GST, harga minyak jadikan 2015 tahun dahsyat'
Naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menganggap tahun 2015 sebagai tahun "amat dahsyat" bagi rakyat marhaen yang menetap di bandar dengan pendapatan rendah dan pertengahan.
Katanya, hal demikian disebabkan kenaikan harga barang dan inflasi susulan kenaikan harga minyak dan petrol semalam dan ditambah pula dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April 2015.
"Kerajaan usahlah perbodohkan rakyat lagi dengan langkah-langkah mendenda bagi menghalang peruncit, pemborong dan pengusaha restoran untuk menaikkan harga.
"Impak kepada inflasi akibat kenaikan RM0.20 ini bakal dirasai sepenuhnya dalam jangka tiga bulan. Perkara ini akan diburukkan lagi apabila GST dilaksana pada bulan April," katanya.
Beliau mengulas langkah kerajaan merasionalisasi subsidi petrol, yang menyebabkan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak RM0.20, dibuat demi memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.
Bagi mengukuhkan hujahnya, Tuan Ibrahim memetik laporan "2H2014 Economic Outlook: External Positives Amidst Domestic Challenges”, yang menyebut bahawa inflasi bakal meningkat mendadak dalam dua tahun pertama cukai itu dilaksanakan.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata Malaysia "tidak akan terlepas" untuk berdepan kenaikan inflasi seperti yang dialami Australia, Singapura dan China selepas dua tahun pertama cukai itu dilaksanakan.

Katanya, di Australia, sebelum GST dilaksanakan, kadar inflasinya hanya 1.8 peratus tetapi melonjak kepada enam peratus selepas GST dilaksanakan, tetapi menurun kepada 2.9 peratus selepas dua tahun dilaksanakan.
"Tapi masih sekali ganda lebih tinggi daripada sebelum GST terlaksana. Begitu juga di Singapura dan China. Sebelum GST dilaksanakan, (masing-masing) inflasi hanya sekadar 0.8 peratus dan 10.5 peratus.
"Pada tahun GST dilaksanakan, inflasi di Singapura melonjak ke 5.4 peratus manakala China 24.2 peratus sebelum turun ke 2.3% bagi Singapura dan 12.7 peratus bagi China selepas dua tahun," katanya.
Sehubungan itu, Tuan Ibrahim mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi perkara itu dan menegaskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM1,000 - purata RM83.33 sebulan - tidak dapat membantu rakyat marhaen menghadapi inflasi.
"Ditambah pula dengan kesan inflasi akibat kenaikan harga minyak sekarang, tahun 2015 dijangka menjadi sangat dahsyat kepada rakyat marhaen," katanya.
Berita Ini Pasti Menyakitkan Hati Anda Semua..
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malekberkata rakyat sepatutnya bersyukur dengan tindakan kerajaan dan bukannya mengadakan bantahan ke atas kenaikan harga bahan api.
Jelasnya, rakyat sepatutnya bersyukur dengan langkah penjimatan seperti usaha membanteras penyeludupan bahan api bersubsidi.
Hasan berkata demikian ketika ditanya sekiranya beliau menjangkakan bantahan ke atas kenaikan 20 sen seliter untuk petrol RON95 dan diesel.
“Itu hak merekalah (untuk buat bantahan), kita di kementerian akan jalankan tugas.
“Ops Titik (banteras penyeludupan) yang kita buat ini telah menyelamatkan banyak wang negara. Anda semua patut (ucap) tahniah.
“Budaya kita kita kena ubah balik kepada budaya menghormati pemimpin, menghormati negara dan bersyukur dengan apa kejayaan kita,” katanya.~malaysiakini

2 ulasan:
Harus diingat purata GAJI PEKERJA2 DINEGARA YANG ADA GST TINGGI SEIMBANG DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG,TAPI DIMALAYSIA PURATA GAJI RAKYAT MEMPAPA KEDANA HIDUP MEREKA.PANGKAH LAGI KERAjaan HARAMMJADAH NI
Asal dpt mikrowave priok nasi karan setgh dr bangsa kita jd buta hati, sdgkan firaun pon jaga bangsa sendiri tp apa dah terjd dgn kita adakah pemerintah kita lbh terok dr firaun tu...sama2lah anda nilai....
Catat Ulasan