03 September 2012

Panas ! Parti Gerakan Sokong Pakatan Rakyat


KUALA TERENGGANU – Gesaan Parti Gerakan Terengganu agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan satu tarikh pilihan raya umum dilihat ‘senada’ dengan kehendak perjuangan Pakatan Rakyat.

Bahkan, gesaan tersebut telah diusul dan diluluskan dalam Persidangan Perwakilan Parti Gerakan Terengganu yang ke-31, pada Julai lalu.


Pengerusinya, Dato’ Yap Kea Ping dipetik sebagai berkata, penetapan tarikh pilihan raya umum lebih awal akan memperlihatkan keterbukaan kerajaan serta mengelak jentera parti berteka-teki berhubung perkara itu.

“Kita (Barisan Nasional) perlu bersikap terbuka mengenai perkara itu dan jangan menimbulkan persepsi pihak lain bahawa kita cuba mengambil kesempatan.“Perlu ambil perkiraan kepada persiapan pilihan raya umum. Kena ada tarikh yang tetap kerana kalau tidak, perancangan sesetengah pihak mungkin tergendala seperti isu musim haji yang ditimbulkan pembangkang.

“Ini juga cara yang lebih ‘gentleman’ untuk memperlihatkan kita (BN) bukan mengambil kesempatan dan tidak mahu dikatakan seolah-olah apabila ada peluang baik, buat pilihan raya tetapi kalau tiada peluang yang baik, tangguhkan dahulu. Kita tidak mahu dianggap seperti itu,” ujarnya.

Selain itu, katanya antara usul lain yang turut diluluskan secara bersama adalah semua warganegara yang mencapai umur 21 tahun didaftarkan sebagai pemilih secara automatik.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar menyokong reaksi Pengerusi Gerakan Terengganu itu kerana bersamaan dengan desakan PAS dan Pakatan Rakyat.

Katanya, PAS telah lama ‘bersuara’ mahukan Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional menetapkan tarikh pilihan raya lebih awal.Menurutnya, amalan negara demokrasi lain boleh menetapkan tarikh pilihan raya awal agar semua pihak boleh membuat persiapan rapi.
“Apa yang rahsia sangat dengan tarikh pilihan raya itu, walau pun hak Perdana Menteri tetapi lebih wajar diumumkan supaya semua pihak boleh buat persiapan rapi baik kerajaan atau pembangkang.

“Kita (PAS) telah lama ‘bersuara’ supaya PM atau kerajaan BN tetapkan tarikh pilihan raya lebih awal dan tidak jadi teka-teki kepada rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada siri lawatan ziarah Lajnah Kebajikan PAS Terengganu menjelang sambutan Aidilfitri di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, Ramadhan lalu.
Katanya, PAS dan Pakatan Rakyat telah lama bersiap sedia untuk pilihan raya meski pun tarikh sebenar masih menjadi rahsia Dato’ Seri Najib dan ‘Datin Seri Rosmah’.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...