08 Februari 2015

KENYATAAN MENTERI UMNO DI BANGKOK BERAS 5% HANCUR HANYA RM1.40 SEKILO.. TIADA MONOPOLI HARGA LEBIH MURAH



Jika kerajaan menaikkan harga minyak = ketentuan Allah, kenapa pula harga barang mahal jadi salah orang Cina = bukan ketentuan Allah ??? Nampak Tak 'PERMAINAN' Mereka..

Turun harga barang guna kaedah lambakan



Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya bertemu dengan peniaga ketika melakukan pemeriksaan Ops Catut bersama para pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri di Pasar Awam Balik Pulau di sini, hari ini. - Foto Facebook Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

BALIK PULAU, 8 Februari:

Kerajaan disaran agar melaksanakan kaedah lambakan sebagai alternatif untuk menurunkan harga barang.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kaedah itu perlu bagi memastikan golongan peniaga tidak mengambil kesempatan terhadap pengguna selain membolehkan pengguna menikmati harga barang lebih rendah.

“Apabila kita menggunakan kaedah lambakan dalam memasarkan barang, peniaga tidak boleh menaikkan harga secara mendadak disebabkan lambakan barang yang banyak.

“Kita lambakkan barang-barang di pasar tidak kira apa juga barang sama ada makanan, pakaian dan sebagainya. Jika dilambak banyak-banyak maka harga barang akan turun dan murah,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan Ops Catut bersama para pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri di Pasar Awam Balik Pulau di sini, hari ini.

Dr Hilmi berkata beliau menyifatkan tindakan memboikot peniaga merupakan tindakan negatif, sebaliknya tindakan positif boleh diambil bagi menurunkan harga barang dengan menggunakan cara lambakan.

Diminta mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk boikot peniaga bagi menurunkan harga barang, beliau berkata apa yang dimaksudkan menteri berkenaan adalah menyeluruh dan tidak hanya ditujukan kepada peniaga Cina semata-mata.

Beliau juga manyarankan agar kerajaan mengkaji semula dasar monopoli barangan import dan eksport bagi mengatasi kenaikan harga barang yang tinggi.

“Saya berharap kerajaan kaji semula dasar sekarang. Jika ada monopoli, akan ada masalah, ada orang kawal harga, kita (pengguna) dapat harga yang mahal.

“Semasa saya ke Bangkok baru- baru ini, harga beras lima peratus hancur bagi harga borong di sana ialah RM1.40 sekilo, tetapi di Malaysia sekilo harganya RM2.40 hingga RM2.60, banyak bezanya.


“Jika tiada monopoli, maka lebih ramai peniaga akan meletakkan atau menjual barang dengan lebih murah,” kata Dr Hilmi.


Read more: SUMBER




Adakah kalangan yang menjaga paras harga gula di M'sia hanya pandai bermain dengan kalkulator ketika harga gula dunia naik sahajakah ???

Dan menjadi kaku seribu bahasa tatkala harga gula dunia turun ???

Sepatutnya rakyat M'sia mendapat manfaat harga gula yang lebih murah sebaliknya 'Kartel' A.K.A kroni syarikat gula yang terus memonopoli industri gula di Malaysia terus “diam membisu” sambil tersenyum lega harga gula masih kekal utuh sehingga ke hari ini disebalik harga gula dunia turun..

Nak Tanya Satu Mudah Utk Pencacai2 Ameno..
SIAPA YANG UMUMKAN harga gula naik 34 sen sekilo semasa Bajet 2014 ???.. Adakah Lim Guan Eng yg umumkan ???.. Sejak bila pula Najib dah bertukar menjadi Lim Guan Eng ???




Pautan kekal imej terbenam

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Melayu tipu melayu...bila rakyat bangkit tangkap hrmjdh sgh puak2 ni

Tanpa Nama berkata...

jangan lupa...

kat thai bukan setakat tak ada umno...

dap mca gerakan pkr prm psm pas hamim berjasa pun tak dak...

satu lagi k'jaan demokrasi pun tak dak...

tak gitu?

Tanpa Nama berkata...

KARAT BIRU MU NI....

Tanpa Nama berkata...

Jangan komen ape pun, kang di suruh duk Thailand lak ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...