MP Kuantan bimbang radioaktif Lynas tersebar
KUANTAN 13 DIS: Ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh bimbang kesan banjir besar yang melanda Kuantan turut menyebarkan bahan radioaktif dari Loji Lynas di Gebeng.
Beliau bimbang sekiranya kandungan dari bahan radioaktif telah larut didalam banjir dan bertebaran ke merata tempat.
Menurut Fuziah, tahap radiasi bahan radioaktif di Lynas dikurangkan daripada 6.2 Becquerel per gram (Bq/g) kepada 1 Bq/g supaya bahan itu tidak lagi dipanggil radioaktif.
“Klasifikasi tahap bahaya radiasi telah kerajaan cairkan (dilute) supaya kurang daripada tahap bahaya.
“Kesannya akan tetap sama. Bahkan lebih buruk kerana bahan yang sudah ‘dilute’ akan menjadi lebih banyak dan bertebaran ke merata-rata,” kata Fuziah kepada Keadilandaily.
Menurut Fuziah, walaupun tidak lagi diklasifikasikan sebagai radioaktif, jumlah bahan radioaktif yang tercemar ke bumi tetap sama.
“Ini merupakan tindakan tidak beretika yang dilakukan terhadap alam sekitar kita,” tegasnya.

Zahid enggan jawab soalan status loji penapisan nadir bumi Lynas di Kuantan
Fuziah turut kesal apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan menjawab soalan diajukan wartawan berhubung keadaan loji Lynas semasa banjir.
“Rakyat mahukan penjelasan. Bukannya sikap membisu Menteri yang seolah-olah
menganggap isu ini tidak penting,” kata Fuziah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57
1 ulasan:
Sombong bongkak dnatkabur, tak sangka begini rupa budak sekolah agama.
Catat Ulasan