26 Mei 2014

PANAS! RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA PIHAK POLIS DI LANGKAWI - LAPORAN DARI PEGAWAI KANAN POLIS DIDEDAHKAN !!!

MyWatch dedah salah laku Ketua Polis Daerah Langkawi

Pihak MyWatch telah menerima laporan dari seorang pegawai kanan polis yang ingin identitinya dirahsiakan.




PETALING JAYA: Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) R Sri Sanjeevan mendakwa bahawa Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Harrith Kam Abdullah telah menerima rasuah dalam dua kes jenayah yang bertujuan untuk melindung beberapa sindiket Cina di Langkawi.

Menurutnya, beliau mendedahkan perkara ini setelah pihaknya iaitu MyWatch menerima laporan dari seorang pegawai kanan polis yang identitinya dirahsiakan.

Jelasnya, kes pertama iaitu serbuan ke atas pusat hiburan, Supt Harrith telah mengarahkan supaya kes tersebut diklasifikasikan sebagai ‘No Further Action’ (NFA) atas alasan pusat hiburan tersebut mempunyai lesen perniagaan.

“Tujuan Supt Harrith berbuat demikian adalah bagi melindungi tauke pusat hiburan tersebut yang bernama Nicky Tan Peng Chun kerana Nicky Tan Peng Chun merupakan anak kepada Lai San, iaitu sindiket loteri haram di Langkawi.

“Kini, terdapat lima sindiket loteri haram di Langkawi yang membayar wang perlindungan secara bulanan kepada Supt Harrith dengan cara menyerahkan sendiri wang di rumah beliau di Kuarters Ketua Polis Daerah Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Bagi kes kedua pula berkenaan tangkapan dua orang lelaki berbangsa Cina, iaitu Cheong Chun Leng dan Choong Kwong Wing. Dua lelaki berbangsa Cina itu disyaki telah melindungi 13 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Myanmar.

“Supt Harrith telah campur tangan dalam penyiasatan kes ini sehinggakan dua lelaki berbangsa Cina ini diberi jaminan dalam tempoh 24 jam dari waktu tangkapan, sedangkan kes ini belum lagi disiasat.

“Dua orang lelaki Cina ini telah membuat pengakuan kepada orang awam dan kepada pegawai polis lain bahawa mereka telah memberi suapan kepada Supt Harrith dengan wang sebanyak RM15,000,” ujarnya.

Sehubungan itu, Sanjeevan yang mewakili pihak MyWatch mendesak agar Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segala rasuah dan salahlaku Supt Harrith dan sepanjang siasatan dijalankan, Supt Harrith haruslah diberi cuti sehingga siasatan selesai dijalankan.

Sanjeevan turut menjelaskan bahawa isu ini telah diadukan beberapa kali kepada Ketua Polis Kedah, namun sehingga kini tiada tindakan lanjut yang diambil.

“Adalah lebih baik sekiranya satu Pasukan Khas diwujudkan bagi menyiasat rasuah dan salahlaku Ketua Polis Daerah Langkawi ini, dan dalam masa yang sama turut menyiasat Ketua Polis Kedah sekiranya beliau terlibat dalam dua kes yang dinyatakan ini.

“Dalam pada masa yang sama, Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) juga harus ditubuhkan segera untuk menyiasat segala rasuah dan salahlaku dalam PDRM,” katanya.

Jelasnya, pihak MyWatch sedia untuk memberikan kerjasama kepada pihak PDRM sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan malah pegawai kanan polis yang memberi maklumat ini juga sedia bekerja sama dengan pihak SPRM.

“MyWatch sedia memberi kerjasama sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan malahan pegawai kanan polis yang memberi maklumat ini juga sedia bekerjasama dengan SPRM untuk memberikan lebih maklumat yang diperlukan kerana beliau sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PDRM,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim menyatakan bahawa beliau telah memberi amaran keras kepada semua pegawai-pegawainya agar tidak bersekongkol dengan mana-mana pihak bagi membanteras kegiatan jenayah di negeri Kedah.

Menurutnya juga, pihaknya sendiri sentiasa melakukan operasi bagi membanteras kegiatan jenayah di negeri Kedah seperti kegiatan judi haram ini.

“Kita sentiasa melakukan operasi dari masa ke semasa, dan sentiasa melakukan tangkapan terutama apabila melibatkan perniagaan judi seperti perniagaan judi internet, judi di mesin judi, ataupun pelbagai jenis judi lagi,” katanya sewaktu dihubungi oleh wartawan FMT.

Ahmad berkata demikian bagi menjawab kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) R Sri Sanjeevan berhubung dakwaaan Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Harrith Kam Abdullah yang dikatakan telah menerima rasuah dalam dua kes jenayah yang bertujuan untuk melindung beberapa sindiket Cina di Langkawi.

Kata Ahmad lagi, pihaknya akan melakukan siasatan berhubung kenyataan yang dikeluarkan Sanjeevan dan Ahmad turut menjelaskan bahawa prosedur yang sama juga akan dilakukan bagi menyiasat pegawai tersebut.

“Sebelum Sanjeevan menyerahkan dokumen atau membuat sebarang pendedahan kepada awam, pihak polis terlebih dahulu telah mengambil tindakan dan sekiranya perlu, kita akan serahkan pegawai tersebut kepada jabatan lain untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut.

“Tujuan kita menyerahkan pegawai tersebut kepada jabatan lain adalah bagi mengelakkan tanggapan negatif yang mengatakan pihak polis melindungi pegawainya atas kepentingan-kepentingan tertentu,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, beliau tidak menafikan bahawa pihaknya sendiri menerima banyak laporan daripada pihak MyWatch.

“Laporan yang dihantar oleh Sanjeevan kebanyakkannya telah selesai. Tidak perlu rasanya untuk saya melaporkan kepada Sanjeevan apabila kes tersebut telah selesai kerana Sanjeevan bukannya pegawai polis saya,” katanya.

Ujarnya lagi, membanteras jenayah, rasuah dan salah laku ini bukannya sesuatu yang baru, kerana pihaknya sejak dulu lagi akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mana-mana perkara salah laku di negeri tersebut.

“Ini bukannya sesuatu yang baru, kerana kita sentiasa bekerja keras bagi menangani jenayah dan salah laku di negeri ini,” katanya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setelah terdedah kpd media baru kp kedah kata sedang@sudah siasat..aparaa!

Tanpa Nama berkata...

you help me, i help you motto PDRM

Tanpa Nama berkata...

Keen bear

Unknown berkata...

Amaran not the right way.. Bukan level sekolah.. Pegawai n penjenayah nih harus tembak jer... Amaran vs Pengajaran. Which one better?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...