15 Januari 2014

PENJELASAN PUNCA PENGUGURAN AZMIN DARI PKNS TERDEDAH !!!


Keputusan tidak sambung kontrak Azmin dibuat pengurusan PKNS, kata MB Selangor




Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam tindakan tidak menyambung Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), sebaliknya ia dicadangkan oleh Pengurus Besar PKNS, Othman Omar.

Abdul Khalid menegaskan, keputusan terhadap Azmin itu bukanlah tindakan yang dibuat oleh parti kerana exco jelasnya hanya meluluskan cadangan itu.

"Keputusan diluluskan exco. Exco bukannya satu parti, tetapi sekumpulan. Keputusan tidak sambung Azmin dibuat oleh Pengurus Besar PKNS. Ia bukan keputusan parti.

 Exco tidak buat keputusan itu," kata Abdul Khalid ketika sidang media selepas mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) hari ini.

"Dalam minit mesyuarat exco tiada siapa yang disingkir. Surat sudah diberi kepada Azmin dan beliau terima. Exco terima keputusan mereka," katanya, dan menambah keputusan itu telah dibuat pada 4 Disember 2013 lalu.

Abdul Khalid, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang turut memberi jaminan akan mendedahkan minit mesyuarat serta surat Othman dalam masa dua minggu lagi.

"Kami akan keluarkan surat dan minit mesyuarat exco pada 4 Disember, dalam dua minggu lagi. Saya sedang lihat Akta Rahsia Rasmi," katanya lagi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...