25 Jun 2014

TERKINI! KEADAAN DI KUNAK , SABAH

Gambar: [11:09, 6/25/2014] Pangkalan perintah bkurung...x blh kluar dan x blh msuk..operasi rumah k rumah....ada khabar penceroboh menyelinap msuk...hosp kunak pun d jaga rapi copy n paste dari msg kawan

Esscom nafi berlaku kes tembak di Kunak

LAHAD DATU - Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek menafikan berlaku kejadian tembak-menembak membabitkan penjenyah rentas sempadan di Kunak, dekat sini awal hari ini.

Beliau berkata keadaan di sekitar pekan Kunak selamat dan tidak berlaku sebarang ketegangan seperti yang tersebar melalui media sosial.

Bagaimanapun, Mohammad mengesahkan bahawa Esscom melancarkan Ops Gasak ke-22 di pangkalan Kunak yang merangkumi tiga kampung iaitu Kampung Bakau, Nelayan dan Basilan.

Ops Gasak ke-22 yang diketuai Pengarah Operasi Esscom Datuk Abdul Rashid Harun itu melibatkan pelbagai agensi pasukan keselamatan dan pertahanan termasuk Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Sabah.

"Ops Gasak ini dilancarkan ekoran kes penculikan di Kampung Air Sapang, Kunak baru-baru ini, dan saya berharap semua orang bertenang dan tidak
menyebarkan berita palsu terutama di media sosial," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Abdul Rashid berkata sebanyak 129 orang yang dipercayai pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam Ops Gasak yang dijalankan selama tujuh jam bermula dari jam3 pagi.

Beliau berkata kesemua mereka, termasuk 34 wanita, ditahan kerana tidak memilik dokumen pengenalan diri yang sah dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen. - Bernama

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Piraaahlah lu!!! Depan tahan dibelakang bawa masuk PATI!! Harapkan pagar pagar makan padi!

Tanpa Nama berkata...

Aiii..baru tau ka bro..

Unknown berkata...

Dia org pandai berlakon..siapa yg beri kesenangan pd pendatang asing..?lepas tu pg tangkap org yg sams juga..piiieeerr!!

Farith berkata...

Korg bukan org sana apa ko tau. Jgn main ckp je. Diorg org islam gk...

Tanpa Nama berkata...

Islam memang ka..tapi spesis pilak ni suka sembelih orang tmasuk orang islsm sndri ko nak sokong? Ko dtg duduk sini sabah baru ko tau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...