19 Januari 2015

GEMPAR : KEJUTAN DARI UMNO SELANGOR MAHU GULINGKAN KERAJAAN PR!


SETELAH MENOLAK JAWATAN KETUA PEMBANGKANG UMNO SELANGOR BERSELERA BESAR UNTUK MENGGULINGKAN KERAJAAN PR.......SEKARANG UMNO HANYA ADA 12 KERUSI DUN , MCA & MIC ADA TELUR AYAM.....

MUNGKIN PLAN UNDI BANGLASIA MAMPU BUNGKUSKAN PR???

UMNO Selangor tak ‘mati’ , Misi untuk merampas kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat semakin hampir menjadi kenyataan.



PETALING JAYA: Apabila beberapa veteran UMNO mengatakan UMNO Selangor hampir ‘mati’ di kawasan yang tiada Yang Berhormat (YB) Barisan Nasional (BN), Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz membuat penafian sekeras-kerasnya.

“Siapa yang pandai-pandai kata UMNO Selangor tak bergerak terutama di kawasan yang kami kalah?

“Memang kawasan yang BN kalah tak ada YB tetapi ahli-ahli UMNO tetap bergerak macam biasa malah banyak program yang kami buat tanpa putus.

“Jangan fikir Ketua Bahagian tak jenguk ahli di kawasan yang kalah kerana sibuk nak jaga kawasan sendiri, sebaliknya ahli-ahli UMNO sentiasa berhubungan sesama sendiri untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di Semenyih, pada Ahad pagi.

Jelas Johan, misi untuk merampas kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR) dilihat semakin hampir menjadi kenyataan.

“Mungkin orang tak nampak kerja yang kami buat tetapi hakikatnya, program bersama rakyat sentiasa dianjurkan oleh Wanita, Pemuda dan Puteri bersama bahagian UMNO.

“Kalau nak tahu, PR sebenarnya yang semakin goyah ekoran pelbagai kemelut yang melanda dalaman parti mereka terutama di Selangor.

“Saya yakin, semua bahagian UMNO di negeri ini tahu menjaga kawasan mereka yang kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu dan tidak timbul isu UMNO Selangor hampir ‘mati’,” jelasnya selepas majis Sambutan Maulidur Rasul peringKat Dewan Undangan Negeri Semenyih di Semenyih pagi tadi.

Tegas Johan, hasil mesyuarat yang diadakan, UMNO Selangor kini semakin mantap dan mampu menarik semula hati rakyat untuk kembali menyokong BN.

“Kami sudah sedia untuk menggulingkan PR pada PRU 14 nanti. Kita tidak akan lalai lagi seperti sebelum ini,” ujarnya.

~fmt

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bila ramai xsedar diri macam johan akan bertambah parahla umno selangor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...