06 September 2014

Ketika Negara yang masih lagi berkabung di dalam isu MH17, MH370 dan Isu Gaza, Pahang mengadakan Konsert AWEK SEKSI...


Awek Seksi Di Malam Merdeka Di Kuantan - Jangan Malukan Tok Nan Lain Kali

Ambang Merdeka sudah seminggu berlalu. Namun, rumah sudah siap, pahat masih berbunyi. Terdapat rungutan mengenai persembahan artis pada malam Merdeka berkenaan yang dikatakan terlalu seksi dan tidak sesuai dalam kita menyambut Merdeka. 


Dibuat di Stadium Darul Makmur, Kuantan, yang dihadiri oleh segenap lapisan usia, rasanya konsert dengan artis seksi sebegini amat tidak sesuai. Ini ditambah dengan keadaan Negara yang masih lagi berkabung di dalam isu MH17, MH370 dan Isu Gaza. 

Apa yang lepas, lepas. Cuma lain kali pihak yang bertanggungjawab agar lebih prihatin agar tidak memalukan Menteri Besar Pahang, DS Haji Adnan Haji Yaakob.



sumber

ABDUL HADI YANG KURANG DIPLOMASI


Abdul Hadi Awang.

Sejak kelmarin berkicauan berita kononnya akan wujud sebuah parti baru yang akan menjadi alternatif kepada Pas. Siapa empunya cerita dan menjadi tukang bari walahualam. Tetapi kemunculan berita wujud parti baru itu bertunas apabila apa dinamakan satu pertemuan di Kota Bharu pada 31 Ogos lalu. Pertemuan itu bertujuan menubuhkan, atau mengistyharkan penubuhan sebuah NGO bernama PasMa. Sedap juga namanya.

Tujuan penubuhan PasMa adalah sebagai menjadi penghalang kepada usaha pihak-pihak tertentu daripada membawa Pas bekerjasama dengan Umno. PasMa dikatakan akan jadi benteng kepada usaha itu. Kenapa sampai perlu ada PasMa dan kenapakah perlu dihalang?

Apabila diwujudkan sebuah Ngo menjadi penghalang ertinya ada usaha gigih tanpa jemu dan penat lelah untuk membawa Pas berkerjasama dengan Umno. Penubuhan PasMa itu mendedahkan bahawa Pas dalam berkucah dan berbalah dan mengesahkan Pas sedang dievolusikan.



Bukan maksud saya hendak menceritakan fasal PasMa ini, tetapi ingin merujuk kepada kenyataan Presiden Pas Abdul Hadi Awang apabila menjawab pertanyaan berhubung dengan kewujudan PasMa yang didewa-dewakan menjadi parti alternatif kepada Pas itu. Saya perlu menjelaskan sebab kenyataan presiden Pas itu tidak melambangkan ianya suatu pandangan profesional.

Abdul Hadi semasa majlis Dialog dan Penjelasan Isu Terkini di Rusila dilaporkan berkata tidak menghalang sekiranya ada pihak yang ingin menubuh parti baru. Alasan diberikan ialah negara ini mengamalkan demokrasi. Katanya mereka berlainan pendapat dalam Pas kalau hendak tubuh parti baru, baik keluar dan tubuh parti.

"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam," demikian katanya. Pandangan dan pendapat Abdul Hadi itu mendapat reaksi hadirin dengan takbir. Bagaimana mereka yang mengharap Pas menjadi sebuah parti dinamik tentu kecewa dengan pandangan seorang ketua sedemikian.

Memang negara ini sebuah negara demokrasi, sesiapa boleh tubuh parti baru dan menyertai mana-mana parti. Tetapi jawaban oleh seorang presiden sedemikian kurang bijak dan tidak menunjukkan ianya punya taraf diplomasi mengawan. Abdul Hadi tidak seharus menjawab pertanyaan berbentuk provokasi demikian.

Sebagai pemimpin parti berlatar agama beliau seharusnya memberi nasihat atau pandangan ke arah pengukuhan Pas atau jemaah daripada menggesa mereka yang tidak setuju dengan parti agar keluar parti. Sebagai seorang digelar Tokguru, Abdul Hadi seeloknya bertanya kenapa harus tubuh parti baru sedang Pas adalah sebuah parti yang cantik dan indah. Beliau harus melontarkan kepada golongan itu apakah silap dan cacatnya Pas.

Beliau juga sepatutnya mengambil fikiran kenapa sampai ada ura-ura untuk menubuh parti baru. Beliau harus mahasabah dan tilik kepada masalah yang berlaku. Kalau benar ada golongan tidak senang dengan Pas, atau bercanggah pendapat yang besar, beliau perlu menyelidik dan bertanya khabar apakah sebab musababnya. Umpama kita naik basikal kalau handle tidak boleh dipusing tentu adat mana-mana sendiri yang berkarat.

Apabila terus mencadang keluar parti ia menunjukkan Abdul Hadi sebagai seorang pemimpin yang tidak sayang kepada ahli dan melihat pengukuhan parti itu penting. Kebencian seakan senantiasa meniti di bibir mulutnya. Dimanakah hikmahnya beliau selaku pemimpin. Sikap tidak tahu diplomasi dan mudah melautkan orang seperti itu ia tidak memberi keuntungan kepada parti. Kalau kerap sangat menggunting rambut lama-lama kepala akan botak.

Sikap dan stail kepimpinan Abdul Hadi merebak dan menjadi ikutan sesetengah golongan mudah dalam Pas. Ia juga menjadi pegangan dan amalan Pesuruhjaya Pas Terengganu apabila Pesuruhjaya itu (entah nama apa), mencadangkan agar Pas mengambil tindakan memecat dua Adun Pas Selangor yang menyokong Dr Wan Azizah Wan Ismail. Sikap peringus demikian menunjukkan kerendahan daya diplomasi dan politik.

Tindakan dan cadangan demikian langsung tidak menggambarkan mereka arif atau fatanah dalam berpolitik. Mereka lupa dalam sistem politik hantu (sekular) yang diterima pakai oleh Pas, ia memerlukan undi tanpa mengira ianya datang daripada orang fasik, zindik, kafir ataupun mualaf.

Memerhati stail beginilah menjadikan kita tidak hairan kenapa Terengganu gagal dimiliki oleh Pas kerana stail dan sifat sombong begitu. Perbalahan kecil yang sepatutnya dilerai dan didamaikan terus dihukum dan dicampak ke luar. Sikap merasakan diri sendiri alim, benar dan ahli syurga inilah yang memburukkan keadaan dalam Pas. Sikap begini juga menyebabkan orang atas pagar menjauhi Pas.

Saya tidak fikir ada orang bercanggah pendapat dalam Pas terus mengambil tindakan mahu keluar meninggalkan Pas. Kenapa mereka perlu meninggalkan Pas atau menyuruh meninggalkan Pas. Pertelingkahan atau pun perbalahan mengenai idea dalam parti tidak perlu sampai mana-mana pihak meninggalkan parti atau suruh meninggalkan parti. Tindakan itu tidak bijaksana.

Apabila Abdul Hadi menyuruh mereka meninggalkan parti, seolah-olah Pas itu adalah haknya dan kabilahnya sahaja. Pas bukan hak ahli dan penyokong Pas Terengganu, atau mana-mana qaul, tetapi ia adalah milik semua orang yang menyakini perjuangan Pas benar dan betul selari dengan perjuangan Rasulullah. Pas seperti agama, milik semua orang dan bukan milik golongan lebai atau mereka menguasai mana-mana khariah masjid atau surau sahaja.

Jangan merasakan Pas itu adalah kepunyaan pengilik kitab atau mereka yang tahu memutar serban ala ekor kibas atau ekor gajah? Islam juga adalah hak orang berkepala golek. Penilaian Islam atau tidak seseorang bukan semata-mata kepada perhiasan dan pakaian.
Kalau ada golongan yang "direstui" Abdul Hadi agar meninggalkan parti itu kerana tidak sehaluan dari segi membawa hala tuju atau uslub Pas, rasanya tidak perlu mereka akur dengan titah Abdul Hadi itu. Mereka tidak perlu meninggalkan parti atau menubuhkan parti baru. Mereka jangan mudah merasa terhina dan geram dengan seruan itu. Kalau mereka mudah berpaling punggung, itulah yang dikehendaki oleh Abdul Hadi atau mereka yang sewaktu dengannya. Mereka ingin memonopoli memiliki Pas.

Agenda untuk menjadikan Pas sebagai belakang unta kepada Umno akan terlaksana. Daripada jalur-jalur yang ada nampak Pas hendak dibawa ke arah itu. Abdul Hadi seperti sudah letih untuk terus menunjamkan Pas sebagai sebuah gerakan yang tegak berdepan dengan sekularisme Umno. Ini menghairankan.

Mereka yang dihalau keluar tidak perlu berbuat begitu. Mereka perlu kekal dalam Pas dan membaiki apa-apa kerosakan yang berlaku. Kenapa mereka harus keluar kerana Pas itu kalau diibarat rumah ia juga rumah mereka. Rumah yang dibangun bersama. Pas menjadi indah, cantik berseri seperti hari ini adalah kombinasi tenaga dan fikiran mereka, golongan umarak dan profesional. Kalau bukan kerana politik profesional mungkin Pas masih kekal menjadi parti kampung dan tepian pantai sahaja.

Atas jasa dan budi itu mereka tidak perlu meninggalkan. Kalau pun mereka bertelagah jalan keluar bukan menubuhkan parti baru. Mereka harus berjuang dan berdebat untuk pertahankan Pas. Golongan yang disuruh keluar itu harus merasakan atau memiliki kekuatan untuk menghalau orang yang menghalau mereka terlebih dahulu keluar Pas.

Pertahanan ke atas rumah Pas perlu sampai ke titis darah terakhir. Semua keluarga perlu membuat keputusan bahawa rumah itu milik siapa. Kalau semua rumah tidak dimiliki tetapi sebahagiannya harus dipunyai. Untuk meninggal begitu saja, kerana frustasi dan merajuk jangan sama sekali. Sebab Pas adalah hak bersama dan tanggungjawab bersama. Pas tidak dinamakan ke atas nama sesiapa pun. 

BACA LAGI SINI

PAS MELAKA SELAR TINDAKAN PARTINYA ISU CALON MB

PAS Melaka kesal keputusan parti tak dituruti


Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari menyelar tindakan partinya yang membelakangkan keputusan anggota Jawatankuasa PAS Pusat dalam pencalonan menteri besar Selangor.

Beliau menjadi pemimpin PAS kanan pertama yang membuat kritikan secara terbuka dalam hal itu.

"Saya merasa terkilan dan amat bersimpati kepada AJK PAS pusat yang dipinggirkan dalam membuat keputusan berhubung kedudukan MB Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau merujuk kepada penglibatan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam usaha golongan tertentu dalam PAS untuk menyerahkan dua nama ADUN PKR dan satu nama ADUN PAS untuk jawatan itu.

Malaysiakini sebelum ini dimaklumkan bahawa nama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali tiada dalam senarai itu.

Tindakan itu bertentangan dengan keputusan AJK PAS Pusat pada 17 Ogos lalu yang memutuskan untuk mencalonkan nama Wan Azizah dan Azmin sahaja.

Majlis Syura PAS mengaku bertanggungjawab dalam memutuskan nama calon PAS sahaja untuk pertimbangan istana.

Adly memberi amaran bahawa langkah itu akan menjejaskan sokongan rakyat kepada PAS.

"PAS Melaka merasakan tindakan itu menghilangkan kepercayaan umum rakyat kepada PAS.

"Imej PAS sebagai gerakan siasah yang memperjuangkan Islam juga akan tercalar," katanya lagi.


Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi mengelak daripada mengulas kenyataan Adly.

"Keputusan terakhir (siapa menjadi MB) PAS serahkan kepada budi bicara Tuanku.

"Saya fikir siapa pun nama yang akan naik itu adalah pilihan," katanya sewaktu ditemui pemberita di Shah Alam pagi ini.

Tegas Sallehen, sesiapa sahaja yang dipilih nanti perlu mendapat persetujuan dari ketiga-tiga parti dalam Pakatan.

Beliau juga menolak spekulasi bahawa krisis ini akan memecah-belahkan Pakatan Rakyat. ~MK

KWSP KESAL LAPORAN SULIT DIBOCORKAN DALAM MEDIA!!!

KWSP Tidak Terlibat Rundingan Bentuk Bank Mega


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak terlibat dalam sebarang perbincangan mengenai cadangan penggabungan yang akan mewujudkan bank terbesar di negara ini.

Bank-bank yang terlibat adalah CIMB Group Holdings Bhd, RHB Capital Bhd dan Malaysia Building Society Bhd.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, KWSP berkata ia hanya telah meminta lembaga pengarah RHB supaya mempertimbangkan kedudukan kumpulan itu sebagai penjaga hak dan simpanan 14 juta rakyat Malaysia yang bekerja, yang layak bersuara dalam menentukan masa depan pelaburan mereka.

"Kami kesal dengan tindakan pihak-pihak ini yang dilihat meletakkan KWSP dalam kedudukan yang tidak baik dan secara terdahulu telah menghalang perbincangan yang adil dengan pemegang saham yang mempunyai hak sebenar untuk membuat penentuan.

"Keadaan unik ini memerlukan pertimbangan yang teliti dan berhati-hati kerana apa-apa sahaja keputusan yang berlawanan akan menganggu KWSP dalam menjalankan mandat perkhidmatannya kepada rakyat Malaysia," katanya.


Kenyataan KWSP itu merupakan maklum balas kepada artikel akhbar The Star dan The Edge Financial Daily pada Jumaat yang melaporkan pembocoran maklumat berhubung hak mengundi KWSP bagi penggabungan yang dicadangkan itu.

"Kami terkejut apabila ada pihak-pihak tertentu secara tidak adil telah mengedarkan surat dan perbincangan sulit di peringkat lembaga pengarah kepada pihak media.

"Tindakan mereka ini tidak boleh diterima di bawah undang-undang Malaysia dan dengan jelas merupakan pelanggaran kepada amanah dan tanggungjawab profesional," katanya.

KWSP juga telah meminta supaya tindakan sewajarnya diambil untuk menyiasat perkara ini dan menyelesaikan masalah salah laku ini. ~Mstar

Elok Nik Zawawi jangan menipu rakyat Malaysia atas nama Islam, PAS



Asas
Menurut Fasal 8(9) Majlis Syura perlukan notis tidak kurang 14 hari dari tarikh mesyuarat dan cukup korum untuk bermesyuarat iaitu sekurang-kurangnya sembilan (9) orang ahli Majlis seperti peruntukan Fasal 8 (10).

(Nota: Jumlah keseluruhan ahli Majlis Syura adalah 16 orang)

Isykal:
1. Bilakah Majlis Syura Ulamak (MSU) bermesyuarat dan menamakan tiga nama calon Menteri Besar Selangor, sebagaimana didalih Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang?

2. Bilakah notis panggil mesyuarat dikeluarkan? (tunjuk bukti hitam putih surat itu)

3. Namakan sekurang-kurangnya 9 ahli Majlis yang terlibat berbuat keputusan tersebut, jika mesyuarat MSU itu rasmi?

Tiga soalan ini perlu dibuktikan terlebih dahulu.

Hakikat
Yang pasti pengakuan Nik Zawawi seperti berita di atas jika dibuat sekalipun, jelas tidak sah kerana disertai 4 orang sahaja (tidak cukup korum).

Kaedah fiqh menyebut:
Al-aslu fi al-kalami al-haqiqatu

Ghalabatuz Dzon (Sangkaan Kuat yang Berasas)
Saja nak tanya, bila Nik Zawawi nak menipu ahli PAS bahawa MSU dah mesyuarat dan putuskan Lim Guan Eng tak layak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang sebab Setiausaha Agung DAP itu kapiaq?

Nasihat
Takutlah dengan inzar Allah SWT seperti ayat al-Quran di bawah ini:

"Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya.

[Surah Al-An'aam: 123]

Elok Nik Zawawi jangan menipu rakyat Malaysia atas nama Islam, Majlis Syura Ulamak PAS.

Setuju?

ZAINULFAQAR YAACOB



Prof Agus Dan Dr. Mazlee Tegur Cara PAS Berpolitik



Penganalisis: Cara politik Pas 'ketinggalan'

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan Pas sudah jauh tersasar daripada permainan politik abad ke-21 apabila sering dilihat berubah fikiran dalam kerjasama politik PR.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengulas perkembangan terkini membabitkan calon jawatan menteri besar yang dikemukakan Pas kepada istana Selangor.

“Pas kena jelas pendirian, ini tidak dalam mesyuarat PR dinyatakan lain, di media lain.

“Pas boleh berbeza pendirian dan pendapat, tapi keputusan yang dibuat oleh Pas itu mestilah jelas dan tetap pendirian, jika asyik tukar pendirian susah, hilang kepercayaan rakyat nanti," katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam tersebar spekulasi yang mendakwa kononnya Pas turut menghantar calon mereka untuk menjadi menteri besar.

Dakwaan ini dikuatkan lagi dengan laporan portal yang mengatakan Pas menghantar satu nama pemimpin parti itu selain dua nama calon dari PKR. Ada pula yang mendakwa Pas menghantar tiga nama pemimpin mereka.

Antara nama pemimpin Pas yang paling kerap disebut-sebut sebagai calon ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad yang berpengalaman sebagai Exco Kerajaan Negeri sejak 2008. Selain beliau, dua exco lain iaitu Dr Ahmad Yunus Hairi dan Salehen Muhyi turut diramal mampu menggalas tugas itu jika dipilih sultan.

Namun, Iskandar ketika ditemui Sinar Harian menafikan namanya dicalonkan Pas Pusat sebagai salah seorang calon menteri besar, seperti yang dicanangkan.

Dalam perkembangan terkini, satu lagi kenyataan media Timbalan Presiden Pas menjadi viral di aplikasi WhatsApp mendakwa AJK Pas Pusat tidak tahu menahu mengenai senarai terbaru yang dihantar Pas ke istana Selangor pada 3 September.

"Saya tegaskan sekali lagi berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada 17 hb Ogos bahawa senarai calon yang sebulat suara diputuskanoleh ahli Pimpinan Pusat yang dipengerusikan Presiden parti ialah pertama Dr Wan Azizah dan kedua Mohamed Azmin Ali," ujar Mohamad Sabu. -SH

05 September 2014

LANGKAH KAJANG BAKAL LINGKOP? APAKAH PUNCANYA......

Bukti Cikgu Pa pelingkop PAS


Mustafa Ali:  PELINGKUP PAS DAN PAKATAN RAKYAT

●17 Ogos 2014 (10.30 pagi)
Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan:

1. Wan Azizah
2. Azmin Ali

●17 Ogos 2014 (4 petang)
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat memutuskan:

1. Wan Azizah

●25 Ogos 2014
Kenyataan Media Mustafa Ali (Setiausaha Agung Pas):
Menyerahkan perlantikan MB Selangor kepada Sultan.

●02 Sept 2014

Tanpa Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.
Pejabat Presiden PAS Hantar 3 nama Adun PAS:

1. Iskandar
2. Sallehin
3. Yunus.

●04 Sept 2014
Tanpa mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

U-turn
Hantar 3 nama, 2 PKR, 1 PAS:
1. Yakub Sapari
2. Dr Idris
3. Iskandar (Pas)

Apa lagi yang boleh di perkatakan tentang Mustafa Ali selain dari menyebut beliau ialah agen Umno di dalam Pas yang cuba merosakkan Pas dari dalam dan Pakatan Rakyat keseluruhannya.

Tujuan beliau amat jelas telah menguntungkan Umno. Pakatan beliau dengan Umno di dalam kelam makin nampak jelas.

~ Rakyat Bangkit
SUMBER BERITA

BACA LAGI........

'Langkah Hadi' tambah pergeseran PKR-PAS - LAPORAN MALAYSIAKINI


Kandungan dua surat daripada PAS yang menggariskan senarai calon berbeza untuk calon menteri besar Selangor menimbulkan kemarahan dari sebilangan anggota parti Islam itu.

Tindakan mengemukakan surat tersebut, yang digelar sebagai “Langkah Hadi”, dilihat “mengingkari” keputusan jawatankuasa pusatnya.

Parti tersebut sebelum ini berkali-kali menafikan bahawa ia berhasrat untuk mengemukakan pemimpin PAS ke jawatan tersebut, bagi menghormati hak PKR ke atas jawatan berkenaan.

Namun, satu surat daripada pejabat Hadi itu langsung tidak menamakan sebarang ADUN PKR dalam senarai berkenaan yang seterusnya dihantar ke Istana.

Senarai itu mencalonkan tiga Exco PAS iaitu Iskandar Ab Samad, Sallehin Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi dihantar secara rahsia pada awal pagi Rabu tanpa pengetahuan jawatankuasa pusat dan PAS Selangor sendiri.

"Saya tidak tahu langsung tentang perkembangan ini. Saya hanya dapat tahu melalui berita di dalam Internet," kata Iskandar kepada Malaysiakini.

Malah, timbalan Hadi, Mohamad Sabu juga menegaskan beliau dan pimpinan Pusat PAS tidak tahu menahu langsung berkenaan perkara ini.

"Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malaysiakini difahamkan surat itu dihantar ke istana oleh seorang exco Pemuda PAS yang "rapat" dengan Hadi, dengan ditemani seorang kerabat diraja Selangor yang mengetuai satu syarikat GLC negeri itu.

Tiada nama calon PKR

Beberapa sumber memberitahu Malaysiakini, seorang pimpinan kanan PAS yang terlibat langsung dalam perkara ini naik berang dan meminta pejabat presidennya menarik kembali senarai itu dan menghantar senarai baru.

Perkembangan itu menunjukkan PAS seolah-olah berjaya menyelesaikan satu satu krisis.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kemudiannya dilaporkan mengakui bahawa pelan asal parti itu adalah untuk menghantar nama tiga ADUN PAS sahaja.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa PAS “membetulkan” perkara tersebut melalui senarai kedua yang dihantar kepada istana Selangor.

Senarai baru yang mengandungi nama dua ADUN PKR dan satu ADUN PAS itu dihantar beberapa jam selepas itu.

Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan nama ADUN dalam senarai baru tersebut.

Beberapa lagi sumber yang berkenaan memberitahu Malaysiakini bahawa senarai nama baru itu tidak mengandungi nama presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali.

Ia bertentangan dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos lalu.

Pejabat Hadi menyenaraikan nama pilihan mereka sendiri iaitu ADUN Ijok Idris Ahmad dan bekas Exco Selangor Yaakob Sapari sebagai calon dan nama pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar.

PKR dan DAP bagaimanapun hanya menghantar satu nama - Wan Azizah walau Sultan Selangor menitahkan agar parti dalam Pakatan Rakyat mengemukakan lebih daripada dua nama.

Biarpun Hadi mungkin tidak memainkan peranan aktif dalam hal ini, perkara ini dilihat dilakukan dari pejabat beliau, atau individu dari pejabat beliau, akan mengaitkan dirnya sendiri sebagai presiden parti.

Pengingkaran terhadap badan pembuat keputusan eksekutif PAS sendiri akan menjejaskan hubungan Hadi dengan barisan pimpinan tinggi lain menjelang muktamar tahunan parti itu.

Muktamar tersebut dijadualkan berlangsung di Johor bermula 18 hingga 21 September ini.

Ini turut menambah pergeseran antara pemimpin pro-Pakatan Rakyat dalam PAS dan pimpinan konservatif yang dibarisi golongan ulama – kebanyakannya dari Kelantan dan Terengganu.


'Ustaz muda langgar golongan profesional PAS'

Read MoreAhli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad percaya PAS sedang berhadapan dengan masalah dalaman yang agak kronik sepertimana tidak pernah dihadapi sebelum ini apabila kumpulan ustaz muda cuba 'melanggar'golongan profesional dalam parti itu.




Kenyataan media Cikgu Pa gila PAS Pusat pun tak tahu - Mat Sabu



Kenyataan Rasmi Timbalan Presiden PAS bersabitan Hal Calon Menteri Besar Selangor.

Perkembangan mutakhir tentang isu calon MB Selangor pastinya telah menimbulkan pelbagai reaksi dan persepsi negatif terhadap Parti Islam SeMalaysia, PAS khasnya dan terhadap Pakatan Rakyat amnya.

Saya ingin menyatakan bahawa dalam perkara yang disebut Setiausaha Agung PAS, Dato Mutapha Ali semalam (4hb Ogos), seperti laporan pelbagai media, bahawa nama Dato Seri Dr Wan Azizah dan YB Azmin Ali tidak ada dalam senarai pencalonan PAS adalah tidak dalam pengetahuan saya.

Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebutkan bahawa Setiusaha Agong mengakui PAS telah menyenaraikan salah seorang EXCO PAS sebagai calon MB. Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai Badan Eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti.

Saya tegaskan sekali lagi berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 17 hb Ogos bahawa senarai calon yang sebulat suara diputuskanoleh ahli Pimpinan Pusat yang dipengerusikan Presiden parti ialah pertama DS Dr Wan Azizah dan kedua Yb Azmi Ali.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 25 hb Ogos pula mengambil keputusan bahawa kami sepakati atas nama yang diputuskan pada mesyuarat 17 hb Ogos dan menyerah kepada Kuasa Budibicara Tuanku Sultan untuk membuat pilihan calon Menteri Besar Selangor itu.

Tuan Haji Mat Sabu

Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia, PAS
4 Ogos 2014 bersamaan 10 Zulkaedah 1435H.

MAHKAMAH RAYUAN SAHKAN, KEMATIAN BENG HOCK BUKAN BUNUH DIRI DAN SPRM BERTANGGUNGJAWAB



Kematian Beng Hock bukan bunuh diri, SPRM bertanggungjawab


PUTRAJAYA, 5 SEPT – Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara memutuskan bahawa kematian mendiang Teoh Beng Hock lima tahun lalu adalah diakibatkan oleh perbuatan pihak-pihak tidak bernama termasuk pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Panel tiga hakim yang dianggotai Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, Datuk Haji Hamid Sultan Abu Backer dan Datuk Mah Weng Kwai bersetuju bahawa majistret Mahkamah Koroner serta Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila memberikan penghakiman terbuka terhadap siasatan kematian Teoh Beng Hock.


Dalam memberikan penghakiman, Datuk Mohamad Ariff menyebut bahawa kecederaan yang dialami mendiang Beng Hock sebelum jatuh menandakan wujudnya unsur-unsur jenayah, sambil menegaskan bahawa kes kepentingan awam seperti ini menuntut siasatan lanjut.

Datuk Hamid Sultan pula menegaskan bahawa undang-undang tidak membenarkan saksi ditahan dan disoal-siasat sepanjang malam dan menggesa Ketua Polis Negara untuk segera membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Mahkamah juga menegaskan bahawa pihak SPRM mempunyai tugas dan tanggungjawab berat ke atas keselamatan mendiang Teoh Beng Hock sepanjang masa mendiang berada di premis agensi itu bagi membantu siasatan.

Hakim Datuk Mah dalam penghakimannya menyebut bahawa Beng Hock tidak terjatuh dari tingkap bangunan ibu pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam secara tidak sengaja, dan memutuskan bahawa ia bukan suatu kemalangan atau bunuh diri, justeru itu menafikan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja pada Julai 2011.


Lebih tegas lagi, Datuk Mah menyatakan bahawa tiadanya cap jari Beng Hock di bingkai tingkap ruang pejabat tersebut adalah petunjuk bahawa mendiang mungkin telah diletakkan di situ oleh seseorang sebelum ditolak jatuh. Malah dalam keadaan tidak sedar, mendiang langsung tidak dapat melawan ketika dilempar keluar.

Mendiang Teoh Beng Hock dijumpai mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam Shah Alam pada 16 Julai 2009 setelah semalaman ditahan di ibu pejabat SPRM Selangor di tingkat 14 bangunan tersebut untuk soal siasat. Mendiang yang merupakan pembantu kepada Adun Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah pada waktu itu dijadualkan berkahwin pada keesokan harinya.

MENGAPA KEPUTUSAN PAS FLIP PLOP MACAM UMNO? PAS FOR ALL.....


Nik Nazmi persoal sikap tidak teguh PAS dalam isu MB Selangor



Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mendesak supaya penjelasan segera diberikan oleh PAS supaya kekeliruan dan tanda tanya berkenaan nama tiga calon menteri besar Selangor yang diserahkan kepada pihak Istana Selangor terjawab.

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mempersoalkan sikap tidak teguh pendirian PAS dalam isu calon menteri besar Selangor.

Beliau membangkitkan keputusan PAS pada 17 Ogos yang mencalonkan dua nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali untuk diserah kepada Sultan, tetapi selepas bermesyuarat bersama Pakatan Rakyat (PR) keputusan dicapai dengan hanya satu nama dipersetujui untuk diserah kepada Istana.

"Mengapakah wujud surat awal yang diakui oleh setiausaha agung PAS di mana tiga nama pimpinan PAS yang dicalonkan?" kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu dalam satu kenyataan hari ini.


"Mengapakah dalam kenyataan terkini dikatakan satu nama PAS dan dua nama PKR pula yang dihantar? Bukankah ini melanggar persefahaman bahawa calon menteri besar Selangor adalah Adun PKR?"

Istana Selangor sudah meminta ketiga-tiga parti dalam PR - PAS, DAP dan PKR untuk menghantar lebih dua nama semalam tetapi PKR dan DAP kekal dengan keputusan lama di mana Dr Wan Azizah sebagai pengganti tunggal kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu berkata, terdapat beberapa persoalan yang timbul selepas kenyataan pemimpin PAS khusus selepas PR sudah membuat keputusan sebulat suara bulan lepas.

"Mengapakah setiausaha agung PAS tidak mahu mengesahkan siapa nama calon-calon yang dihantar? Adakah nama-nama calon PKR yang dihantar di dalam surat kali ini berlainan dengan keputusan PAS pada 17 Ogos 2014?" katanya.

Beliau juga mendesak supaya penjelasan segera diberikan supaya kekeliruan dan tanda tanya dapat dijawab.

Beberapa kenyataan media yang dibuat pimpinan parti Islam itu kemudiannya menunjukkan PAS mahu menghantar lebih daripada satu nama dan akan mencadangkan nama-nama daripada kalangan Adun yang mewakili PKR.

PAS hari ini mengesahkan sudah menghantar tiga nama, dua daripada PKR dan seorang daripada partinya sendiri sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu, lapor lidah rasmi parti itu Harakahdaily.

Menurut portal itu, Mustafa mengesahkan perkara itu tetapi tidak menyebut nama ketiga-tiga Adun berkenaan.

Pada 27 Ogos lalu, Istana Selangor menghantar surat rasmi kepada PKR, PAS dan DAP yang menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama calon bagi menteri besar sebelum 3 September.

Surat itu dialamatkan kepada presiden PKR, dengan salinan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dengan mengatakan calon yang dinamakan itu mestilah beragama Islam dan berketurunan Melayu mengikut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Sehari sebelum itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor sehingga pelantikan baru dilakukan.

Baginda menitahkan supaya PAS, DAP dan PKR masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan.

SUMBER

04 September 2014

KES SENDIKET LARI CUKAI, 207 AKAUN BERNILAI RM6 JUTA MILIK PEGAWAI KASTAM & GENG SENDIKET DIBEKUKAN SPRM!!!


Antara kenderaan mewah yang dirampas oleh Pasukan Gerak Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menahan 22 individu termasuk 12 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang disyaki terbabit dalam aktiviti rasuah dalam melepaskan barang seludup yang tidak diisytihar cukai semalam.

207 akaun pegawai kastam, anggota sindiket dibekukan SPRM


PEGAWAI Kastam yang terbabit dalam rasuah dan melepaskan barangan seludup dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman hari ini.


Pihak berkuasa telah membekukan 207 akaun bernilai RM6 juta milik 24 individu berkuatkuasa serta merta selepas mereka ditahan kerana disyaki terlibat dengan kesalahan rasuah semalam.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, kesemua 24 orang yang ditahan itu terdiri daripada 12 pegawai Kastam pelbagai pangkat dan 12 anggota sindiket.

Katanya, SPRM mengetuai kumpulan kerja bersepadu terdiri daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Cybersekuriti melancarkan operasi bersepadu semalam bagi menahan mereka yang terbabit dengan rasuah itu.

"Kita telah memantau sindiket ini sejak setahun lalu dan setelah mendapat maklumat mencukupi, satu operasi bersepadu dilancar di Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang (PKFZ) dan Lembah Klang serta di Ipoh dan tangkapan dibuat.

"Kesemua 24 orang berusia dalam lingkungan 36 hingga 56 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini, 4 September, sehingga 10 September 2014 bagi membantu siasatan mengikut Akta SPRM 2009.

"Dalam masa yang sama kami telah merampas dan menyita lori (penuh dengan muatan arak) dan kenderaan sindiket juga selain akaun bank pegawai Kastam dibekukan berjumlah RM4 juta manakala akaun sindiket berjumlah RM2 juta melibatkan 207 akaun keseluruhan berjumlah RM6 juta," tegasnya kepada sidang media khas di sini.

Dalam pada itu, Mohd Shukri turut mengesahkan seorang pegawai kanan Kastam negeri merupakan salah seorang daripada 24 yang ditahan bagaimanapun enggan mengesahkan secara terperinci di negeri negeri mana pegawai terbabit berkhidmat.

Katanya menerusi operasi khas itu, SPRM turut mengaku suapan sindiket rasuah berlaku dalam urusniaga wang tunai dan telah merampas wang berjumlah RM3 juta.

"Kami turut merampas 10 kenderaan mewah, gudang arak dan rumah kedai yang disyaki dibeli daripada hasil sindiket ini tetapi nilai rampasan belum ditentukan.

"Operasi ini masih berterusan dan dijangka beberapa tangkapan lagi akan dibuat selepas ini.

"SPRM juga telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Kastam terutama Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam melancarkan operasi ini dan diharapkan hasil terbaik bagi melengkapkan siasatan," katanya.

Sementara itu, katanya, kerajaan telah mengalami kerugian lebih RM3.6 bilion sejak tahun 2011 berikutan beberapa syarikat terlibat sindiket berkenaan gagal mengisytiharkan cukai duti eksais di Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang (PKFZ).

Katanya, ketirisan hasil kerajaan melibatkan penyeludupan rokok dan arak menggunakan PKFZ mendapati barangan tersebut yang dibawa masuk dari beberapa negara yang telah dikenal pasti iaitu Indonesia, Kemboja, Thailand, India, China, Scotland dan Sweden.

"Modus operandinya arak dan rokok ini ditempatkan di PKFZ dan barang-barang itu dibawa keluar atau diseludup secara banyak tanpa membayar duti.

"Hasil siasatan mendapati sebanyak RM1.67 bilion rokok dan arak dibawa masuk dan pengisytiharan yang dibuat adalah RM420 juta sahaja.

"Manakala nilai yang tidak diisytihar ialah RM1.2 bilion ia tidak termasuk cukai kerajaan 300 peratus, sekali gus jumlah yang tidak diisytihar termasuk duti Kastam yag diseludup melibatkan kerugian kerajaan berjumlah antara RM3.6 hingga 4 bilion," katanya.


Justeru itu katanya, tindakan susulan melibatkan duti eksais sedang diambil oleh LHDN.

Read more: SINI

PANAS! HARGA BERAS ASIA JATUH MERUDUM !!!

"Harga bagi beras putih Thai gred 5 peratus adalah sebanyak(RM1,420 @ AS$430 setiap tan" kata pengeksport.

BERMAKNA HARGA BERAS DIJUAL KEPADA  PENGIMPOT ADALAH LEBIH KURANG RM1.40 SEKILO BAGI  GRED 5%

HARGA PASARAN DI KEDAI & SUPERMARKET DI MALAYSIA DINIAGAKAN PALING RENDAH RM2.60 SEKILO  BAGI GRED 5%

SIAPA YANG KAUT UNTUNG....FIKIRLAH SENDIRI....


Harga beras Asia dijangka menurun untuk tempoh beberapa minggu akan datang ekoran persaingan antara Thailand dan Vietnam untuk menawarkan bekalan kepada Filipina dan Indonesia.

Para pedagang menjangkakan Filipina mahu membeli 500,000 tan beras melalui tender kerajaan kepada kerajaan selepas Manila menolak semua bidaan pada 27 Ogos lalu kerana harga yang tinggi.

Mereka juga meramalkan Indonesia akan membeli 175,000 tan beras dengan Thailand dan dijangka Vietnam memberi saingan.

"Indonesia semakin hampir untuk memuktamadkan pembelian beras dengan Thailand sebanyak 175,000 tan tetapi kami jangka jumlah itu mungkin ditambah," kata pedagang yang berpangkalan di Bangkok.

Malah, jika Filipina dan Indonesia memberi tender kepada Thailand, jumlahnya masih kecil untuk menyokong lebihan bekalan dalam pasaran.

"Harga bagi beras putih Thai gred 5 peratus adalah sebanyak AS$430 setiap tan lebih rendah berbanding AS$435," kata pengeksport.

Thailand mengunjurkan untuk menghasilkan 28.5 juta tan padi pada musim tuai 2014/2015, lebih tinggi daripada 28 juta tan tuaian yang bermula November ini. - MalaysiaGazette

PETRONAS JENIS PENIPU? VIDEO CARI PAYUNG DARI SABAH SAMPAI PERLIS ...VIRAL DI FB....



Dari sabah sampai la ke perlis..harammm.. 1 payung pun tak dapat..bukan giler payung sangat..tapi sekurang2nya nak la jugak dihargai..dapat cekelat heck pun jadilah daripada takade langsung.....DEPA KATA PETRONAS TAK PRO...LANGSUNG.....

gua pun tekena.....meluat nak isi petrol di petronas....



Sumber

Kejadian di Stesen Petronas Jalan Muar, Tangkak. Orang ramai berebut payung Petronas. Mungkin baru dapat kut......MACAM SUSAH SANGAT RAKYAT M'SIA....

DIBAWAH IKLAN PAYUNG PETRONAS........HAYATI.....KALAU BAB IKLAN BERABIS BILION-BILION......




HANGAT! KOPI PANGUNG YANG MELETOP...RUPANYA PRODUK HARAM & BERACUN....


Kopi pembunuh syarikat misteri

Kuala Lumpur: Kejadian serangan sakit jantung mendadak terhadap beberapa mangsa lelaki akhirnya membongkar kegiatan penjualan pelbagai produk kopi beracun yang dikesan mengandungi kimia berbahaya.

Kewujudan pelbagai produk kopi campuran dihasilkan syarikat ‘hantu’ ini dikesan kian berleluasa apabila ia mudah dibeli dengan harga RM5 sebungkus.

Menyedari bahaya produk kopi campuran ini yang mengandungi kimia analog sibutramine dan taladafil, Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melakukan operasi besar-besaran bagi merampas produk itu di pasaran petang semalam.

Dalam operasi bermula jam 3 petang itu, sepasukan 90 pegawai CPF diketuai Ketua CPF Kuala Lumpur Asniza Alias menyerbu 23 premis menjual jamu dan ubat-ubatan tradisional di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.


PEGAWAI Cawangan Penguat Kuasa Farmasi menunjukkan kopi ‘maut’ yang dirampas dalam serbuan di Jalan Tunku Abdul Rahman petang semalam.

Ketika operasi dilakukan, pegawai CPF mendapati rata-rata kedai yang diserbu menjual peket kopi jenama Kopi Panggung dan Kopi Jantan kepada orang ramai.

Paket kopi diharamkan itu digantung di hadapan premis dengan kebanyakannya mendakwa dicampur herba Tongkat Ali dan pelbagai herba lain. ~HM

03 September 2014

RATUSAN JUTA RM HILANG BILA 11 PEGAWAI KANAN & SEORANG PENGARAH KASTAM JADI TALIBARUT SEDIKIT HARAM!!!


Pengarah Kastam Negeri Antara 22 Dalang Sindiket Seludup Arak, Rokok - SPRM


Seorang suspek (dua dari kiri) ditahan dalam operasi di Taman Megah, Cheras, Kuala Lumpur.

Antara 22 dalang sindiket penyeludupan arak dan rokok yang ditahan SPRM pada Rabu.


PETALING JAYA: Seorang pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia negeri serta 11 pegawai kanan jabatan itu ditahan kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyeludupan arak dan rokok terbesar negara.

Turut ditahan serentak dalam operasi besar-besaran yang diketuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu adalah 10 pemilik syarikat dan ejen masing-masing serta pemandu lori yang membawa barangan yang diseludup dari gudang pelabuhan.

Pemeriksaan SPRM juga mengesan ratusan ribu ringgit dalam akaun setiap suspek, dipercayai hasil transaksi rasuah bagi melindungi kegiatan berkenaan.

Difahamkan nilai ketirisan akibat aktiviti lari daripada cukai ini mencecah ratusan juta ringgit.


Penahanan serentak di Zon Perdagangan Bebas Cukai (FTZ) bagi membanteras sindiket penyeludupan barangan tidak bercukai itu dijalankan serentak di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Sri Mohd Shukri Abdull berkata, tindakan menahan pihak terbabit hasil pemantauan lebih setahun di kawasan FTZ Pelabuhan Klang.

Beliau berkata, kegiatan itu membabitkan transaksi rasuah kerana melindungi sindiket penyeludupan dan penyalahgunaan kemudahan di zon perdagangan berkenaan.

"SPRM percaya tangkapan ini berjaya menumpaskan dalang yang terbesar dalam aktiviti penyeludupan rokok dan arak, yang tidak dibayar duti kastam, di sebuah pelabuhan utama di Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang," katanya petang Rabu.

Berdasarkan pemantauan SPRM, barangan yang tidak dibayar duti kastam membabitkan rokok dan arak yang diseludup untuk pasaran tempatan, manakala sebahagiannya dihantar untuk jualan di negara jiran secara haram.

Operasi yang diketuai SPRM bersama pasukan petugas khas bermula Selasa itu turut disertai Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara dan CyberSecurity. ~MStar

RAHSIA DIBOCORKAN....KERAJAAN UG GAGAL LAGI DI SELANGOR!!!

 Kerjasama Dengan UMNO Gagal Disebabkan 2 Adun PAS Lari !!!!


Krik krik krik.

Haji hadi diam. Sudah sangat lama. Semalam Husam Musa hentam Haji Hadi. Nampak macam dia balon UMNO. Tapi hakikatnya dia berkias balon TGHH. Sapa yang tahu, tahu la. Selepas TMI dedahkan yang TGHH mahu berkerjasama dengan UMNO di Selangor dengan membentuk kerajaan perpaduan, TGHH diam sampai sekarang. Apa sudah jadi?


 Takan lari kot? Dan terkini, salah seorang geng2 ulama dalam PAS pula mendedahkan bahawa larinya dua adun dari PAS kepada PKR telah menyebabkan runtuhnya kerjasama yang ingin dibuat oleh PAS bersama UMNO bagi membentuk kerajaan campuran di Selangor.

Pehhhh..

Baca jap ;


Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali mengakui tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu menyokong pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor menggagalkan usaha mereka untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim melalui kerjasama dengan Umno.

Melalui satu tulisannya yang disiarkan dalam laman Facebook rasmi PAS semalam, Khairudin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata tindakan dua Adun itu secara teknikalnya menyebabkan Khalid tidak boleh lagi dikekalkan sebagai menteri besar kerana bilangan majoriti Adun tidak memihak kepadanya.

"PKR dan DAP yang hanya mempunyai 28 Adun menyokong bertambah menjadi 30 Adun, hasil sokongan 2 Adun PAS.

"Secara teknikalnya Khalid hanya mempunyai sokongan 26 Adun termasuk 13 Adun PAS dan 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat. Beliau tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini.

"Ia mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menghantar 2 nama sebagai calon MB menggantikan Khalid," tulis beliau yang lebih dikenali dengan nama Takiri, sempena tempat kelahirannya di Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Pengakuan Khairudin ini selari dengan apa yang dilaporkan The Malaysian Insider sebelum ini terdapat usaha daripada PAS untuk bekerjasama dengan Adun Umno bagi membentuk kerajaan di Selangor. -TMI-


Cakap banyak takmao TGHH. Sekarang cepat saman TMI. Nafikan bahawa PAS memang tiada niat untuk bersatu dan membentuk kerajaan campuran di Selangor dengan UMNO.

 Adakah TGHH takut disebabkan saksi ramai dalam bilik mesyuarat yang boleh mengesahkan TGHH berbohong?

PULAU PINANG SEBUAH NEGERI BUKAN NGO, KPN DIGESA JANGAN BERTINDAK SESUKA HATI

Pulau Pinang bukan NGO, Ketua Polis digesa jangan bertindak sesuka hati



BUKIT MERTAJAM, 3 SEPT – Tidak ada persoalan undang-undang yang timbul sewaktu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ditubuhkan melalui mesyuarat Exco Pulau Pinang lima tahun lalu.

Malah mesyuarat Exco dianggotai Penasihat Undang-undang Negeri, yang dilantik Jabatan Peguam Negara untuk memberi nasihat undang-undang kepada Ketua Menteri mengenai keabsahan tindakan Kerajaan Negeri.

“Sekiranya Ketua Polis Negara melihat PPS sebagai badan haram, beliau menafikan kuasa eksekutif serta kuasa membuat dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim dalam satu kenyataan.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah kerajaan dengan hak dan kuasa untuk membuat dasar. Exco sebagai badan eksekutif kerajaan berhak menubuhkan jawatankuasa, badan dan perkumpulan untuk membantu pentadbiran negeri dan pihak berkuasa tempatan.”

“Ketua Polis Negara tidak boleh melayan Kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti sebuah NGO atau parti politik tanpa hak dan kuasa tersebut,” tegasnya.

Steven turut mempersoalkan kenapa tindakan baru diambil sekarang setelah PPS beroperasi dan berkhidmat untuk orang awam selama lima tahun secara terbuka.

“PPS bekerjasama baik dengan PDRM selama ini, bersama-sama pasukan peronda lain sebagai sebahagian daripada konsep pempolisan komuniti yang digunakan PDRM,” kata Steven, sambil bertanya apa wajarnya tindakan sekarang padahal tidak ada masalah yang dihadapi sepanjang lima tahun lalu.

“PPS bukan kumpulan bawah tanah. Aktivitinya dibuat secara terbuka dan rondaannya dimaklumkan serta diiktiraf PDRM,” tambah beliau lagi.

Beliau turut mempersoal kenapa PDRM tidak memaklumkan Kerajaan Negeri sekiranya timbul sebarang masalah dalam aktiviti PPS, serta menimbulkan persoalan sama ada PPS sememangnya sengaja dijadikan sasaran kerana ia ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ahad lalu seramai 250 anggota kontinjen PPS yang menyertai perarakan Hari Merdeka diberkas pihak polis sejurus selesai perarakan. Exco bertanggungjawab ke atas PPS, Phee Boon Poh, turut bermalam di lokap selepas disoal-siasat mengenai kegiatan pasukan sukarela tersebut. – SUMBER

KWSP SAMAN PERWAJA STEEL GAGAL BAYAR CARUMAN PEKERJA


KWSP saman Perwaja Steel gagal bayar caruman pekerja


Perwaja Steel Sdn. Bhd. menerima writ saman dan penyataan tuntutan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana gagal membuat sumbangan caruman pekerja.

Perwaja Steel itu adalah anak anak syarikat Perwaja Holdings Berhad.

Perwaja Holdings dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata, KWSP telah menamakan Perwaja Steel dan sembilan pengarahnya sebagai defendan dalam saman
tersebut.

Dalam tuntutan itu, KWSP menuntut sejumlah RM4.6 juta daripada Perwaja Steel bagi tunggakan caruman pekerja manakala dividen dan faedah tunggakan yang terakru ke atas jumlah tunggakan akan dinilai oleh mahkamah daripada tarikh mula tunggakan sehingga penyelesaian, dan semua kos perundangan yang relavan terkandung dalam saman.

Perwaja Steel diberi 14 hari untuk memberi maklum balas.

Kes ditetapkan pada 24 September ini di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Ahli PAS sedia wadah alternatif jika Abdul Hadi degil heret parti keluar Pakatan



ABDUL Hadi Awang

Penyokong Datuk Fadhil Mohd. Noor dalam PAS sejak minggu lepas telahpun memulakan kempen untuk mengekalkan kedudukan parti masa depan itu dalam Pakatan Rakyat, jika Presiden PAS hari ini Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih berdegil mahu mewujudkan kerjasama tidak langsung dengan Umno, khususnya dalam menangani krisis politik di Selangor kini.

100 ahli PAS telahpun menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PAS Malaysia) - nama mirip pada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) - untuk menghadapi onar dan kepemimpinan konservatif Abdul Hadi, selain, mahu mengekalkan posisi kumpulan Islamik dalam Pakatan Rakyat.

The Malaysian Insider melaporkan,Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) telah ditubuhkan selepas kira-kira 100 ahli PAS bertemu di Kota Baru pada hari Ahad, kata sumber, dengan tujuan untuk menangani kemungkinan yang semakin meningkat PAS meninggalkan pakatan itu memihak kepada perkongsian kuasa dengan Umno.

"Dalam pertemuan pada Hari Merdeka, kami berkumpul lebih daripada 100 orang dari seluruh negara untuk satu tujuan: untuk membuat pertempuran memastikan PAS berada di landasan yang betul," kata salah seorang pengasas pergerakan itu kepada The Malaysian Insider.

Beliau enggan dikenali sebagai pihak konservatif tidak apa-apa perbezaan pendapat Brook kepada kepimpinan.

Pergerakan itu telah dimulakan selepas Hadi memberitahu mesyuarat jawatankuasa pusat pada 25 Ogos bahawa beliau mahu bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan negeri Selangor.

Ia masih belum diketahui bagaimana kepimpinan PAS atas bertindak balas kepada pergerakan yang baru.

The Malaysian Insider minggu lalu melaporkan mengenai cadangan Hadi bahawa PAS, Umno dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bekerjasama, dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar yang baru.

Setiausaha politik Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, telah menafikan laporan itu dan menegaskan bahawa tidak ada apa-apa perbincangan antara Azmin dan Hadi telah berlaku. The Malaysian Insider berdiri dengan laporan asalnya.

Satu sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa PasMa akan menjalankan taklimat di seluruh negara untuk menjelaskan mengapa PAS mesti kekal dengan PR dan menolak Umno.

Taklimat pertama akan diadakan di sebuah hotel di Shah Alam pada 8 September, dan akan dijalankan oleh tiga ahli panel: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, ahli jawatankuasa pusat Datuk Mujahid Yusof Rawa dan bekas ahli majlis Shura Ahmad Awang.

"Kami akan melibatkan semua pihak dalam acara ini, terutamanya golongan profesional dan ulama," kata sumber itu.

Hubungan antara ketiga-tiga parti dalam PR telah tegang sejak kebelakangan ini, berikutan Pindah Kajang yang PKR kejuruteraan untuk menghapuskan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Presiden PAS, penasihat rohani dan majlis Syura yang pada mulanya menentang langkah itu dan memberikan sokongan di belakang Khalid.

Tetapi selepas PKR Khalid dipecat dari parti, PAS menerima keputusan sekutunya bahawa beliau berundur dari jawatan tertinggi.

Walau bagaimanapun, parti Islam itu tidak selesa dengan cadangan PKR untuk menggantikan Khalid dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, walaupun keputusan jawatankuasa sendiri pusat pada 17 Ogos untuk menamakan kedua-dua beliau dan Azmin untuk jawatan tersebut.

Dalam usaha untuk memastikan Dr Wan Azizah menjadi MB, PKR mendapat sokongan dua wakil rakyat PAS untuk mendapatkan sokongan majoriti dewan undangan negeri.

Beberapa pihak dalam PAS tidak berpuas hati dengan langkah ini, dan cuba untuk memujuk Azmin untuk menyertai mereka dalam satu pakatan yang terdiri daripada 13 PAS dan 12 ADUN Umno, Azmin dan beberapa wakil negeri PKR.

Khabar angin baru-baru ini muncul daripada mesyuarat yang dikatakan antara pemimpin PAS kanan, tiga wakil rakyat PKR Selangor dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mesyuarat itu didakwa diadakan untuk membuka jalan bagi kerjasama antara ketiga-tiga wakil PKR, PAS dan Umno untuk membentuk kerajaan baru di Selangor.

Husam berkata semalam bahawa Umno mahu bekerjasama dengan PAS Selangor dengan harapan bahawa parti Islam akan membantu menjamin majoriti dua pertiga yang diperlukan dalam merangka sempadan semula pada akan datang pilihan raya parlimen.

"Selangor adalah umpan terdekat mereka," Husam telah menulis dalam sebuah artikel dalam penerbitan PAS, Harakah, sambil menambah bahawa beliau yakin bahawa usaha Umno akan bertemu jalan buntu.

02 September 2014

RM100,000 HILANG SEMALAMAN APABILA PENJENAYAH CURI TAC PERBANKAN INTERNET


Ada caranya untuk penjenayah curi TAC perbankan Internet



Ramai mungkin menyangka perbankan Internet selamat, namun ia sebenarnya masih mempunyai 'lubang' yang boleh disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Guangming Daily melaporkan seorang peniaga dari Damansara dekat Kuala Lumpur kehilangan lebih RM100,000 apabila akaun perbankan Internet untuk syarikatnya diceroboh.

Penceroboh tersebut bertindak mencuri identiti mangsa dan membuat laporan kehilangan telefon bimbit kepada syarikat telekomunikasi.

Tujuan penjenayah tidak lain untuk memperolehi kad sim baharu bagi nombor telefon yang dimiliki mangsa, sekali gus membolehkannya menerima kod transaksi (TAC) yang diperlukan untuk urusan perbankan Internet.

Mangsa kes tersebut menyedari gangguan perkhidmatan untuk dua telefon bimbitnya pada Rabu lalu dan membuat aduan kepada syarikat telekomunikasi.

Syarikat telekomunikasi pula memaklumkan bahawa perkhidmatan telefon telah dihentikan atas permintaan pengadu tetapi perkara itu dinafikan mangsa tersebut.

Mangsa berpuas hati apabila mendapati perkhidmatan telefonnya disambung semula tetapi tidak menyangka ia merupakan petanda awal kepada satu penipuan.

Keadaan itu hanya disedari mangsa pada pagi Jumaat apabila akaun syarikatnya kekurangan lebih RM100,000.

"Hasil pemeriksaan dengan bank, saya diberitahu bahawa sebanyak 20 transaksi telah berlaku tanpa pengetahuan saya dari pukul 11 malam Khamis sehingga pukul 1.19 pagi Jumaat.

"Bank memberitahu bahawa semua transaksi diluluskan selepas TAC yang betul diberikan," kata mangsa yang bernama Chen.

Memeriksa semula kandungan dalam telefon, Chen berkata, syarikat telekomunikasi pada kira-kira pukul 10 malam Khamis lalu pernah menghantar khidmat pesanan ringkas (sms) berhubung permohonan penukaran kad sim.

"Saya pada masa itu sudah tidur dan hanya sedari sms itu pada pagi Jumaat," katanya.

Mangsa percaya penjenayah mencuri identitinya untuk membatalkan kad sim asal pada malam Khamis untuk memperolehi TAC yang dihantar ke kad sim baharu.

Ia dilakukan pada waktu lewat malam ketika mangsa sudah tidur dan tidak mengendahkan sms yang dihantar oleh syarikat telekomunikasi.

Mangsa turut menghubungi syarikat telekomunikasi dan diberitahu bahawa permohonan kad sim baharu untuk telefonnya telah diuruskan seorang ejen.

Permohonan kad sim baharu disahkan dilakukan pada pukul 10.08 malam Khamis iaitu semasa mangsa sudah tidur.

Mangsa mempertikaikan bagaimana pembatalan kad sim lama dan penggantian kad sim yang baharu dapat dilakukan tanpa kad pengenalannya.

Mangsa turut mempercayai kemungkinan berlaku orang dalam yang bersubahat untuk melakukan penipuan.

Mangsa telah membuat laporan polis di Petaling Jaya.

Read more:SINI

JURUGAMBAR NST DITUMBUK WARIS KELUARGA MH17

Pautan kekal imej terbenam

MH17: Jurugambar NST Ditumbuk Waris Keluarga




Kuala Lumpur – Sedikit kekecohan berlaku ketika Istaidat Penghormatan Jenazah pagi ini apabila seorang jurugambar dari New Straits Times, Aizuddin Saad ditumbuk oleh salah seorang waris keluarga mangsa nahas pesawat MH17.

Kejadian dikatakan berlaku sejurus selepas jasad Paul Goes, Subashni J.Retnam dan Kaelamayajay Goes (21 bulan) tiba di Pusat Peringatan Nirvana di Sungai Besi.

Walau bagaimanapun SuaraTV tidak dapat memastikan punca sebenar kejadian tumbuk itu.

Walau bagaimanapun pihak polis yang berada di tempat kejadian berjaya mengawal keadaan. ~STV

LUDAH PUN JADI PENDEKAR.....

SANG PENDEKAR LUDAH



WAHAI SANG PENDEKAR LUDAH,
KAU TAK MAMPU BERHUJJAH,
TAPI HANYA PANDAI MELUDAH!
SATU DUNIA TAHU SUDAH,
WAHAI SANG PENDEKAR LUDAH,
YANG PENGECUT, TAK BERMARUAH!

SERANG HENDAP JADI PILIHAN,
BALING BATU, SOROK TANGAN.
BILA RAMAI, ‘GAGAH BERANI’,
BILA SEORANG, LARI SEMBUNYI.
BILA RAMAI, RIUH BERBUNYI,
BILA SEORANG, SUNYI SEPI.

PENDEKAR LUDAH, DI MANA KAMU?
KE DEPAN! ZAHIRKAN DIRIMU.
WAJAH ‘KEBANGGAAN’ BANGSA MELAYU?
KONONNYA MEMBELA NAMA TUANKU,
TAPI HANYA MEMBAWA MALU.
PENDEKAR LUDAH, DI MANA KAMU?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD


Pautan kekal imej terbenam

01 September 2014

KEMELUT PPS MAKIN PANAS, ADA BAIKNYA BERBAHAS SECARA TERBUKA!!!

Guan Eng pertahan PPS, enggan tunduk kepada desakan Khalid

Lim Guan Eng ketika bercakap pada sidang akhbar di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, pagi ini turut mencabar Khalid untuk berbahas secara terbuka berhubung isu PPS.

Kerajaan DAP Pulau Pinang tetap mempertahankan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri itu dan tidak akan tunduk sama sekali kepada amaran Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengambil tindakan terhadap pasukan itu.

Malah Ketua Menteri Lim Guan Eng pada sidang akhbar di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, pagi ini turut mencabar Khalid untuk berbahas secara terbuka berhubung isu PPS.

"Walaupun kami tidak ada kekuatan seperti Ketua Polis Negara, kami tidak akan tunduk kerana satu nilai sahaja iaitu kebenaran. Kalau beliau (Khalid) benar-benar rasa beliau benar, saya cabar Ketua Polis Negara untuk adakan satu perbahasan terbuka tentang PPS.

"Beranikah anda sebagai Ketua Polis Negara untuk mengadakan perbahasan tentang ucapan beliau yang sungguh tidak bertanggungjawab menggunakan kuasa untuk menangkap (anggota exco) Phee Boon Poh dan juga mengambil keterangan Ketua Menteri," katanya.

Semalam, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh.

Polis turut mengambil keterangan Lim dan Anggota Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer.

Lim berada di IPD Timur Laut sehingga jam 3.30 pagi.

Khalid dalam Twitternya semalam meminta mereka yang bertanggungjawab terhadap PPS segera menyerah diri sebelum polis menyerbu rumah mereka.

Tindakan terhadap PPS diambil berikutan kenyataan Khalid bahawa PPS adalah pertubuhan yang menyalahi undang-undang kerana tidak berdaftar dengan ROS.

Lim tetap menegaskan PPS adalah pertubuhan di bawah kerajaan negeri pimpinan DAP dan akan mempertahankan anggota pasukan itu.

"Kerajaan negeri tidak akan tunduk sama sekali dengan ugutan beliau (Khalid)...mungkin saya nak tanya, bilakah giliran saya untuk ditangkap...saya tunggu sama beliau," katanya.

Read more:http://malaysiagazette.

PPS direhat hingga mahkamah putus kesahihannya



Kerajaan Pulau Pinang hari ini akan memutuskan untuk merehatkan semua anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) selepas kesemua 156 anggotanya ditahan polis semalam.

Dalam kenyataan media exco kerajaan negeri, kesemua anggota PPS akan direhatkan daripada sebarang aktiviti sehingga keputusan mahkamah dibuat tentang kesahihan PPS.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat tergempar exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini.

"(Kerajaan negeri) memutuskan untuk merehatkan peserta-peserta PPS daripada semua aktiviti berkaitan di Pulau Pinang sehingga keputusan mahkamah dibuat tentang kesahihan PPS," kata kenyataan itu.

Mesyuarat itu juga memutuskan untuk menyediakan bantuan guaman dan kewangan untuk membantu 156 anggota PPS danExco kerajaan negeri Phee Boon Poh yang ditahan polis, untuk menghadapi proses perundangan mahkamah.

"Semua peserta PPS yang ditahan itu akan diberikan sumbangan RM200 setiap hari ditahan serta apa-apa kerugian munasabah yang dialami semasa dalam tahanan.

"Semua peguam yang perlu akan dilantik oleh pihak kerajaan negeri untuk membela mereka serta membuktikan kesahihan PPS," kata kenyataan itu.

Mesyuarat itu juga mendesak supaya kesemua 135 anggota PPS yang ditangkap oleh polis dibebaskan dengan segera dan tidak terus dianiayai dengan perintah reman, selepas 21 peserta PPS dibebaskan dengan jaminan polis pada awal pagi ini. ~MK

PLAN KHAZANAH LABUR RM6 BILION UNTUK SELAMATKAN MAS HANYA SIA-SIA - PAKAR PENERBANGAN !!!



Kurangkan kakitangan, mampukah MAS hadapi dasar langit terbuka 2015


Abdul Aziz Abdul Rahman

Hasrat negara untuk melihat Malaysia Airline System Berhad (MAS) terbang tinggi masih lagi kabur dengan pelan pemulihan yang dicadangkan oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Ini kerana pelan pemulihan MAS yang diumumkan sekadar mahu memastikan syarikat penerbangan itu kembali untung dalam saiznya yang dikecilkan.

Tetapi, pada masa sama Khazanah tidak melihat kepada polisi langit terbuka yang bakal dilaksanakan tahun depan.

Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, pelan pemulihan tanpa melihat kepada polisi langit terbuka tidak akan memberi makna apa-apa kepada syarikat penerbangan negara itu.

Sebaliknya, dengan pelaksanaan dasar langit terbuka yang tinggal beberapa bulan, beliau menjangkakan pelan pemulihan itu akan gagal lebih awal lagi.

"Banyak negara kini bersiap sedia untuk melaksanakan dasar langit terbuka, yang mana negara-negara ASEAN boleh meningkatkan kekerapan penerbangan, membuka laluan baru dan membolehkan syarikat penerbangan menentukan harga tambang mengikut pasan tanpa perlu kelulusan pihak berkuasa penerbangan.

"Ketika banyak negara meningkatkan kapasiti syarikat penerbangan masing-masing, MAS pulak mahu mengecilkan syarikat, mengurangkan laluan, mengurangkan kakitangan.

"Kalau semua sudah kurangkan bagaimana hendak bersaing dengan syarikat penerbangan lain, jangan cakap lima atau enam negara. Hendak bersaing dengan Singapore Airline pun mungkin sukar.


"Apa yang sebenar Khazanah rancang untuk MAS," katanya kepada Malaysia Gazette.

Abdul Aziz berkata, apa yang Khazanah cuba buat sama seolah-olah mahu mewujudkan MAS pada tahun 1970an, yang mana sayap pelaburan itu tidak melihat tentang industri penerbangan dunia, persaingan harga, kecekapan operasi dan sebagainya.

Apa yang dicadangkan oleh Khazanah semalam hanya menjurus untuk mengembalikan keuntungan tetapi dalam saiz operasi yang semakin mengecil.

"Kalau macam tu lebih baik MAS hanya memberi perkhidmatan kepada penerbangan domestik sahaja," ujarnya.

WALAUPUN GAJI 4 ANGKA TAPI TIADA MAKNA

Pendapatan 4 angka tidak cukup bagi rakyat Malaysia


Ojaran Fakharurrazi Omar, 37, dan isterinya hanya berpendapatan RM2,000 sebulan.


Keadaan ekonomi mungkin berkembang di luar jangkaan, namun bagi rakyat Malaysia berpendapatan RM2,500 ke bawah sebulan, tidak banyak yang boleh mereka harapkan bagi kehidupan yang lebih baik.

Contohnya seperti Ojaran Fakharurrazi Omar, 37, penghantar barang kilang biokimia di George Town, Pulau Pinang. Dia dan isterinya hanya memperoleh RM2,000 sebulan.
Menurut Majlis Penasihat Ekonomi Negara, mereka membentuk "kelas pertengahan 40%" daripada rakyat Malaysia yang bekerja makan gaji, iaitu berpendapatan antara RM1,222 dan RM2,957 sebulan, berdasarkan kajian dari 1990 hingga 2008.

Keluarga mereka sukar mencukupkan segala barang keperluan mereka setiap bulan. Untuk menambah pendapatan mereka, isteri Ojaran bekerja sebagai pengasuh dan menjaga anak jiran tetangga.

"Saya cuba cari duit lebih dengan bekerja lebih masa jika ditawarkan syarikat. Bos bayar tunai kalau kerja lebih masa. "Tetapi bukan selalu ada. Pekerja lain pun mahu kerja lebih masa juga," kata Ojaran di kediamannya di Taman Tun Sardon.

"Saya buat juga kerja-kerja lain, kadang-kala bantu rakan pindah barang... kadang-kala bantu jiran yang berniaga di gerai."Saya terima RM50 atau berapa sahaja yang mereka boleh beri, bergantung kepada kerja yang dibuat. Kadang ada kerja, kadang tidak," katanya

Rakyat Malaysia bergelut sara hidup walaupun ekonomi naik

Rakyat Malaysia yang memperoleh pendapatan kurang daripada RM6,000 masih tidak mencukupi walaupun Putrajaya mengumumkan keadaan ekonomi negara sedang meningkat naik.

Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan Bank Negara memuji angka terkini perkembangan ekonomi Malaysia dan pendapatan negara kasar, namun tinjauan The Malaysian Insider dengan 13 isi rumah di Lembah Klang dan Pulau Pinang menunjukkan kesukaran hidup di bandar besar.

Bagi lima keluarga yang berpendapatan antara RM3,500 dan RM5,000, mereka berhenti makan di luar, cuma satu atau dua kali sebulan untuk menjimatkan wang.
Bagi lapan keluarga yang berpendapatan bawah RM3,500, makan di rumah masih mencabar.

Mereka terpaksa kurangkan daging dan makanan import untuk menampung makan minum anak-anak dan ibu bapa yang uzur.

Kebanyakan pencari nafkah dalam kumpulan terakhir ini mengakui keluarga mereka diancam kebuluran jika mereka sakit atau tidak dapat bekerja kerana tidak ada simpanan jika berlakunya kecemasan.

Ini merupakan realiti sebenar yang dihadapi keluarga ketika kerajaan sedang bermegah dengan usaha mencapai status "negara maju" menjelang 2020.

Menurut kajian Majlis Penasihat Ekonomi Negara atas pendapatan isi rumah pada tahun 2008, 80% daripada mereka memperolehi kurang RM2,957 sebulan dan berada di antara jurang golongan berpendapatan rendah.

Bank Negara pada 15 Ogos mengumumkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tumbuh 6.3% pada separuh tahun pertama, berbanding dengan 5.5% pada tempoh sama pada tahun 2013.

Menurut akhbar The Star, perkembangan ekonomi Malaysia "sekali lagi merancakkan pasaran... lebih pantas daripada yang dijangkakan hasil pertumbuhan eksport dan permintaan domestik yang kukuh".

Bagaimanapun, Bank Negara menjangkakan perkembangan perlahan dalam separuh tahun kedua.

Pada masa sama, Reuters melaporkan Indeks Harga Pengguna (CPI) yang mengukur inflasi naik kepada 3.3% pada Jun, meningkat berbanding 3.2% pada Mei.

Lapan hari kemudian, Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu (CEO) Datuk Seri Idris Jala berkata Malaysia berada di landasan mencapai sasaran pendapatan tinggi US$15,000 (RM47,414) pada tahun 2020 atau lebih awal.

Menurut Idris, ia hasil Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diusahakan pentadbiran Najib.

Katanya, perkembangan pendapatan negara per kapita meningkat stabil daripada RM22,313 pada tahun 2009 kepada RM31,799 pada tahun 2013, berkembang 42.5% dalam tempoh tersebut.

Namun bagi peniaga gerai burger Zainal Ahmad, 52, pendapatan tahunannya cuma RM25,200 atau kira-kira RM2,100 sebulan, merasa beban sara hidup bertambah berbanding enam bulan lalu.

"Dahulu beli barang dengan RM50 boleh tahan sampai seminggu. Sekarang RM50 hanya bertahan dua hingga tiga hari sahaja," kata Zainal yang tinggal bersama enam ahli keluarganya di pangsapuri kos rendah di Seksyen 24, Shah Alam.

CEO Gabungan Persatuan Pengguna Malayia (Fomca) Datuk Paul Selvaraj berkata CPI tidak mencerminkan kesukaran sebenar yang dirasai pengguna terhadap kenaikan harga barang.

"CPI tidak menunjukkan secara tepat barang yang biasanya dibeli pengguna. Secara realitinya, barang yang dibeli mungkin lebih mahal daripada nilai asal," katanya.

Malah, kenaikan kadar pendapatan negara kasar dan KDNK juga tidak mencerminkan sama ada hidup rakyat Malaysia secara keseluruhannya lebih baik berbanding enam bulan lalu, seperti yang dipertikaikan dalam artikel pendapat The Malaysian Insider pada 26 Ogos lalu.

"Apa yang tidak didedahkan Idris, atau dipandang remeh, adalah ketika pendapatan negara kasar meningkat, pekerja tidak melihat kenaikan yang sama dalam pendapatan.

Pada tahun 2011, jumlah pendapatan isi rumah hanya 46% berbanding rakyat di negara Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) yang memperoleh anggaran 70%, kata artikel itu.

Begitu juga dengan KDNK. Pertumbuhan 6.4% tidak mempengaruhi gaji dan pendapatan pekerja.

"Ini kerana kebanyakan KDNK tertumpu dalam bidang keuntungan perniagaan, bukannya cukai dan subsidi atau gaji. Di negara maju, sektor gaji dalam KDNK dalam lingkungan 45% hingga 60%.

Di Malaysia, setiap ringgit yang dihasilkan negara pada tahun 2005, pekerja Malaysia hanya memperoleh 28 sen, syarikat pula mendapat 67 sen dan kerajaan 5 sen.

Di Singapura, pekerja mendapat 42 sen, perniagaan 47 sen dan kerajaan 11 sen, menurut artikel itu.

Akan datang, The Malaysian Insider akan menyiarkan berita tentang rakyat Malaysia dan pendapatan sebenar mereka serta sama ada mereka dapat menjadi sebahagian daripada negara berpendapatan tinggi seperti yang kerajaan mahu kita percaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...