15 Disember 2014

BEKAS BOS SPR BUKA LOBANG....INI KES MUDAH LUPA NIE.....


Benarkah SPR bebas, profesional dan telus?



Dr Ahmad Zahid (kanan) membidas dengan mendakwa gesaan yang dibuat oleh Abdul Rashid terhadap Najib adalah kerana ‘gagal dapatkan sesuatu'.

Tidak pasti sama ada tindak-tanduk dan kenyataan oleh pemimpin atau bekas pemimpin serta pegawai kanan atau bekas pegawai tinggi kerajaan dewasa ini dibuat setelah difikir dan dikaji secara mendalam.

Namun yang kelihatannya ia seolah dibuat secara spontan tanpa memikirkan natijah daripada tutur kata dan ayat yang dilafaz.

Terbaru hari ini apabila rakyat menyaksikan Mentari Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menempelak kenyataan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang boleh mengakibatkan orang ramai merasa ada sesuatu yang tidak kena, khususnya berhubung dakwaan selama ini bahawa SPR adalah sebuah badan yang bebas, telus dan profesional.

Melihat kepada kenyataan antara menteri dan bekas pengerusi SPR itu, bukan sahaja penganalisis politik, malah rakyat biasa di jalanan sekalipun pasti akan bertanya benarkah SPR selama ini bebas, telus dan profesional?


Pertama sekali semua orang tahu selama ini bahawa pegawai dan seluruh warga SPR sememangnya kakitangan kerajaan yang makan gaji.

Sekarang timbul pula pertikaian antara bekas pengerusi SPR dengan kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Dr Ahmad Zahid pula bingkas membidas dengan mendakwa gesaan yang dibuat oleh Abdul Rashid terhadap Najib adalah kerana ‘gagal dapatkan sesuatu.’

Dr Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO, selanjutnya berkata perkara itu sepatutnya dibangkitkan ketika Rashid masih lagi dalam kerajaan dan bukan selepas bersara.

“Semasa dalam kerajaan mengapa beliau tidak pernah menyebut mengenai perkara itu?

“Mesti ada yang dia minta tapi tidak dapat,” dakwa Dr Ahmad Zahid ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan PJP/KP/Komander dan Komanden Polis Diraja Malaysia di Maktab PDRM, Cheras hari ini.

Sebelum itu semalam, Rashid pada Persidangan Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Ke-5 menggesa Najib agar berhenti daripada terus berbohong kepada rakyat mengenai keadaan sebenar kedudukan negara.

Beliau berkata, Najib perlu membuat kerja serta berlaku jujur kepada pemimpin Melayu serta membantu orang Melayu.

“Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh (membantu Melayu),” katanya dalam mesyuarat Agung Tahunan PERKASA, Ahad.

“Sekarang saya lantang mengkritik tetapi tiada yang berani mengkritik saya kerana saya tidak mencuri duit rakyat. Tiada apa saya sembunyikan,” katanya.


Beliau berkata dirinya sangat berterus-terang dan pernah berdepan dengan Najib bagi menyatakan pendiriannya.

“Saya bercakap secara berdepan. Saya kata jika tak suka, singkirkan saya tetapi sebaliknya saya dinaikkan pangkat,” katanya, tanpa memaklumkan dengan jelas apa yang beliau maksudkan.

Rashid berkata lagi, apa jua cadangan yang dibawa hari ini tidak akan ke mana-mana kerana pelaku rasuah tidak akan mendengar.

“Mereka (UMNO) takut kalah pilihan raya tetapi saya kata itu tidak berlaku sebaliknya kita berdepan dengan pelbagai cabaran,” katanya.

Beliau turut mencadangkan peranan PERKASA ditukar daripada kumpulan pendesak Melayu kepada parti politik yang memerintah negara kerana itu saja pilihan yang ada memastikan negara dipimpin orang yang ‘betul’.

Apa lagi yang boleh ditafsirkan daripada kenyataan seorang menteri kanan yang sedang berkhidmat, dengan seorang bekas pegawai tinggi kerajaan yang bersara dalam jawatan pengerusi SPR?

Apakah jemaah menteri dan jentera kerajaan selama ini hidup dalam pembohongan?

Atau apakah petikan popular kata-kata bekas presiden Amerika Syarikat Franklin D. Roosevelt bahawa “In politics, nothing happens by accident. If it happens, you can bet it was planned that way,” (Dalam politik, tidak ada yang berlaku secara kebetulan. Jika ia berlaku, percayalah anda boleh pastikan ia sebenarnya dirancang begitu) kini sedang diamalkan di negara ini?

Read more: Sumber

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TAK USAH CAYA LE DGN CERTA DIA BAWA NI.CERTA BIAQPILA NI PUN BERAT SEBELAH .KUTU CARI MAKAN.MAMAT NI DGN BIAQPILA PUN CARI MAKAN .BAWAK LE CERTA BUKAN BUKN UNTUK PRAGAT.DEPA SEMUA NI BUKAN ADA TELOK.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...