16 Januari 2014

BALAK DI KEDAH ! JABATAN HUTAN SAHKAN KERAJAAN BN TERUSKAN PENGAMBILAN BALAK




Gambar lokasi terbabit daripada pandangan atas pemantauan hutan menggunakan setelit.

ALOR SETAR - Jabatan Perhutanan Kedah mengesahkan tiada aktiviti pembalakan haram di kawasan Gulau, Sik melibatkan hutan Simpan Ulu Muda sekaligus menangkis tohmahan beberapa pihak sebelum ini mendakwa wujud kegiatan terbabit hingga menimbulkan kerisauan kepada penduduk setempat.

Pengarahnya, Ku Azmi Ku Aman berkata, aktiviti pembalakan yang dijalankan di lokasi itu hanya membabitkan kawasan berlesan sahaja.

"Sebanyak empat lesen dikeluarkan kepada pengusaha untuk menjalankan kerja pembalakan bermula dari bulan November lalu sehingga Mei nanti.

"Daripada empat lesen itu hanya tiga lesen yang masih beroperasi secara aktif setelah satu daripadanya sudah selesai menjalankan kerja-kerja berkaitan di kawasan mereka," katanya.

Menurutnya, tempoh bagi setiap lesen dikeluarkan hanya enam bulan sahaja.

“Hasil tinjauan beberapa pegawai ke lokasi terbabit kelmarin mendapati tidak ada kegiatan pembalakan haram sebaliknya hanya aktiviti pembalakan biasa mengikut kawalan serta syarat ditetapkan.

"Berdasarkan pemantauan mereka kini sedang rancak mengeluarkan kayu matau (kayu balak dipotong),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.




Ku Azmi berkata, kaedah pembalakan yang dilakukan sekarang tidak akan menjejaskan hutan sebaliknya pulih semula selepas 30 tahun dan kebanyakan kawasan balak di negeri ini sudah memasuki pusingan kedua.

“Kebenaran menebang balak berdasarkan kuota yang dibenarkan. Proses kelulusan permit bukan mudah, kita akan lihat serta meneliti peraturan terlebih dahulu termasuk saiz balak yang boleh ditebang, bukan boleh beri permit ikut suka.

“Jarak antara lokasi penebangan balak paling hampir dengan laluan jalan sekitar 15 kilometer,” katanya.

Beliau berkata, aktiviti pembalakan bukan punca sepenuhnya air sungai menjadi keruh kerana terdapat juga faktor lain yang menyumbang kepada situasi itu.

Sementara itu, Presiden sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (Panglima), Sulaiman Ibrahim turut berterima kasih kepada Jabatan Perhutanan kerana bertindak pantas menyiasat serta memberi jawapan segera kepada masyarakat.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Panglima meminta kerajaan negeri menjelaskan status aktiviti pembalakan di kawasan itu.

Difahamkan kegiatan terbabit ketara sejak Oktober lalu di kawasan sepanjang Lebuhraya Tekih (Trans Eastern Kedah Interland Highway) dari Durian Burung melalui Gulau ke Baling.

Susulan kerja penebangan itu, penduduk setempat berhadapan dengan masalah pencemaran alam sekitar seperti air sungai menjadi keruh, risiko banjir serta tanah runtuh.

Kekerapan lori keluar masuk membawa balak menimbulkan pertanyaan masyarakat sekeliling sehingga meminta isu terbabit diketengahkan ke peringkat atasan.


PEMBOHONGAN MB KEDAH MUKHRIZ MAHATHIR!!!

Selepas kenyataan Mukhriz mahathir "HENTI PROJEK BALAK" pada 19/5/2013 pd akhabr KOSMO, keesokannnya harinya (20/5/2013) pula lesen balak pula dikeluarkan.... Bijak betul anak Mahathir ni BOHONG!!!!

Mukhriz kata balak seluruh kedah di hentikan.. Mana ada henti pun.. Tengok la.. Kat tempat lain pun masih banyak dok keluar balak.. Dah lebih 100 hari Mukhriz jadi MB Kedah.. Apa yang dia dah buat?

Cuba hangpa pi satu lagi dekat kem PLKN belah-belah Perik, Kuala Nerang.. Orang kata.. Hutan tu pun sakan depa dok gondoi la ni...

Kalau tak mau batal.. Jangan buat kenyataan kat paper kata balak dihentikan diseluruh Kedah... Kan menipu rakyat namanya tu...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...