17 Mei 2014

CALON PR DI TELUK INTAN BAKAL MELETOP!!!...APA PUNCANYA....

Awal-awal lagi promosi gila-gila oleh blog2 pro umno dengan fitnah-fitnah berbau seks ...yang menjadi makanan mereka walaupun terang-terang merapu, ini merupakan promosi percuma....

Meletakan calon melayu yang muda menyebabkan isu perkauman menjadi Isu utama BN akan reda dan mudah dipatahkan.....


Dyana Sofia dijangka dicalonkan DAP untuk merebut kerusi parlimen Teluk Intan 

 DAP dijangka akan menamakan lulusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon parti itu dalam pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan.

Dyana Sofya, 27, adalah juga Setiausaha Politik kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Majlis pengumuman itu akan dibuat di Teluk Intan tengahari ini selepas pemilihan calon itu difahamkan diputuskan malam tadi oleh pucuk pimpinan DAP.

Beliau dipercayai mengetepikan bekas ketua penerangan pilihan raya DAP, Hew Kuan Yau yang terkenal di pentas ceramah dan kerap mencetuskan kontroversi melalui ceramahnya.

Teluk Intan merupakan kawasan majoriti pengundi Cina tetapi mempunyai saiz pengundi Melayu yang besar. Kawasan parlimen itu terdiri daripada 42 peratus pengundi Cina, 38 peratus Melayu dan 19 peratus India.

Pengerusi Kebangsan DAP, Tan Kok Wai sebelum ini menyifatkan Teluk Intan adalah kerusi boleh menang dan berharap parti itu akan memperoleh majoriti lebih besar.

Sekiranya menang, Dyana Sofya akan jadi ahli parlimen Melayu ketiga DAP dalam penggal Parlimen ini selepas Zairil Khir Johari (Bayan Baru) dan Ariff Sabri Abdul Aziz (Raub).

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 setahun yang lalu, calon DAP,Seah Leong Pengmengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.

Leong Peng meninggal dunia pada 1 Mei lalu.

BN dijangka akan menurunkan semula Siew Keong yang kini Presiden Gerakan.

Siapa Dyana Sofya?

Dyana Sofya, anak kelahiran Ipoh, Perak menyertai DAP pada 2011. Politik bukanlah asing bagi dirinya kerana lahir dalam keluarga yang bergiat aktif dalam politik. Ibunya pernah memegang jawatan dalam Wanita UMNO bahagian di Perak.

Peguam muda ini membantu kempen Kit Siang di Gelang Patah semasa PRU-13 dan diperkenalkan sebagai setiausaha politik baru Kit Siang ketika Konvensyen DAP selepas PRU-13.

Desas-desus pemilihan Dyana Sofya sebagai calon DAP di Teluk Intan mula hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu terutamanya di media sosial.

Susulan itu, beliau diserang secara peribadi apabila butiran peribadinya termasuk nombor telefon dan nombor kad pengenalan didedahkan kepada umum. Kemuncak serangan peribadi itu ialah apabila sekeping foto seorang model dan pelakon Filipina berbikini disebarkan dan didakwa kononnya beliau.

Dyana Sofya bagaimanapun menghadapi tohmahan itu dengan tenang malah menjawabnya melalui satu tulisan yang tersiar di beberapa portal berita.

Saingan DAP

Dalam pada itu, DAP dijangka berdepan saingan daripadaBarisan Jamaah Islamiyah SeMalaysia (BERJASA)yang mengumumkan akan bertanding pada pilihan raya kecil tersebut.

Parti itu bermesyuarat di Kuala Lumpur semalam bagi menentukan calon yang akan bertanding namun masih belum mengumumkan siapa calon itu.

Selain itu, bekas Naib Pengerusi Jawatankuasa Interim DAP Kedah,Syed Araniri Syed Ahmad, turut mengumumkan penyertaannya sebagai calon Bebas pada Rabu lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Mei ini sebagai tarikh pemilihan bagi kawasan Parlimen Teluk Intan. Penamaan calon akan berlangsung pada Isnin ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...