22 Januari 2015

SEBAR VIDEO ZAMANI, POLIS KENAL PASTI AKAN DAKWA ANGGOTA YANG TERLIBAT !


Polis Kenal Pasti Anggota Rakam, Sebar Video Zamani



Zamani didakwa sebagai individu yang dipaksa menyanyi dalam keadaan tangan bergari semasa dalam tahanan polis baru-baru ini.

PETALING JAYA: Polis sudah mengenal pasti anggotanya yang bertanggungjawab dalam merakam dan menyebarkan video bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani yang dipaksa menyanyi dalam keadaan tangan bergari semasa dalam tahanan baru-baru ini.

Ketua Polisnya, Datuk Abdul Samah Mat berkata, siasatan dalaman dari segi salah laku dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) juga sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri itu.

"Anggota tersebut dikenal pasti berdasarkan hasil siasatan awal setakat ini. Kami memandang serius perbuatan tersebut," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti pegawai dan anggota lain yang terlibat sama dalam menyebarkan video berkenaan.

"Kertas siasatan kes tersebut akan dilengkapkan secepat mungkin sebelum dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Abdul Samah turut memberi jaminan akan menyiasat kes tersebut dengan telus tanpa mengira sesiapa pun yang terlibat.

"Tindakan dalaman mengikut prosedur tatatertib akan dikenakan terhadap anggota polis yang terlibat dalam kes itu," katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang penyanyi 1990-an dan teman wanitanya ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat dekat sini awal pagi Rabu.

Serbuan pada pukul 12.30 malam itu dilakukan oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang telah menemui satu bungkusan plastik disyaki heroin seberat kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik.


Ujian air kencing mendapati penyanyi berkenaan positif dadah jenis morfin manakala teman wanitanya berusia 32 tahun positif dadah amphetamine.

Bagaimanapun pada Khamis, video Zamani yang didakwa terlibat dalam kejadian berkenaan tersebar dengan keadaan tangan bergari sambil diarahkan menyanyi lagu popularnya, Gerimis Mengundang. ~mstar



Video Zamani: PDRM dikritik hebat pengguna laman sosial


Gambar daripada video yang memaparkan vokalis Slam, Zamani menyanyi dalam keadaan bergari. – Gambar Youtube, 22 Januari, 2015.Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikritik hebat pengguna laman sosial ekoran tersebarnya video buli bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani ketika berada dalam tahanan polis.

‎Video tersebut memaparkan penyanyi terkenal sekitar era 90-an itu menyanyi dalam keadaan dipercayai di bawah pengaruh dadah dengan tangan bergari.

Ia turut mendapat perhatian bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah ‎apabila menulis dalam laman Twitternya; "Ada di kalangan kita yg suka mengaibkan org lain: saingan politik, remaja, penyanyi..."‎ katanya sebagai reaksi terhadap pendedahan video tersebut.


‎Manakala seorang pengguna Twitter, Mohd Azim memberi komen berkata‎; "trend kelakuan yang sangat menakutkan Datuk. Maaf cakap tetapi sikap ini buat kita lemah dan saling berbalah," katanya menjawab reaksi Saifuddin itu.

Seorang pengguna sosial Twitter @chandran_alex pula berkata;" Bukan sahaja Islam, semua agama tidak membenarkan kita mengaibkan orang lain," katanya.

‎Ekoran tercetusnya kemarahan di kalangan pengguna laman sosial mengenai penyebaran video itu, satu hashtag #BantahTindakanPolisKpdZamani dilancarkan sebagai tanda bantahan kepada pihak polis.

Ia bertujuann mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas individu yang merakam dan menyebarkan video tersebut.

Susulan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar satu kenyataannya hari ini berkata pihak berkuasa akan menyiasat dalang yang merakam dan menyebarkan video tersebut.

‎Pada Rabu, Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim, 43, ditahan bersama seorang wanita berusia 32 tahun yang turut positif dadah jenis Methaphitamine pada jam 12.30 pagi,

Penyanyi itu ditahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/video-zamani-pdrm-dikritik-hebat-pengguna-laman-sosial#sthash.IjzhfJqq.N9iNTgTS.dpuf

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...