04 Mac 2014

Anwar: Dakwaan gaduh dengan MB cuma rekaan - SAKSIKAN PUNCANYA

(Dari kiri) Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah, Tan Sri Khalid Ibrahim, Anwar dan Azmin Ali di pelancaran bilik gerakan PKR di Kajang hari ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 3 Mac, 2014.

Akhirnya terjawab segala persoalan...harap pada rakan sendiri yang meragui dan mencipta pelbagaii teori kerana terpedaya dgn akhbar propaganda seperti The Star ambil iktibar.. jgn jadi macai segera.. jadilah trooper bermaruah...dan ada harga diri..
Anwar: Dakwaan gaduh dengan MB cuma rekaan


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menyokong sepenuhnya kerjasama antara kerajaan negeri Selangor dan kerajaan persekutuan dalam isu penstrukturan semula air.

Justeru Anwar menolak tanggapan bahawa beliau bermasam muka dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan tidak tahu menahu kandungan Memorandum persefahaman (MOU) yang dimeterai Selasa lalu.

"Saya sokong sepenuhnya dasar (itu). Saya terlibat, cuma bila orang tanya mengenai MOU, saya kata memang tak tengok MOU.

“Saya bukan Umno, (saya) kena tengok dulu (MOU) itu," kata beliau dalam ceramah di Taman Saga Emas, Kajang semalam.


Selasa lalu, Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili kerajaan pusat manakala kerajaan negeri Selangor diwakili Khalid menandatangani MOU itu di Putarajaya, disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata, ia satu perkara luar biasa apabila Anwar tidak mengetahui mengenai MOU itu memandangkan beliau penasihat ekonomi Selangor.

Anwar berkata beliau telah pun diberi taklimat MOU itu semalam oleh pegawai yang dihantar Khalid.

Anwar yang baru pulang dari Jepun semalam sekali lagi menafikan tidak diberi sebarang maklumat mengenai hal penstrukturan semula itu.

"Khalid hantar pegawai beliau untuk menerangkan kepada saya untuk mengemaskini maklumat isu ini (air) sepanjang masa.

"Cubaan kata kami bergaduh hanya rekaan," kata beliau.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...