12 Julai 2013

TERKINI ! SEKITAR PENAMAAN CALON PRK N01 KUALA BESUT

Satu lawan satu    16:16

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan Azlan @ Endut Jusoh mewakili PAS.

Pengumuman rasmi calon yang bertanding itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, A Rahim Yusof di pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna Kompleks Rakan Muda Daerah Besut, sebentar tadi.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar daripada Barisan Nasional (BN) pada 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar, terdiri daripada 16,534 pemilih biasa, 1,134 anggota tentera dan pasangan, 14 polis dan seorang pengundi tidak hadir luar negara.






Kit Siang berbisik sesuatu dgn TGNA sambil Mahfuz berbincang dgn TGHH. Husam pula dikerumuni wartawan.

Tuan Guru Mursyidul Am PAS, TGNA adalah antara ribuan penyokong dan pendokong PAS turut bersama memberi sokongan kepada calon Pas, Che Long ke pusat penamaan calon PRK DUN N01 Kuala Besut.

NONE

NONE

9.45 pagi: Perkarangan Kompleks Rakan Muda - Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata kemenangan PAS di Kuala Besut akan "membantu Idris Jusoh" yang didakwanya "bertembung" dengan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

"Ini kerana Mat Said dilihat tidak mempunyai agenda politik yang mantap. Tidak membawa banyak kemajuan.

"Beliau masih kekal jadi MB tetapi berbeza pendapat dengan Idris Jusoh. Dengan kemenangan ini, kedudukan Mat Said akan tergugat... Masih tak boleh tukar MB sebab dia (Mat Said) terlalu kuat.

"Kita dapat kerusi, dia (Idris) dapat keuntungan politik," katanya.

Sementara itu, di luar Kompleks Rakan Muda, penyokong PAS bertakbir, bertahmid, dan bertasbih dan melaungkan hidup Islam.

Penyokong PAS kini mencecah 3,000 orang. Cuaca tadi yang mendung, kini sudah mula panas terik.
Menyusul Lagi.....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...