31 Julai 2014

MLM HARAM, ZHANG MASIH MENGHILANGKAN DIRI.....


‘Lelaki Terkaya Di Dunia’ Tawar Bayaran Balik Kepada Pelabur



KUALA LUMPUR – Peserta skim pemasaran pelbagai peringkat (MLM) kontroversi kendalian Zhang Jian, yang mengisytiharkan dirinya sebagai jutawan Cina layak menuntut kembali bayaran balik jika mahu membatalkan pelaburan mereka.

Perkara itu dimaklumkan pengedar kanannya, Jessy Lai.

“Mereka mempunyai masa sehingga 14 Ogos untuk membatalkan keahlian.

“Hanya bawa kad pengenalan, kita akan ambil gambar serta klip video anda menyatakan sebab-sebab mahu batalkan dan kami akan memberikan bayaran balik secara terus,” kata Lai menerusi sidang media pada Rabu.

Bagaimanapun beliau berkata, bayaran balik hanya akan diberikan kepada mereka yang tidak pernah memperkenalkan mana-mana ahli baru kepada kumpulan itu.

Baru-baru ini Zhang menjadi topik berita selepas papan iklan wajahnya dikesan di Pulau Pinang, mengisytiharkan dirinya sebagai ‘bakal manusia terkaya di dunia.

Malah berdasarkan iklan dalam lawan web syarikat itu, orang ramai dikatakan boleh mendapatkan wang besar tanpa perlu bekerja.

Bagaimanapun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengisytiharkan skim MLM yang dipelopori Zhang sebagai haram kerana syarikat itu tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ia tidak mempunyai lesen daripada kementerian untuk menjalankan pernigaan MLM.
Selain itu Lai turut menafikan laporan media bahawa sekurang-kurangnya 100 orang ahlinya hadir di pejabat syarikat itu di sini untuk membatalkan keahlian mereka sejak berita tentang tawaran bayaran balik itu dihebahkan di Internet sebelum pengumuman rasmi.

“Kami tidak menerima apa-apa permohonan sehingga sekarang,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa proses pengembalian itu hanya boleh dilakukan di pejabat.

Mengenai lokasi Zhang ketika ini, Lai berkata pengasas MLM itu kini sedang meneroka luar negara.

Ditanya sama ada Zhang akan muncul bagi menjelaskan mengenai perniagaannya, Lai berkata beliau hanya akan muncul untuk urusan rasmi dan bukan untuk menjawab tuduhan terhadapnya. – mStar

2 ulasan:

Master Jaguh berkata...

This Is What You Really Want !!
Something That Beyond Your Imagination !! >>> CLICK HERE !!

Unknown berkata...

Bole dapat duit ke. Sy cabar jika beliau boleh pulangkn.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...