04 Mac 2014

TERPANAS! PATUTLAH AZMIN TERUS MENYERANG TS KHALID...MUNGKIN BELIAU TERLIBAT DALAM SKANDAL SAHAM PJ SENTRAL???

BERITA YANG DILAPORKAN OLEH TMI HARI INI :

PKNS terus siasat Azmin dalam kes PJ Sentral

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK -MARCH 04, 2014




Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjalankan siasatan dalaman terhadap anak syarikatnya PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB), terutamanya dalam transaksi berkaitan projek PJ Sentral Development (PJ Sentral).

Pemangku Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah berkata satu arahan dikeluarkan kepada Jabatan Audit Dalaman PKNS untuk menjalankan siasatan secara terperinci termasuk mendapatkan maklumat dan dokumen daripada Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali (gambar) dan Datin Paduka Norazlina Zakaria.

“Kami memerlukan maklumat ini antara lainnya untuk mengukuhkan kes rayuan PKNS di Mahkamah Rayuan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.


“PKNS juga akan memfailkan injunksi untuk menghentikan Nusa Gapurna Development Sdn Bhd daripada melengkapkan transaksi jualan saham PJ Sentral kepada Malaysian Resources Corp Sdn Bhd (MRCB) sementara menunggu rayuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Minggu lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak tuntutan PKNS terhadap Nusa Gapurna dan MRCB bagi pelanggaran perjanjian pemegang saham ke atas pegangan dalam PJ Sentral.

Projek PJ Sentral melibatkan pembangunan komersil di kawasan seluas 9,854 ekar yang menempatkan Ibu Pejabat PKNS dan pada 6 September 2007, PKNS menjual 8.05 ekar kepada Bisraya Pembinaan Sdn Bhd bagi membiayai pembangunan Ibu Pejabat PKNS yang baru di kawasan tanah berbaki itu.

Azlan berkata PHSB menjalinkan kerjasama dengan Nusa Gapurna dan membentuk sebuah syarikat untuk membangunkan PJ Sentral dengan pegangan saham 30-70.

Katanya, menerusi syarikat kerjasama itu, PHSB diwakili oleh Azmin dan Datin Paduka Norazlina Zakaria yang masing-masing merupakan ahli lembaga pengarah sejak tahun 2011 hingga 2012,” katanya.

Beliau berkata, Nusa Gapurna mengadakan perjanjian dengan MRCB untuk menjual 70% pegangan saham dalam PJ Sentral kepada MRCB melalui reverse takeover proposal pada Februari 2013.

Katanya, Nusa Gapurna mengeluarkan notis kepada PHSB memaklumkan syarikat itu akan terlibat dalam penjualan saham PJ Sentral kepada MRCB dengan harga pertimbangan berjumlah RM85.3 juta yang kemudian PHSB membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi pada 22 April 2013.

Azmin yang merupakan Pengerusi PKR Selangor menerima surat pada 8 Januari lalu memaklumkan pengguguran beliau daripada ahli lembaga pengarah PKNS.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebagai pengerusi PKR negeri, Azmin tidak seharusnya digugurkan.

"Pengguguran Azmin tidak sah dan tidak mengikut prosedur," dakwa Anwar.

Beliau berkata, isu berkenaan timbul selepas berlakunya kekeliruan antara lembaga pengarah dengan kerajaan negeri.

PKNS memaklumkan pengguguran Azmin dilakukan kerajaan negeri.

Kenyataan itu bagaimanapun bercanggah dengan kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengatakan bekas pengurus besar PKNS Othman Omar bertanggungjawab menggugurkan Azmin daripada anggota ahli lembaga pengarah PKNS.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...