25 Mei 2014

PROSES PENGUNDIAN LANCAR APABILA BN TIDAK BERTANDING!!!



Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata sepasukan besar anggota beruniform bersiap sedia seawal pukul 6 pagi untuk mengawal keadaan Pilihan Raya Kecil PRK Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang hari ini.

Beliau menyifatkan proses pembuangan undi yang telah bermula seawal pukul 8 pagi tadi berjalan lancar dan aman tanpa sebarang masalah.

" Kita bersiap sedia dengan kekuatan polis yang ramai sempena pemilihan hari ini dan seawal 6 pagi mereka mula mengawal aliran trafik serta 17 pusat daerah mengundi di Parlimen Bukit Gelugor.

"Unit pemantauan udara PDRM sejak hari penamaan calon 12 Mei lalu hingga tamat pemilihan hari ini akan melakukan rondaan di udara bagi memantau proses mengundi tidak terjejas dengan insiden buruk selain menjamin keselamatan pengundi," ujar beliau kepada pemberita selepas melawat PDM Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Mohd. Nor Ahmad di Taman Tun Sardon Gelugor di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai khasnya pengundi supaya keluar mengundi secara bergilir gilir dan awal untuk mengelak kesesakan.

Dalam pada itu beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi arahan trafik sepanjang proses PRK hari ini bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...