19 Disember 2014

MCA MELAMPAU USAHA MEMANSUHKAN KESELURUHAN ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM

DAP pertahan Enakmen Islam

Ranjeet Muthukumar | December 19, 2014

Kerajaan Pulau Pinang menolak tuntutan melampau MCA yang dilihat sebagai campur tangan melampau dalam hal orang Islam.



PETALING JAYA: Tuntutan MCA untuk memansuhkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pulau Pinang) 2004 akan membawa implikasi serius, termasuk pembubaran Majlis Agama Islam Pulau Pinang, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Justeru itu katanya, kerajaan negeri akan mempertahankan enakmen tersebut, namun bertegas mendaulatkan prinsip asas bahawa fatwa tidak terpakai terhadap orang bukan Islam.

“Kerajaan Pulau Pinang menolak tuntutan melampau MCA kerana ia merupakan campur tangan melampau terhadap hal ehwal orang Islam.

“Usaha memansuhkan keseluruhan enakmen terbabit akan membawa implikasi serius, termasuk membubarkan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang ditubuhkan oleh Enakmen ini,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan semalam, lapor Roketkini.

Kerajaan negeri turut mengutuk media kawalan BN yang enggan menyiar kenyataan mengenai sikap UMNO yang menyatakan bahawa fatwa turut terpakai kepada orang buklan Islam.

Dalam masa sama MCA membuat tuntutan mengarut dan kontroversi apabila mahu memansuhkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

“Sikap membisu UMNO terhadap tuntutan MCA supaya memansuhkan Enakmen ini sama sahaja dengan sikap membisu MCA terhadap hujah UMNO bahawa fatwa turut terpakai kepada orang bukan Islam.

“MCA dan UMNO berkira-kira mendapat manfaat daripada pembohongan, kemunafikan dan double standard.


“Taktik tidak bertanggungjawab ini hanya akan memberi kesan kepada perpaduan negara dan keharmonian antara agama,” tegas Guan Eng.

Tegasnya, jika UMNO ikhlas dan serius mempertahankan Islam, maka parti itu perlu membuat laporan polis terhadap MCA atas tuntutan agar Enakmen Pentabiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 dimansuhkan.

“Ini campur tangan melampau terhadap urusan agama Islam oleh MCA,” ujarnya ~FMT

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...