17 Januari 2015

Harga Minyak Indonesia Turun, Tambang Bas Dan Teksi Pun Turun! Malaysia Macamana??





JAKARTA — Tidak seperti Malaysia, apabila penurunan harga minyak beberapa kali sejak Disember tahun lalu masih gagal disusuli dengan pengurangan harga tambang pengangkutan awam, lain pula hal berlaku di ibu kota Indonesia.

Langkah pemerintah pada Jumaat mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel berkuat kuasa Isnin ini bakal diikuti dengan pengurangan harga tambang semua jenis bas awam dan teksi bagi diselaraskan dengan kadar baharu bahan bakar.

Menurut jurucakap Jabatan Perhubungan Awam Daerah Khusus Ibu Kota (DKI) Jakarta, operator bas terkenal, Metro Mini dan Kopaja Kompak selain teksi bermeter pada Sabtu bersetuju untuk mengurangkan tambang terhadap penumpang mereka.

Jabatan itu juga akan mengadakan perbincangan lanjut dengan dua persatuan pengusaha pengangkutan awam iaitu Organisasi Angkutan Darat (Organda) dan Dewan Transportasi Kota Jakarta bagi menurunkan tarif tambang perjalanan.

“Saya kira akan ada penyesuaian kadar dan penurunkan kos pasti berlaku kerana kejatuhan harga minyak kali ini agak signifikan namun kita belum tahu bila tetapi berharap dapat dibuat dalam masa terdekat,” kata jurucakap jabatan di Balai Kota DKI Jakarta.

Presiden Indonesia, Joko Widodo pada 16 Januari mengumumkan harga minyak petrol daripada 7,600 rupiah (RM2.15) kepada 6,600 rupiah (RM1.87) manakala diesel diturunkan daripada 7,250 rupiah (RM2.05) kepada 6,400 rupiah (RM1.81).

Pertumbuhan Ekonomi 2015

Ini merupakan pengumuman penurunan harga jualan runcit bahan bakar buat kali kedua selepas 1 Januari lalu berdasarkan kepada kadar premium perhitungan harga tong terbaharu yang ditetapkan pasaran Mean of Plats Singapore akhir tahun 2014.

Pada masa ini, tambang bas awam jenis ekonomi regular ialah 4,000 rupiah (RM1.13) yang naik ekoran pengumuman Presiden Jokowi akhir November 2014 meningkatkan harga petrol dan diesel sebanyak 30 peratus, rekod tertinggi dalam sejarah Indonesia.
Pemimpin republik tersebut terpaksa bertindak mengurangkan subsidi sekali gus mengakibatkan harga runcit petrol pada waktu itu juga naik menjadi 8,500 rupiah (RM2.40) manakala diesel pula mencecah 7,500 rupiah (RM2.12). – Agensi

HEBAT ABANG NEH SUMBANG RUMAH KONTENA KEPADA MANGSA BANJIR












Saya x mengenali individu ini secara dekat sekadar dengar nama je sebelum ini. Sehinggalah beliau mengunjungi saya di bilik gerakan... Subhanallahh... Malaysia kaya dgn individu prihatin yg sangat hebat dlm kerjaya, dunia korporat dan juga hubungan kemanusiaan...

Abang che wan ahmad faizal seorang arkitek adalah antara team sukarelawan bersama dr mazlan dan rakan2 yg menyumbang dgn pantas tanpa bnyk birokrasi dan protokal beberapa rumah kontena di kawasan terjejas untuk terutamanya memberikan hidup dan perlindungan segera sementara utk baby dan warga tua.

Saya x sempat spend masa lama dgn dr mazlan dan abang faizal... Rasa terkilan. Kita sama2 doakan mereka sentiasa dimurahkan rezeki dan istiqamah bersama kita... membimbing dan menasihati kita orang muda...

InsyaAllahhhh...


TS ANANDA BUKA PEKUNG SEBENAR 1MDB......

ADAKAH TS ANANDA JADI PENYELAMAT 1MDB YANG DIPERTIKAIKAN
SEHINGGA MENYEBABKAN RINGGIT JATUH MEREDUM KERANA KEGAGALAN MELUNASKAN HUTANG MENGIKUT JADUAL?

Menurut laporan Perolehan daripada pelaburan Ananda itu boleh digunakan untuk membayar balik pinjaman

Ketika rombakan pengurusan sedang dilakukan, 1MDB terpaksa menangguhkan pembayaran hutang RM2 bilion yang disepatutnya dilunaskan, pada akhir Disember lalu kepada pemberi pinjaman tempatan.

Penangguhan itu mencetuskan kebimbangan kepada pelabur, berhubung kedudukan ekonomi Malaysia.



Ananda Krishnan adakan rundingan dengan 1MDB



Ananda yang memiliki pegangan dalam banyak syarikat besar di Malaysia itu, sedang mempertimbangkan mengambil alih sekurang-kurang lima peratus kepentingan dalam perniagaan 1MDB. - Foto Reuters

Lelaki kedua terkaya di Malaysia, Tan Sri Ananda Krishnan dikatakan sedang berunding dengan firma pelaburan negara, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk menjadi pelabur jangka panjang dalam aset kuasa bernilai USD3 bilion (RM10.75 bilion).


Menurut sumber, jutawan yang memiliki pegangan dalam banyak syarikat besar di Malaysia itu, sedang mempertimbangkan mengambil alih sekurang-kurang lima peratus kepentingan dalam perniagaan 1MDB.

Bagaimanapun, sumber itu tidak menyatakan berapa banyak dana yang diperlukan Ananda, kerana perbincangan masih diadakan.

Sumber itu juga tidak mendedahkan nilai aset berkenaan, memandangkan rundingan mengenai perkara terbabit masih berlangsung.

Pelaburan oleh Ananda ini akan menjadi rangsangan utama kepada 1MDB untuk menampung kekurangan dana bagi pembiayaan hutang dan juga memberi suntikan keyakinan kepada pelabur tawaran awam permulaan (IPO) yang lain.

Dengan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pengerusi lembaga penasihat, firma pelaburan itu memerlukan dana daripada IPO untuk mengurangkan tunggakan hutang hampir USD12 bilion dan mengembangkan perniagaan.


Ketika rombakan pengurusan sedang dilakukan, 1MDB terpaksa menangguhkan pembayaran hutang RM2 bilion yang disepatutnya dilunaskan, pada akhir Disember lalu kepada pemberi pinjaman tempatan.

Penangguhan itu mencetuskan kebimbangan kepada pelabur, berhubung kedudukan ekonomi Malaysia.


“Kedua-dua pihak (Ananda dan 1MDB) kini berunding mengenai syarat-syarat,” kata sumber yang enggan mendedahkan identitinya.

IPO itu mungkin mula ditawarkan pada suku kedua tahun ini, menurut seorang sumber yang terbabit dalam perjanjian itu.

Perolehan daripada pelaburan Ananda itu boleh digunakan untuk membayar balik pinjaman.

Pinjaman itu diberikan bank terbesar di negara ini, Malayan Banking Bhd dan RHB Capital Bhd, di mana ia telah dijamin oleh pelaburan kenderaan milik Ananda, Usaha Tegas, demikian menurut sumber.

Jaminan pinjaman itu merupakan sebahagian daripada urus niaga Ananda dengan 1MDB pada 2012, apabila hartawan berusia 76 tahun itu menjual syarikat kuasa Tanjung Energy kepada 1MDB dengan nilai USD2.8 bilion.

“Mereka sudah hampir mencapai kata sepakat dalam perjanjian itu,” kata sumber sambil menambah, ia akan dimeterai selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Pegawai 1MDB bagaimanapun enggan mengulas lanjut, manakala pegawai Usaha Tegas belum bersedia memberi komen.

Ananda, menurut majalah Forbes, mempunyai nilai bersih aset USD9.7 bilion pada bulan ini, terkenal untuk memaksimumkan nilai asetnya, terutama melalui IPO.

Beliau juga mempunyai rekod menjalankan operasi kuasa yang menguntungkan, melalui syarikatnya, Tanjong Plc.

Pada 2012, Ananda menyenaraikan semula firma TV berbayar beliau, Astro Holdings Malaysia Bhd dalam satu urus niaga bernilai USD1.5 bilion, menjadikan nilai keseluruhan syarikat itu sekitar RM15.6 bilion.

Sementara itu, sumber memberitahu The Rakyat Post bahawa China Exim Bank dan dana pencen kerajaan Saudi akan mengambil kepentingan bernilai RM1 bilion setiap satu, menjadikan jumlah jualan pra-IPO sebanyak RM4.5 bilion setakat ini, dan jumlah itu akan bertambah pada masa akan datang.

1MDB memilih jalan ini, selepas memutuskan untuk membuat tawaran IPO lebih mantap, dengan lebih banyak aset untuk pelabur, kerana ia menjangkakan akan menyuntik projek janakuasa di Malaysia, serantau dan Timur Tengah, dengan tambahan dana daripada IPO, yang kini dijadualkan pada Jun 2015

Read more: SINI

KEDAH FA TAK PUAS HATI....FAM GUNA UNDANG-UNDANG RIMBA? HA...HA...



#Kedah Kecewa Keputusan #FAM


ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah (KFA) amat kecewa dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam isu status pemain Harimau Muda, Gary Steven Robbat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Presiden KFA berkata persatuan negeri hanya mempertahankan peraturan dibuat FAM iaitu pemain Harimau Muda perlu kembali ke negeri terlebih dahulu.

"Kita amat kecewa dengan keputusan FAM kerana kita hanya mempertahankan peraturan yang dibuat sendiri oleh persatuan bola sepak negara yang menghendaki pemain Harimau Muda yang tamat kontrak supaya kembali ke negeri masing-masing," katanya di sini.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan bantuan bencana banjir sebanyak RM300,000 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang disampaikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang juga pengerusi MAIWP.

Mukhriz berkata keputusan FAM mengisytiharkan Gary yang berasal daripada Kulim sebagai ejen bebas selepas tempoh penggantungan tiga bulannya tamat seolah-olah menidakkan tugas KFA di dalam menggilap potensi pemain Harimau Muda itu.

FAM yang bermesyuarat hari ini menggantung Gary selama tiga bulan berkuatkuasa hari ini dan mengenakan denda sebanyak RM50,000, selain mengumumkan pemain itu sebagai milik Harimau Muda C di bawah FAM dan bukan Kedah.

"Keputusan FAM itu seolah-seolah menunjukkan kita tidak ada jasa langsung di dalam karier Gary," katanya sambil menambah, potensi Gary digilap di Kedah terlebih dahulu sebelum beliau diterima masuk ke sekolah sukan di luar negeri ini.

Beliau juga berkata, keputusan FAM mengenai isu Gary itu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap negeri-negeri yang memiliki pemain dengan pasukan kebangsaan sama ada mereka perlu melepaskan mereka untuk tugas-tugas kebangsaan.

Apa yang perlu selepas ini katanya, pemain-pemain negeri yang dikehendaki berkhidmat dengan pasukan kebangsaan diikat dengan perjanjian yang ketat denganFAM bagi memastikan pemain itu kembali ke negeri asal selepas tamat khidmat mereka dengan pasukan kebangsaan.

"Mereka (pemain-pemain negeri) perlu mempunyai perjanjian," katanya tentang kedudukan dua pemain Kedah, Farhan Roslan dan Shazwan Tajuddin yang dipanggil oleh FAM untuk menjalani latihan dengan pasukan kebangsaan.

Mukhriz juga menyuarakan kebimbangannya terhadap peningkatan mendadak gaji pemain-pemain setiap tahun yang akan membebankan persatuan negeri yang tidak mempunyai sumber dana yang besar seperti Kedah dan mahukan perkara itu dikawal.

Katanya, terdapat kemungkinan bola sepak di negara hanya dikuasai oleh beberapa negeri yang kaya dan mempunyai pelbagai sumber kewangan. - BERNAMA

MH370 : KERAJAAN FAIL PERMOHONAN BATAL SAMAN 2 ANAK PENUMPANG MH370


Kerajaan Fail Permohonan Batal Saman 2 Anak Penumpang MH370


KUALA LUMPUR: Peguam, Datuk Dr Arunan Selvaraj (kiri) bersama dua lagi peguam yang lain mewakili dua beradik berusia 14 dan 12 tahun menjawab soalan wartawan berkenaan saman yang dikemukakan dua beradik itu atas kehilangan pesawat MH370 yang dinaiki bapa mereka dalam penerbangan ke Beijing 8 Mac tahun lepas di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, hari ini. - Foto BERNAMA

 Kerajaan Malaysia akan memfailkan permohonan bagi membatalkan saman yang difailkan dua anak lelaki penumpang pesawat MH370 berhubung kehilangan pesawat itu yang dinaiki bapa mereka dalam penerbangan ke Beijing pada 8 Mac tahun lepas.

Perkara itu dimaklumkan Peguam Kanan Persekutuan Kamal Azira Hassan, yang mewakili kerajaan ketika ditemui pemberita selepas kes itu disebut dalam kamar di hadapan Hakim Datuk Rosnaini Saub.

“Pihak kami masih belum memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu tetapi telah memaklumkan perkara tersebut kepada mahkamah,” kata Kamal Azira.

Kamal Azira berkata mahkamah turut menetapkan 17 Feb depan untuk pengurusan kes. Kerajaan memfailkan pernyataan pembelaan pada Dis tahun lepas.

Prosiding hari ini turut dihadiri peguam Datuk Dr S. Arunan mewakili dua beradik itu selaku plaintif.

Pada 31 Okt tahun lepas, dua beradik berusia 14 dan 12 tahun melalui ibu mereka, Ng Pearl Ming, 39, memfailkan saman dengan menamakan Malaysian Airline System Berhad (MAS), ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), ketua pengarah Jabatan Imigresen, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, dua beradik itu mendakwa bapa mereka Jee Jing Hang, 41, penumpang pesawat MH370, telah memasuki suatu kontrak perjanjian penerbangan dengan MAS dalam penerbangan dari Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam dan dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi, 8 Mac.

Plaintif mendakwa menerusi perjanjian itu, MAS sebagai defendan pertama seharusnya mengambil semua langkah yang wajib untuk memastikan penerbangan yang selamat, namun telah memungkiri perjanjian itu apabila gagal mendarat di Beijing dan tiada butiran lanjut mengenai pengakhiran pesawat itu sehingga hari ini.

Selain itu, plaintif mendakwa ketua pengarah DCA sebagai defendan kedua, yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan kawalan trafik udara bagi memastikan penerbangan itu selamat, telah gagal dan cuai untuk mengambil langkah secukupnya bagi mendapatkan perhubungan dan menjejaki pesawat itu melalui radar.

Adik-beradik itu turut mendakwa Jabatan Imigresen telah gagal dan cuai melaksanakan pemeriksaan rapi ke atas penumpang pesawat itu sehingga membolehkan beberapa penumpang menaiki pesawat dengan menggunakan pengenalan palsu.

Mereka juga mendakwa pihak TUDM gagal dan cuai untuk menghantar pesawatnya dengan kadar segera bagi mengenal pasti pesawat yang tidak dijadualkan telah muncul dalam sistem radar TUDM, berkemungkinan adalah MH370.

Justeru, kedua-dua plaintif antara lain menuntut ganti rugi terhadap kesemua defendan atas kehilangan bapa mereka yang merupakan penanggung tunggal mereka, seorang ahli perniagaan berpendapatan bulanan RM16,865, dan ganti rugi tambahan akibat penderitaan yang dialami dua beradik itu.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada skrin radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada hari kejadian.

Usaha mencari masih dijalankan di selatan Lautan Hindi. – BERNAMA

16 Januari 2015

GAMBAR DAN KESIHATAN LEGENDA TINJU MUHAMAD ALI TERKINI !


Muhammad Ali Tak Mahu Sambut Hari Jadi Di Hospital



LOUISVILLE (Amerika Syarikat) – Legenda tinju, Muhammad Ali dijangka akan dibenarkan keluar dari hospital, hari ini selepas menerima rawatan susulan ke atas jangkitan di saluran kencing, menurut jurucakap keluarganya.

Ali yang bakal menyambut hari jadi ke-73, esok dimasukkan semula ke hospital yang tidak didedah namanya awal minggu ini, menurut Bob Gunnell dari Boxcar PR berpangkalan di Louisville.

Ini adalah kali kedua Ali dimasukkan ke hospital sejak bulan lalu.

“Ali berharap dapat menyambut hari jadi ke-73, Sabtu ini bersama keluarganya di rumah,” kata Gunnell.

Pada 7 Januari lalu, Muhammad Ali keluar dari hospital selepas dua minggu menjalani pemeriksaan selepas disyaki mengalami masalah radang paru-paru sebelum doktor mengesahkan ada jangkitan saluran kencing. – AFP


DR. M TERUS MENYERANG NAJIB & 1MDB

Dr M: Di mana wang 1MDB?


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih tidak berpuas hati dengan penjelasan firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bahawa dana sebanyak RM8.3 bilion yang dilaburkan di Kepulauan Cayman telah diperolehi semula.

Mahathir berkata, firma yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu perlu menjelaskan bank yang menjadi tempat pelaburan dana tersebut.

"Penjelasan itu tidak mencerahkan apa-apa kepada kita.

"Saya hendak tahu bank mana yang menyimpan wang itu. Jumlahnya berbilion dolar; kamu mesti simpannya di mana-mana.

"Saya tidak tahu di mana wang itu berada – ia adalah sebahagian daripada ketelusan," kata beliau dalam wawancara dengan Sarawak Report yang disiarkan semalam.

1MDB membuat pengumuman mengenai pemerolehan semula dana tersebut selepas firma tersebut dilaporkan terlepas membuat bayaran balik pinjaman berjumlah RM2 bilion (AS$563 juta) yang berakhir pada hujung Disember lalu.

Kontroversi mengenai 1MDB tercetus bulan ini juga menyebabkan firma tersebut distruktur semula dengan pelantikan seorang ahli perbankan di Abu Dhabi Arul Kanda sebagai presiden.

Syarikat 1MDB itu, yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan, menerima kritikan hebat atas pelaburan RM8.3 bilion di di luar negara. -MK


Tun M balas kritikan Puad

Tun M kata beliau dipilih oleh Tun Hussein untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.


Bekas presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad membalas kembali kritikan ahli majlis tertinggi, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang meminta UMNO untuk tidak memupuk atau mengamalkan politik dinasti.

Mohd Puad sebelum ini berkata, mantan perdana menteri itu silap sekiranya beliau merujuk bahawa kemasukan penyandang presiden parti, Datuk Seri Najib Razak hanya dilakukan selepas Tun Abdul Razak Hussein sudah meninggal dunia.

“Saya tidak berkata apa-apa mengenai Datuk Seri Najib, Saya hanya membuat kenyataan secara umum, Sekirayanya ada yang terasa, itu masalah mereka.

“Walaupun saya rasa pertalian keluarga tidak boleh dijadikan asas untuk menerima atau menolak, saya melarang anak-anak saya meneruskan keahlian mereka atau kedudukan dalam UMNO, melainkan mereka dilantik oleh ketua bukan yang ada pertalian dengan keluarga,” tulis Dr Mahathir dalam blognya, lewat malam tadi.


Beliau turut mengkritik kenyataan Mohd Puad yang bertanya sama ada Dr Mahathir terlupa ketika beliau dipilih oleh Tun Hussein Onn sebagai timbalannya dahulu, dan menyebabkan rasa tidak puas hati oleh timbalan-timbalan lain yang lebih senior daripada beliau.

“Saya dipilih oleh Tun Hussein, yang bukan di kalangan ahli keluarga, untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. Mereka yang memilih saya sebagai Naib Presiden UMNO adalah wakil dalam mesyuarat agung.

“Sudah tentu ada yang tidak puas hati dan marah, tapi tidak ada calon lain untuk undian mereka.

“Begitu juga ketika saya dilantik sebagai Presiden. Waktu itu saya dicabar tetapi saya menang walaupun dengan 43 undi,” tulis Dr Mahathir

KEDAH FA TIADA HAK KEPADA GARY STEVEN WALAUPUN DILAHIRKAN DI KULIM, BELIAU DIGANTUNG 3 BULAN OLEH FAM


Gary Steven Robbat digantung tiga bulan

Kelana Jaya: Kontroversi perebutan Gary Steven Robbat dengan pasukan Kedah, Johor Darul Ta'zim (Johor DT) dan Pahang berakhir apabila pemain tengah berusia 22 tahun itu digantung tiga bulan dan denda RM50,000 selepas Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan dia bersalah melanggar peraturan perpindahan pemain.

Gary yang tidak dibenarkan beraksi dalam sebarang kejohanan berkuat-kuasa hari ini juga tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas kontrak yang ditandatangani bersama Johor DT dan Pahang sebelum 1 Disember 2014 tidak sah.


Manakala Kedah juga tidak berhak untuk memiliki bekas pemain Harimau Muda A kelahiran Kulim itu selepas FAM mendapati dia memulakan karier bola sepak bersama Harimau Muda C.

Sementara itu, Johor DT pula didenda RM100,000 kerana kecuaian dalam urusan perpindahan pemain namun Pahang hanya dikenakan amaran keras.

Dalam satu lagi kes, Mohd Faizol Hussien terpaksa membayar RM130,000 kepada Pahang sebagai tebus kontrak untuk menyertai Johor DT II.


Gary Steven Robbat Milik Kedah - Presiden KFA


Alor Setar - Peraturan FAM adalah jelas di mana ia menghendaki mana-mana pemain Harimau Muda yang telah tamat kontrak perlu kembali ke pasukan negeri kelahiran masing-masing.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Dato' Seri Haji Mukriz Tun Mahathir berkata, KFA berpendapat bekas pemain Harimau Muda yang berasal dari Kulim Gary Steven Robbat milik Kedah dan mahu beliau kembali ke negerinya.

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tidak berniat menyusahkan mana-mana pihak dalam isu pemain itu , tetapi ia hanya mematuhi peraturan yang dirangka sendiri oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Apa yang telah berlaku sangat-sangat kita kesali, kerana kita (KFA) bukan bertujuan hendak menyusahkan mana-mana pihak tetapi peraturan itu diwujudkan oleh FAM sendiri, jadi bukan kita hendak pandai-pandai tambah peraturan tetapi ini peraturan FAM," katanya.

Beliau mengesyorkan supaya Gary kembali ke Kedah dan mengadakan perbincangan dengan persatuan negeri.

Beliau berharap Gary dan KFA dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik kerana Kedah amat memerlukan kehebatannya untuk kebaikan pasukan negeri yang bertanding dalam kancah Liga Perdana tahun ini.

Mukhriz berkata beliau amat kesal dengan laporan media mengatakan Gary berlatih dengan pasukan JDT serta muncul dalam majlis memperkenalkan pemain-pemain JDT musim ini baru-baru ini.

"Walhal kita tidak pernah mengeluarkan surat perlepasan (kepada Gary)," katanya.

Walaupun begitu, katanya, KFA masih belum menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak untuk menyelesaikan kemelut yang menyelubungi isu Gary dan bersedia untuk berkompromi.

"Walaupun begitu kita masih boleh berkompromi, tetapi itu bergantung kepada rundingan. Tetapi setakat ini, tiada perbincangan mengenai perkara itu," katanya.


SENTUH, PELUK TETAP HARAM WALAUPUN ISTERI PM!!!

Pelukan Rosmah kepada Chong Wei tetap haram dan bukannya kanak-kanak lagi tetapi sudah menjangkau usia akil baligh.

PETALING JAYA: Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin menyelar kenyataan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee kerana mempertahankan tindakan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang memeluk jaguh badminton negara, Lee Chong Wei.

Katanya, “Apabila Syed Ali mengatakan tidak salah perbuatan Rosmah itu, saya harap ianya tidak bemaksud beliau ingin menukar hukum bersentuhan antara lelaki dan wanita muhrim daripada haram kepada tidak haram.”



syed-ali

“Saya juga berharap Syed Ali tidak bermaksudkan oleh kerana Rosmah adalah isteri Perdana Menteri, maka beliau mempunyai keistimewaan tertentu dari segi hukum dan dibenarkan berpeluk dengan sesiapa saja,” tambah Shahbudin.


Syed Ali sebelum ini menyifatkan pelukan Rosmah kepada Chong Wei adalah suatu penghargaan seorang ibu kepada anaknya yang berjaya meraih kemenangan dalam sukan.

Melalui blognya, Syed Ali berkata,”Bagi saya tidak salah bagi isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya ibu memeluk Lee Chong Wei kerana mengiktiraf dan amat menghargai kejayaan yang dicapai oleh pemain badminton yang berjaya mengharumkan nama negara.”

Menulis di dalam entri terbarunya di shahbudindotcom.blogspot.com, Shahbudin mejelaskan jika diamati di dalam penulisan itu, tindakan Rosmah itu bukan sahaja terhadap Chong Wei tetapi juga kepada Arjun Rampal dan Shahrukh Khan.

Shahbudin berkata,”Apakah dibolehkan juga Najib memeluk bintang-bintang sukan wanita yang mencapai kejayaan gemilang seperti Nicol David misalnya?”

Beliau meminta penjelasan kenapa hanya Rosmah berpeluk dengan Chong Wei saja diumpamakan pelukan ibu dengan anak, dengan Arjun Rampal juga tidak dikatakan geselan pipi antara ibu dengan anak? Begitu juga dengan Shahrukh Khan yang gambarnya turut tersebar di media sebelum ini?

“Ternampak seolah-olah Syed Ali mempunyai agenda tertentu dalam membela isteri Perdana Menteri dan cuba menyembunyikan perbuatan salah Rosmah yang lain,” katanya.


Sehubungan itu, beliau menasihatkan sebagai seorang yang lebih dewasa dan berketurunan Nabi pula, Syed Ali juga seharusnya lebih arif akan hukum halal haram bersentuhan antara lelaki dengan wanita yang bukan muhrim dan tidak menjadikannya “tidak mengapa” semata-mata kerana ia dilakukan oleh isteri Perdana Menteri.

Beliau berkata, ia tetap haram lebih-lebih lagi ketika dipeluk oleh Rosmah itu Chong Wei bukannya kanak-kanak lagi, tetapi sudah menjangkau usia 30an, suatu tahap usia yang seharusnya sudah akil baligh dan boleh membenihkan zuriat.

“Bagi saya, tulisan Syed Ali hanya semata-mata untuk mempertahan dan membela Rosmah tanpa melihat keseluruhan fakta yang saya tulis. Selain berkaitan perlakuan Rosmah, saya juga turut menyentuh perbuatan maksiat lain yang lebih terbuka seperti perlakuan artis di televisyen, maksiat di pusat-pusat hiburan dan sebagainya,” jelas Shahbudin.

Tegasnya, perkara yang penting yang ingin dibangkitkan adalah sikap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang seolah-olah hanya melihat perkara remeh tetapi mengabaikan maksiat lain yang lebih besar dan terbuka.

“Ketegasan saya adalah jelas, jika ingin mengambil tindakan terhadap remaja yang berpeluk dengan artis K-Pop itu, ambillah juga tindakan terhadap semua maksiat lain, termasuk Rosmah yang turut melakukan perkara sama, malah buktinya bertebaran di sana sini,” ujarnya.~FMT

15 Januari 2015

RAJA KERETA DI MALAYSIA : PERODUA MYVI MODEL TERLARIS DENGAN MODEL TERBARU




Perodua Myvi baharu dilancarkan – Imej lebih memikat, harga RM42k hingga RM59k



Selepas melancarkan Axia pada 15 September 2014, Perodua tidak duduk diam untuk terus mengungguli pasaran kenderaan tempatan. Bagi meneruskan kegemilangannya, Perodua telah memperkenalkan model Myvi terbaharu pada hari ini. Ia adalah bagi menggantikan model Myvi sedia ada, malah turut menampilkan beberapa elemen baharu bagi memberikan kepuasan kepada para pelanggannya.

Dengan penambah baikan daripada segi elemen keselamatan, gaya yang lebih menarik dan harga yang bersesuaian, Myvi baharu ini dilihat mampu memberi kesinambungan pencapaian terbaik yang dicapai oleh Perodua selama ini.

“Myvi mempunyai rekod jualan yang membanggakan dan sehingga kini telah mencatat jualan sebanyak 800,000 unit, menjadikan ia sebagai model Perodua yang paling popular. Kami percaya, model ini masih relevan untuk diterima oleh masyarakat. Kami sangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang masih terus memberikan sokongan terhadap jenama ini,”ujar Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.


Myvi baharu yang dilancarkan oleh Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin, di Mutiara Damansara sebentar tadi, telah menerima penarafan empat bintang oleh ASEAN NCAP setelah memberi penambahbaikan pada struktur kenderaan mengikut standard antarabangsa.

Penambah baikan yang diberikan pada Myvi baharu ini termasuklah pengesan bahagian hadapan yang boleh diaktifkan oleh pemandu jika diperlukan.

“Elemen ini akan membantu pemandu untuk mengambil sudut yang rumit sewaktu memarkir kenderaan. Sebagai tambahan, elemen ini boleh dinyahaktif semasa memandu atau sewaktu tersekat dalam kesesakan lalu lintas bagi mengelakkan ketidakselesaan terhadap pemanduan,”sambung Aminar lagi.

Selain itu, Myvi baharu ini turut dilengkapi dengan penyangkut anti-ragut pada bahagian sisi tempat duduk pemandu hadapan dan juga pemegang cawan pada bahagian corong penghawa dingin di hadapan tempat duduk pemandu.

Bukan itu sahaja, Perodua turut mengemaskini sistem multimedia untuk memasukkan fungsi kamera undur bagi varian yang terpilih.

“Penambahbaikan ini dibuat selepas melakukan kajian yang lebih meluas bagaimana kami boleh memberikan nilai yang lebih baik buat para pelanggan. Di mana ia hanya melibatkan pertambahan nilai sehingga RM4,500, pada pertambahan elemen terbabit dan penurunan harga,”ujar Aminar lagi.



Perodua juga turut menampilkan dua warna baharu bagi Myvi ini iaitu Electric Blueuntuk varian SE dan Advanced serta Cosmic Gold bagi varian Standard G dan Premium X. Selain itu turut mengekalkan warna sedia ada seperti Ozzy Orange, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White (solid).

Perodua Myvi baharu ini ditawarkan dengan dua model iaitu Myvi 1.3L dan Myvi 1.5L, di mana setiap model ini menampilkan dua varian.

Bagi Myvi 1.3L, ia ditawarkan dengan varian Standard G dan Premium X yang kedua-duanya dijanakan oleh enjin K3-VE DOHC, 16V dengan DVVT yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 67 kW pada 6,000 rpm dan tork setinggi 117 Nm pada 4,400 rpm.


Varian Standard G memiliki dua pilihan transmisi iaitu manual lima-kelajuan dan automatik empat-kelajuan. Manakala Premium X hanya menawarkan satu transmisi sahaja iaitu automatik empat-kelajuan.

Myvi 1.3L ini juga dipadankan dengan bampar rekabentuk aerodinamik baharu serta rim aloi lapan-jejari bersaiz 14 inci yang dibaluti tayar 175/65R 14. Manakala tempat duduknya hanya standard iaitu balutan fabrik sahaja.

Bagi infotainmen, Standard G hanya dilengkapi dengan radio dan pemain CD sahaja. Tetapi Premium X memiliki elemen tambahan iaitu radio dan pemain CD dengan MP3/MWA dan sambungan USB serta Bluetooth.

Aspek keselamatan pula, Premium X turut dilengkapi dengan ABS dan EBD bersama Bantuan Brek (BA) tetapi ketiga-tiga elemen tersebut tidak diimplementasikan pada Standard G.

Model Myvi 1.5L pula dijanakan oleh enjin 3SZ-VE DOHC, 16V dengan DVVT. Ia boleh memberikan kuasa sehingga 76kW pada 6,000 rpm dan tork setinggi 136Nm pada 4,400rpm.

Ia menampilkan dua transmisi iaitu manual dan automatik. Bagi Myvi Advance pula hanya transmisi automatik sahaja.
Antara elemen menarik yang ditampilkan pada model ini ialah bampar baharu yang lebih sporty dan juga rim aloi rekaan berpusar yang dibaluti tayar 175/65R 14.

Manakala antara elemen bagi bahagian kabinnya ialah tempat duduk separa-lekuk fabrik bagi SE dan dibaluti kulit untuk Advance.

Jika varian SE dilengkapi dengan radio dan pemain CD dengan MP3/MWA dan sambungan USB serta Bluetooth, pastinya Advance tampil lebih menarik dengan kehadiran elemen tambahan termasuklah sistem multimedia bersama fungsi navigasi dan kamera undur.


Kedua-dua varian berkenaan juga turut dilengkapi dengan ABS dan EBD bersama Bantuan Brek (BA) bagi aspek keselamatan standard.

Perodua turut mensasarkan jualan sebanyak 6,000 unit sebulan untuk Myvi baharu ini. Pembelian Myvi baharu ini turut disertakan dengan waranti selama lima tahun atau 150,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu). Harga atas jalan (berserta insurans) Myvi baharu adalah seperti berikut :

Perodua Myvi 1.3 Standard G

1.3 Standard G MT – RM41,500 (solid)
1.3 Standard G MT – RM41,900 (metalik)
1.3 Standard G AT – RM44,500 (solid)
1.3 Standard G AT – RM44,900 (metalik)

Perodua Myvi 1.3 Premium X

1.3 Premium X AT – RM47,500 (solid)
1.3 Premium X AT – RM47,900 (metalik)

Perodua Myvi 1.5 SE

1.5 SE MT – RM50,500 (solid)
1.5 SE MT – RM50,900 (metalik)
1.5 SE AT – RM53,500 (solid)
1.5 SE AT – RM53,900 (metalik)
Perodua Myvi 1.5 Advance
1.5 Advance AT – RM58,500 (solid)
1.5 Advance AT – RM58,900 (metalik)

PECAH TEMBELANG SEBAB SIRUL LARI KE AUSTARLIA, BELIAU DISELAMATKAN OLEH UNDANG-UNDANG DISANA

Pautan kekal imej terbenam


 AUSTRALIA AKAN HANYA BENARKAN KOPERAL SIRUL DIBAWA PULANG KE MALAYSIA JIKA BELIAU TIDAK DI HUKUM GANTUNG SAMPAI MATI KERANA DAPATI BERSALAH OLEH MAHKAMAH PERSEKUTUAN MEMBUNUH ALTANTUYA.

Australia tidak akan memenuhi permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang bekas anggota elit polis, Sirul Azhar Umar.

Laporan Sydney Morning Herald menyebut, permohonan tersebut tidak akan dipenuhi kerana ia melibatkan hukuman mati.

Laporan itu memetik kenyataan Jabatan Peguam Negara Australia yang menyebut, ia hanya akan dipenuhi sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati tersebut.

“Undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seorang individu diserahkan kepada sebuah negara untuk satu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati, melainkan negara itu memberi kepada Australia satu janji bahawa hukuman mati tidak akan dijalankan,” laporan itu dipetik.

Australia merupakan salah sebuah negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya.

Sirul Azhar, yang merupakan tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, tidak hadir ke mahkamah pada hari Selasa lalu dan susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya
    
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lepas.    
    
Mahkamah Persekutuan juga sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan kedua-dua mereka.
    
Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.
    
Pada 9 April 2009 Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu. ~Malaysiakini

GAMBAR-GAMBAR KEJADIAN BAS EKPRESS TERBAKAR DI KM326.3 LEBUHRAYA PLUS



SALAM
LAPORAN SELESAI UNTUK MAKLUMAN

BALAI : BBP TAPAH
JENIS KEJADIAN : KEBAKARAN BAS EKSPRESS
ALAMAT : KM326.3, LEBUHRAYA PLUS ARAH SELATAN
TARIKH : 15/1/2015
TERIMA PANGGILAN : 0111
MANGSA : 7 MANGSA MAUT, 22 CEDERA, 2 SELAMAT
CATATAN : SEBUAH BAS EKPRESS (LBS TRAVEL & TOURS) TELAH TERBABAS DAN MELANGGAR SEBUAH KERETA LALU TERBALIK DAN TERBAKAR DI TEPI LEBUHRAYA. TERDAPAT SERAMAI 7 ORANG MANGSA MATI TERBAKAR, 22 ORANG MANGSA MENGALAMI KECEDERAAN TELAH DIHANTAR KE HOSPITAL DAN 2 ORANG MANGSA TERSELAMAT. 2 MANGSA DITEMUI MATI DI DALAM BAS, 3 MANGSA DITEMUI MATI DI BAWAH BAS MANAKALA 2 MANGSA DI DALAM LONGKANG BERHAMPIRAN BAS.

TINDAKAN : ANGGOTA TELAH BERTINDAK MEMBUAT PEMADAMAN MENGGUNAKAN 1 ALIRAN 100 KAKI 1 PANCUTAN DAN 1 ALIRAN HOS REEL DENGAN BERSUMBERKAN AIR DARI TANGKI JENTERA SEHINGGA API DIPADAMKAN SEPENUHNYA. KESEMUA MAYAT MANGSA DIANGKAT DENGAN MENGGUNAKAN STRETCHER DAN DISERAHKAN PADA PIHAK POLIS UNTUK TINDAKAN SELANJUTNYA.

BANTUAN : BBP GOPENG
OPERASI TAMAT : 0517
PEGAWAI KANAN YANG HADIR : PgKB I HASRIN BIN HASBI (PEN PENGARAH OPERASI NEGERI), PgKB I RAMLI BIN SAARI (PEN PENGARAH BAHAGIAN SIASATAN), PgB MOHD ASWADI BIN SULONG (PEGAWAI BAHAGIAN SIASATAN), PgB JAAFAR SIDEK BIN ALI (PEGAWAI MINGGUAN ON CALL), PPgB NUR HAZILA BINTI ABD RANI (PEGAWAI ON CALL HARIAN), PPgB KAMARULZAMAN BIN BUSIRUN (PEGAWAI ZON 4 PERAK)
KETUA OPERASI : PKPgB MEOR AHMAD ALI BIN MEOR HUSSEIN








KEPIMPINAN NAJIB KORO ( NAIF) PATUTLAH RINGGIT & EKONOMI MALAYSIA SEMAKIN MERUDUM!!!


Najib suka merengek dan kememe – Ahli Parlimen Raub

Semua ini berpunca daripada kualiti kerajaan dan standard berkerajaan yang rendah yang semuanya pula berpunca dari kepimpian Najib yang koro.




PETALING JAYA: Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz melancarkan kritikannya sekali lagi ke atas pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan menyifatkannya sebagai kepimpinan reput.

Beliau mendakwa, kelemahan kepimpinan menyebabkan institusi kerajaan dan pengurusan menjadi tidak menentu yang menyebabkan ”kementerian beroperasi secara bersendirian yang menampakkan kerajaan ini tidak ada coherence (koheren) dan cohesiveness (saling hubungan).”

Akibat daripada keadaan itu tambahnya, ”jabatan dan kementerian beroperasi secara tidak terkawal,” dengan memberi contoh isu surat FBI oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Haimdi tidak dalam pengetahuan kabinet.


Malah Mohd Ariff mendakwa, pemimpin tertinggi negara itu tergamak bersuka-ria pada ketika negara berdepan dengan pelbagai musibah dan memilih untuk berdiam diri.

Menurut beliau, Perdana Menteri suka pelbagai isu yang melingkari rakyat pada masa sekarang kerana ia mengalihkan perhatian daripada isu dan masalah sebenar negara.

Bekas Ketua Penerangan UMNO Pekan itu turut menyindir Najib: ”Dia merengek dan kememe (suka menangis) tak dapat tidur malam dan dijangkiti e- coli. Sultan Kelantan berendam dalam air dan makan dengan mangsa banjir ok pulak.”

Dalam entri terbaru blog sakmongkol.blogspot.com, Mohd Ariff menyatakan, kepimpinan Mohd Najib berdepan dengan keruntuhan tetapi diselindungi dengan isu seperti dakwaan peguam Eric Paulsen ke atas Jakim dan artis K-Pop peluk gadis Melayu bertudung.

Selain membangkitkan syarikat pelaburan kerajaan 1MDB yang menanggung hutang jaminan kerajaan, beliau mendakwa, masalah rasuah semakin buruk di Malaysia tetapi tidak diberi perhatian.

Dalam tulisannya kali ini, wakil rakyat DAP itu menyerang menggunakan perkataan ”Dol” dan ”samdol” bertujuan merendahkan taraf pemimpin kerajaan yang didakwanya sudah gagal tahap mereput.

”Rasuah itu real bukan persepsilah Dol- keadaan ekonomi yang makin parah, agihan pendapatan yang makin tidak adil. Semua ini berpunca dari kualiti kerajaan dan standard berkerajaan yang rendah yang semuanya pula berpunca dari kepimpian Najib yang koro (naif),” tambahnya. ~sumber

PANAS! AKSI TOYOL SEDANG MENCURI DIRAKAM JADI VIRAL !!!



Hebat, tindakan dua remaja ala ‘ninja’ ini yang dilaporkan melarikan sebuah televisyen LCD didakwa berlaku di Sungai Petani, Kedah menjadi viral di laman sosial sejak di muat naik, petang semalam.

Melalui video yang dikongsikan dari sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berdurasi 5 saat ini, ia menunjukkan dua remaja sedang melarikan televisyen di siang hari dengan memanjat melalui pagar sebuah rumah.

Kejadian tersebut yang berlaku di siang hari telah membuktikan kegiatan jenayah yang didakwa berlaku secara terang-terangan tanpa disedari orang awam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, siasatan akan dijalankan berhubung kejadian.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya menjaga keselamatan diri dan harta benda termasuk ketika berada di kediaman sendiri.

“Kita juga mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat jenayah sila tampil beri kerjasama dalam membantu siasatan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada balai polis berhampiran atau talian Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di nombor 04-4212222,” katanya.

Sekarang di Kedah semua barang pantang lepa besi buruk, buah pisang , buah nyok  habis depa sapu.......

14 Januari 2015

MODEL BARU PROTON SAGA MULA TERSEBAR......

PROTON-SAGA-3-FRONT-3Q

PROTON-SAGA-3-REAR-3Q

PROTON-SAGA-3-SIDE-revised

BACA LAGI BERITA PENUH



MODEL PROTON SAGA KENDERAAN KEDUA TERLARIS PADA TAHUN  2014 SEBANYAK 52,000 UNIT TERJUAL DAN MODEL TERLARIS MASIH DIPEGANG OLEH MYVI PERODUA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...