19 November 2013

PENDEDAHAN PANAS ! PATI MUDAH JADI ANGGOTA RELA



KETUA PENGARAH RELA KATA, SEMUA ANGGOTA RELA RAKYAT TEMPATAN, TAPI PENDEDAHAN TUNJUKKAN RAMAI PATI JADI ANGGOTANYA!!!


Ketua Pengarah RELA, Mustafa Ibrahim menegaskan bahawa semua anggota RELA adalah warga tempatan. Alasannya ialah, kesemua pemohon untuk menyertai pasukan tersebut mempunyai MyKad yang sah dan telah menjalani proses saringan yang ketat selain daripada bersih daripada rekod jenayah.

Namun, keyakinan Ketua Pengarah RELA itu boleh disangsikan ekoran terdedah pula laporan yang menyatakan, ada PATI yang menggunakan MyKad palsu menjadi anggota RELA. Pendedahan tersebut dilengkapi dengan bukti dan persoalan. (BACA DI SINI)

Sebenarnya, sebelum Mazidul Akmal membuat pendedahan, sudah banyak yang memperkatakan tentang keanggotaan RELA yang meragukan. Bagi mereka yang tinggal di kawasan yang dihuni oleh pendatang asing, khususnya warga Indonesia, pastinya amat tahu tentang masalah ini.

Operasi pukul 9:00 malam, pukul 7:00 malam maklumat telah disampaikan ke telefon warga asing di kawasan berkenaan!

"Tak mengapa. Itu 'orang kita'," kata salah seorang warga asing yang telah dikenalpasti tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan perjalanan, berselang empat buah rumah dari rumah penulis ketika ditanya, tidakkah dia bimbang kedatangan RELA untuk membuat operasi di Pandan Mewah, Ampang.

Ketua Pengarah RELA tidak sepatutnya dengan pantas membuat kesimpulan di sebalik pendedahan yang dibuat, semata-mata untuk membersihkan RELA. Sebaliknya sebarang pendedahan seperti yang dilakukan oleh Mazidul Akmal, siasatan perlu dijalankan secara terperinci. Apatah lagi ini melibatkan keselamatan.

Satu masalah di Malaysia ialah, penafian cukup pantas dibuat. Kadang-kadang lebih lajak dari laju sehinggakan akhirnya rakyat sendiri yang mentertawakan pihak berkuasa.

Ketua Pengarah RELA patut tutup mulut dan arahkan siasatan segera dilaksanakan. Bersihkan dan saring betul-betul keanggotaan RELA sedia ada. Sepatutnya bukan penafian yang diucapkan, tetapi meminta JPN bekerjasama dengan RELA untuk mengenalpasti pemilik kad pengenalan palsu yang sudah diterima menjadi anggota RELA.

LAGI SAKSIKAN VIDEO INI  SINI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...