12 Mei 2014

Terkini: Mb Mat Said letak jawatan selaku Menteri Besar Atas Desakan Najib....

Ahmad Said sah letak jawatan MB Terengganu

KEMAS KINI....SINAR HARIAN


Ahmad Said

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said sah meletakkan jawatan selepas menyerahkan surat peletakan jawatan kepada presiden parti pagi tadi.

Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan berlaku pertukaran Menteri Besar Terengganu tetapi tidak mendedahkan calon yang sebenar.



MB Terengganu: Tengku Adnan jumpa semua ADUN BN petang ini

Perjumpaan itu diadakan di Hotel Primula, Kuala Terengganu pada jam 3.30 petang ini.



PETALING JAYA: Pertukaran menteri besar di Terengganu hampir pasti berlaku apabila Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikatakan akan menemui semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional(BN) petang ini.

Menurut sumber, perjumpaan di Hotel Primula, Kuala Terengganu akan berlangsung pada jam 3.30 petang ini.

“ Tengku Adnan akan memberi taklimat kepada semua ADUN BN mengenai perletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said,” katanya.
BN kini mempunyai 17 orang ADUN manakala Pakatan Rakyat mempunyai 15 orang ADUN.

Sumber itu menambah, Tengku Adnan akan memaklumkan kepada ADUN BN pilihan istana yang akan menjadi menteri besar yang baru,

Minggu lepas, The Star menyebut dua nama sudah dihantar ke istana untuk menggantikan Ahmad Said iaitu ADUN Seberang Takir, Datuk Razif Abdul Rahman dan ADUN Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar.

Menteri Besar baharu dijangka mengangkat sumpah di Istana Maziah pada hari Rabu kerana esok hari cuti Wesak.


Pautan kekal imej terbenam
sumber gambar

BLOG PRO UMNO MELAPURKAN.................

Mampukah UMNO-BN Bertahan Di Terengganu Selepas Ahmad Said DIPECAT?

Walaupun bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said dikatakan meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada ADUN Seberang Takir, Abdul Razif Abdul Rahman, namun cerita sebenar ialah, Ahmad Said dipanggil menemui Najib Abdul Razak dan kemudian diarahkan agar berhenti daripada memegang jawatan tersebut.

Berita Ahmad Said diarahkan meletakkan jawatan oleh Perdana Menteri telah diketahui awal pagi tadi lagi. Manakala draf surat perletakan jawatan tersebut sudah pun diedarkan di kalangan wartawan dan penggiat media sebelum berita tersebut disiarkan oleh TV3 dalam Buletin 1:30 tadi.

Dengan berita ini, maka segala teka-teki dan segala penafian yang dibuat sebelum ini, terungkai sudah. Sekaligus Dewan Undangan Negeri Terengganu yang hanya dikuasai oleh UMNO menerusi margin 2 kerusi DUN, akan berkocak hebat bermula hari ini.

Abdul Razif Abdul Rahman dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru pada malam ini di Istana Maziah.

Desas-desus penggantian Ahmad Said sebagai Menteri Besar telah pun kedengaran semenjak minggu lepas lagi. Penulis pojok, Awang Selamat dari Utusan Malaysia telah menyentuh isu ini tanpa membabitkan mana-mana nama. Bagaimana akhbar THE STAR secara berterus-terang menyatakan Ahmad Said akan digantikan dengan salah seorang daripada dua orang yang diusulkan kepada Perdana Menteri iaitu Abdul Razif Abdul Rahman yang merupakan ADUN Seberang Takir dan anak bekas Menteri Besar Terengganu, Wan Hakim Wan Mokhtar yang juga merupakan ADUN Air Putih.

Selepas kontroversi yang melanda Terengganu dan lemahnya genggaman ke atas negeri itu, Presiden UMNO nampaknya mengambil risiko yang cukup besar untuk melepaskan negeri itu kepada Terengganu. Sebelum ini beberapa amaran telah diberikan agar politik Terengganu yang mudah meruap, tidak diganggu, namun pihak-pihak yang sangat terdesak untuk berkuasa dan memboloti pelbagai projek di negeri itu, melihat ini adalah masa yang terbaik untuk merampas Terengganu dan berharap, tindakan mereka akan mendapat sokongan kuat daripada rakyat Terengganu serta UMNO Malaysia.

Ramai pemerhati yang berpendapat, Terengganu akan mendahului Sarawak dan Selangor untuk pembubaran DUN. Sarawak akan membubarkan DUNnya dalam tempoh dua tahun lagi kerana tamat penggal. Manakala Selangor pula bakal dibubarkan DUN sekiranya Khalid Ibrahim terus ditekan agar meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada Azmin Ali mahupun kepada Wan Azizah Wan Ismail. Sedangkan Terengganu pula terpaksa dibubarkan DUN kerana pegangan kerusi DUN adalah sama antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat.

Barisan Nasional Terengganu hanya menguasai 17 kerusi DUN berbanding Pakatan Rakyat, 15 kerusi.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...