02 Oktober 2014

PANAS! RAKYAT UCAP TERIMA KASIH KEPADA NAJIB....TENTANG KENAIKAN 20 SEN MINYAK....





Terima kasih Najib, kata rakyat

Tulisan yang tertera di atas sekeping kad manila di salah sebuah stesen minyak ketika tinjauan Sinar Harian Online.

SHAH ALAM - Kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen hari ini menimbulkan pelbagai reaksi rakyat.

Tinjuan Sinar Harian Online di beberapa stesyen minyak mendapati rakyat mula meluahkan perasaan mereka dengan pelbagai cara.

"Terima kasih Najib! 20 sen," demikian antara reaksi spontan rakyat.

Tulisan tersebut tertera pada sekeping kad manila ketika tinjauan Sinar Harian Online di sebuah stesyen minyak di Shah Alam.

Lewat petang tadi, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa jam 12.01 pagi, 2 Oktober.

Dengan ini, harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bravo..bravo, jangan marah Najib dan Ahmad Maslan CGPA 3.8 tu...marah lah kat aku ni dan sewaktu dengannya sebab aku yg kempen dan pangkah untuk BN haramjadah tu menang.

Tanpa Nama berkata...

Oleh kerana orang kaya tak guna ron97..kerajaan akan hapuskan subsidi ron95 kerana orang kaya pun guna ron95 bila isi petrol kat stesen minyak persoalannya kenapa ada perbezaan antara orang kaya dan miskin bila nak isi minyak petrol..tapi aku malas nak ulas kat sini antara kaya dan miskin..sebab itu kerajaan nak hapuskan subsidi ron95 sehingga harga sepenuhnya..kalau itu alasan lebih baik tetapkan kenderaan yang 2000cc kebawah guna ron95 dan kenderaan 2000cc keatas wajib guna ron97 bila isi minyak petrol kat stesen serata tempat ikut peraturankan..atau apa salahnya lebih baik guna satu petrol je yang terbaik untuk rakyat kalau ron97 berkualiti dan tentukan harga yang sesuai untuk semua rakyat malaysia tanpa mengira pangkat kaya dan miskin bila mengisi petrol dan juga tanpa ada tertulis subsidi kerajaan..kerana Malaysia negara pengeluar minyak sepatutnya semua rakyat menikmati hasil anugerah bumi ini sama rata tanpa mengira darjat..urus dengan betul dan kerajaan kena ambil kira juga pengorbanan rakyat untuk negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...