06 Mac 2014

TERHOT ! PROTON MALAYSIA BAKAL BUNGKUS...PATUTLAH TUN M MARAHKAN NAJIB BAGI BR1M..RUPANYA PERMINTAAN DANA RM 3.0 BILION SYARIKAT KRONINYA DITOLAK...




Jualan Proton terus  merosot sebanyak hampir 30 % di antara akhir bulan September dan Disember 2013 daripada suku kedua. Angka diatas menunjukan dayasaing proton kian merosot.....

Proton Mohon RM3,000 Juta (RM3 Bilion) Daripada Kerajaan Malaysia (MITI) & Petronas Bantu Syarikat Proton? Anda Setuju...?



Proton Mohon RM3,000 Juta (RM3 Bilion) Daripada Kerajaan Malaysia (MITI) & Petronas : Orang lain, nak berniaga kereta. Kita pun nak berniaga. Ini satu semangat dan iltizam yang bagus untuk menunjukkan kepada dunia, yang kita mampu mengeluarkan kereta jenama sendiri.

Tetapi, berniaga dengan cara terus-terusan mendapatkan “dana & tongkat” daripada kerajaan Malaysia ataupun Petronas serta perlindungan melalui cukai kereta yang tinggi yang menindas terhadap rakyat Malaysia (CONTOHNYA DI SINI), amatlah Berita Semasa bangkang sama sekali….

Terbaru, Berita semasa difahamkan Proton Holdings Berhad sedang berusaha memohon sejumlah RM3 bilion bagi menampung pembiayaan pembangunan syarikat daripada Kerajaan Malaysia & juga “tabung emas hitam “Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Walaubagaimanapun, Datuk Abdul Harith Abdullah yang menggantikan Datuk Lukman Ibrahim sebagai sebagai pemangku ketua pegawai eksekutif (CEO ) sekarang ini sedang berusaha keras mendapat dana RM3,000,000,000 juta (RM3 bilion) tetapi masih menemui jalan buntu apabila Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa ( MITI) & Petronas terus berdegil dan keras kepala untuk menyuntik dana kepada Proton.

Dan Berita Semasa merasakan berita ini patut dihebahkan kepada rakyat Malaysia supaya ia dapat memberikan memberikan tekanan berterusan kepada kerajaan Malaysia & Petronas supaya terus mempertahankan dana RM3 bilion daripada jatuh terlepas kepada Proton.


Tujuan Dana RM3 Bilion Daripada Kerajaan Malaysia & Petronas oleh Proton?

Pembangunan model baru Proton termasuk sebuah kereta elektrik


Pada tahun 2013, Proton telah cuba memujuk kerajaan Malaysia bagi mendapatkan RM3 Bilion, tetapi ditolak


Selepas itu, Proton telah cuba mendapatkan daripada Petronas, pun tidak berjaya & sia-sia


Kebetulan, percubaan sia-sia oleh Proton untuk mendapatkan pembiayaan dibuat pada ketika bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah melepaskan jawatannya sebagai penasihat Petronas.



Situasi Proton Sekarang Ini?

Proton telah melabur RM3.8 bilion untuk pelaburan sehingga 2017 dan memerlukan lebih banyak modal untuk berdaya saing dan mencapai pelan pemulihan syarikat Proton.
Di mana Proton letak sasaran tinggi ymenjual 350,000 kereta menjelang 2018
Sedangkan, ketika ini berlaku kegawatan dalam pengurusan dan pergeseran dalam pengurusan tertinggi Proton.



Jualan Proton merosot sebanyak hampir 30 % di antara akhir bulan September dan Disember 2013 daripada suku kedua.

Nampaknya selepas 30 tahun, Proton masih lagi memerlukan “tongkat”yang dinamakan insentif (ayat untuk golongan elit & taikun kaya) @ subsidi (ayat untuk rakyat marhaen), Jadi, apa faedahnya sebelum ini kerajaan Malaysia melalui Khazanah (SEPERTI DI SINI) jual pegangan saham kepada DRB Hicom jikalau masih perlu dibantu?

Sedangkan hakikatnya, ramai sudah sedia maklum dan sedar apa yang akan jadi di mana Proton akan terus dibantu dan meminta bantuan “kecemasan”. Dan dalam pada masa yag sama, DRB Hicom terus mengaut keuntungan dengan penjualan ataupun pembangunan hartanah melalui aset yang dimiliki Proton selama ini.

Melihatkan situasi yang dialami Proton sekarang, Proton dilihat seperti sedang menghidap penyakit diabaetis, acapkali perlu disuntik insulan.

P/S : Disebabkan “tongkat” yang terus diberikan kepada Proton inilah menyebabkan Indonsia dan Thailand terus meninggal Malaysia sehingga menjadi hab utama industri Automotif di Asia Tenggara. (LAPORAN BERITANYA DI SINI)

PP/S : Adakah harapan & peluang serta secubit kerisauan mengenai nasib Proton yang Berita Semasa berikan (SEPERTI LAPORAN DI SINI) selepas DRB Hicom berjaya memiliki Proton telah menemui jawapannya?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kesan dari doa-doa orang yang dizalimi akibat penindasan kerajaan Malaysia melalui cukai kereta yang tinggi.

Aku syorkan setiap ahli UMNO beli 5 buah kereta Proton untuk bantu syarikat bertongkat ni.

Kalau tidak tutup je operasi pengeluaran kereta, buka operasi pengeluaran tongkat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...