07 Mac 2014

HOT! MALAYSIA HANYA SIBUK DENGAN KES LIWAT, ULTRAMAN DAN EKONOMI KANGKUNG...CUBA LIHAT APA SINGAPURA BUAT - WAJIB BACA


#‎SGBudget‬: Dr Ng: By 2030, the Army will be equipped with future systems that will be part and parcel of the SAF. The number of units that will operate on wheeled or tracked platforms will almost double and soldiers will be better equipped to tackle threats in the increasingly complex urban environment. Possibilities include multiple micro-UAVs for individual soldiers.

And the SAF as a whole will be better able to defend Singapore against a wide spectrum of security threats.

What do YOU think the SAF will look like in 2030? Tell us some capabilities and equipment you think the SAF should have.


DI MALAYSIA SIBUK DENGAN KES MERAPU....

Mungkinkah keputusan rayuan Liwat II diumum hari ini?



Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II bersambung hari ini dengan peguam Ram Karpal meneruskan penghujahannya mengenai sampel air mani yang diambil daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ram membayangkan kepada mahkamah semalam bahawa beliau memerlukan dua jam lagi untuk mengakhiri hujahnya. Beliau dijangka menyediakan hujah selanjutnya mengenai isu integriti sampel air mani itu dan kemungkinan sampel itu telah diganggu.





MELEPAS LAGI......
S'pura: M'sia hilang hak semak harga air...

Menteri Luar Singapura K. Shanmugam berkata berdasarkan Perjanjian Air, selepas Malaysia memutuskan untuk tidak mengkaji semula harga air pada 1987, maka ia tiada lagi berhak untuk berbuat demikian selepas itu.

"Pendirian Singapura ialah Malaysia sudah kehilangan haknya untuk menyemak harga air. Perjanjian Air memperuntuk kajian semula selepas 25 tahun. Secara khusus, terdapat hak untuk melakukan semakan harga air bersama pada 1987.

"Bagaimanapun, Malaysia secara sedar memilih untuk tidak melakukan semakan semula harga air dan mempunyai alasan yang baik tidak berbuat demikian," katanya ketika menjawab satu soalan di Parlimen di Singapura semalam.

Ellen Lee dari Kawasan Perwakilan Berkumpulan (GRC) Sembawang menyoal menteri berkenaan sama ada Malaysia berhak mengkaji semula harga air mentah yang dijual kepada Singapura berdasarkan perjanjian air dua hala pada bila-bila masa sebelum tarikh luputnya pada 2061.

Shanmugam berkata Singapura sudah menyatakan pendiriannya berhubung isu ini dan turut memaklumkannya secara rasmi kepada kerajaan Malaysia beberapa kali.

Beliau berkata Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman pada 17 Februari 2014 berkata: "perjanjian adalah perjanjian dan kita akan menghormatinya.

"Jika ada keperluan untuk semakan, kami akan memaklumkannya dan jika maklum balas mereka adalah positif, kita akan memulakan rundingan."

Shanmugam berkata jika Malaysia menggunakan haknya untuk menyemak harga air pada 1987, Singapura mungkin akan membuat keputusan pelaburan yang berbeza bagi membangunkan Sungai Johor, contohnya projek Empangan Linggiu pada 1990.

Sebaliknya, beliau berkata Malaysia memilih untuk tidak menyemak harga air pada 1987, dan atas dasar itu, Singapura mengambil beberapa tindakan yang turut memanfaatkan Malaysia.

Ini termasuk pembinaan Empangan Linggiu pada kos lebih S$300 juta, yang mempertingkat kuantiti air di Sungai Johor serta membolehkan Johor dan Singapura mendapat bekalan air ketika musim kemarau.

- Bernama



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tarap pemimpin umno ialah biar hilang hak air di singapura, yg penting di fokus ialah AIR MANI anwar.

begitu hebat air mani anwar sehingga negara menjadikan ia dasar negara liwat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...