03 Oktober 2014

LAGI BUKTI SEBABKAN RAKYAT MARAH KEPADA BN!!!


Harga minyak dunia jatuh paras terendah

Fakta : Kenaikan ini menjadikan Malaysia jauh meninggalkan negara-negara Pengeluar Minyak di dunia dari sudut Harga Minyak...sesuatu yg perlu dibanggakan...

1. Vanezuela - RM 0.16 Sen 1 Liter.
2. Turkmenistan - RM 0.26 Sen 1 Liter.
3. Nigeria - RM 0.33 Sen 1 Liter.
4. Iran - RM 0.36 Sen 1 Liter.
5. Arab Saudi - RM 0.39 Sen 1 Liter.
6. Libya - RM 0.46 Sen 1 Liter.
7. Kuwait - RM 0.67 Sen 1 Liter.
8. Qatar - RM 0.72 Sen 1 Liter.
9. Bahrain - RM 0.89 Sen 1 Liter.
10. Mesir - RM 1.03 Sen 1 Liter.
11. UAE - RM 1.22 Sen 1 Liter.
12. Brunai - RM 1.28 Sen 1 Liter.
13. MALAYSIA - RM 2.30 Sen 1 Liter.


Harga minyak dunia merekodkan paras terendah dalam tempoh 27 bulan kepada AS$93 setong, hari ini apabila harga rasmi komoditi itu diturunkan oleh pengeluar utama, Arab Saudi.

Selain itu, penurunan harga minyak juga disebabkan oleh kejatuhan saham Eropah berikutan para pelabur mengambil sikap menunggu sama ada pelan pembelian aset oleh Ketua Bank Pusat Eropah (CEB), Mario Draghi mampu menyuntik keyakinan kepada ekonomi zon tersebut.

Pemotongan harga jualan rasmi secara besar-besaran oleh Saudi Aramco kepada pelanggan Asia semalam telah menjadi satu petunjuk jelas bahawa pengeksport minyak terbesar dunia itu cuba untuk bersaing dalam penguasaan pasaran minyak mentah.

“Ini merupakan satu perubahan struktur di dalam pasaran minyak yang mana Arab Saudi dengan jelas menyatakan bahawa mereka bersedia untuk bersaing dari segi harga.

"Saya rasa harga Brent akan jatuh di bawah paras AS$88 sebelum ia mencapai paras terendah,” demikian menurut Ketua Penganalisa Komoditi SEB di Oslo, Bjarne Schieldrop.

Harga Brent bagi penghantaran November jatuh sebanyak AS$1.30 kepada AS$92.86, terendah sejak Jun 2012.

Manakala harga minyak mentah Amerika Syarikat bagi penghantaran November jatuh sebanyak AS$1.10 kepada AS$89.63 setong, paras terendah dalam tempoh 17 bulan.

Data yang dikeluarkan semalam menunjukkan sektor pengilangan Eropah dan China terus lemah.

Dalam pada itu, Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang akan bermesyuarat bulan depan dijangka mengurangkan pengeluaran disebabkan oleh penurunan harga minyak.

Biarpun para penganalisis meramalkan OPEC akan melakukan penyesuaian terhadap pengeluaran minyak daripada sasaran awal iaitu 30 juta tong sehari pada 2015, namun ia masih tidak mencukupi bagi kumpulan tersebut untuk memaksa harga minyak naik semula.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Idea yang bernas untuk menentang kenaikan harga petrol. Sila ke:

http://manjongmari.blogspot.com/2014/10/jom-kita-semua-lawan-kenaikan-harga.html

Ridd berkata...

Najib BUAT GIMIIIIK.....! Tunggu lah dia turun kan harga minyak tak lama lagi. NAJIB Tukar jadi Hero pulaK....pui...pui..pui..!

banyak sangat gimik dia......! Jangan Terpengaruh lah....Naik kejap saje tu. dia tau harga minyak DUNIA turun. Kalau harga minyak dunia naik dan Najib naik kan harga minyak, yg itu dia memang dalam keadaan terdesak.

Tapi yang ini dah dalam rancangan Najib mengambil kesempat untuk menaikkan namanya kembali setelah TUN belasah Najib taraf maksimum. Piirah lah mabuk...boleh baca taktik bodoh ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...