24 Januari 2015

BLOGGER PRO-NAJIB BERTINDAK GANAS?

Najib kepanasan diserang blogger

Perdana Menteri tidak dapat menerima kritikan, sebaliknya melancarkan serangan ke atas blogger dan pegamal media yang tidak sehaluan.




PETALING JAYA: Serangan dan kritikan keras yang bertali arus terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak termasuk membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin telah memberi kesan ke atas blogger dan pengamal media sosial yang tidak memihak kepada Perdana Menteri itu.

Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin mendakwa, pengamal media yang menjadi pendokong Najib mendapat ganjaran lumayan malah ada yang diberikan pakej percutian ke luar negara.

Bagaimanapun ujarnya, kalangan blogger dan pengamal media sosial yang mengkritik Presiden UMNO itu ditekan dan akan menderita.

“Bagi yang menjadi pengkritik dan penegur Najib pula, ada yang terus menjalankan tugas mereka tanpa seramai yang sedang ‘menderita’ kerana telah digodam akaun mereka. Pengamal media sosial pro-Najib tidak pula kedengaran mengalami masalah yang sama.


“Beberapa pemilik akaun Facebook yang tegar mengkritik Najib dan dilihat menjadi penyokong Mahathir dan Daim seperti Blue Ocean misalnya, paling teruk diserang dan akaun Facebooknya yang tiba-tiba hilang begitu saja,” jelasnya dalam entri terbaru blog beliau, shahbudindotcom.blogspot.com.

Jelas Shahbudin, perkara yang menjadi persoalan pada masa ini ialah pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan yang dilihat sebagai cubaan mematikan dan menyekat suara pengkritik daripada menyampaikan maklumat kepada rakyat. .

Katanya, sekiranya perbuatan tersebut dilakukan mereka yang pro-Najib ini bermakna Perdana Menteri sedang ‘kepanasan’ akibat diserang dengan bertubi-tubi oleh media sosial berikutan ramai yang semakin berani mengkritik serta menggesa beliau berundur.

“Apakah ini juga menandakan, oleh kerana penggerak media sosial pro-Najib tidak mampu berhujah dan kurang petah menangkis serangan, maka kaedah godam pula diamalkan?” soal blogger itu.

Beliau juga membuat kecaman ke atas penyerang terbabit: “Tidak dipastikan juga sama ada perkara in memang arahan ‘kepala-kepala perang’ di Putrajaya atau ia hanya kerja-kerja tepi jalan segelintir pengampu dan pembodek untuk mendapatkan sedikit upahan.”

Sehubungan itu, Shahbudin berkata, taktik godam dengan tujuan menyekat saluran maklumat kepada rakyat hanya memburukkan lagi imej Najib.

“Mematikan serangan lawan dengan taktik godam, langsung tidak berkesan. Mereka yang digodam akan lebih bersemangat, bahkan mungkin melebarkan rangkaiannya dengan membuka lebih banyak akaun lagi,” jelasnya. ~FMT

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...