19 September 2014

DUA NAMA DATO' DARI KASTAM ANTARA YANG DIDAKWA OLEH SPRM


Pautan kekal imej terbenam

Lapan Pegawai Kastam Didakwa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah mendakwa seramai lapan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia berhubung kesalahan menerima rasuah secara bulanan berjumlah antara RM500 hingga RM130,000.

Tujuh daripada mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam manakala seorang lagi di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur.

Mereka berhadapan antara lapan hingga 52 tuduhan iaitu kesalahan menerima wang perlindungan bulanan. Keseluruhan tuduhan yang dikenakan hari ini adalah sebanyak 106.

Mereka yang didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur:

· Dato’ Mohd Nasir Said, 58, didakwa atas lapan pertuduhan melibatkan nilai suapan RM80,000, di bawah Sekysen 16a (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Kes ini akan disebut semula pada 23 Oktober 2014 dan beliau diikat jamin RM80,000 dengan seorang penjamin.


Pengarah Kastam Melaka Hadapi Lapan Tuduhan Rasuah


 Pengarah Kastam Negeri Melaka, Datuk Mohd. Nasir Said dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap lapan pertuduhan menerima rasuah wang tunai RM80,000, sejak dua tahun lalu.

Mereka yang didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam:

· Dato’ Saad Ishak, 57, dituduh dengan sembilan pertuduhan melibatkan nilai RM29,000 di bawah Seksyen 16a(A) ASPRM 2009. Beliau diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan passport perjalanannya ditahan.

· Abdul Ghafar Mohamad, 46, dituduh dengan 19 pertuduhan melibatkan nilai rasuah RM38,000, di bawah Seksyen 16a(A) ASPRM 2009. Beliau diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin dan passport perjalannnya ditahan.

· Mohd Ariffin Zakaria, 56, dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 16a(A) ASPRM 2009, melibatkan nilai RM2,000. Beliau diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan passport perjalanannya ditahan.

· Sohaizan Othman, 39, dituduh dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 16a(A) ASPRM 2009, melibatkan nilai RM1,000. Beliau diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan passport perjalannya ditahan.

· Abd Razak Basri, 55, dituduh dengan 11 pertuduhan di bawah Seksyen 16a(A) ASPRM 2009, melibatkan nilai RM22,000. Beliau diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan passport perjalanannya ditahan.

· Hizam Abd Ghani, 56, dituduh dengan 52 pertuduhan melibatkan nilai suapan RM298,000. Satu di bawah Seksyen 17(a) ASPRM 2009 manakala 51 pertuduhan di bawah Seksyen 16a(A) ASPRM 2009. Beliau diikat jamin dengan RM40,000 dengan seorang penjamin manakala passport perjalanannya ditahan.

· Azlee Mohamed Yusof, 48, hadapi lima pertuduhan melibatkan nilai rasuah RM77,000. Empat tuduhan di bawah Seksyen 16a (A) dan satu tuduhan di bawah Seksyen 17(a) ASPRM 2009. Beliau diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan passport perjalanannya ditahan.

Kesemua tertuduh berusia lingkungan 39 tahun hingga 58 tahun melakukan kesalahan sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan atas kesalahan yang dilakukan oleh individu dan syarikat-syarikat yang membawa keluar barangan yang tidak dikenakan cukai eksais dari Zon Bebas Pelabuhan Klang.

SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Omar Saifuddin dan Anthony Kevin Morais.

Kes di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam, tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dato' Noradidah Ahmad manakala di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur, tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin.

Jika disabitkan kesalahan mereka boleh dipenjarakan selama satu tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

Kesalahan ini juga adalah melanggar Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

Mereka yang dihadapkan di mahkamah hari ini merupakan sebahagian pegawai yang ditahan dalam satu operasi khas pada 3 September lalu.

SPRM mengesahkan ada membuat tangkapan terbaru pada 17 September 2014 melibatkan 16 orang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Tangkapan ini adalah hasil siasatan lanjut ke atas tangkapan terdahulu iaitu pada 3 September 2014, hasil pemerhatian selama setahun di kawasan Zon Bebas Pelabuhan Klang oleh pasukan Task force yang dianggotai oleh SPRM, PDRM, Bank Negara, LHDN, CyberSecurity dan lain-lain.

Seramai 13 pegawai ini telah pun ditahan reman selama tujuh hari sehingga 24 September 2014. Dua lagi direman selama enam hari mulai hari ini.

Dalam mengumpul bukti-bukti ini, Task Force telah menggunakan kaedah Intelligence and Analysis Based Investigation bagi menembusi kerja-kerja penyeludupan dan aktiviti rasuah yang melibatkan anggota sindiket dan penguat kuasa.

Ingin ditegaskan di sini bahawa tangkapan terbaru ini bukan bertujuan untuk memburuk-burukkan atau menjatuhkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, sebaliknya bertujuan untuk melumpuhkan aktiviti-aktiviti penyeludupan dan rasuah yang menyebabkan berlaku ketirisan wang negara yang besar.

SPRM amat menghargai kerjasama yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kastam. SPRM juga menyambut baik dan menyokong langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Jabatan Kastam untuk mengemaskan perjalanan organisasi tersebut, antaranya merombak penempatan pegawai dan menyemak SOP Jabatan Kastam.


DATUK MOHD JAMIDAN ABDULLAH
PENGARAH BAHAGIAN SIASATAN
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
19 SEPTEMBER 2014

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mmg patut la juga mercun terlepas tiap2 tahun!......boleh tak campak dia org ni ke pulau2 jika didapati bersalah...leceh la simpan dia org mcm ni kat malaysia

Tanpa Nama berkata...

kuman di lautan nampak.....gajah yg tertonggok ari2 keluar tv yg dah sah2 terang2 merembat duit rakyat buat dek je kan

Tanpa Nama berkata...

mula2 baca posting rasa kesian juga kerana ada yg dah masuk umur pencen tapi bila lihat pertuduhan lpskan mercun rasa kesian hilang mmg patut pun kene tuduh klau bolih penjara seumur hidup

Tanpa Nama berkata...

bebaskanlah mereka ini kerana tugas dan beban mengatasi nilai suapan tersebut. kalo mereka tidak melakukan perkara tersebut nyawa akan terancam.
pangkalnya hapuskan gangterism
nescaya semua ini akan selesai.

Tanpa Nama berkata...

These officials have no shame....they are not trustworthy and do not fear Allah SWT. There are many more of officials in this category. Please ' taubat' Allah, our Lord, will reward us with more honour! Honour my friends,Honours! O Allah! Guide us to the right path! Thank to Allah for what HE had created us as well as ' rezeki' that we eat.

Tanpa Nama berkata...

Pihak sprm perlu menyiasat dahulu kemungkinan pengarah dn pegawai kanan kdrm ini telah diugut oleh gengster..fikir dn cuba siasat semula

Tanpa Nama berkata...

Kepada mereka yg suka akan kejatuhan sesama manusia akan tergolong dalam yang sama.jd tak perlu kita mengutuk atau mencela mereka .

pemerhati berkata...

Tangkap jerung persisir pantai kecoh 1 malaysia..tak ada yang telusnya jd tangkap jerung putih laut dalam dgn paus biru baru telus..ada berani tangkap tuan besar kamu wahai pengarah SPRM malaysia.

pembangkang berkata...

Kdrm je ke..kkm,lhdn,kdn..ada nampak lg besar hasil samunnya..satu lg pegawai sprm melaka berbangsa melayu jantina lelaki (ejam)nama panggilan pakai honda civic vtec cuba siasat sedalam lautan hindia kkkkk renung2kn dn selamat menyiasat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...