13 Mac 2014

SATELIT CHINA JUMPA BUKTI TERBARU


Setelit China jejak bangkai kapal terbang, dipercayai MH370

GRAFIK VIDEO CNN :  SINI



Peta ini menunjukkan kedua-dua kawasan di mana tumpuan carian MH370 adalah pada kawasan yang dihijaukan. Tanda X berwana biru adalah tempat serpihan besar yang telah dikesan oleh satelit China. Manakala, bulatan hitam pula adalah lokasi pekerja minyak New Zealand menyaksikan pembakaran pesawat di langit.

SATELiT China yang turut menjejaki kapal terbang Malaysian Airlines menemuka sesuatu di pelingkungan Laut Cina Selatan yang mirip 'sesuatu yang besar, terapung, objek', dipercayai bangkai MH370.

Laporan MailOnline yang dipetik pagi ini menyebut, penemuan itu sekaligus menyokong testimonial seorang pekerja pam minyak New Zealand sebelum ini, yang mendakwa menyaksikan nahas kapal terbang pada hari kejadian, Sabtu lepas.

Ia bersalahan dengan satu pendapat kononnya kapal terbang itu berpatah balik ke Malaysia kerana lokasi penemuan jelas menunjukkan bangkai dipercayai MH370 tersebut ditemukan beratus-ratus batu nautika daripada Semenanjung Malaysia.

Selanjutnya, baca Has MH370 finally been found? China releases satellite image of suspected crash site in the South China Sea... where rescuers first started looking

LAGI LAPORAN TMI.....:

Satelit China temui ‘kawasan disyaki’ MH370 terhempas
Satelit China yang mencari pesawat Malaysia Airlines 370 yang hilang pada Sabtu menemui “kawasan disyaki pesawat terhempas”, lapor CNN memetik agensi kerajaan China, yang berkemungkinan menjadi petunjuk baru dalam misi mencari dan menyelamat hari keenam ini.

Imej pertama dari satelit China. – Gambar dari laman web Jabatan Sains, Teknologi dan Industri China, 13 Mac, 2014.

Imej kedua dari satelit China. – Gambar dari laman web Jabatan Sains, Teknologi dan Industri China, 13 Mac, 2014.


Imej ketiga dari satelit China. – Gambar dari laman web Jabatan Sains, Teknologi dan Industri China, 13 Mac, 2014.Jabatan Sains, Teknologi dan Industri untuk Kementerian Pertahanan China mengumumkan penemuan itu termasuk imej yang dikatakan "tiga objek disyaki terapung dan saiz mereka."

Objek ditemui satelit tidak kecil: 13 x 18 meter (43 x 59 kaki), 14 x 19 meter (46 x 62 kaki) dan 24 x 22 meter (79 kaki x 72 kaki).

Sebagai rujukan, lebar sayap Boeing 777-200ER yang hilang adalah kira-kira 61 meter (200 kaki) dan panjang keseluruhannya adalah kira-kira 64 meter (210 kaki).

Imej-imej diambil pada 9 Mac, sehari selepas pesawat hilang, tetapi tidak didedahkan sehingga awal pagi ini.

Agensi China memberikan koordinat longitud timur 105,63, 6.7 latitud utara, yang akan meletakkannya di perairan timur laut di mana ia berlepas dari Kuala Lumpur, Malaysia, dan selatan Vietnam, berhampiran Laut China Selatan bertemu Teluk Thailand.

Penemuan imej daripada satelit China itu merupakan petunjuk baru bagi misi pencarian pesawat MH370 yang memasuki hari keenam hilang daripada radar sejak Sabtu lalu.

"Ia berada di kawasan yang sepatutnya," kata Peter Goelz, bekas Pengarah Urusan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional kepada CNN, serta menambah terdapat mereka yang ragu-ragu terhadap laporan pesawat berkenaan ia berpatah balik ke Malaysia.

"Saya merasakan kapal laut dan pesawat udara perlu digerakkan segera ke sana," katanya.

Keseluruhan kawasan operasi mencari dan menyelamat kini meliputi penglibatan 42 kapal laut dan 39 pesawat udara daripada 12 negara.

Kehilangan pesawat MH370 masih menjadi misteri apabila tiada sebarang petunjuk diperolehi pasukan mencari dan menyelamat ekoran pesawat berkenaan tidak memberikan sebarang komunikasi kecemasan sebelum hilang daripada radar.

MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa sejumlah 239 penumpang.

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jeneral Tan Sri Rodzali Daud Mohd Zin semalam berkata kali terakhir isyarat pesawat itu hilang daripada radar Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) ialah pada 1.30 pagi di utara pantai timur pada 8 Mac.

Beliau berkata radar tentera turut mengesan sebuah pesawat yang didapati menuju ke kawasan pantai barat dari Laut China Selatan yang dipercayai mungkin penerbangan MH370, kerana radar berkenaan tidak dapat mengenal pasti pesawat itu.

Memandangkan maklumat berhubung laluan penerbangan pesawat agak kabur, pihak berkuasa memulakan operasi SAR di dua lokasi iaitu 120 batu nautika dari bahagian timur Kota Baru dan Selat Melaka.

Malaysia turut memperluas kawasan pencarian MH370 kepada 27,000 batu nautika persegi di dua kawasan dengan memfokus di Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Pencarian di Selat Melaka meliputi 12,425 batu nautika persegi, manakala di Laut China Selatan kira-kira 14,440 batu nautika persegi.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Betul ke... tu bangkai MH370

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...