01 Ogos 2014

KISAH SEBENAR KES TETAK DI KLANG

[KISAH SEBENAR] 10 Lelaki Tetak 6 Pelanggan Siber Kafe



PETALING JAYA: Enam pelanggan sebuah siber kafe cedera parah selepas ditetak sekumpulan 10 lelaki di Taman Bayu Perdana Klang dekat sini awal pagi Khamis.

Dalam kejadian pada pukul 4.50 pagi itu, seramai 10 pelanggan terdiri daripada lelaki warga tempatan dan seorang pekerja premis berada di dalam siber kafe berkenaan sebelum diserang.

Sumber polis memberitahu, seramai 10 suspek memasuki premis berkenaan dalam keadaan menutup muka menggunakan kain dan bersenjatakan parang panjang serta kayu.

Menurutnya, suspek telah menyerang enam daripada pelanggan sehingga mengalami kecederaan serius pada anggota badan.

"Terdapat mangsa hampir putus tangan akibat ditetak. Selebihnya mengalami kecederaan serius akibat ditetak lebih daripada sekali oleh kumpulan suspek.

"Suspek yang melarikan diri dengan dua buah kenderaan bagaimanapun tidak merampas barangan berharga dari premis dan mangsa," katanya.

Tambahnya, siasatan awal mendapati, suspek yang merupakan warga tempatan berusia lingkungan 27 tahun.

Kesemua mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk mendapat rawatan.

Difahamkan, polis kini sedang mengesan suspek yang telibat. -mstar



Polis cari dalang sebar berita palsu tujuh kanak-kanak ditetak

Tindakan menyebar maklumat palsu boleh dianggap usaha jahat pihak tertentu kerana ia mampu menimbulkan kesusahan kepada orang lain.

Timbalan-Ketua-Polis-Selangor1SHAH ALAM: Polis Selangor sedang mencari dalang yang menyebar berita di media sosial bahawa tujuh kanak-kanak cedera akibat ditetak sekumpulan lelaki di Pandamaran, Klang.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata berita itu adalah palsu dan pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu kerana menganggap ia boleh menjejaskan keharmonian awam.

“Pihak polis telah meneliti maklumat ini dan kes tersebut didapati tidak berlaku malah ia adalah palsu.

Tindakan menyebar maklumat palsu boleh dianggap usaha jahat pihak tertentu kerana ia mampu menimbulkan kesusahan kepada orang lain.

“Kita akan cari dalang yang sebarkan info sebegini untuk dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pengguna media sosial hari ini digemparkan dengan penyebaran beberapa keping gambar kanak-kanak yang didakwa cedera parah akibat ditetak sekumpulan lelaki di hadapan sebuah kafe siber.

Dalam kes lain, Abdul Rahim berkata pihak polis menemui semula 12 gelung tembaga bernilai RM1.7 juta milik sebuah syarikat yang dilaporkan hilang pagi tadi.

Beliau berkata tembaga itu ditemui dalam sebuah lori di kawasan Sunway Kayangan di sini. “Siasatan mendapati dua lori dilarikan suspek namun sebuah ditinggalkan berikutan keadaan lori yang mungkin bermasalah.

“Pemeriksaan lanjut mendapati pengawal keselamatan di kawasan itu telah diikat sebelum suspek melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata lima suspek disyaki melakukan kes berkenaan.
-FMT

Cerita Sebenar Kes 6 lelaki "Melayu Tabligh" ditetak 10 lelaki India di Klang


Beberapa gambar ngeri tersebar menunjukkan kesan tetakan pada badan-badan mangsa yang sedang dirawat di hospital.

Namun, penyebaran gambar-gambar tersebut disertakan dengan caption yang salah seperti dibawah:

Mlm tdi keling potong 6 org melayu (tabligh) kt pandamaran klang.umur mangsa 5 tahun sehingga belasan tahun.abg mangsa 0172072530. Hbgi beliau utk maklumat lanjut. Panjangkan pd smua ahli.standby. Adakah ianya bersangkutan dengan ustaz sahul hamid yang menghina agama hindu tu


Mesej tersebut turut disahkan PALSU oleh Polis Selangor dalam satu kenyataan di status terbaru dalam Facebook Rasmi mereka.



Kejadian itu memang benar berlaku namun ia adalah satu lagi insiden pergaduhan dan mangsa bukanlah daripada kumpulan Tabligh. Penyebar mesej palsu itu amat tidak bertanggungjawab kerana ditakuti akan membawa kepada pemahaman yang salah dan membangkitkan isu yang lebih besar seperti pergaduhan antara Agama. 

Fakta kes adalah seperti dibawah:

Dalam tempoh terdekat cuma t'dpt satu insiden gaduh spt mana Klg rpt no 26257/14 iaitu pada 31 Jul 2014 l/krg 0450 bertempat d vital net (cyber cafe) no 290 jln batu unjur 7, tmn bayu perdana, Klang. 6 lelaki Sabahan (bugis) cedera kena tetak dgn l/krg 10 lelaki India. Daripada 6 orang tsbt, 4 cedera parah dlm icu. 2 lagi stabil. Ada seorg budak lelaki berumur 15 tahun cedera sekali tapi stabil. Seramai 6 OKT berjaya ditahan utk siasatan lanjut. Siasatan dibuka dibwh 148kk.

Mangsa yang cedera.
1) Mohd Rais bin M. Tahir (23 Tahun)
2) Abdul Mutalib bin abdul rahim (15 Tahun)
3) Mohd junaidi bin negeri (20 Tahun)
4) Amran bin amri (30 Tahun)
5) Mohd norhan bin abdul karim (26 Tahun)
6) aidil bin baddu (27 Tahun)

Tuan.

Pengadu bekerja sebagai juruwang di sebuah cyber cafe Vital Net.


Pada 31/7/14 jam l/kurang 0450 hrs, semasa pengadu sedang bekerja di cyber cafe Vital Net, tiba-tiba telah masuk ke dalam cyber cafe l/kurang 10 lelaki india yang bersenjatakan parang dan kayu. Kemudian kesemua suspek terus menyerang beberapa pelanggang yang sedang melayari internet dengan menggunakan parang dan kayu. Suspek kemudian telah melarikan diri setelah mencederakan pelanggan di premis tersebut tanpa merampas apa-apa barang milik mangsa.

Hasil siasatan awal:

1) Kejadian berlaku di sebuah cyber cafe Vital Net, No 290 Jln Batu Unjur 7, Taman Bayu Perdana, Klang.
2) Suspek 10 lelaki india, umur dalam lingkungan 27an, bersenjatakan parang panjang dan kayu.
3) Semasa kejadian terdapat l/kurang 10 orang pelanggan yang terdiri dari lelaki sabahan.
4) Pengadu dan mangsa tidak dapat cam suspek kerana suspek menutup muka dengan kain.
5) Suspek menaiki sebuah m/hiluk jenis mitsubishi storm warna silver dan sebuah kereta proton iswara no pendaftaran tidak pasti.
6) Suspek bersenjatakan parang dan kayu.
7) Seramai 6 lelaki sabahan mengalami kecederaan di badan akibat ditetak. Kesemua mangsa berada di HTAR.
8) Suspek tidak merampas hartabenda milik mangsa.
-tengoktvonline
~Greenboc

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...