PERHIMPUNAN DESAK KERAJAAN BATAL AKTA KERJA


MTUC adakan perhimpunan desak kerajaan batal pindaan Akta Kerja 2 Dis

KUALA LUMPUR, 24 Nov — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Shah Alam, Selangor pada 2 Disember ini — tindakan susulan bagi menggesa Putrajaya agar menarik balik pindaan kontroversial Akta Kerja 1955.
Perhimpunan dua jam itu akan merumuskan pendirian seterusnya dan deklarasi bagi menggesa kerajaan membatalkan peruntukan berkaitan dengan sistem kontrak bagi tenaga kerja.

Pengerusi MTUC Bahagian Selangor dan Wilayah Persekutuan N. Gopal Kishnam ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi berkata masa dan lokasi telah pun diputuskan semalam.

“Kita memutuskan untuk mengadakan pada hari kerja, selepas waktu kerja di dewan Seksyen 19 Shah Alam,” kata beliau.“Kami memutuskan untuk mengadakan 2 Disember, selepas waktu kerja supaya orang ramai termasuk pemimpin-pemimpin kesatuan boleh berhimpun selepas waktu kerja,” katanya memberi sebab kepada pemilihan tarikh itu.

Sebelum ini beliau berharap agar perhimpunan itu dapat diadakan pada 3 Disember sebagai simbolik kepada dua piket sebelum ini yang berlangsung pada 3 Oktober dan 3 November lalu.

“Kami menjangkakan kehadiran sekitar 3,000 orang, kami juga menjemput pertubuhan dan pemimpin sivil agar sertai perkhimpunan ini... MTUC akan menyampaikan mesej yang jelas mengenai pindaan terbaru membabitkan Akta Kerja ini,” kata beliau lagi.

Majlis Am MTUC telah memutuskan untuk mengadakan tindakan susulan ini, kali ini dipanggil sebagai perhimpunan bagi meneruskan tekanan ke atas kerajaan supaya membatalkan pindaan Akta Kerja khususnya peruntukan berkaitan dengan sistem kontraktor bagi tenaga kerja, Ahad lalu.

Bagaimanapun tarikh khusus dan tempat diputuskan semalam.

Kata beliau, MTUC memutuskan bahawa kerajaan wajar mengambil tindakan membatalkan pindaan undang-undang perburuhan itu.

“Tiada jalan lain kecuali kerajaan menarik balik rang undang-undang ini... pendirian MTUC,” kata beliau awal minggu ini.

Piket pertama diadakan di pekarangan bangunan Parlimen beberapa hari sebelum Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 diluluskan oleh Dewan Rakyat dan piket susulan peringkat nasional secara serentak di 18 lokasi di seluruh negara sebulan kemudian,

Rang undang-undang itu kini menunggu giliran Dewan Negara untuk meluluskannya.

UMNO DALAM KUCAR-KACIR MENGHADAPI PRU13

Perang mulut menunjukkan betapa teruknya kucar-kacir dalam Umno


Permulaan kepada Pilihanraya Umum ke-13 dengan jelas berkuat kuasa sepenuhnya kerana Umno mengumpulkan ahli sendiri untuk mengadakan Perhimpunan Agung pada awal Disember - dilihat sebagai bendera akhir bagi pilihanraya di seluruh negara.

Dan seseorang boleh bertaruh bahawa perhimpunan Umno akan berkepentingan kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya bagi kebanyakan yang tidak mempunyai akses fizikal ke mesyuarat itu. Bagi 54 tahun yang lalu, ia adalah perwakilan Umno yang menghadiri perhimpunan yang boleh memutuskan siapa yang akan menjadiPerdana Menteri Malaysia dengan senangnya.

Presiden Umno juga menjadi Perdana Menteri Malaysia oleh konvensyen dan ini adalah mengapa parti itu begitu garang berjuang terhadap sistem dua parti, cuba semua cara dan kaedah untuk menghancurkan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Walau bagaimanapun, sekarang pembangkang sudah sebati dalam jiwa rakyat Malaysia, mungkin untuk kali pertama Presiden Umno tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia lagi. Mengapa? Kerana gabungan BN yang diketuai Umno menghadapi risiko kehilangan kuasa pada PU-13 yang akan datang , inilah mengapa terdapat faedah yang begitu banyak dalam perhimpunan Umno ini, di mana pemikiran ketua-ketua parti dan akar umbi akan memainkan peranan besar dalam menentukan masa depan terdekat negara.

Apabila ‘minority menang’

Cengkaman lalu Umno pada kuasa sering menjadi kes minoriti mengalahkan majoriti, dan bercanggah dengan pendirian "majoriti menang", yang ironiknya adalah sentiasa dianggap penting oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad apabila mewajarkan politik Ketuanan Melayu.

Ia adalah bertentangan dengan persekitaran yang sedemikian bahawa komen-komen terkini oleh Mahathir Mohamad telah menyebabkan kacau. Bukannya banyak tentang apa yang dikatakan tetapi sebaliknya, bahawa ini adalah kebenaran bahawa UMNO enggan menerima atau menganggapnya sejak pilihan raya 2008. UMNO telah memilih untuk mengelilingi dirinya dalam gelembung imperialis yang telah mengasingkan pemimpin dari realiti di atas tanah.

Gelembung ini adalah jelas dalam pelbagai keputusan dasar yang telah diumumkan, hanya untuk menarik bantahan awam dan kemudian dengan cepat ditarik balik. Oleh itu, untuk diberitahu bahawa UMNO lemah bertentangan dengan sifat gelembung imperialis ini . Ini adalah mengapa kata-kata Mahathir terkena tepat dan menyakitkan.

"Umno rosak teruk apabila Tun Abdullah Badawi mengambil alih. Kerana beliau mengutamakan keluarganya dan terdapat dakwaan rasuah yang begitu banyak. Dan semua orang tahu tentang penglibatan menantu beliau, "Tun Mahathir berkata, merujuk kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Umno yang rosak ini telah diwarisi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak bagi beliau untuk membaikinya. Umno perlu masa sebelum ia boleh menjadi lebih kuat. "Tetapi Najib sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup."

PM ponteng

Malah, Najib Tun Razak telah sibuk. Pada masa apabila negara memerlukan pemimpin untuk menangani masalah dan untuk menyediakan satu ukuran persefahaman; beliau tidak hadir -merendahkan martabat dan kewajipannya kepada orang bawahannya yang telah memberikan kenyataan yang bercanggah yang tidak memanfaatkan rakyat Malaysia.

Ia bukan menangani komen Mahathir, Najib meninggalkannya kepada sepupu dan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Tun Hussein untuk menangkis orang lama yang tersergam Umno, dan bukannya mengambil tugas sendiri dan bercakap bagi pentadbiran sendiri.

Hisham, juga merupakan Naib Presiden Umno, memberitahu pemberita "ini bukan sesuatu yang unik kepada Umno. Saya tidak menafikan bahawa ini akan menjejaskan proses kita ... tetapi kita akan melalui semakan dan transformasi. "

Menteri Dalam Negeri cuba untuk meletakkan muka yang baik dengan mengatakan ia bukan luar biasa bagi Mahathir untuk membuang cabaran dan idea-idea untuk parti menjelang perhimpunan agung, dan bahawa ahli-ahli perlu bangkit. Hisham juga tidak sengaja mendedahkan salah satu rungutan Mahathir dengan Najib -penakut untuk mendapatkan mandat sendiri dan bukannya bergantung kepada kuasa diwarisi beliau selepas menewaskan pendahulunya Abdullah Badawi.

"Ini akan menjawab sebahagian daripada kebimbangan Tun (Mahathir)," kata Hisham, mendesak bahawa Najib sudah dalam proses menyediakan parti itu untuk pilihan raya umum akan datang.

Najib telah gagal menangkap kekurangan dalam Umno

Tetapi jawapan Hishammuddin seperti biasa lemah dan sebenarnya tidak menafikan komen Mahathir. Ia hanya mengesahkan penilaian terakhir Umno. Semakan dan transformasi Umno telah dijanjikan sejak zaman Abdullah Badawi, dan seterusnya menekankan apabila Najib Tun Razak memegang jawatan Perdana Menteri Umno. Namun, tiga tahun kemudian, Umno tidak bertambah baik.Sebaliknya, ia telah mundur ke dalam keadaan eksklusif -penjenamaan sendiri sebagai ultra-Melayu dan tidak lagi sebuah parti politik yang progresif dan sederhana.

Puak dan perbalahan dalaman di dalam bahagian-bahagian parti yang menyumbang kepada kegagalan Umno dalam pilihan raya 2008, dan ia kelihatan seperti lebih kurang sama pada PU-13 yang akan datang . Mahathir betul dalam penilaiannya, Umno kucar-kacir dan tidak mengakuinya.

Tetapi penyelesaian Dr M sendiri mungkin terlalu bahaya

Namun, penyelesaian yang ditawarkan oleh Mahathir - seorang doktor perubatan oleh latihan - boleh membuktikan untuk menjadi racun akhir yang akan menjatuhkan Umno. Seperti pesakit kanser yang menjalani kemoterapi, campuran yang ditetapkan Mahathir ialah bahan kimia toksik untuk membunuh sel-sel kanser mungkin mempunyai dos yang terlalu tinggi dan akhirnya membunuh pesakit dan bukannya kanser.

Berdasarkan nasihat Mahathir, penyelesaian kepada Umno adalah untuk berbaik-baik dengan kumpulan yang suka bergaduh, kumpulan 'hak' ultra-Melayu seperti Perkasa - dalam erti kata lain, beralih lebih ke kanan dan abaikan seluruh negara serta dunia.

Walau bagaimanapun, sebarang langkah untuk berbaik dengan Perkasa, bagi mendapatkan kiraan undi yang lebih tinggi daripada orang Melayu akan sama dengan bermain dadu dengan masa depan negara berbilang kaum. Sehingga kini, apakah manfaat yang dibawa oleh Perkasa ke Malaysia? Adakah Umno yang dahulunya gah jatuh jauh ke bawah untuk mengaitkan dirinya dengan kumpulan yang bersifat perkauman untuk mendapatkan tarikan dengan pengundi tradisional. Jangan silap, memperjuangkan bangsa adalah alat yang berkuasa tetapi ahli politik Australia yang telah jatuh Pauline Hanson telah mendapati kos sendiri, ia adalah satu taktik hanya untuk yang lemah, terdesak dan secara intelektualnya mandul.

Dalam kucar-kacir

Perang mulut terbaru antara ahli Umno yang berambut palsu besar menunjukkan kucar-kacir parti dan tidak dapat menerima realiti. Dalam perjalanan mendapatkan undi orang Melayu, Umno telah ironinya membuat dirinya tidak relevan kepada nasib orang Melayu. Tamak untuk kuasa politik dan kekayaan bahan telah menjadikan ia lupa apa yang dilambangkan olehnya. Ia telah akhirnya mengetepikan rakyat yang dilindungi oleh nenek moyang. Pemimpin semasa dicabut dari parti dan negara secara keseluruhannya. Mereka hanya berminat untuk kekal berkuasa.

Sudah tiba masanya Umno mengambil sabatikal dan melakukan beberapa pencarian jiwa yang serius. Sedikit masa di padang gurun telah melakukan keajaiban bagi banyak orang, dan ia adalah tepat pada masanya bahawa Umno mengambil masa untuk berjalan kaki sendirian merenung diri sendiri dan salah lakunya.

Bertaubat dan memohon ampun daripada rakyat Malaysia adalah cara yang baik untuk melepaskan dirinya daripada ketaksuban kaum dan agama dan kembali di landasan yang betul untuk tujuan yang dianggap lebih seimbang dan sihat oleh masyarakat, negara dan dunia. Kemudian barulah, Umno boleh menyertai semula planet yang waras dan berperikemanusiaan.-MC

23 November 2011

MALAYSIA SAMA SEPERTI MYNMAR DAN EKSTRIM ARAB -BIL PERHIMPUNAN AMAN

Pakatan tuntut Bil Perhimpunan Aman ditarik

Pakatan Rakyat hari ini menuntut agar rang undang-undang Perhimpunan Aman yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama ditarik balik.

Sambil menyuarakan bantahan keras mereka terhadap rang undang-undang itu, pemimpin Pakatan berkata ia adalah lebih zalim daripada Seksyen 27, Akta Polis.

“Ini langkah terkebelakang. Semua orang kecewa dan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Abdul Razak telah menghancurkan harapan yang diberikannya dua bulan lalu.

“Sekatan baru itu amat birokratik, tidak demokrasi dan terbuka kepada pelbagai salah guna kuasa,” kata supremo DAP Lim Kit Siang.

Bagi ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, antara perkara yang dianggap menindas itu adalah keperluan notis 30 hari yang penganjur mesti kemukakan kepada pihak polis sebelum mengadakan perhimpunan.

"Ini jelas menunjukkan kongkongan pihak pemerintah terhadap rakyat, sama seperti di negara-negara ekstrim Arab dan Myanmar.

“Rang undang-undang ini juga jelas bercanggah dengan kenyataan asal Datuk Najib yang kononnya mahu menjadikan Malaysia sebagai negara demokrasi terbaik di dunia.

“Ucapan beliau pada sambutan Hari Malaysia amat lunak, namun tindakannya cukup menekan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di pejabatnya di Parlimen hari ini.

Justeru, kata Anwar yang juga ketua pembangkang, dalam usaha membantah akta itu, beliau dan ahli-ahli parlimen Pakatan akan menimbulkan bantahan mereka pada persidangan Dewan Rakyat secara berterusan.

Bagi naib presiden PAS, Salahuddin Ayub, undang-undang baru itu tidak praktikal kerana penganjur perhimpunan perlu memohon 30 hari lebih awal untuk berhimpun.

“Bagaimana jika Israel misalnya menyerang Iran secara mengejut dan kita mahu adakan himpunan, tidakkah undang-undang ini sangat tidak praktikal?” soalnya.

Oleh itu, katanya, Pakatan Rakyat akan menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) esok jam 1.30 petang bagi membantah rang undang-undang baru itu.

Turut hadir pada sidang media itu adalah setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali; naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; ketua pengarah pilihan raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.-MK

KISAH ANAK NAJIB & ELIT UMNO KUMPUL KEKAYAAN

Guna pasaran saham untuk dana PRU-13? Anak Najib letak jawatan


Sedang desas-desus yang mengatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin akan menggunakan pasaran saham sebagai dana untuk membiayai pilihan raya umum yang akan diadakan tidak lama lagi dan untuk membayar kungcu-kungcu UMNO untuk dapatkan sokongan mereka, anak beliau yang berusia 28 tahun, Nazifuddin Najib, telah meletakkan jawatan daripada lembaga pengarah Harvest Court Industries Bhd

Walaupun Nazifuddin telah dilantik ke lembaga Harvest kurang dari sebulan yang lalu, beliau sebelum ini juga merupakan lembaga pengarah untuk syarikat Sabah Sagajuta dan 1GREEN Enviro yang kedua-duanya dikawal oleh hartawan Malaysia Timur Raymond Chan Boon Siew.

Chan yang berusia 39 tahun mempunyai kira-kira 15.7 peratus kepentingan dalam Harvest Court , manakala rekod bursa saham juga menunjukkan yang Nazifuddin memegang hampir empat juta saham dalam syarikat itu. Spekulasi sekarang adalah sama ada Nazifuddin masih pemegang saham atau menjualnya untuk mendapat keuntungan.

"Ia adalah terlalu lewat untuk mengawal kerosakkan ini. Saham Harvest telah meningkat dengan tinggi sekali dan ia kelihatan seperti mungkin jatuh teruk sekiranya Chan memutuskan untuk tidak menjadi penyelamat," komen seorang pengarah kepada firma penyelidikan broker besar kepada Malaysia Chronicle.

"Apa pun, adalah memalukan yang Harvest telah dispekulasikan dalam suatu keadaan yang melampau. Ia telah menyebabkan kegilaan untuk ‘penny stock’ lain dan semua ini adalah kerana politik. Anda boleh mengatakan bahawa ia adalah khabar angin dan peniaga lain yang berpengetahuan tidak perlulah menjadi begitu tamak. Bagaimana pula dengan pengawal selia yang ada? Tidakkah mereka mengadakan peraturan yang ketat? Bagi ahli-ahli politik kita pula sehinggalah ke Najib yang berada di bahagian paling atas, tidak beretikakah mereka? "

Menghairankan

Sementara itu, kedua-dua Nazifuddin dan Chan dilaporkan oleh The Star telah berikrar untuk tidak menjual saham Harvest mereka. Mereka juga menyuarakan kehairanan disebabkan trend menaik yang ketara dalam harga saham.

"Kami hanya cuba yang terbaik di pihak kami dan tidak membiarkan spekulasi pasaran, tidak menyakiti mana-mana pihak dan hanya terus mengarah ke jalan yang terbaik. Semua pihak telah bersetuju dan projek-projek dalam tangan sudah cukup untuk mewujudkan minat, " ujar Nazifuddin kepada StarBiz.

"Kami tidak menjual dengan ghairah dan saya memelihara 15.7% kepentingan saya dan beliau (Nazifuddin) memelihara 2.2 % kepentingan beliau. Kami tidak akan berganjak dan tidak akan berhenti. Kita tidak mahu orang ramai berfikir bahawa kami akan sapu keuntungan dan jual kepentingan kami di Harvest. Kita tidak mahu orang ramai untuk mereka apa-apa cerita dan menggembar-gemburkan harga saham. Kami tidak akan keluar dalam masa terdekat, seperti dalam 2-3 tahun ini kerana kami berada di sini untuk melakukan perniagaan yang tulen, "kata Chan.

Pada hari Selasa, pukul 9.55 pagi, kaunter jatuh 42 sen kepada 98 sen disebabkan berita pemergian Nazifuddin. Ia adalah kerugian terbesar untuk hari itu.

Dari Dr M, Badawi dan kini Najib?

Saham dalam Harvest telah meraih keuntungan besar dengan perkhabaran bahawa anak Najib bersama firma itu dan Chan akan menyuntik aset daripada Sagajuta yang berasaskan kayu ke dalam Harvest. Awal bulan ini, Business Times melaporkan bahawa Sagajuta mempunyai hampir RM1.2 bilion dalam nilai kontrak pembinaan.

Saham telah meningkat lebih 400 peratus antara 1 November dan 14 November. Adalah dianggarkan bahawa pelabur-pelabur telah membelanjakan sebanyak RM28 juta dalam tempoh dua hari dagangan yang lepas untuk membeli saham dan waran .

Semasa ditutup pada Isnin, 21 Nov, harga saham Harvest masih lagi 300 peratus lebih tinggi daripada apa yang diniagakan pada awal bulan ini, 40 sen, walaupun harga "ditetapkan" pada minggu lepas.

Terdapat sedikit maklumat tentang Nazifuddin, dia merupakan salah seorang daripada tiga anak Najib bersama isteri pertama Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar. Mereka telah berkahwin pada tahun 1976 dan bercerai pada tahun 1987, membuka jalan untuk perkahwinan keduanya dengan Rosmah Mansor, bekas jurubank di mana beliau telah dikurniakan dua orang anak - Mohd Norashman dan Nooryana Najwa.

Nazifuddin adalah anak kedua daripada perkahwinan pertama Najib, dan mempunyai dua adik-beradik - seorang abang Mohd Nizar Najib dan adik perempuan, Puteri Norlisa Najib. Anak muda ini telah memasuki dunia korporat bersama konflik dengan harapan rakyat Malaysia diletakkan di tangan kerajaan dan Najib menerusi pelan transformasi ekonomi. Penyalahgunaan ini juga menambah kepada kebimbangan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala mungkin tepat meramalkan bahawa Malaysia akan menjadi muflis menjelang 2019 jika kerajaan yang diterajui Umno berterusan dengan perbelanjaan melulu dan tidak berhemat.

Selepas berdekad kronisme, yang dimulakan dengan serius oleh bekas Perdana Menteri,Mahathir Mohamad dan anak-anaknya dan diteruskan oleh keluarga Badawi, rakyat Malaysia dan pelabur telah mengharapkan Najib tidak akan menyatukan politik dengan dunia perniagaan, yang telah melahirkan berdekad amalan rasuah. Tetapi itu tidak mungkin, kata penganalisis politik, kerana itu adalah cara keluarga ahli politik elit dalam Umno mengumpulkan kekayaan di luar imaginasi kita.


"Designated share" juga tidak mampu menghentikan kegilaan sindiket ini

Sementara itu, penganalisis berkata jika dakwaan Chan ingin menyuntik aset ke dalam Harvest menjadi kenyataan, maka ini akan menjadi rangsangan utama bagi firma yang bermasalah ini dengan status PN17 sejak 2009 walaupun telah ditarik balik pada bulan Oktober lepas.

Pada minggu pertama bulan berikutnya, disebabkan berita mengenai kemasukan Nazifuddin ke firma itu, saham Harvest telah meningkat kepada 9-tahun tertinggi dan telah menghairankan pasaran saham dan juga yang dipentas politik. Pada 8 Nov, saham melonjak 30.5 sen kepada RM1.18, manakala waran meningkat sebanyak 30 sen sekeping untuk ditutup pada RM1.05.

Spekulasi gila ini yang disebabkan oleh kemunculan Nazifuddin di Harvest yang mencetuskan keghairahan “penny stock” dalam pasaran Malaysia, dengan peruncit melompat disebabkan khabar angin bahawa Najib dan pemimpin politik lain akan menganugerahankan kontrak kerajaan yang besar seraya memberi manfaat kepada firma-firma di mana mereka atau mereka keluarga telah meletakkan kepentingan di sana.

Suruhanjaya Sekuriti telah dipaksa untuk mengeluarkan amaran bahawa ia akan memantau apa-apa dagangan spekulatif yang berlebihan, tetapi ini tidak menghentikan sindiket terbabit untuk menolak kelebihan mereka di pasaran. Akhirnya saham Harvest diberi status "designated share", ini bererti bahawa sesiapa yang ingin membeli sahamnya perlu membayar pendahuluan dengan cara tunai dan menahan keselamatan selama 3 hari sebelum keluar. Harganya kemudian menjunam, dan naik semula beberapa hari kemudian.

Saham Harvest Court dan waran menghadapi tekanan jualan yang berat pada jam terakhir pemerdagangannya pada hari Isnin, 21 Nov. Saham yang diniagakan setinggi RM1.60 sebelum tengah hari, dan berakhir pada empat sen lebih tinggi pada RM1.40. Waran yang diniagakan tinggi pada kebanyakkan masa pada hari itu , ditutup 11 sen lebih rendah pada RM1.04.

Malaysia Chronicle

NAJIB LEBIH ZALIM DARIPADA TUN M

Akta Perhimpunan Aman percepat ajal Umno BN

KUALA LUMPUR-Lajnah Undang-Undang Guaman dan PAS Pusat memandang serius tindakan Kerajaan

Barisan Nasional membentangkan rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Perhimpunan Aman 2011 yang menggantikan Akta Polis 1967.

AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) berkata, setelah meneliti beberapa peruntukkan di dalam rang undang-undang tersebut, mana-mana orang yang waras pemikirannya akan dengan mudah memahami ia adalah akta yang bersifat mencegah atau melarang sama sekali sebarang perhimpunan di negara ini.

Menurutnya, menamakan rang undang-undang itu dengan Akta Perhimpunan Aman dalam keadaan akta tersebut hakikatnya melarang sama sekali sebarang perhimpunan adalah jelas satu lagi siri penipuan Kerajaan BN Umno dan Datuk Seri Najib ke atas rakyat.

Ujarnya, Akta Perhimpunan Aman sepatutnya memudahkan perhimpunan aman bukan menyusahkan perhimpunan aman.

Beliau berkata, jika Akta Polis 1967 khususnya seksyen 27 dan 27A sudah bersifat ‘draconian dan zalim, akta yang ingin digubal itu beribu-ribu kali lebih zalim daripada Akta Polis yang ingin diganti.

Katanya, hanya kerajaan zalim seperti Umno sahaja berupaya terfikir untuk menggubal akta sezalim itu.

“Sebagai peguam dan AJK PAS Pusat, saya akan mengusulkan kepada pihak PAS untuk mencabar rang undang-undang ini di mahkamah supaya ianya tidak akan dimuktamadkan sebagai akta.

“Pada hari ini kami peguam PAS akan melancarkan secara rasmi ‘perang’ ke atas akta zalim ini melalui saluran undang-undang yang sedia ada,” tegasnya.

Pada masa ini, beliau berpendapat rang undang-undang itu adalah secara jelas unconstitutional kerana ianya bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, meskipun Perkara 10 membenarkan sebarang akta digubal oleh Parlimen untuk menghadkan perlaksanaan hak berhimpun namun had tersebut tidak boleh sama sekali sampai ke tahap menghapuskan sama sekali hak rakyat kepada perhimpunan aman.

Tambahnya, secara jelas akta yang ingin digubal mempunyai motif sebegitu.

“Pengalaman saya mengendalikan banyak kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram khususnya yang melibatkan ahli dan pemimpin PAS menunjukkan bahawa akta ini digubal sebagai manifestasi kekecewaan pihak Kerajaan melalui Peguam Negara yang acap kali tewas di dalam kes-kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram,” ujarnya.

Katanya, amat malang Peguam Negara dan Kerajaan Umno BN tidak menunjukkan sebarang perubahan yang positif di dalam rekodnya yang sedia buruk dalam isu pencerobohan hak asasi khususnya dalam isu perhimpunan aman.

Baginya, akta yang ingin diluluskan di Parlimen itu memburukkan lagi wajah buruk Kerajaan BN dan Peguam Negara.

“Apa pun percayalah akta ini akan mempercepatkan lagi ajal Kerajaan Umno BN insya Allah,” ujarnya.

-Harakahdaily

Pemuda Pakatan anjur jelajah negara cari sokongan pengundi muda

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Pemuda Pakatan Rakyat (PR) akan menerbitkan filem-filem pendek dalam usaha mengukuhkan lagi sokongan pengundi muda kepada parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin langkah ini merupakan langkah terbaru untuk menambat hati golongan muda selain dari menggunakan media baru seperti facebook, Twitter dan blog.

“Melalui filem pendek ini,kami akan menyampaikan maklumat kenapa kerajaan pusat perlu ditukar pada pilihan raya umum nanti,” katanya pada sidang akhbar bersama dengan Ketua Pemuda PAS dan Ketua Pemuda Sosialis DAP di sini.

Katanya lagi, sungguhpun pilihan raya umum kian hampir, usaha mendekati pengundi muda belum lagi terlambat.

Sebab itu, Shamsul Iskandar berkata AMK bersama Pemuda PAS dan DAP berganding bahu menjelajah seluruh negara mendekati pengundi muda secara bersepadu.

“Jika kita bergerak berasingan, mungkin kita tidak sempat mendekati mereka seramai mungkin. Sebab itu kita bergerak bersama secara bersepadu,” katanya yang yakin majoriti 40 peratus pengundi muda masih tetap bersama Pakatan Rakyat.

Namun begitu katanya, AMK tidak mahu berpeluk tubuh dalam keadaan selesa.

“Justeru, kami akan menjelajah ke seluruh negara mendekati pengundi muda supaya mereka terus memilih Pakatan Rakyat,” katanya.

Ini adalah kali pertama AMK, Pemuda DAP dan Pemuda PAS bergerak secara bersepadu menjelang pilihan raya umum ke-13.

Seramai 4.5 juta pengundi muda atau 38.8 peratus daripada 12 juta pengundi akan menentukan kemenangan parti yang bertanding dalam pilihan raya umum ke 13 sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Peranan mereka amat penting dalam menentukan pembentukan kerajaan baru.

Kata Shamsul Iskandar lagi, buat kali pertama mereka akan menjelajah setiap bandar utama secara bersepadu dengan tiga Pemuda Pakatan Rakyat sekali gus supaya mesej perubahan sampai kepada pengundi muda untuk disebarkan kepada pengundi luar bandar.

Shamsul Iskandar berharap retreat di kalangan 60 ketua Pemuda Pakatan Rakyat pada 4 Disember ini di Shah Alam dapat memastikan bukan sahaja undi golongan muda bertahan, malah bertambah lagi.

Sementara itu Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan berkata, pihaknya akan mendekati seberapa ramai golongan muda termasuk mat rempit dan golongan penganggur supaya mereka dapat menerima perubahan melalui kerajaan baru.

Nasrudin menjelaskan, dalam menjelajah ke seluruh negara, mereka akan menggunakan pengangkutan awam seperti bas, komuter, LRT untuk menyampaikan mesej kepada golongan muda.-tmi

22 November 2011

PENTADBIRAN NAJIB KIAN BURUK- PERHIMPUNAN AMAN


Akta Perhimpunan Aman perlekeh hak rakyat Malaysia, kata Ambiga

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan membidas undang-undang perhimpunan aman yang dibacakan kali pertama hari ini atas alasan ia memberi kuasa yang luas kepada Menteri Dalam Negeri dan polis selain menghakis hak dan kebebasan diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan selama ini.

Bekas presiden Majlis Peguam ini mendakwa kerajaan telah gagal dalam menerima pakai standard antarabangsa, sebaliknya mengehadkan kebebasan yang diberikan oleh undang-undang tertinggi negara ini.

“Rang undang-undang ini (Perhimpunan Aman) membataskan hak kita seluas yang mungkin,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau undang-undang baru ini mengekang lagi kebebasan untuk berhimpun dan juga kebebasan berucap.

“Tambahan, kebebasan berhimpun termasuk protes jalanan yang aman. Dengan mengeluarkan hak ini sama sekali, Perlembagaan Persekutuan sekali lagi diperlekehkan,” katanya.

Ambiga berkata undang-undang yang hendak dibawa oleh pentadbiran Najib ini lebih buruk berbanding Seksyen 27 Akta Polis yang sedia ada, yang akan dimansuhkan.

Kata beliau, ia salah satu hak kebebasan fundamental yang diperlukan dalam menggerakkan masyarakat demokrasi dan diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Justeru beliau menggesa kerajaan dengan segera menarik balik rang undang-undang itu jika Datuk Seri Najib Razak jujur dalam janjinya menjadikan Malaysia negara demokrasi terbaik-TMI

NEGARA BRITAIN AKAN MENYIASAT TAIB MAHMUD

Ofcom Britain Memulakan Siasatan

Pertubuhan yang mengawal kegiatan media di UK, kini telah mengesahkan bahawa mereka telahpun memulakan siasatan ke atas kegiatan haram FBC Media dan hubungannya dengan kerajaan-kerajaan Malaysia, Sarawak dan negara-negara lain yang dibelengu eksploitasi pemimpin mereka sendiri.

Ofcom bukan hanya mengawas berita-berita terbitan BBC World yang pernah mengeluarkan berita mengenai skandal itu, malah ianya juga turut mengawasi gerak-geri pertubuhan berita CNBC dan CNN dari US, yang beroperasi di UK, yang pernah mengadakan hubungan dengan FBC Media mereka-reka berita tanpa kesahihan bukti.

Pertubuhan media UK yang bebas itu telah membuka laluan dengan menjalankan siasatan berhubung gejala kesalahan rasuah, termasuk kesalahan mengintip panggilan telefon. Strategi yang sama juga telah digunakan untuk menyerang ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, yang digambarkan sebagai “ekstrimis” Muslim sama seperti kegiatan rakyat Mesir yang bangkit menentang pemerintahan kuku besi Mubarak

Kini Mubarak dan Najib telah sama-sama diketahui bersekongkol dengan FBC Media. Malah Mubarak yang telah diusir keluar dari negaranya sendiri, segala kekayaannya yang tersimpan di luar negara telahpun dibekukan, kerana sumber kekayaannya itu adalah hasil dari titik peluh rakyatnya sendiri.

Negara Britain akan menyiasat Taib Mahmud

Menteri Luar UK, Jeremy Browne, telahpun diberi tanggungjawab untuk memerhatikan kerajaan Malaysia, dan kini beliau telah menandatangani persetujuan untuk menunaikan permintaan Bruno Manser Foundation dan juga Sarawak Report yang kerapkali melaporkan tentang kekayaan haram Taib Mahmud sekeluarga. Kini Britain telah mengumumkan untuk menyertai kerajaan-kerajaan Jerman, Sitzerland dan Kanada, tempat mereka menanam modal dan menyimpan kekayaan. Taib Mahmud diketahui telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menjernihkan imejnya di mata dunia

-SR

PR TEMBUSI KUBU AKHIR UMNO FELDA


Anwar: Pakatan Rakyat tembusi kubu kuat Umno, Felda

(Oleh: Darwish Zainal)

JEMPOL 22 Nov: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat kini semakin bertapak kukuh di pedalaman khasnya kawasan Felda yang sebelum ini dianggap kubu kuat Umno-Barisan Nasional.

Dalam satu program ceramah di Gugusan Felda Palong di sini malam tadi, Anwar berkata, ia memberikan isyarat bahawa Pakatan Rakyat kini semakin hampir ke Putrajaya dan bakal menyingkirkan Umno-BN pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Ceramah berkenaan yang diadakan di Felda Palong 6, berjaya menarik kehadiran lebih 2,000 peneroka dari Gugusan Felda Palong.

Dalam ucapannya, Anwar melahirkan rasa terharu dengan sambutan luar biasa dan kehadiran ribuan peneroka Felda yang menandakan bahawa kubu kuat Umno di Negeri Sembilan itu berjaya ditembusi Pakatan Rakyat.

“Saudara dan saudari pada malam ini berjaya membuktikan bahawa akhirnya antara kubu Umno yang terkuat di Negeri Sembilan berjaya juga ditembusi.
“Saya percaya kebangkitan warga peneroka pada malam ini khususnya anak muda akan memberikan kemenangan kepada calon PR di Palong, Jeram Padang, Serting dan Jempol,” katanya di hadapan kira-kira 2,000 peneroka Felda dari Gugusan Felda Palong.

Anwar dalam ucapan lebih sejam mengingatkan Umno-BN terhadap penyelewengan yang dilakukan Felda dan kegagalan parti itu membela nasib peneroka.

Felda kini berdepan saman dari ribuan peneroka dari Negeri Sembilan, Kelantan, Johor dan Pahang ekoran penyelewengan yang dilakukan agensi itu terhadap hasil pendapatan peneroka.
“Nasihat saya kepada Umno, jangan berdendam, jangan balas dendam, jangan hukum orang apabila menyedari sokongan warga Felda kini mula berpihak kepada PR.“Anda (Umno) harus persalahkan diri anda sendiri kerana gagal membela nasib warga peneroka Felda,” kata Anwar dan disambut dengan sorakan gamat daripada para hadirin.

Dalam program berkenaan Anwar turut menerima penyerahan borang kemasukan seramai 412 ahli baru KEADILAN dari Ranting Felda Palong 6; 105 ahli dari Ranting Felda Palong 4 dan 257 ahli dari Ranting Felda Palong 2.

Untuk rekod Gugusan Felda Palong mempunyai 16 Tanah Rancangan Felda bermula dari Felda Palong 1 dan berakhir dengan Felda Palong 16.

Beliau juga menyempurnakan pemberian Geran ‘Pengisytiharan Tanah Berkelompok Persendirian’ kepada 32 peneroka Felda Palong 8 yang mengusahakan penanaman semula getah dan kelapa sawit secara persendirian dan bukan melalui Felda.

Ketua Pembangkang itu turut menerima kemasukan 80 peneroka Felda Palong 8 yang menyerahkan Borang Permohonan Peneroka Generasi Baru.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23261

RANG UNDANG-UNDANG PERHIMPUNAN AMAN DIBENTANG

Nazri bentang Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat bagi menjamin kebebasan berhimpun.

Antara kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu:

(1) Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dtetapkan oleh menteri dalam negeri.

(2) Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.

(3) Tiada protes jalanan dibenarkan.

(4) Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat.

(5) Seksyen 9(5) membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000 sekiranya tiada notis awal mengadakan perhimpunan diserahkan kepada polis.

(6) Seksyen 21(3) membenarkan polis mendenda pihak yang ditangkap sehingga RM20,000;

(7) Individu bawah umur 21 tidak dibenar menganjurkan perhimpunan; dan

(8) Kanak-kanak bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perhimpunan, termasuk berkaitan kebudayaan dan acara keagamaan seperti perarakan kematian yang diluluskan oleh menteri dalam negeri.

Dijadual untuk bacaan kedua pada minggu depan, rang undang-undang itu dibentangkan serentak dengan rang undang-undang lain untuk meminda Akta Polis, yang antaranya menyaratkan permit polis diperoleh sebelum mengadakan perhimpuna
n
-MK

SEPANYOL BERTUKAR KERAJAAN


MADRID - Parti Popular (PP) pimpinan Mariano Rajoy menang besar dalam pilihan raya umum di Sepanyol semalam selepas para pengundi menghukum kerajaan diterajui Parti Pekerja Sosialis Sepanyol (PSOE) ekoran krisis ekonomi terburuk yang melanda negara berkenaan.

Rajoy yang memperoleh majoriti besar dalam pilihan raya kelmarin dijangka melakukan langkah drastik bagi menghalang Sepanyol terjerumus lebih jauh ke dalam krisis hutang yang kini mengancam keseluruhan negara Kesatuan Eropah (EU).

"Masa sukar akan tiba," kata Rajoy ketika berucap kepada para penyokongnya selepas memenangi pilihan raya tersebut.

Setakat ini, para pelabur masih menantikan usaha dan langkah terperinci yang akan dilaksanakan oleh pemimpin berusia 56 tahun itu dalam menangani beban hutang negara yang besar, sekali gus memaksa Sepanyol ke arah pelan penyelamatan ekonomi Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

"Suara Sepanyol akan kembali dihormati di Brussels dan Frankfurt (dua ibu pejabat EU). Kita akan berhenti daripada menjadi beban dan akan menyumbang kepada penyelesaian krisis hutang," ujar Rajoy.

Beliau dijadual dilantik sebagai Perdana Menteri Sepanyol yang baharu dalam tempoh sebulan.

Dalam pada itu, rakyat Sepanyol meluahkan kemarahan mereka terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri José Luis Rodríguez Zapatero yang berjaya membawa Sepanyol ke arah kemakmuran ekonomi sewaktu pemerintahan beliau selama tujuh tahun sebelum krisis hutang zon euro melanda.

Dengan anggaran lima juta rakyatnya kini menganggur, Sepanyol yang memiliki kadar pengangguran tertinggi di Eropah kini berada di ambang kemelesetan ekonomi kedua dalam tempoh empat tahun.

PP ditubuhkan daripada gabungan beberapa parti berhaluan kanan sekitar tahun 1980-an, selepas Sepanyol kembali kepada amalan demokrasi ekoran kejatuhan pemerintahan diktator Francisco Franco.

Ini merupakan kemenangan terbesar PP dalam pilihan raya umum Sepanyol sejak tiga dekad lalu.

PP menguasai 186 kerusi daripada keseluruhan 350 kerusi Dewan Rendah Sepanyol selepas 99.95 peratus kertas undi dikira.

PP memperoleh 10.8 juta undi dalam pilihan raya berkenaan, manakala 6.9 juta rakyat Sepanyol memilih PSOE.

- Reuters

MAS: 9 BULAN RUGI 1.2 BILION

MAS catat rugi sebelum cukai RM461.54 juta
6:45AM Nov 22, 2011

Malaysian Airline System Bhd terus mencatatkan kerugian bagi suku ketiga yang berakhir pada September 2011 dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM461.54 juta berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM236.074 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama 2010.

Syarikat penerbangan itu juga merekodkan kerugian pada suku kedua tempoh kewangan dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM509.411 juta berbanding dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM532.591 juta pada tempoh yang sama 2010.

Perolehan bagi suku berkenaan bagaimanapun meningkat kepada RM3.565 bilion daripada RM3.399 bilion yang dicatatkan pada tempoh yang sama 2010, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Syarikat penerbangan itu juga mencatatkan kerugian sebelum cukai yang ketara sebanyak RM1.209 bilion semasa sembilan bulan pertama daripada perolehan sebanyak RM10.244 bilion.

Bagi suku ketiga, kumpulan juga mencatatkan kerugian operasi sebanyak RM156 juta berbanding dengan keuntungan RM35 juta bagi suku yang sama pada 2010, di mana kerugian lebih tinggi disumbangkan kos bahan api yang meningkat.

Kumpulan juga mencatatkan kerugian selepas cukai sebanyak RM477 juta bagi suku berkenaan berbanding dengan keuntungan RM234 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Menurut syarikat berkenaan, kerugian selepas cukai termasuk kerugian derivatif sebanyak RM70 juta dan kerugian tukaran asing tidak direalisasikan sebanyak RM195 juta.

Sementara itu, jumlah perolehan naik sebanyak lima peratus kepada RM3.493 bilion bagi suku berkenaan, disebabkan pertumbuhan tiga peratus dalam jumlah penumpang pada pertumbuhan kapasiti enam peratus, pengurangan faktor tempat duduk sebanyak 2.7 mata peratusan kepada 76 peratus dan enam peratus peningkatan dalam hasil penumpang.

Jumlah perbelanjaan juga meningkat sebanyak 10 peratus atau RM357 juta kepada RM3.721 bilion terutamanya disebabkan kenaikan dalam kos bahan api sebanyak RM396 juta setelah jumlah kos bahan api meningkat sebanyak 37.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Kos bukan bahan api turun sebanyak dua peratus atau RM39 juta berbanding suku sama tahun lalu.

Melihat ke hadapan, persekitaran operasi bagi syarikat penerbangan pada umumnya kekal mencabar bagi suku keempat 2011.

"Bukan hanya harga bahan api jet kekal tinggi, keadaan ekonomi yang semakin teruk di Eropah diterjemahkan kepada profil tempahan ke hadapan yang lemah bagi perjalanan jarak jauh kami," kata syarikat penerbangan itu.

Walau apapun usaha pihak pengurusan untuk mengurangkan senario yang buruk, kumpulan menjangka keputusan operasi suku keempat menjadi lebih lemah daripada suku semasa.

Kumpulan itu berkata pihak pengurusan mengkaji semua aspek operasi dan inventori, dan apa-apa peruntukan berbangkit yang diperlukan perlu diperakui pada suku keempat.

"Pengurusan memulakan proses rasionalisasi rangkaian yang ketara untuk menarik balik struktur yang lemah, laluan yang mencatatkan kerugian dan mungkin memulakan laluan baru yang hasil lebih tinggi memberi tumpuan pada Asia," katanya.

Syarikat penerbangan nasional itu berkata dengan penggunaan rangkaian pengurusan yang mantap, pengurusan juga akan mempercepatkan pengembalian pesawat yang telah lama dan dalam berbuat demikian meningkatkan kecekapan bahan api kumpulan pesawat.

"Kami menjangka kesan sepenuhnya daripada inisiatif ini akan mula membuahkan hasil pada 2012, dan dengan itu inisiatif-inisiatif ini tidak akan mempunyai kesan ketara terhadap keputusan 2011," katanya.

Inisiatif ini akan menjadi antara beberapa inisiatif utama strategik lain yang akan digariskan dalam pelan perniagaan yang akan datang Malaysia Airlines yang akan diumumkan bulan depan.

- Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...