25 Jun 2014

BERITA YANG TAK KELUAR DI ASTRO & TV3 : 70 pensyarah UNISEL miliki PhD, antara IPTS terbaik Malaysia

KUALA SELANGOR, 25 JUN: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disarankan memilih Universiti Selangor (UNISEL) untuk menyambung pengajian mereka di peringkat tertinggi.

Naib Canselornya, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, hal itu kerana UNISEL adalah salah satu institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang diakui terbaik di negara ini dengan lebih 70 pensyarah berstatus doktor falsafah (PhD).



Katanya, 50 daripada kesemua 86 kursus pengajian ditawarkan turut menerima pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) oleh Kementerian Pengajian TInggi Malaysia.

“Kita tawarkan program terbaik dengan harga yang sangat rendah.

“RM26,000 kita tawarkan untuk tiga tahun pengajian, sedangkan IPTS lain jumlah itu hanya untuk setahun, malah ada yang setakat boleh tampung pengajian satu semester sahaja,” katanya dalam sidang media di kampus Bestari Jaya di sini.

Turut sama Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali yang terdahulu melakukan lawatan ke asrama pelajar perempuan yang siap dibaik pulih.

Sementara itu, Anuar mengakui terdapat peningkatan yuran dilakukan namun ianya tidak melebihi kadar ditetapkan kementerian sebanyak 30 peratus daripada kadar sebelumnya.

“Sesetengah yuran bagi program tertentu memang dinaikkan tetapi tidak lebih 30 peratus.

“Katakan sebelum ini RM10,000, selepas dinaikkan menjadi RM15,000 dan ini masih rendah berbanding IPTS lain takkan dapat harga begini.

“Kita juga tidak boleh naikkan tinggi, Kerajaan Negeri tidak benarkan,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...