13 Mei 2014

TERKINI! MB BAHARU AKAN MENGADAP SULTAN UNTUK PEMBUBARAN DEWAN?

13 Mei Terengganu: Media 'berkampung' di luar Istana Nur Nadhirah tunggu MB mengadap Sultan


Media 'berkampung' di luar Istana Nur Nadhirah
Istana Nur Nadhirah


KUALA TERENGGANU - Media mula berkumpul di hadapan Istana Nur Nadhirah di sini menantikan kemungkinan Menteri Besar Terengganu yang baharu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Wakil media berkumpul sejak 11 pagi menunggu ketibaan menteri besar yang dijangka mengadap Sultan Mizan dipercayai bagi mendapat perkenan baginda untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu.

Ahmad Razif dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu selepas bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan, semalam.

Jangkaan pembubaran Dun itu dibuat selepas tiga anggota Dun termasuk Ahmad yang juga Adun Kijal, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi) membuat keputusan untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Susulan daripada itu, Barisan Nasional kini memegang 14 kerusi daripada 32 kerusi Dun, diikuti Pas (14), PKR (satu) dan Bebas (3).




DUN Terengganu dibubar esok?

Kini BN mempunyai 14 kerusi sama banyak dengan PAS. Bebas 3 orang dan PKR 1 orang.
Datuk RazifKUALA TERENGGANU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dijangka dibubar esok berikutan tiga ADUN telah keluar dari Umno.
Menurut sumber, Menteri Besar, Datuk Razif Abdul Rahman dijangka menasihati istana untuk membubarkan DUN berikutan perkembangan politik terkini.
Malam tadi tiga ADUN telah mengumumkan keluar dari Umno iaitu bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; ADUN Ajil, Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi, Roslee Daud.
Kini BN mempunyai 14 kerusi sama banyak dengan PAS. Bebas 3 orang dan PKR 1 orang.
“Menteri Besar sedang menunggu arahan darti Putrajaya untuk membubarkan DUN,” kata sumber itu kepada FMT.
Sementara itu ADUN Kemasik, Ir Rosli Othman telah menafikan akan keluar dari Umno.
Menurut Ahmad Said, tiga orang ADUN lagi akan menyebelahi beliau dan jika ia berlaku kerajaan BN akan tumbang.
PAS pula sedang mengadakan mesyuarat berikutan perkembangan terkini di Terengganu.
“Justru itu pilihan terbaik bagi Razif ialah menasihati istana untuk menyerahkan kembali mandat kepada rakyat,” katanya lagi.

KRISIS TERENGGANU: DAH HANCUR MACAM TAHIK DISIMBAH AIR PUN, MASIH LAGI NAK NAFI?


Penyakit PENAFIAN nampaknya sedang menghantui UMNO-BN di Terengganu. Kalau sebelum ini, sehinggakan Ibu Pejabat UMNO pun buat penafian yang Menteri Besar Terengganu hendak ditukar dan digantikan oleh ADUN Seberang Takir, hari ini, lagi sekali penafian dibuat kononnya DUN Terengganu akan dibubarkan.

Dengan kehilangan tiga orang ADUN (setakat artikel ini ditulis - admin), Barisan Nasional atau lebih tepat lagi UMNO Terengganu hanya memiliki 14 kerusi DUN berbanding PAS yang memiliki 15 kerusi DUN dengan bakinya adalah BEBAS. Secara automatik, Barisan Nasional sudah tidak ada sebarang kuasa di Terengganu kesan daripada kepandaian penasihat-penasihat terutama sekali individu yang dengan bangganya meletakkan sticker SETIAUSAHA POLITIK PERDANA MENTERI pada plat nombor pendaftaran keretanya.

Sindrom penafian terus-menerus dilakukan dalam usaha untuk menyedapkan hati sendiri. Rakyat semakin bosan dengan kemelut yang sedang melanda Terengganu. Bahkan PAS yang sedang berkelebihan untuk menjadi Kerajaan Negeri juga telah mula bersuara lantang agar DUN Terengganu dibubarkan.

Dalam perkembangan terbaru, secara sahnya, ADUN Bukit Besi telah pun mengisytiharkan keluar dari UMNO dan menjadi ADUN BEBAS sebagai sokongan kepada Ahmad Said. Manakala Speaker DUN, Zubir Embong pula MENAFIKAN DUN Terengganu bubar.

Walaupun sudah berada dalam keadaan begitu terdesak, dan pegangan ke atas Terengganu sudah tiada, masih lagi mahu main NAFI-MENAFI.

Ironinya, ke mana pergi segala penasihat, tukang cucuk, tukang pengatur strategi, tukan pendesak, pengugut dan tukang 'EVERYTHING WAS TAKEN CARE, SIR' dalam keadaan yang sangat meruncing ini? Apakah mereka mempunyai strategi yang lebih baik untuk memastikan Barisan Nasional dan UMNO Terengganu mendapat mandat menerusi majoriti selesa dalam Pilihanraya Negeri yang sudah tidak dapat dielakkan lagi? 


Apakah keyakinan kosong mereka mengatasi realiti yang kehilangan ini adalah KEHILANGAN BUAT SELAMA-LAMANYA UMNO ke atas Terengganu?

Atau pada ketika inikah, cerita tentang KERAJAAN PERPADUAN kembali didendangkan bagi mengelakkan Pilihanraya Negeri?

Elok-elok boleh potong kek, sekarang ini semuanya pakat HARAKIRI, potong perut sendiri untuk mati sebelum dipenggal kepala masing-masing oleh geng sendiri. Apa yang berlaku ke atas Selangor ketika Khir Toyo diserang dari pelbagai arah oleh kalangan UMNO sendiri sehingga akhirnya hilang pegangan ke atas Selangor pada tahun 2008, langsung tidak dijadikan iktibar.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...