27 Mei 2014

ANUAR PERTIKAI PEMILIHAN PRESIDEN FAM


Pemilihan FAM ikut pelan urusetia yang mengaturnya - Annuar Musa



Annuar Musa

Penasihat Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata keputusan pemilihan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam "telah berjalan mengikut pelan urusetia yang mengaturnya."

Beliau yang sedang menjalani pergantungan oleh FAM selama tiga tahun dilihat sebagai diantara yang paling kuat menyokong pencalonan Tunku Mahkota Johor merebut jawatan Presiden FAM.

Di dalam pemilihan jawatan Presiden FAM semalam, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menewaskan Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas memperolehi 27 undi berbanding hanya 12 oleh Tunku Mahkota Johor itu.

"Pimpinan FAM sudah dipilih. Yang menang adalah seperti mana yang disusun cantik dalam media 'orang yang lebih baik', ' orang yang lebih berpengalaman', ' berjawatan dalam bola antarabangsa'..."

"Tepat seperti ramalan TMJ dan seperti biasa segala-galanya mengikut pelan urusetia yang mengaturnya sejak pencalonan," katanya di dalam laman Facebook beliau hari ini.

Pola pengundian semalam juga katanya perlu dianalisa dengam enam atau tujuh negeri yang menyokong TMJ semalam adalah negeri yang sudah atau baru sahaja mengalami pertukaran kepimpinan dan sedang menuju perubahan dan kemajuan.

Manakala enam atau tujuh negeri yang menyokong Tengku Mahkota Pahang pula adalah negeri "orang lama" dengan sistem lama yang sebahagian daripadanya dipilih kerana "pangkat dan kedudukan" dan kebetulan sebahagiannya sedang mengalami kejatuhan atau relegasi.

"Yang memenangkan Tengku Mahkota Pahang adalah persatuan bukan negeri yang kebetulannya "berstatus quo" yang sebahagiannya lama, statik dan tiada kemajuan," menurut Annuar.

Kedatangan gagasan TMJ katanya disifatkan terlalu bagi awal bagi kelompok status quo.

Tunku Ismail menurutnya, juga menerima kesan daripada apa yang disifatkannya sebagai "impak negatif" daripada imej beliau yang cuba dipaparkan oleh pihak-pihak tertentu.

Sebagai peminat bolasepak negara kata, semua pihak mengharapkan bolasepak negara akan maju kehadapan dan akur dengan keputusan yang dibuat semalam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...