01 Oktober 2014

TAHAP RASUAH RASANYA KALAU KANSER TAHAP 4 DAH....TAPI SEMUA BUAT BODOH.....HANGPA DENGAR APA KATA SULTAN NAZRIN...


Sultan Perak: Rasuah perlu rawatan intensif, bukan Strepsil



Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah risau tentang jurang pendapatan yang akan memburukkan gejala rasuah.

Menzahirkan kebimbangan baginda berkenaan laporan data Model Ekonomi Baru (NEM), Raja Nazrin berkata negara kini tidak lagi boleh berada dalam keadaan "minda penafian".

Baginda bimbang pengagihan kekayaan yang tidak seimbang dan jurang pendapatan yang semakin melebar akan menggalakkan budaya rasuah.

Bertitah pada ulang tahun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, Raja Nazrin bertitah bahawa negara kini berhadapan dengan cabaran yang besar.

"Ia bukan sakit tekak yang bersifat sementara, boleh diubati dengan gula-gula Strepsil.

"Ia penyakit sosial yang serius, memerlukan rawatan intensif daripada doktor dan pakar bedah sosial.

"Ia memerlukan formula perubatan dari farmasi sosial yang berupaya merangka dasar sosial yang komprehensif lagi holistik untuk dilaksanakan," titah baginda.

Baginda turut mempersoalkan tahap gaji rakyat yang tidak seiring dengan kos kehidupan seharian.


"Apakah opsyen yang ada di kalangan pegawai awam mahupun swasta jika gaji tidak dapat menampung perbelanjaan hidup harian?

"Majoriti yang berada dalam kategori ini, sebenarnya, tidak mahu melakukan rasuah.

"Bilangan yang tergolong dalam kategori ini akan semakin bertambah jika formula berkesan tidak diperkenalkan.

"Terutamanya (dalam) memberikan fokus kepada aspek-aspek perumahan, makanan, pengangkutan serta khidmat kesihatan dan rawatan perubatan yang kosnya semakin hari semakin meningkat," titah baginda lagi.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

RAJA NADZRIN NI PUN CAKAP TAK SERUPA PIKIN.KELUARGA DIRAJA PERAK SAPU TANAH DIPERAK KEMUDIAN BUAT RUMAH MEWAH.TANAH YAYASAN PUN DEME SAPU KEMUDIAN NAK CERTA RASUAH SUDAH LE

Tanpa Nama berkata...

Palat

Tanpa Nama berkata...

Bebaik yob nanti kena akta hasutan plak...raja, menteri semua tak boleh tegur tau...kalau nak tegur juga kena tegur dlm tempat tertutup mcm kat dalam tandas ke, atau kat dalam toilet ke....eh..tandas ngan toilet tu sama ye...nanti kena bughah tau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...