SHAH ALAM : Penduduk di lapan kawasan Selangor termasuk bandar seperti Shah Alam dan Klang dan pinggiran bandar seperti Selayang dan Sepang bakal menikmati perkhidmatan bas komuniti tidak lama lagi.
Perkhidmatan bas komuniti itu bakal disediakan secara percuma atau dengan tambang minima di kawasan padat penduduk seperti yang berlaku di Petaling Jaya.
Usaha tersebut sedang dirancang secara terperinci oleh lapan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor bagi mengalakkan penduduk mengguna pengangkutan awam.
Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Khim berkata Kerajaan Negeri sedang menunggu kertas cadangan daripada PBT bagi melaksanakan perancangan itu dalam masa terdekat.
“Semua ini akan dirancang dengan rapi sebelum kerajaan negeri membuat keputusan untuk melaksanakannya di majlis perbandaran dan bandaraya yang mempunyai kedudukan kewangan yang selesa.
“Majlis Perbandaran Petaling Jaya sudah memulakan namun perlu diberi publisiti yang lebih meluas dan juga penambahbaikan.
“Sementara pihak Majlis Bandaraya Shah Alam sudah mendapatkan penajaan daripada pihak swasta tetapi butir-butir keseluruhannya masih belum diperolehi,” kata beliau ketika ditemui selepas sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini.
Menurut Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam, Shahrin Ahmad, perkhidmatan di Shah Alam dijangkakan bermula tahun ini setelah mendapat sumbangan daripada badan korporat.
“Cadangan laluan bas komuniti ini akan melalui kawasan yang padat penduduk dan khususnya para pelajar, pekerja kilang seperti di seksyen 2, 18, 17, 19, 24.”
Manakala Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Petaling Jaya Zainun Zakaria berkata perkhidmatan bas komuniti Petaling Jaya yang dilancarkan pada Ogos 2008 masih berjalan seperti biasa tiga kali sehari.
“Ianya masih beroperasi seperti biasa iaitu melakukan perjalanan tiga kali di kawasan Petaling Jaya Utara (PJU) dan Petaling Jaya Selatan (PJS).”
Perjalanan bermula seawal jam 9 pagi sehingga 5 petang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, kecuali pada cuti umum.
Di PJU, bas itu melalui kompleks MBPJ, pasaraya Tesco, The Curve, Ikano, balai polis seksyen 6, balai polis Dataran Sunway dan Jabatan Pendaftaran di seksyen 8.
Di PJS, antara kawasan yang menjadi laluan bas itu ialah Jalan Sultan, Jalan Selangor, Flat Petaling Utama, Taman Medan, Desa Mentari, Flat Kampung Lindungan, Flat Taman Desa Ria, Jalan Othman dan Amcorp Mall.
INILAH YANG RAKYAT BUKIT SENTOSA 2,3 DAN BUKIT BERUNTUNG 3 MAHUKAN !
Komen : Kami rakyat Bukit Sentosa 2 sebagai pengundi dan penduduk Bukit Sentosa 2(Taman Anggerik 1,2,3,4,5 dan Taman Seroja), Bukit Sentosa 3 (taman Kemboja 4A, Kemboka 4B, Kembije 4D, Taman Bakawali dan Taman Telipot) dan Bukit Beruntung 3 (Taman Widuri dan Taman Kesumba) amat memerlukan sekurang-kurangnya pengangkutan Bas dari Rasa ke Bandar Baru Bkt Sentosa melalui semua taman ini ke Bandar Baru Bukit Sentosa yang jaraknya antara kurang dari 5 meter.Kalau dapat bas komuniti yang percuma adalah amat dialu
3 ulasan:
Syabas dan Tahniah!!!! kepada rakyat Selangor kerana bijak memilih dan bertuah memiliki MB yg Bijak dan Berotak... Semoga Allah mengurniakan lebih ramai pemimpin yg beriman dan baik begini, dan semoga mana2 pemimpin yg hanya berkokok tapi kerja tak buat, yg hanya duduk bersenang2 dgn kemewahan tapi tak berusaha utk kebajikan rakyat akan dijatuhkan dan digantikan dgn yg lebih baik... AMIN
jngan sampai bas penuh dugunakan warga asing.. perlu ragka mekanisme supaya rakyat malaysia shaja yg mnikmati prkhidmatn ini..
nak buat mcm mana..puak2 ni pun dah jadi warganegara dah..
Catat Ulasan