18 Disember 2014

64 RATU PELANCUNGAN ANTARABANGSA TIBA DI LANGKAWI WALAUPUN BANTAHAN DIBUAT - SUKANYA DEPA DAPAT TENGOK RATU SEPARUH BOGEL





NAK HERAN APA WOI......DEPA KATA MACAM DIBAWAH......

Selama ni pun mmg dh ramai geng depa dok bejemoq kot belah pantai cenang tu...bkn first time kita jumpa mcm ni... depa ni adalah wakil pelancong dr negara masing2 mai sini dan blk memperkenaikan negara kita dan membawa masuk lebih ramai lagi warga negara depa ke sini sebagai tempat tarikan utama pelancong....

64 peserta Ratu Cantik Pelancongan tiba di Langkawi

Langkawi: Seramai 64 peserta Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa 2014 dari seluruh dunia tiba di pulau peranginan ini untuk lawatan sehari sambil mengadakan persembahan extravaganza di sebuah hotel, semalam.

Ketibaan rombongan jelitawan itu kira-kira jam 2 petang semalam, di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Padang Matsirat, di sini, untuk pertandingan berkenaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya, pada 31 Disember mengejutkan orang ramai di situ.

Turut serta bersama rombongan itu ialah Pengerusi Antarabangsa pertandingan Tan Sri Danny Ooi dan wakil ratu cantik negara Ranjani Rajamanickam dari Kota Kinabalu.

Sejurus tiba, kumpulan ratu cantik terbabit bergambar dengan orang ramai sebelum dibawa dengan bas ke hotel penginapan di Berjaya Langkawi Resort (BLR) di Teluk Burau, di sini.

Pengurus Perhubungan Awam BLR N Shumindhran ketika dihubungi berkata, sepanjang menginap di hotel itu kumpulan ratu cantik berkenaan akan menghadiri majlis jamuan makan malam dan mengadakan persembahan serta memperaga pakaian batik.


MB, EXCO AGAMA TAK MAU KOMEN APA-APA KE....BUAT BODOH JE...




PAS membantah penganjuran acara ratu cantik “Miss Tourism International: Show Extravaganza”, yang dijadual berlangsung di Berjaya Langkawi Resort, Pulau Langkawi esok.

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar, berkata PAS kecewa dengan kerajaan negeri yang membenarkan program yang "tidak membawa budaya sihat" kepada masyarakat itu.

"Menteri besar (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) perlu menyatakan pendirian jelas terhadap program ini.

"Ia sama sekali bercanggah dengan imej yang cuba ditonjolkan seperti (program) Kedah Berselawat, dan cuba gambarkan beliau seorang Islamik," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, penganjuran program itu juga mempamerkan sikap tidak sensitif dengan tragedi melibatkan MH17 dan MH370.

Beliau yang juga ketua penerangan PAS berkata, Langkawi tidak perlu kepada acara seperti itu kerana pulau itu sendiri sudah bersifat "ratu" dan mampu menarik pelancong.

"Atau adakah Langkawi di bawah pentadbiran Datuk Mukhriz sudah tiada tarikan?" soal beliau.

Program itu anjuran bersama Berjaya Langkawi Resort dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Seramai 62 finalis dari seluruh negara mengambil bahagian.

Kenapa Mukhriz benarkan Miss Tourism di Langkawi?



ALOR SETAR: Dewan Ulama PAS Negeri Kedah menyifatkan penganjuran Miss Tourism International: Show Extravaganza di Berjaya Langkawi Resort, Pulau Langkawi pada 17 Disember sebagai bukti sikap pragmatik Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mencampuradukkan segala kegiatan sama ada makruf atau mungkar.

“Kami percaya, perkara ini langsung tidak dirujuk kepada pihak Mufti terlebih dahulu. Sedangkan semasa awal pentadbiran Datuk Seri Mukhriz, logo rasmi negeri Kedah pun dirujuk kepada pihak Mufti,” sindir Setiausaha Ulama PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya.


Ujar beliau, acara seperti ini hakikatnya langsung tidak mewakili budaya, identiti dan simbol masyarakat negara ini. 



Malah katanya, tidak juga membawa keuntungan ekonomi yang nyata melalui urusan perniagaan atau pelancongan tempatan, selain tidak meluaskan hubungan dengan banyak pihak kecuali golongan berkepentingan.

Paling utama tegasnya, penganjuran itu menyalahi hukum syarak dan melanggar fatwa berkaitan dengannya.

Demikian itu tegas Ustaz Ahmad, tidak ada kewajaran yang nyata dan perlunya acara tersebut diadakan di Langkawi khususnya dan di Malaysia amnya.

“Apatah lagi dengan imej ketimuran serta pelbagai penganjuran tahunan bertaraf dunia seperti ‘Musabaqah Al-Quran’ hingga meletakkan negara ini dengan julukan ‘Negara Islam’ contoh.

“Lebih malang, Langkawi Permata Kedah yang pernah diusahakan sebagai pulau pelancongan berakhlak dan dibatasi serta dikurangkan unsur maksiat terhadapnya semasa diketuai oleh mantan Menteri Besar, Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak kini dicemari semula dengan imej-imej sedemikian.

“Malah, penganjuran program seperti ini bukan kali pertama sejak Kedah kembali ditadbir Barisan Nasional, apabila sebelum ini membenarkan penganjuran Pesta Muzik Planet Eupe di Sungai Petani melibatkan artis antarabangsa yang juga tidak sesuai dengan masyarakat setempat,” katanya pada satu kenyataan di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, hari ini.

Menurutnya, Dewan Ulama PAS Negeri Kedah melihat, jika sekiranya ‘trend’ ini tidak ditangani, bermakna Kedah akan terus menjadi tumpuan program seumpamanya yang dilihat mempunyai pelbagai agenda tersirat.

Secara khusus dakwanya, program seperti itu tentunya mengundang kesan sosial terutama kepada anak-anak muda yang selama di bawah kepimpinan Almarhum Ustaz Azizan telah dibawa kepada bimbingan yang berakhlak dan mendewasakan.

“Oleh itu, Dewan Ulama PAS Negeri Kedah mendesak Mukhriz agar menetapkan pendirian sebenar terhadap jati diri rakyat negeri Kedah yang diacukannya untuk masa hadapan dan bukan hanya menumpukan kepada projek mega angan-angannya.

“Dewan Ulama PAS Negeri Kedah juga menggesa pihak berkuasa agama negeri agar tidak berdiam diri, sebaliknya memandang serius perkara ini serta melihat pelbagai kemungkinan pada masa hadapan agar ia segera ditangani sebelum membarah,” ujar kesal. –HARAKAHDAILY 16/12/2014

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...