10 Februari 2015

KES LIWAT KONSPIRASI POLITIK, KATA ANWAR


Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

Malaysian Digest ‏@malaysiandigest 7 minit lalu
02.34 Tengahari: Anwar dibawa ke penjara Sungai Buloh menggunakan kenderaan polis.

2.43pm: FRU mengeluarkan amaran kedua tetapi orang ramai masih enggan beredar.

2.30pm: Polis mengiring keluar Anwar dari bilik mahkamah tetapi pergerakannya tersekat-sekat akibat kumpulan penyokong yang berebut-rebut memeluk beliau sebelum dibawa ke penjara.

Anwar mohon beliau ditahan di penjara Sungai Buloh, tempat beliau dipenjarakan selama lima tahun sebelum dibebaskan pada penghujung 2004.

Pautan kekal imej terbenam

Hukuman Penjara 5 Tahun Kekal, Hakim Cabut Lari Tak Tahan Dengar Syarahan Anwar

Semua mata tertumpu kepada Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini.Seluruh dunia berdebar-debar sama ada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melangkah keluar sebagai manusia bebas atau kembali merengkok dalam penjara.

LANGSUNG

2.10pm: Suasana tegang menyelubungi perkarangan Istana Kehakiman. Penyokong Anwar melaungkan slogan-slogan mengecam keputusan itu.

Loceng pasukan pencegah rusuhan dibunyikan dan anggota pasukan itu dalam keadaan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Sementara itu, Anwar masih berada di mahkamah bersama peguam utamanya Gopal Sri Ram.

2pm: Hakim beredar daripada mahkamah. Laungan "reformasi" dan "Allahuakhbar" gamatkan dewan mahkamah. Anwar memeluk penyokongnya.

1.57pm: Hakim berkata mahkamah mengekalkan hukuman penjara lima tahun seperti dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.
1.38pm: Lima hakim yang mendengar rayuan itu meninggalkan tempat duduk mereka sewaktu Anwar membangkitkan konspirasi politik, termasuk mendakwa mereka "tunduk pada tuan politik" mereka.

"Yang arif boleh mengharumkan nama (dalam keputusan ini). Tetapi yang arif tetap memilih menyebelahi kegelapan," tambahnya, mendorong hakim mendesaknya agar berhenti.

Apabila Anwar enggan, semua hakim itu meninggalkan tempat duduk mereka.

1.35pm Pasukan antirusuhan FRU bersedia di kawasan perkarangan Istana Kehakiman.

Di dalam mahkamah, Anwar mengemukakan hujahnya sekarang. Tokoh PKR itu berkata beliau menerima keputusan ini dengan tenang.

Bagaimanapun beliau juga berkata beliau tetap tidak bersalah dan kes ini suatu konspirasi politik bagi menyekat cita-citanya sebagai perdana menteri.

1.34pm: Shafee mahu Anwar dikenakan hukuman sekurang-kurangnya enam tahun.

1.28pm: Shafee berkata kesalahan itu serius dan tidak menolak sumbangan Anwar terhadap kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, lebih besar seseorang itu, “lebih besar juga jenayahnya”. ~MALAYSIAKINI

1.22pm: Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah berkata hukuman maksimum selama 20 tahun tetapi hukuman rotan tidak relevan.

1.18pm: Kira-kira 1,000 penyokong Anwar berkumpul di pintu belakang kompleks mahkamah, sambil melaungkan slogan popular pembangkang “Reformasi” dan “Hidup Anwar”.

1.17pm: Gopal berkata tiada sebab yang baik untuk menambah hukuman berdasarkan fakta kes.

1.12pm: Peguam utama Anwar, Sri Ram menyentuh soal hukuman.

Katanya, mahkamah patut mengambil kira sumbangan Anwar kepada demokrasi Malaysia, termasuk ketika dia bersama kerajaan sebelum ini, sebelum membuat keputusan.

1.08pm: Mahkamah bersambung semula.

1.04pm: Anwar memeluk isteri dan anaknya Nurul Izzah. Suasana penuh emosi.

12.45pm: Anwar memberitahu cucunya supaya rajin-rajin belajar manakala isterinya Wan Azizah berkata anggota keluarga mereka kekal tabah.

12.20pm: Kerajaan Malaysia menyifatkan keputusan mahkamah dibuat selepas mengambil kira semua bukti dengan seimbang dan objektif.

Kerajaan turut menegaskan laporan polis terhadap Anwar dibuat oleh Saiful dan tidak ada kena-mengena dengan pihak kerajaan.

"Sebagai mangsa terhadap keganasan seksual, dia mempunyai hak supaya kesnya dibicarakan di mahkamah," kenyataan itu dipetik.

Kerajaan juga menyeru semua pihak yang terlibat untuk menghormati proses undang-undang dan keputusan hakim.

12.10pm: Peguam Sri Ram, yang mewakili Anwar, bangun minta penangguhan selama sejam untuk mendapat arahan lanjut daripada anak guamnya.

Mahkamah ditangguh sementara menunggu hukuman.

12.07pm: Hakim berkata terdapat bukti kukuh bahawa Saiful diliwat. Rayuan terhadap sabitan itu ditolak.

11.55am: Hakim berkata Anwar tidak mempertikaikan bahawa beliau berada di kondominium tempat kejadian didakwa berlaku dan dia juga tidak mempertikaikan keberadaan Saiful di situ 

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam


LANGSUNG: Kes liwat konspirasi politik, kata Anwar

Pengurangan dan jatuhan hukuman terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bermula tidak lama lagi di Mahkamah Persekutuan. 




Melihat usia Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau mungkin dipenjarakan untuk sehari sahaja ataupun diikat mahkamah di bawah hukuman bagi Seksyen 377B Kod Penal, kata peguam hari ini.

Pihak pendakwa raya yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan merayu untuk hukuman lebih berat, yang mungkin menjadikannya 20 tahun penjara.

Pengurangan dan jatuhan hukuman bagi Anwar, yang akan memasuki usia 68 tahun Ogos ini, akan bermula tidak lama lagi di Mahkamah Persekutuan.

Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pihak pembelaan berkata, tiada sebab yang kukuh untuk meningkatkan hukuman atas Anwar seperti dipohon pihak pendakwaan.

Beliau juga berkata mahkamah mempunyai kuasa menggunakan budibicaranya menjatuhkan hukuman lebih ringan terhadap ketua pembangkang itu.

"Beliau (Anwar) bukan orang biasa. Sumbangannya kepada negara ketika beliau berada dalam kerajaan sangat banyak dan meluas."

"Malah di dalam pembangkang pun, beliau membuat sumbangan yang signifikan terhadap memajukan prinsip demokrasi dan menimbulkan kesedaran majoriti rakyat Malaysia," kata Gopal meminta hukuman lebih ringan.

1.35pm: Polis anti rusuhan (FRU) bersedia di kawasan perkarangan Istana Kehakiman. Kelihatan dua kenderaan meriam air dan dua buah trak pasukan itu.

Di dalam mahkamah, Anwar mengemukakan hujahnya. Ketua umum PKR itu berkata beliau menerima keputusan ini dengan tenang.

1.35pm: Polis anti rusuhan (FRU) bersedia di kawasan perkarangan Istana Kehakiman. Kelihatan dua kenderaan meriam air dan dua buah trak pasukan itu.

Di dalam mahkamah, Anwar mengemukakan hujahnya sekarang. Ketua umum PKR itu berkata beliau menerima keputusan ini dengan tenang.

Bagaimanapun Anwar juga berkata beliau tetap tidak bersalah dan kes ini suatu konspirasi politik bagi menyekat cita-citanya sebagai perdana menteri.

1.34pm: Shafee mahu Anwar dikenakan hukuman sekurang-kurangnya enam tahun.

1.28pm: Shafee berkata kesalahan itu serius dan tidak menolak sumbangan Anwar terhadap kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, lebih besar seseorang itu, “lebih besar juga jenayahnya”.

1.22pm: Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata hukuman maksimum selama 20 tahun tetapi hukuman rotan tidak relevan.

1.18pm: Kira-kira 1,000 penyokong Anwar berkumpul di pintu belakang kompleks mahkamah, sambil melaungkan slogan popular pembangkang “Reformasi” dan “Hidup Anwar”.

1.17pm: Gopal berkata tiada sebab yang baik untuk menambah hukuman berdasarkan fakta kes.

1.12pm: Peguam utama Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram menyentuh soal hukuman.

Katanya, mahkamah patut mengambil kira sumbangan Anwar kepada demokrasi Malaysia, termasuk ketika dia bersama kerajaan sebelum ini, sebelum membuat keputusan.

1.08pm: Mahkamah bersambung semula.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...