14 Disember 2013

GANGGUAN BEKALAN AIR : SYABAS DAN NAJIB DISYAKI DALANG SABOTAJ RAKYAT BANDAR?

Miter_air_Syabas

Rafizi syak gangguan bekalan air taktik BN sabotaj Pakatan

Oleh:(Masdar Wahid) -Keadilandaily

KUALA LUMPUR 13 DIS: Gangguan bekalan air bermula pertengahan Disember ini disyaki taktik berterusan BN mensabotaj pengundi bandar kerana menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) lalu, kata ahli parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli.



“Setiap kali rundingan pengambil alihan pengurusan air oleh kerajaan Selangor, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak melengahkannya termasuk mewujudkan ganguan air.

“Ia seolah-olah sabotaj berterusan Najib terhadap pengundi bandar hanya kerana menyokong Pakatan pada PRU lalu,” kata Rafizi kepada Keadilandaily.

Pada PRU 5 Mei lalu, Pakatan kekal mendominasi Parlimen Kuala Lumpur serta mengekalkan pemerintahan Selangor dengan pertambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari in mengumumkan sejuta penduduk Selangor dan Kuala Lumpur berdepan gangguan bekalan air bermula 17 hingga 22 Disember atas alasan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2.
Melainkan hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat kawasan lain kata Syabas, tiada lori tangki dibekalkan sepanjang tempoh gangguan.


“Syabas dilindungi pentadbiran Najib yang berkuasa besar dalam pengambilalihan air. Sebab itu mereka tidak kisah jika tiada penghantaran lori tangki ke kawasan terjejas.

“Syabas juga tahu perjanjian melindungi mereka.

“Malah pentadbiran Najib juga tahu jika mereka membenarkan Selangor mengambil alih pengurusan air, maka BN ketandusan modal menyerang Pakatan,” katanya.

Rafizi turut menyelar sikap membisu pentadbiran Najib ketika beliau membangkitkan isu itu di Parlimen berhubung penolakan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) terhadap tindakan pengguna menyaman Syabas.

“Saya bertanya kepada kementerian berkaitan, tetapi mereka hanya berdiam diri dan hingga kini tiada jawapan mengenaianya,” katanya lagi.

BERITA BERKAITAN BACA DIBAWAH:

Gangguan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur 17 Disember

SHAH ALAM 13 DIS: Kira-kira sejuta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur bakal menghadapi gangguan bekalan air berikutan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2, bermula 17 Disember ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dalam satu kenyataan berkata, gangguan bekalan air akan bermula pada jam 8 pagi 17 Disember ini, manakala tempoh pemulihan bekalan dijangka bermula pada jam 9 malam hari sama dan berterusan hingga jam 8 pagi, 22 Disember ini.

Hentitugas itu adalah bagi memberi laluan kepada kkerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset utama seperti papan suis dan paip keluli
.   Berita penuh SINI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...